Pages

Wednesday, September 14, 2016

PROGRAM IBADAH KORBAN FELCRA BERHAD 1437H....

Sepertimana pada tahun-tahun lepas, Tahun ini Biro Agama Ibu Pejabat FELCRA Berhad telah mendapat lampu hijau dari Pihak Pengurusan untuk terus melaksanakan Program Ibadah Korban bagi tahun 1437H. Tahun ini adalah merupakan tahun ke tiga program ini diadakan.

Jika pada tahun pertama, sebanyak 3 ekor lembu ditumbangkan diikuti tahun kedua sebanyak 7 ekor lembu, maka pada tahun ini pula sebanyak 5 ekor lembu telah ditumbangkan iaitu 3 ekor (21 bahagian) dikorbankan oleh staf yang mengambil bahagian manakala 2 ekor lagi disumbangkan oleh Pihak Pengurusan untuk hidangan makan tengahari kepada para petugas, staf serta tetamu yang dijemput.    

Lembu-lembu korban sebanyak 3 ekor dibeli dari ladang ternakan lembu di Bestari Jaya yang diusahakan oleh pengusahanya En. Md. Isa Hussin manakala 2 ekor lagi lembu yang disumbangkan oleh Pihak Pengurusan diperolehi dari Bio Tech.

Program Ibadah Korban ini telahpun selesai diadakan dengan jayanya pada hari Rabu (semalam) 14 September 2016 bersamaan 12 Zulhijjah 1437H. yang merupakan hari ketiga sambutan perayaan Aidil Adha. Tempat berlangsungnya program ini adalah di bahagian belakang Wisma FELCRA.

Y. Berbahgia En. Zulqarnain Md. Eusoff, CEO FELCRA Berhad telah berkenan untuk merasmikan program ini. 

Berikut adalah nama peserta-peserta korban.
 
Untuk Kumpulan 1

1. En. Hashim b. Mat Isa, Bhg. Pengurusan Peserta
2. Pn. Rooslah bt. Mohamed, Bhg. Pengurusan Peserta
3. Pn. Azilawati bt. Yunos, Bhg Pengurusan Peserta  
4. En. Mohd Ishak b. Hamat, Bhg. Pengurusan Peserta
5. Pn. Rosmidawati bt. Dzulkarnain, Bhg. Pengurusan Peserta
6. Pn. Hjh. Halimah bt. Ahmad, Bahagian Akaun
7. Cik Norma bt. Ahmad, Bhg. Perancang Projek

Kumpulan 2

1. En. Zainal Abidin b. Alias, Bhg. Pengurusan Peserta
2. En. Mohd Izam b. Aziz, Bhg. Pemasaran
3. En. Mohd Azrul b. Tajudin, Bhg. Pentadbiran
4. Pn. Zawiyah bt. Hamdan, Bhg. Latihan
5. Pn. Norfarizan bt. Mohd Zain, Bahagian RND, (2 bhg)
6. Pn. Noraishah bt. Hj. Abd. Ghani, Pejabat Pengurus Besar HEP 

Kumpulan 3

1. Tn. Hj. Eisa bt. Mohamed, Bhg. Perancang Bisnes
2. Pn. Zulilah bt. Abdullah, FELCRA Properties
3. Tn. Hj. Ali b. Sidek, Bhg. Akaun Kilang
4. En. Muhammad Ridha b. Md. Yusof, Bhg. Audit Dalam
5. En. Mohd Fauzi b. Ismail, Bhg. Pentadbiran
6. Tn. Hj. Ali b. Mohamad, PBK  Petadbiran dan Modal Insan
7. Pn. Siti Khatijah bt. Chu, Pejabat PBK HEP    

Semasa program dibuat, kerja-kerja menumbangkan lembu dilakukan oleh petugas yang dibawa khas dari Surau Al Muhajirin manakala tukang sembelih pula terdiri dari staf sendiri iaitu, Tn. Hj. Eisa Mohamed, Tn. Rafia Al Husni dan Tn. Hj. Zainuddin Mohamed. Mereka ini telah mendapat sijil tauliah selepas menjalani kursus praktikal penyembelihan binatang halal anjuran JAIS di Pusat Penyembelihan, Jabatan Haiwan, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor pada tahun 2014.

Semua daging-daging korban telah diagihkan kepada asnaf yang telah dikenalpasti di sekitar Wangsa Maju dan selebihnya diagihkan kepada para petugas dan staf. Majlis pengagihan disempurnakan oleh Tn. CEO.

2 ekor lembu yang disumbangkan oleh Pihak Pengurusan telah diserahkan kepada Nur Hana Catering untuk dimasak bagi jamuan tengahari semalam dan menu masakannya adalah daging masak kari, daging masak kicap, sup tulang disamping sayur-sayuran serta ulam manakala minuman pula adalah sirap limau dan cendol. 

Adalah diharapkan ibadah korban yang dilakukan ini mendapat keredhaan dari Allah Subhanahuwataala manakala mereka yang berkorban pula akan mendapat ganjaran pahala dariNya. Inshaa Allah....


Tn. Rafia Ol Husni, Pengerusi majlis korban
 sedang menyampaikan kata-kata aluan...

CEO FELCRA Bhd. Y. Bhg. En. Zulqarnain Md. Eusope 
sedang berucap dan seterusnya melakukan perasmian untuk program ini...

Para petugas telahpun bersedia untuk 
melakukan tugas-tugas penyembelihan...

En. Eisa Mohamed sedang melakukan penyembelihan
 dengan dibantu para petugas yang lain...

Seekor lagi lembu yang akan dikorbankan
 telah berjaya ditumbangkan...




Y. Bhg. Tn. CEO turut sama-sama menyaksikan 
upacara penyembelihan korban ini... 


Salah seorang penyembelih yang dijemput dari Surau Al Muhajirin
 sedang melakukan penyembelihan...

Para petugas kelihatan bertungkus lumus untuk menumbangkan 
seekor lagi lembu yang agak liar untuk dikorbankan...





Sebahagian staf wanita yang turut
 menyaksikan dari atas bangunan...  




Seekor lembu korban telahpun selesai disembelih...



Seekor lagi lembu korban cuba ditumbangkan...










Tn. Rafia Ol Husni telah bersiap sedia 
untuk menyembelih lembu korban ini..


Tugas sembelih yang dilakukan oleh Tn. Rafia hanya 
mengambil masa 1 minit sahaja dan ia merupakan 
catatan terpantas yang telah direkodkan...



Pakcik ini telah bertanya kepada Tn. Rafia bagaimana 
beliau boleh menyembelih seekor lembu korban
dengan sebegitu pantas... 



Tiga sahabat karib: dari kiri Noslan, Ihsan dan Fahmee
 turut mengambil bahagian dalam program kali ini...

Tn. Rafia orang yang paling popular... 
Ramai kaum wanita  yang ingin bergambar dengannya.
Kelihatan dari kiri : Pn. Ikhwana, Rooslah dan Zawiyah...

Kerja-kerja melapah sedang dijalankan...


En. Md. Isa Hussin dari Biotech bermurah hati 
menyumbangkan dua bakul buah pulasan 
dan rambutan untuk para petugas... 


Kelihatan para petugas kaum wanita sedang 
menunggu ketibaan daging korban
 untuk dipotong dan disiang...


Pn. Azlina dan Zulilah (peserta korban)
turut menyumbang tenaga untuk majlis ini...

En. Jamaluddin Othman sedang melakukan 
kerja-kerja pemotongan di bahagian kaki lembu...


En. Zainuddin Mohd Yusoff juga
melakukan tugas-tugas yang sama...  


Daging yang telah dihantar akan dilakukan pemotongan
 oleh para petugas wanita ini...


Pn. Hatimah tidak pernah ketinggalan 
dalam setiap program yang dianjurkan...



Sepatutnya sebagai Pengerusi majlis, Tn. Rafia hanya 
perlu membuat pemantauan, walaubagaimanapun beliau tetap 
turun untuk membantu dalam kerja-kerja 
pemotongan tulang daging korban...

Tn. Hj. Ismadi (kiri) dan Md. Isa. Mereka berdua adalah orang kuat 
dalam program ini. Bermula dari mencari lembu 
hingga ke kerja-kerja pemotongan...





Kerja-kerja menimbang daging
dilakukan oleh dua beranak ini...

Daging yang telah dipotong akan ditimbang dan 
dimasukkan ke dalam plastik untuk pengagihan... 

Pn. Salmah bertugas sebagai
Ketua Penyelaras di tempat pemotongan...

Pn. Jizah (kiri) dan Cik Sa'idah melakukan kerja-kerja 
pemotongan daging dengan penuh tekun...

Walaupun Pn. Sarah letih melakukan tugas 
tapi senyuman manis tetap terukir dibibir....

Pn. Anom sedang menunjukkan
daging yang beliau dah potong...

Kegembiraan jelas tergambar di wajah Pn. Normah 
walaupun kerja-kerja memotong daging amat memenatkan... 

Pn. Damia (tudung merah) yang baru 3 hari menjadi pengantin baru
 turut bersemangat membantu tugas-tugas di tempat pemotongan...


Tn. Hj.Ali Sidek dan Tn. Hj. Ali Ibrahim 
bertugas di bahagian penyediaan peralatan... 


Seorang tukang masak dari Nur Hana Catering sedang melakukan
tugas memasak untuk hidangan para petugas...






Sorok sikit perut tu En. Ali, muka dah hensem...

Tn. Hj. Ismadi sedang melapah lembu korban...


Tn. Hj. Suhaimi berganding dengan 
En Shuhof dalam kerja-kerja melapah... 

Tn. Hj. Eisa Mohamed, Pengerusi Biro Agama FB 
melakukan kerja-kerja pemantauan di tempat penyembelihan...



En. Bazlan sedang melapah ekor lembu
yang menjadi rebutan kaum lelaki... 

Tn. Hj. Azizan turut membantu dalam kerja-kerja pemotongan...

Bahaya En. Din ni. Jangan terpotong kaki sudah...

En. Rahman Isa dan En. Jamaluddin Othman
tekun melakukan tugas...

Banyak betoi tugas Tn. Rafia ni...

Pn. Liza mengutip setiap daging yang telah dipotong 
untuk dihantar ke tempat penimbangan...

En. Iqbal juga membantu... 

Daging lembu sedang dihantar
ke tempat pemotongan menggunakan troli...

En. Mohd Fauzi Tahir satu-satunya PBK 
yang menyumbang tenaga di tempat pemotongan...






Pn. Kartini terpaksa berehat kerana ibu jarinya luka
 semasa melakukan kerja-kerja pemotongan...



Daging yang telah dibersihkan akan 
dihantar ke khemah untuk dimasak...

Cendol turut disediakan semasa jamuan makan tengahari nanti... 





En. Lan dan Hjh. Zalifah melakukan
tugas-tugas membasuh daging... 

En. Roslan bakal pengantin baru pada 18/9/2016 nanti. 
Kepada yang telah dijemput diharap tidak menguzurkan diri...


En. Shafik hanyak berminat melapah ekor jer 
sebab dia tau khasiatnya...



Y. Bhg. En. Zulqarnain, CEO FB. turut ringan tulang 
menghantar daging ke tempat pemotongan.
 Beliau diiringi oleh Tn. Hj. Ali Mohamad....


Susah nak dapat gambar awek ni...
jenuh pujuk baru dapat...inipun gambar curi...
 Pemalu sesangat...

Tokey lembu...




En. Zul membantu Tn. CEO mengangkat daging 
dari troli untuk dibuat pemotongan...
































En. Mohd Faiq, diberi tanggungjawab untuk mendapatkan 
sponsor Tshirt yang akan dipakai oleh para petugas. Tq. Faiq... 



En. Haikal and the gang sedang membersihkan perut lembu...



Tugas-tugas memasak sudah hampir siap 
dan akan dihidangkan sebentar nanti...





Pn. Akilah satu-satunya petugas wanita
yang berminat dengan perut lembu...




Tn. Hj. Ali terus melaksanakan tugasnya dengan penuh dedikasi
walaupun matahari sudah berada tegak di atas kepala. 

Tn. CEO berkenan untuk menyampaikan daging korban 
kepada para peserta korban, Asnaf dan Petugas Am 
yang bekerja di Wisma FELCRA...
Kelihatan Pn. Siti Khatijah Chu sedang menerima bahagiannya...

En. Fauzi Ismail....

En. Mohamad Azrul...

Turut kelihatan dari kiri: 
En. Haridan Saad, PBK Kejuruteraan dan Perkilangan,
 COO FB.En. Zainal Abidin Shariff, 
Tn. CEO dan Tn. Hj. Ali Mohamad, PBK Modal Insan.

Para Asnaf yang turut mendapat bahagiannya....









Lama aku tak jumpa En. Mat Ros Kamat ni...

Comel anak ni... Anak sapa lah ni?...



Sumbangan daging korban kepada 
Pekerja Am Wisma FELCRA...





En. Mohd Faiq turut diberi tugas mengacara majlis 
semasa sessi penyampaian sumbangan daging korban...




Para staf dan tetamu lelaki beratur untuk mengambil makanan 
yang telah dihidangkan di khemah... 




Staf wanita menikmati jamuan di ruang legar di tingkat bawah...

Gang-gang ni yang diketuai oleh Pn. Zabidah Ibrahim (no. 2 kiri) 
menikmati jamuan dipejabat mereka di Bhg. Pengurusan Peserta...

Last sekali, gambar aku satu pun tak dak..


6 comments:

  1. Tahniah blogger kerana dapat menyiapkan artikel dengan cepat...

    ReplyDelete
  2. Semangat bersatu padu yg perlu dipupuk. Disamping ibadah korban, melalui gambar2 ini kita dpt melihat hubungan yg erat serta kerjasama yg baik di antara pengurusan tertinggi hingga ke peringkat bawahan.

    ReplyDelete
  3. Auntie ucap tahniah kpd semua staf felcra kerana berjaya menganjurkan program ini. Harap program ini diteruskan di thn2 hadapan....

    ReplyDelete
  4. Tq blogger sbb upload byk gambar aku...

    ReplyDelete
  5. asalamualaikum w.b.r...
    memamng bagus bangat... harap acara seperti ini akan berlangsung selagi adanya felcra berhad di dunia yang fana ini...

    ReplyDelete
  6. Kalau pegawai2 felcra menguruskan wang sykt dgn berhemah Inshaa Allah felcra akan terus wujud di dunia fana ini. Tapi kalau felcra jadi tunggangan ahli2 politik yg rakus tak mustahil sykt akan bangkrap....

    ReplyDelete