Pages

Sunday, May 9, 2021

MAKSUD YANG TERSIRAT DI SEBALIK LAGU "MENITI TITIAN USANG" - SEARCH...

Hayati lagu Meniti Titian Usang yang liriknya 
mempunyai unsur-unsur ketuhanan. 
Tekan play sambil perhati 
ulasan di bawah.... 
(Tulisan warna kuning...)

Kata orang lama (Otai), muzik rock muzik metal yang sangat keras yang berasal dari barat tidak sesuai di Negara kita.

Selain muziknya yang keras, biasanya rockers dianggap terpalit dengan budaya negatif seperti hippies, sex bebas, rambut panjang, pakai baju dan seluar koyak, ketagih alkohol, dadah, gangsterisme, vandalisme dan sebagainya. Disamping itu lirik-lirik lagu mereka kebanyakannya memuja iblis, jin dan syaitan.

Jika pandangan itu kita tujukan kepada band rock dari barat maka tidak dinafikan ia ada kebenarannya tapi kita tidak boleh menyamakan tuduhan itu kepada band rock tempatan.  

Berbeza dengan band rock tempatan, kita perlu sedar bahawa tidak semua tuduhan yang kita buat kepada mereka sepertimana yang kita kaitkan dengan band rock dari barat itu benar. Oleh kerana mindset kita telah melabelkan mereka sebegitu maka fikiran negatif itulah yang akan tertanam di fikiran kita untuk selama-lamanya tanpa berpaksi kepada realiti yang sebenar (bersangka baik)🙏.  

Selama ini kita sangat menyanjung tinggi kumpulan-kumpulan nasyid yang mempersembahkan lagu-lagu yang liriknya mempunyai unsur-unsur ketuhanan. Di samping itu kita juga memandang tinggi dan menghormati mereka yang berpenampilan islamik dari segi berpakaian, tuturkata yang sopan, akhlak yang mulia. Satu lagi perkara yang paling penting yang perlu ada pada mereka ialah mereka tidak sesekali mengabaikan solat berjemaah samada di masjid dan surau. 

Pendapat ini memang diakui kebenarannya 100% dan memang tidak dapat dinafikan. Oleh itu adalah diharapkan agar kumpulan-kumpulan nasyid di negara kita tidak mengkhianati pandangan dan harapan yang telah diletakkan di bahu mereka dan mereka hendaklah sentiasa berwaspada dengan anasir-anasir jahat yang sentiasa mengintai peluang bagi merosakkan nama baik mereka.     

Berbalik kepada persoalan asal tentang pemuzik rock tempatan. Bermula penghujung tahun 1970an, Negara kita telah dilanda fenomena muzik rock metal. Banyak anak-anak muda yang boleh bermain muzik telah menubuhkan band rock masing-masing dengan berbagai nama dan diberi peluang pula untuk merakam album oleh pihak syarikat yang yakin dengan pasaran yang boleh membawa keuntungan sepertimana kumpulan rock Sweet Charity yang berjaya dari Singapura. 

Dalam banyak-banyak kumpulan muzik rock yang terkenal dan berpengaruh di Malaysia, aku ingin memfokuskan kepada sebuah kumpulan rock Search yang menampilkan penyanyi utamanya Amy. Antara killer song dalam album mereka yang kita tidak sedar mempunyai lirik berunsur ketuhanan adalah sebuah lagu yang berjudul "Meniti Titian Usang" ditulis oleh M. Nasir yang merupakan seorang komposer, pencipta lagu dan penulis lirik yang terkenal dan mempunyai nama yang sangat besar dalam industri muzik tanah air. 

Ok guys...tanpa membuang masa, marilah kita menghayati lagu tersebut dan menghayati bait-bait lirik yang sangat puitis dan menginsafkan...

Jom!!! tekan play dan Layannnnn...😀   

MENITI TITIAN USANG.... 
Kertas putih salju : (Dilahirkan tanpa dosa...)
Kucoretkan kedukaanku : (Telahku penuhi hidup dengan dosa...)
Hitam dan kelabu : (Dosa besar dan dosa kecil...)
Adalah warna dalam hidupku : (Menjadi lumrah hidupku...)
Kejutkanlah aku, kawan (Sedarkanlah aku kawan...)
Aku sedang bermimpi : (Aku sedang terleka...) 
Kejutkanlah aku : (Sedarkanlah aku...)
Yang sengsara dalam sepi : (Yang Jahil tanpa ilmu...) 

Gementar kakiku : (Tubuhku ketakutan...)
Meniti titian usang : (Untuk Meniti Titian Sirat...)
Berdegup jantungku : (Hatiku ketakutan...)
Apakah dapat 'ku ke seberang? (Mampukah aku melepasinya...)

Sambutlah tanganku, kawan : (Bantulah aku kawan...)
Aku takut tenggelam : (Aku takut azab neraka...)
Sambutlah tanganku, kawan : (Bantulah aku kawan...)
Jurangnya sangat dalam : (Keadaannya amat menakutkan...)
Jurangnya sangat mengerikan : (Azab api neraka yang dalam amat dahsyat...)
Ramai yang telah kecundang : (Ramai yang telah terseksa...)

Dia sedang menunggu : (Rasulullah sedang menanti...)
Untuk memimpinku : (Untuk membantuku...)
Di seberang sana : (Di hujung Titian Sirat...)
Adanya cahaya : (Masih ada harapan...)

Ulang Korus...

Sambutlah tanganku, kawan
Aku takut tenggelam...
Sambutlah tanganku, kawan
Jurangnya sangat dalam...

Sambutlah tanganku, kawan
Aku takut tenggelam...
Sambutlah tanganku, kawan
Jurangnya sangat dalam...

Sambutlah tanganku, kawan
Aku takut tenggelam...
Sambutlah tanganku, kawan
Jurangnya sangat dalam...

Sumber: Musixmatch
Pencipta lagu: M.nasir
Lirik Meniti Titian Usang © Warner Chappell Music (malaysia) Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment