Pages

Tuesday, October 24, 2017

MAKANAN LUAR BIASA...


Seorang lelaki di India menghidap sejenis penyakit ganjil yang menyebabkan dia ketagih untuk makan batu bata dan lumpur.

Pakkirappa Hunagundi, 33, berkata, dia suka memakan batu bata dan lumpur sejak berusia 10 tahun lagi dan kini dia sukar menghilangkan ketagihan itu.

"Saya hanya suka makan batu bata dan lumpur, tiada benda lain.

"Saya perlu makannya pada setiap hari dan saya tidak boleh berhenti," katanya.

Menurutnya, sejak kecil lagi ibunya bimbang dengan selera peliknya itu dan melakukan pelbagai cara untuk menghentikannya tetapi gagal.

" Anda boleh bagi ayam goreng tetapi saya tetap memilih lumpur untuk dimakan," jelasnya.

Hunagundi memberitahu, dia kini memakan satu batu bata dan tiga kilogram lumpur sehari untuk memenuhi ketagihannya itu.


Doktor berkata, Hunagun kemungkinan menghidap satu keadaan dikenali sebagai Pica, yang menyebabkan seseorang itu gemar memakan objek bukan makanan dan tiada khasiat.

Mereka yang menghidap keadaan itu biasanya gemar memakan pelbagai objek seperti batu, sabun dan rambut mereka sendiri. Menurut Hunagundi, dia tidak pernah jatuh sakit atau mengalami sebarang kesan negative akibat seleranya itu.

Hunagundi juga merancang untuk mengembara ke seluruh India untuk menunjukkan kemampuannya memakan batu bata.

Sumber : Harian Metro 24 Okt 2017

No comments:

Post a Comment