Pages

Saturday, November 4, 2017

KENANGAN MANIS DI KOTA BANDUNG, INDONESIA...

Aku sudah berkira-kira nak bawak famili melancong, tapi belum lagi nak hebahkan kepada mereka, bukan sebab apa, sebab takut, manalah tahu tiba-tiba tak jadi pulak nanti tentulah mereka akan marah dan merajuk denganku.

Nak melancong ni banyak persiapan yang nak kena buat, bermula dengan nak cari tarikh yang sesuai, Negeri atau negara mana yang jadi pilihan, kelapangan masa, dan yang paling penting sekali tentulah bajetnya.  

Setelah fikir masak-masak dan dah comfirm jadi nak pergi, aku pun lalu memanggil isteri dan anak-anak untuk memberitahu akan berita gembira ini kepada mereka.

Wah...apalagi, masing-masing melompat kegembiraan mendengar berita tersebut termasuklah isteriku yang sedari tadi mendengar dengan penuh tenang dan sabar.

Percutian ini juga adalah sebagai hadiah aku untuk anakku Afif yang baru saja melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya Ika pada 17 Disember 2016 lalu.

"Ini ayah kira sebagai percutian untuk honey moon Afif dan Ika jugaklah walaupun dah pergi honey moon di Pulau Langkawi selepas selesai majlis kenduri kahwin dulu" kataku kepada mereka sambil memandang Lina isteriku.

Jika sebelum ini kami dah bercuti di dalam negara di mana semua negeri telah dijelajahi maka kali ini aku merancang nak bawak mereka jauh sikit iaitu ke luar negara pulak.

Bila diajukan kepada mereka destinasi pilihan, aku dah agak dah, mereka sudah tentulah akan menyebut destinasi negara pilihan mereka sendiri berdasarkan cerita kawan-kawan yang pernah pergi atau dari pembacaan tentang keindahan negara pilihan mereka itu. Di hati masing-masing sudah berangan-angan untuk pergi ke negara tersebut suatu hari nanti. 

Bila aku tanya setiap mereka, ada yang kata nak pergi Beijing, Vietnam, Phuket, Krabi atau Jakarta. semua negara yang disebut terletak di Asia Tenggara. Tak adapun yang menyebut nak pergi Eropah. dalam hati...fuh...lega!!!"Selamat poket aku"...hu..hu..

Setelah berbincang panjang lebar dan mengambilkira semua aspek, aku akhirnya memberi kata putus untuk kami semua pergi bercuti dan melancong ke Kota Bandung, Indonesia sahaja. Tarikhnya aku dah tetapkan iaitu pada 14 hingga 17 Oktober 2017 berkebetulan pula pada 18 Oktober adalah hari cuti sempena sambutan perayaan Deepavali. Jadi dapatlah kami berehat satu hari lagi selepas pulang nanti. 

Oleh kerana masa ada lagi 3 bulan dari tarikh nak pergi, aku minta Afif, Alia dan Ika yang bekerja untuk memohon cuti dari sekarang manakala Rini yang sedang menuntut di Ipoh masih lagi dalam cuti semester. Bagi Amsyar yang sedang menuntut di Melaka aku akan buat surat mohon cuti.  

Walaupun ramai yang mengesyorkan supaya aku tidak menggunakan khidmat pakej pelancongan yang dikatakan agak mahal berbanding jika pergi sendiri tapi aku sudah berkira-kira untuk menggunakan pakej yang disediakan oleh FELCRA Travel yang berpejabat di No. 32a-1-1, Jalan Megan Setapak, 53300 Kuala Lumpur. Harga yang ditawarkan agak murah dan sesuai dengan bajet aku yang ciput ni. Bukan aku tak boleh pergi sendiri tapi aku kena memikirkan yang aku bukan pergi dengan kawan-kawan tapi sebaliknya membawa isteri dan anak-anak. Kalau terjadi apa-apa hal aku juga yang akan dipertanggungjawabkan. Pada aku, kalau nak berjimat dan berkira baik tak payah pergi, lagipun bukannya selalu. Kalau nak berjimat biar di tempat lain...

Untuk itu, aku telah menghubungi Puan Syafika, Pegawai yang bertanggungjawab menguruskan pakej-pakej pelancongan FELCRA Travel bagi mendapatkan keterangan lanjut. Melihat pakej ke Kota Bandung yang ditawarkan, kami akan pergi dengan pesawat Malindo Air yang beroperasi di KLIA 1. Tempat-tempat yang akan kami lawati adalah ke Gedung Sate, Factory outlet, Kawah Putih, Ladang strawberry, Farm House, Floating Market, Trans Studio, membeli belah di Pasar Baru, pusat barangan kulit di Cibaduyut, Kartika Sari dan Amanda untuk membeli kek lapis dan brownies sebelum berlepas pulang ke tanahair. Pakej kami adalah selama 4 hari 3 malam.

Group aku anak beranak adalah seramai 7 orang terdiri dari isteriku Lina, anak sulung Afif bersama Ika isterinya, anak kedua Alia, ketiga Asfarini (Rini) dan ke empat Amsyar. Seawal jam 3 pagi kami semua sudah berkumpul di depan rumah untuk menanti ketibaan kereta uber yang akan menghantar kami ke KLIA. Afif, Ika dan Amsyar menaiki kereta lain yang dipandu oleh adik Ika iaitu Hanif. Perjalanan dari rumah kami di Taman Sri Serdang ke KLIA diwaktu dinhari mengambil masa 45 minit dengan tambang yang dikenakan sebanyak RM65 sahaja. 

Menanti waktu untuk Check In jam 5 pagi nanti...

Bergambar dulu sebelum bergerak ke balai berlepas...

Walaupun penerbangan kami terus ke Kota Bandung pada jam 8.10 pagi nanti yang akan mengambil masa 2 jam, tapi aku hendak kami tiba awal di airport supaya kami tidak tergesa-gesa dan kelam kabut. Sementara menanti waktu check in pukul 5 pagi nanti, kami berehat di kerusi yang disediakan sambil berbual-bual dan merakam gambar. Selesai check in, kami semua ke surau untuk menunaikan solat subuh di surau yang disediakan.

Kira-kira jam 9.20 pagi waktu Indonesia, kapalterbang kami selamat mendarat di airport Sasteranegara, Bandung. Ketibaan kami disambut oleh Pak Hadi yang bertindak sebagai Pemandu Pelancong manakala Pak Tasori pula adalah supir kami. Pak Hadi berumur dalam lingkungan 35 tahun manakala Pak Tasori berumur 49 tahun. Kedua-dua mereka sangat ceria menyambut kami dan layanan yang diberikan sangat mesra.

Selepas menikmati makan tengahari, kami akan di bawa ke lokasi lawatan yang pertama iaitu ke Gedung Sate. Menurut Pak Hadi, Gedung Sate yang akan kami melawat ini adalah sebuah bangunan bersejarah yang ada di pusat Kota Bandung dan generasi baru mesti tahu akan sejarahnya supaya ianya dapat disampaikan kepada generasi yang seterusnya dan akan sentiasa dikenang sepanjang zaman.

Acara pertama lawatan kami selepas urusan di airport selesai 
ialah menikmati makan tengahari di restoran masakan padang...

Apit dan Ika dah tak sabar-sabar nak makan...

Menu hidangan yang sangat menyelerakan...

Selepas selesai makan tengahari, kami dibawa ke Gedung Sate
yang merupakan pusat pemerintahan Kota Bandung...

 Bergambar untuk kenang-kenangan dengan
berlatarbelakang Gedung Sate...

Dari kiri: Polis trafik, Pak Hadi, 
AJ, Alia, Asfarini, Lina dan Amsyar...

Disebut sebagai Gedung Sate karena gedung ini mempunyai ciri khas yang unik, iaitu ornamen 6 tusuk sate yang ada di atas menara sentral. 6 tusuk sate ini melambangkan 6 juta Gulden yang dipakai untuk membangun gedung berwarna putih ini.

Gedung ini sangat terkenal tidak hanya di kota Bandung saja, malah sudah terkenal di Jawa Barat dan Indonesia. Gedung yang dibangun pada tahun 1920 ini sampai sekarang masih berdiri kukuh dan berfungsi sebagai pusat pemerintahan Kota Bandung. Gedung yang disebut-sebut sebagai ‘Gedung Putih-nya Bandung’ ini sekarang telah menjadi salah satu tempat lawatan yang mesti dikunjungi oleh para pelancong jika datang ke Kota Bandung.

Taman di sekeliling Gedung Sate adalah lokasi popular pelancong mengambil foto sebagai kenang-kenangan. Pasangan pengantin juga sering menjadikan lokasi ini untuk bergambar sempena hari bahagia mereka. Bagi warga tempatan pula, mereka menjadikan taman ini untuk bersantai, beriadah dan berolahraga...


Acara seterusnya adalah acara yang ditunggu-tunggu oleh isteri dan anak-anakku iaitu acara window shopping. Window shopping ni bagi aku kira warm up la sebelum kami pergi shopping yang sebenarnya nanti.

Tapi kan, dalam dok window shopping tu aku perhati, 4 hingga 5 helai kain baju jugaklah gang-gang pompuan ni pi sambaq. Tak menyabar-nyabar sungguh. Kena tipu kang baru tau...Hahaha... 







Acara terakhir kami pada hari pertama adalah
 menikmati makan malam di 'Kedai Makan'...

Di hotel inilah tempat kami menginap 
sepanjang 4 hari 3 malam di Kota Bandung
Kami menyewa 3 bilik... 

Hari Kedua (15/10/2017}
Kawah Putih...


Selepas menikmati sarapan pagi di cafe hotel, tepat jam 7.30 pagi, kami semua sudah berkumpul di lobi kerana Pak Hadi dan Pak Tasori sudah sedia menanti. Pagi ini kami akan menuju ke destinasi lawatan kami yang ke dua iaitu ke Kawah Putih. Kawah Putih merupakan salah satu tempat yang mesti dikunjungi oleh para pelancong jika datang ke Kota Bandung. Kami dimaklumkan oleh Pak Hadi bahawa perjalanan kami dari hotel akan mengambil masa selama 3 jam kerana akan berlaku kesesakan yang teruk sepanjang perjalanan kami ke sana nanti walaupun jaraknya hanyalah lebih kurang 50 km sahaja. Sepanjang perjalanan, di kiri kanan, kami dapat melihat pemandangan yang sangat indah di mana kelihatan para petani sedang mengerjakan sawah ladang yang merupakan salah satu punca mata pencarian mereka.





Kami tiba di pintu masuk Kawah Putih jam 11 pagi. Pak Tasori yang memandu terus membawa kami ke lokasi di mana letaknya Kawah Putih yang dikatakan sangat cantik pemandangannya. Kami semua rasa tak sabar untuk melihat Kawah Putih dari dekat.

Kawah Putih terletak di Ciwidey, Jawa barat, tepatnya di jalan Soreang Ciwidey sekitar 50 km selatan kota Bandung. Lokasi Kawah Putih juga tidak jauh dari Situ Patenggang. Laluan yang ditempuh untuk sampai ke lokasi juga sangat mudah kerana banyak sekali pengangkutan awam yang disediakan dan akan menghantar hingga ke depan pintu gerbang Kawah Putih.

Bagi mereka yang tidak mahu membawa kenderaan ke atas
 tidak perlu risau kerana banyak pengangkutan awam disediakan... 

Perjalanan dari pintu masuk menuju lokasi Kawah Putih mengambil masa lebih kurang lebih 15 minit dengan jarak antara 5-6 km sahaja. Sepanjang perjalanan, kami dapat menyaksikan deretan pepohonan yang menjulang tinggi. Jalannya yang sudah beraspal (tar) melancarkan lagi perjalanan kami ke atas. Keadaan ini membuatkan Pak Tasori dapat memandu dengan tenang dan tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk mengemudi kenderaannya.

Bergambar ramai di Kawah Putih sebelum kami 
berjalan masuk untuk menghampiri Kawah Putih...



Pada hari lawatan kami, kelihatan ramai pengunjung yang datang 
untuk sama-sama melihatnya keindahannya dari dekat... 




Kawah Putih merupakan sebuah kawah yang dihasilkan dari letusan Gunung Patuha. Nama Kawah Putih merujuk pada tanahnya yang berwarna putih hasil dari beberapa unsur yang bercampur dengan belerang. Yang unik dari kawah ini adalah air yang dimilikinya, di mana air di dalam kawah tidaklah berwarna bening melainkan berwarna putih kehijauan. Airnya dapat berubah ubah sesuai dengan kadar belerang, suhu, dan cuaca yang terjadi pada saat itu. Oleh kerana ia terletak di dataran tinggi kawasan pegunungan yang berada di bawah 2,400 meter dari aras laut menyebabkan suhunya sangat sejuk iaitu boleh mencecah 8 hingga 22 darjah celcius.

Untuk sampai ke Kawah Putih, kami terpaksa 
melalui jambatan kayu dan seterusnya tangga batu 
yang dibina khas bagi memudahkan laluan...  

Untuk keselamatan, Amsyar dan Alia
 dikehendaki untuk memakai 'mask'...

Bagi mereka yang tidak tahan dengan bau belerang yang sangat menusuk hidung, mereka digalakkan untuk memakai 'mask' supaya sedutan udara melalui hidung yang mengandungi belerang itu tidak meresap ke dalam badan yang boleh membahayakan kesihatan.

Lina juga tak tahan dengan bau belerang 
dan terpaksa memakai 'mask'...


Bergambar ramai berlatarbekang Kawah Putih...
Dari Kiri: Ika, Afif, Amsyar, Alia, Asfarini, Salina dan 'aku'

Keindahan Kawah Putih
 susah nak digambarkan dengan kata-kata...


Jambatan kayu disediakan untuk
mereka  yang hendak pergi ke tengah
atau menyeberang Kawah...


Satu pos istimewa dari isteri dan anak-anak...
Dari kiri: Alia, Lina, Amsyar dan Asfarini...

Pengunjung yang datang tidak akan melepaskan peluang 
untuk merakam gambar sebagai kenang-kenangan...






Masa yang dibenarkan untuk berada di Kawah Putih sebenarnya hanyalah 15 minit sahaja tetapi ramai yang teruja dan tidak mahu meninggalkan kawasan Kawah kerana sangat kagum dengan keindahannya...  


Selepas hampir sejam kami berada di Kawah Putih, tibalah masanya untuk kami beredar walaupun hati terasa berat untuk meninggalkannya kerana waktu makan tengahari kami telah disediakan di Restoran Saung Gawir yang terletak kira-kira 10 km dari Kawah Putih ke arah perjalanan balik ke Kota Bandung.   


Sementara menanti makanan dihidangkan, 
kami mengambil kesempatan untuk berposing 
di dalam restoran yang kelihatan sangat cantik 
yang dibina bercirikan ala desa...

Restoran Saung Gawir dikelilingi pemandangan yang cantik
yang boleh membangkitkan selera kepada mereka yang datang ke sini
 untuk menikmati makan tengahari...


Menu kami tengahari ini adalah makanan Sunda...


Nasi Liwet...ala-ala nasi goreng yang wife aku selalu buat,
 tak sedar aku hentam 2 pinggan...hehehe...

Aku juga teruja nak minum kopi Luwak 
yang dikatakan boleh menyembuhkan berbagai penyakit. 
Aroma kopi ini sungguh harum dan akan menaikkan selera 
 kepada para penggemar kopi tegar...


Selesai makan tengahari, kami ke ladang strawberi yang terletak di sebelah restoran Saung Gawir. Kami boleh memetik buah strawberi terus dari ladang dan membayar dengan harga yang berpatutan. Tiket masuk dikenakan dengan harga Rp5,000 lebih kurang RM1.50. Pokok-pokok strawberi ditanam di dalam guni di lereng-lereng bukit berhampiran dengan rumah pemiliknya.


Afif dan Ika tidak melepaskan peluang untuk 
memetik buah strawberi terus dari pokoknya...

Amsyar pun nak berlakon jugak...Hahaha...

Asfarini, Ika dan Afif... 


Lina menunjukkan buah strawberi
yang telah dipetik olehnya...

Pemandangan yang menarik
 di ladang strawberi...

Harga tiket masuk ke ladang strawberi 
murah jer Rp5,000 (RM1.50)...


Setelah memetik mestilah ke kaunter
 untuk membuat bayaran kan...

Kaunter bayaran pun dibuat cantik ala-ala pondok tradisional...

Ladang strawberi di lereng gunung. 
Satu pemandangan yang mempesonakan...

Selepas memetik dan membeli buah strawberi di ladang, kenderaan yang kami naiki akan bergerak menuju ke Pasar Baru iaitu sebuah gedung membeli belah yang sangat terkenal di Kota Bandung.

Kenderaan kami sudah bersedia untuk 
bergerak menuju ke Pasar Baru...

Sedikit info mengenai Pasar Baru...

Pasar Baru Bandung atau kini dikenali juga dengan nama Pasar Baru Trade Centre berlokasi di Jl.Otto Iskandar Dinata. Salah satu tempat shopping yang terkenal di Kota Bandung ini. Ia merupakan pasar baru moden yang menjual berbagai keperluan seharian terutama kain baju yang sangat halus buatannya dan berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan. Banyak juga kios atau tempat penjualan di Pasar Baru Bandung yang kita boleh kunjungi jika berada di sini dengan mall-mall yang besar. Ini berarti Pasar Baru tidak kalah dengan mall-mall lain yang ada di Kota Bandung. Di tahun 1935, Pasar Baru adalah pasar terbersih dan teratur se-Hindia Belanda.

Lokasinya terletak di tengah kota Bandung, Tak Jauh dari Jl. Asia Afrika Bandung. Akses menuju lokasi ini sangat mudah dan amat dikenal oleh penduduk Bandung. Jenis barang yang diperjual belikan di Pasar Baru ini mulai dari aneka pakaian, kain batik, Baju Batik, Bed Cover, Baju Muslim, Jilbab, Kebaya, Perlengkapan Muslim dan lain lain.

Di Pasar Baru pakaian atau kain yang ditawarkan mulai dari kualiti rendah sampai kualiti tinggi. Jika kita pandai tawar menawar, kita boleh berbelanja dengan harga yang sangat murah di sini tanpa menjejaskan kualitinya. Tapi kalau lurus bendul dan tak pandai memang kena 'sembelih' la jawabnya...

Ada beberapa tips jika ingin berbelanja di Pasar Baru Bandung:
  • Pastikan kualiti barang yang di beli, agar tak kecewa nantinya. 
  • Jika barang tidak menggunakan lebel harga, berarti barang tersebut boleh ditawar
  • Simpan Tas atau dompet di bahagian depan badan, bukannya untuk menakutkan tapi untuk menghindari dari hal-hal yang tidak diingini karena Pasar Baru Bandung sangat ramai.
Pasar Baru Bandung dulunya merupakan Pasar Baroeweg. Pasar ini di bangun sekitar tahun 1884 sebagai pengganti pasar lama di kawasan Ciguriang (di daerah Jl.Kepatihan saat ini) dulu masih merupakan pasar biasa yang kemudian diubahsuai pada tahun 2001 menjadi Pasar Baru Bandung yang kita ketahui saat ini. Satu yang pernah membanggakan dari Pasar Baru Bandung ini iaitu pada tahun 1935, ia diiktiraf sebagai pasar terbersih dan teratur se-Hindia Belanda.

Ia memiliki 11 tingkat termasuk kawasan meletak kereta. Di Pasar Baru Bandung selain banyak penjual pakaian, kasut, tas dan lain sebagainya terdapat pula satu lantai yang khusus menjual tekstil, pusat penjualan kain dan batik yang ada di Pasar Baru Bandung pun cukup terkenal hingga ke negara luar.

Oleh kerana di Pasar Baru Bandung ini pengunjungnya selalu padat sebaiknya kita jangan memakai perhiasan berharga yang berlebihan dan sentiasalah berwaspada dalam apa jua situasipun terutama sering berlaku perbuatan si penyeluk saku yang sangat licin menjalankan kerja mereka.

Acara sebenar kami di Kota Bandung. 
Membeli belah sakan sampai lupa dunia...

Berbagai jenis kain dan pakaian terdapat di sini
yang membuatkan sesiapa saja akan
akan rambang mata bila berada di sini...









Selepas membeli belah di Pasar Baru, kami kembali ke hotel untuk berehat dan bersolat. Jam 7.30 malam, kami dibawa ke sebuah restoran yang kami semua terlupa namanya  untuk menikmati makan malam...  

Hari Ketiga 16/10/17
Kunjungan ke Farmhouse, Floating Market, 
dan Taman Begonia...

Selepas bersarapan di cafe hotel, kami semua berkumpul di lobi kerana pada pagi ini kami semua akan dibawa ke Farmhouse, Floating Market, dan Taman Begonia untuk melihat keunikanya, taman bunganya yang cantik serta taman binatang yang terdapat di situ seperti kambing biri-biri, arnab, burung, itik dan berbagai lagi. Semua tempat-tempat ini termasuk di dalam pakej lawatan kami. Perjalanan ke sana mengambil masa satu  jam setengah dengan menempuh jalan yang kurang sesak pada waktu pagi. 

Suasana sejuk di sini sangat menyegarkan tubuh membuatkan kami sangat teruja dan tidak sabar-sabar untuk memasuki ke dalamnyaFarmhouse Lembang terletak di Jalanraya Lembang no 108 Cihideung. Untuk mengunjungi nya pengunjung dari Jakarta atau luar Bandung boleh menggunakan kereta atau menaiki pengangkutan awam di stesen Bandung-Lembang.

Di sini aktiviti yang banyak dilakukan adalah merakam gambar kerana pemandangannya sangat cantik. 




Apa yang menariknya di sini ialah terdapat satu kawasan yang sangat unik dan merupakan lokasi pilihan bagi pasangan remaja yang sedang asyik bercinta. Sebagai membuktikan cinta, mereka akan mengabadikan nama mereka dan nama kekasih lalu menguncinya dan digantung di sini sebagai lambang percintaan mereka dan berharap tidak ada sesiapa yang dapat memisahkan mereka melainkan maut yang datang menjemput.

Kunci sebagai lambang bagi pasangan kekasih
 yang sedang bercinta... 


Bangunan yang berkonsep dan rekabentuk seperti di  Belanda. Kita boleh bergambar dengan mereka yang lengkap berpakaian tradisinya. Apabila berada di sini kita seolah-olahnya berada di Negara tersebut.





Ibu dan anak dengan pakaian tradisi Belanda...

Di sini juga dijual susu segar. 



Taman Begonia, Lembang...

Seterusnya kami menuju ke Taman Begonia Glory di Lembang. Taman ini merupakan sebuah kawasan yang didirikan dengan salah satu tujuannya adalah untuk memperkaya kazanah Florikultura Indonesia. Oleh kerana itu maka dibuatlah suatu kawasan taman bunga yang dilengkapi dengan aneka macam bunga-bunga taman yang tidak kalah dengan Rainbow Garden di Floating Market, Lembang.

Bunga-bunga yang ada di sini adalah bunga Celosia, Melampodium, bunga Impatiens, bunga Salvia, bunga Geranium, dan banyak lagi jenis bunga lainnya. Diberi nama Taman Begonia kerana di Taman Bunga yang ada di dataran tinggi Lembang ini didominasi oleh salah satu komoditi terunggul mirip primadona taman ini iaitu Bunga Balinea.

Balinea sendiri adalah merupakan kelangsungan dari bunga Begonia yang berasal dari salah satu pulau pelancongan yang terkenal di Indonesia iaitu Pulau Bali. Apa yang menjadikan bunga Balinea sangat begitu terkenal dan fenomenal bagi para pecinta dan peminatnya adalah kerana bunga Belinea Bali mempunyai bentuk dan warnanya yang sangat indah dan cantik sekali.

Bunga Belinea apabila dibandingkan dengan jenis atau aneka tanaman bunga yang lain pada umumnya yang sudah kita kenal adalah kerana bunga balinea ini tumbuh baik untuk kawasan dataran tinggi mahupun rendah dan tumbuh lebat di sepanjang musim. Bunga ini juga sangat tahan cuaca ekstrim baik di musim hujan ataupun panas dan diyakini sangat mudah dipelilihara.

Bunga Balinea ini sesuai dengan semua jenis tanah dan boleh ditanam di kebun, pekarangan rumah, atau di lorong-lorong perumahan. Selain itu ia juga sesuai ditanam di hotel ataupun di tanah lapang.
















Kelihatan seorang gadis sedang mencari angel yang baik 
untuk merakam gambar familinya. Melihat kepada keayuannya 
aku tidak melepaskan peluang untuk merakam gambarnya. 
Mohon izin yer!!!...







Taman Burung...





Taman biri-biri


Bermesra dengan biri-biri...

Floating Market...

Bergambar ramai di signboard 'Floating Market...

Pusat pelancongan di daerah Bandung memang selalu menjadi pilihan yang terbaik untuk menjadi tempat lawatan. Salah satunya yang tidak boleh kita abaikan adalah Floating Market. Floating Market adalah tempat pelancongan yang menawarkan berbagai aneka jualannya dengan konsep pasar terapung. Ia mulai dibuka sejak Desember 2012 dan mulai menarik perhatian para pelancong.

Berbeza dengan pasar terapung yang lain pada umumnya, pasar terapung ini tidak berada di tengah danau tapi berada ditepi danau. Floating Market yang memiliki keluasan 7 hektar ini terletak di Jl. Grand Hotel no 33 E, Lembang yang dibuka mulai pukul 09.00 – 5.00 petang kecuali pada hari minggu yang akan dibuka hingga 8.00 malam.













Trans Studio...

Kami seterusnya ke Trans Studio. Walaupun ia tiada di dalam pakej lawatan, tetapi oleh kerana anak-anak hendak ke sana, aku memaklumkan kepada Pak Hadi untuk membawa kami ke Trans Studio tersebut. Menurut Pak Hadi tiket masuk dikenakan sebanyak Rp150,000 atau RM60 seorang (sebab kami masuk hari isnin). Ini bermakna aku kena bayar sebanyak RM420 untuk 7 orang bagi membolehkan kami masuk ke dalamnya. Alang-alang nak melancung, aku turuti jer kehendak mereka...Huhuhu...  

Trans Studio Bandung adalah taman tema yang di dalamnya mempunyai ruangan terbesar di dunia yang dikelola oleh Trans Crop. Ia adalah taman tema kedua yang dibangun untuk menyusul kesuksesan Trans Studio Makassar yang dibangun pada tahun tahun 2009. Wahana yang disajikan cukup menarik dan diberi nama sesuai dengan program-program yang ada di Trans TV ataupun Trans7

Harga tiket masuk Trans Studio Bandung adalah:
Isnin hingga Jumaat : Rp. 150.000,- ( Seratus lima puluh ribu rupiah )
Sabtu - Minggu / Hari Libur : Rp. 200.000,- ( dua ratus ribu rupiah )
Tiket masuk Trans Studio menggunakan kartu Mega Cash, harga kartu adalah Rp. 10.000,-. Kartu Mega Cash dapat digunakan untuk melakukan transaksi di semua outlet di dalam Trans Studio Theme Park.




















Kami menghabiskan masa di Trans Studio ini selama 6 jam. Kepuasan jelas terbayang di wajah anak-anak kerana mereka dapat bermain semua jenis permainan yang ada di dalamnya. Kami meninggalkan Trans Studio pada jam 8 malam dan kami sekali lagi memilih untuk makan malam di Restoran 'Rumah Makan' Boemi Mitoha kerana menu yang disediakan memenuhi selera kami semua.

Signbord Restoran Rumah Makan...


Restoran 'Rumah Makan' Boemi Mitoha...

Hari Terakhir 17/10/2017
Kedai Kek Kartika Sari...


Hari ni merupakan hari terakhir kami berada di Kota Bandung. Kami perlu berada di Airport jam 12 tengahari kerana pada Jam 2.20 petang nanti kami akan menaiki flight untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur dan dijangka tiba di KLIA pada jam 5 petang.

Seawal 7 pagi selepas bersarapan di cafe hotel, kami semua sudah berada di dalam kenderaan untuk menuju ke Kartika Sari dan Amanda untuk membeli kek lapis dan brownies,  

Kedai kek Kartika Sari merupakan salah satu kedai kek yang terdapat di kota Bandung bukan hanya dikenal oleh warganya sendiri, tetapi ia merupakan kedai kek yang sangat popular dan sentiasa ramai pengunjungnya.

Kartika Sari telah ujud sejak 1970an lagi, walaubagaimanapun ia mula terkenal mulai tahun 1984 yang beroperasi di lokasi pertamanya di jalan Kebon Kawung Bandung.

Jika anda bertanya, apa daya tarik yang membuat aneka Produk Kartika Sari Bandung ini menjadi popular yang sentiasa diburu pelancong? Itu semua tidak lain kerana terdapat berbagai menu makanan kueh produksi Kartika Sari itu dikenal sangat lazat, nikmat dan sangat terjaga kualitinya dari dahulu sehingga sekarang. Keberadaan Kartika Sari benar-benar telah menjadi sumber kepuasaan pelancong untuk mendapatkan oleh-oleh dari Bandung yang enak, khas dan murah.

Alia dan Rini tidak melepaskan peluang 
untuk bergambar di kedai kek Kartika Sari...

Dua orang pekerja sedang membungkus kek 
yang isteriku beli untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur...




Berbagai jenis kek dengan berbagai anika rasa
boleh didapati di sini. Harganya sangatlah berpatutan...

Selepas menghabiskan masa lebih kurang satu jam di sini dan masa pulak baru menunjukkan pukul 9 pagi, isteriku dan anak-anak memohon kepada Pak Hadi untuk membawa kami ke gedung pakaian Pasar Baru yang telah dikunjungi semalam kerana ada beberapa lagi keperluan terutamanya pakaian yang hendak dibeli. Tanpa melengahkan masa kami semua terus ke sana dan diberi masa sehingga jam 10.30 pagi untuk berkumpul di pintu masuk utama kerana kami akan bergerak dan perlu sampai di airport jam 12 tengahari.

Selepas semuanya selesai, tibalah masanya untuk kami berangkat pulang ke tanahair. Sebelum berpisah, kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pak Hadi dan Pak Tasori yang sabar melayan karenah kami dari mula tiba hingga di hari terakhir. 

Semoga kita berjumpa lagi di Kota Bandung yang banyak menyimpan kenangan manis buat kami semua...  

Bergambar ramai di pintu masuk Airport Sasteranegara
 sebelum kami check in untuk pulang ke Kuala Lumpur...

9 comments:

  1. Best nyer...
    Lps ni kita nak pegi jugak la...

    ReplyDelete
  2. Tangkuban Perahu pun cantik tempatnya. Tangkuban Perahu dalam bahasa Melayu bermaksud sampan terbalik. Ianya ditendang oleh sangkuriang kerana gagal menyiapkan kapal sebelum ayam berkokok di pagi hari. Wallahuaklam

    ReplyDelete
  3. Seronok baca pengalaman admint bersama famili di Bandung. Byk info dan sejarah yg dikongsi. Tahniah...Teruskan usaha memaparkan kisah2 menarik utk tatapan kami...

    ReplyDelete
  4. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.

    PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

    PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
    PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
    TAK ADA EXTRA BAYAR.
    TAK ADA TIPU – TIPU !!!
    HARGA PAKEJ 04 HARI / 03 MALAM MYR : 380 (10 ORANG )
    HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 275 (10 ORANG )

    ITINERAY :

    DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
    ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

    DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
    BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

    DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
    AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

    DAY 4 : HOTEL – AIRPORT
    AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.



    SERVICES TERMASUK :
    • TRANSPORT
    • PEMANDU PELANCONGAN
    • HOTEL 3 BINTANG
    • BREAKFAST 3X
    • MAKAN TENGAH HARI 3X
    • DINNER 3X
    • SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
    • KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
    • MINERAL WATER

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL

    ReplyDelete
  5. Jom cuti2 Bandung,
    284 RM/ kepala
    4 Hari 3 Malam
    Murah tapi tak murahan..
    harga budget service 5 star...
    Nak pegi mana mana oun boleh, no rule, asal customer senang 😉

    sudah masuk sekali
    ✅ Hotel 3 star berhampiran cihampelas shoping mall
    ✅ Bilik deluxe, satu bilik untuk 2 orang
    ✅ Tea maker dalam bilik
    ✅ Makan pagi
    ✅ Airport transfer
    ✅ Transport untuk tour 4 hari
    ✅ Supir yang ramah dan berpatutan
    ✅ Minyak
    ✅ Tol
    ✅ Parking
    ✅ No tipu tipu
    ✅ Kereta with good aircon

    Minat segera whatsapp admin yaa..
    10 orang pertama dapat percuma :
    ✅ bags Louis vuiton
    ✅ free indonesian sim card 1 pack
    ✅ Free layer cake

    whatsapp admin jangan lupa
    +6285318490001
    email : primeratrans@gmail.com
    facebook : Primera Trans Bandung

    ReplyDelete
  6. ASSALLAMU ALLAIKUM ……… WR WB ………….
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN
    HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!!
    JOM KE DANAU TOBA … !!!

    KAMI DARI TIARA TOURS INDONESIA, ADALAH AGENCY PELANCONGAN BERLECENSED & PROFESIONAL. SYARIKAT KAMI DI MASA LEPAS SUDAH BERJAYA DAN AHLI DALAM MENGURUS LAWATAN PAKEJ KE INDONESIA, TERMASUK MENGURUS LAWATAN KAPAL PESIAR (CRUISE SHIP).

    PAKEJ LAWATAN SEPERTI PAKEJ KE MEDAN, LAKE TOBA, BERASTAGI , HIKING & TRACKING , PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA, BANDUNG, YOGYAKARTA, BALI ISLAND, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MANADO, TORAJA DAN PULAU NIAS, SEMUA KAMI TEMPAH HARGA MERANARIK DAN SANGAT MURAH.
    DISINI SILA TENGOK DI http://traveltiara.blogspot.com, SEMUA GAMBAR – GAMBAR COSTUMERS YANG KAMI URUSKAN KE INDONESIA DAN SILA LETAK KOMENT.

    PAKEJ KAMI SANGAT MURAH DAN BERKUALITI. SEBAGAI SYARIKAT YANG BERLICENSE DARI KERAJAAN INDONESIA, SYARIKAT KAMI TIDAK ADA BUAT TIPU – TIPU KEPADA SELURUH COSTUMERS YANG KAMI URUSKAN LAWATANNYA KE INDONESIA

    SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA & CAR RENTAL SERVICE
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TAX NO : 36 555 970 7 122 000
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 175 / HARI (10 JAM)
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 175 / HARI (10 JAM)
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 235 / HARI (10 JAM)
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 260 / HARI (10 JAM)
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI (10 JAM)
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI (10 JAM)
    NOTE :
    NO SERVICE WITHOUT MONEY

    ReplyDelete
  7. Jom cuti2 Bandung,
    284 RM/ kepala
    4 Hari 3 Malam
    Murah tapi tak murahan..
    harga budget service 5 star...
    Nak pegi mana mana oun boleh, no rule, asal customer senang 😉

    sudah masuk sekali
    ✅ Hotel 3 star berhampiran cihampelas shoping mall
    ✅ Bilik deluxe, satu bilik untuk 2 orang
    ✅ Tea maker dalam bilik
    ✅ Makan pagi
    ✅ Airport transfer
    ✅ Transport untuk tour 4 hari
    ✅ Supir yang ramah dan berpatutan
    ✅ Minyak
    ✅ Tol
    ✅ Parking
    ✅ No tipu tipu
    ✅ Kereta with good aircon

    Minat segera whatsapp admin yaa..
    10 orang pertama dapat percuma :
    ✅ bags Louis vuiton
    ✅ free indonesian sim card 1 pack
    ✅ Free layer cake

    whatsapp admin jangan lupa
    +6285318490001
    email : primeratrans@gmail.com
    facebook : Primera Trans Bandung

    ReplyDelete