Pages

Saturday, May 15, 2021

MARI KENALI BURUNG TEMPUA...

Semasa membuat lawatan kerja ke ladang sawit
FELCRA Berhad Kawasan Batu Sawar, Temerloh, 
penulis telah bertemu dengan sarang Burung Tempua...

Sarang Burung Tempua bergayutan di pokok...

Burung Tempua (bahasa Inggeris) : Weaver merupakan spesies burung passerine kecil dari keluarga Ploceidae

Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya "mega diversity" dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebrata darat, lebih 150,000 spesies invertebrat,  lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikan laut. 

Burung Tempua merupakan burung yang memakan biji benih dengan paruh berbentuk kon yang tumpul, yang terdapat di Asia dan di Sub Sahara, Afrika. Kebanyakan burung jantan dalam spesies ini bewarna terang, biasanya merah, kuning ataupun hitam.

Penulis teruja apabila dapat melihat 
sarang Burung Tempua yang bersarang rendah dari dekat...

Taburan...

Burung Tempua boleh didapati di Asia dan di Sub Sahara, Afrika.

Seekor Burung Tempua ketika berada di sarangnya...

Ciri-Ciri...

Kebanyakan burung jantan dalam spesies ini bewarna terang, biasanya merah, kuning ataupun hitam.

Burung Tempua adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, bertulang belakang (vertebrat). Burung Tempua adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah dan mempunyai paruh tanpa gigi.

Jantung Burung Tempua terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Makanan...

Burung Tempua merupakan burung yang memakan biji benih dengan paruh berbentuk kon yang tumpul, yang terdapat di Asia dan di Sub Sahara, Afrika.

Kelompok sarang Burung Tempua di Gambia.
Sarangnya berbentuk silinder yang tergantung...

Sarang burung tempua di Malaysia...

Burung Tempua dan sarangnya di India Barat...

Pembiakan...

Sebagai burung, Burung Tempua membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

Tabiat...

Burung Tempua dikenali kerana kelebihannya yang membina sarang yang besar yang dijalin daripada rumput dengan pelbagai bentuk bergantung kepada spesies. Burung Burung Tempua mempunyai keupayaan yang khas untuk menganyam sarangnya. Sarangnya mempunyai struktur besar yang boleh dimasuku, dianyam daripada rumput dan ranting yang tergantung daripada dahan pokok dan mungkin mempunyai laluan masuk yang menjulur. Sarang yang diperbuat daripada helaian halus rumput yang dianyam dengan rapi membentuk struktur seperti kon yang tergantung dari dahan pokok.

Seekor village weaver jantan 
(Ploceus cucullatus bohndorffi)
 sedang membina sarangnya...

Sarang bagi Burung Tempua jantan berbeza dari segi rekaannya, bentuk, struktur, dan saiz. Sarang Burung Tempua jantan mempunyai tempat bertenggek baginya menunjuk-nunjukkan dirinya, sementara sarang Burung Tempua betina mempunyai bahagian bawah yang melengkung bagi menyimpan telur.

Sarang Burung Tempua Kerbau (buffalo-weavers), bagaimanapun, membina sarang besar yang tidak kemas dalam koloni mereka, yang mungkin mempunyai beberapa sarang bulat yang dianyam dalamnya.

Burung Tempua merupakan burung yang hidup berkawan dan sering membiak dalam koloni. Ia kadang kala menyebabkan kerosakan tanaman, terutamanya Red-billed Quelea, yang dianggap sebagai burung paling banyak.

Pengekalan...

Burung Tempua merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.

Peribahasa Melayu... Kalau tidak berada-ada takkan tempua bersarang rendah. Artinya: Tentu ada maksud tersembunyi bila seseorang berlaku secara luar biasa.

Arti dari peribahasa : Jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah adalah setiap segala sesuatu ada sebab musababnya hingga terjadi seperti demikian. Peribahasa... Jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah dapat anda gunakan dalam kehidupan sehari-hari, baik dalam bentuk lisan maupun tulisan sebagai suatu perumpamaan yang mempunyai arti Setiap segala sesuatu ada sebab musababnya hingga terjadi seperti demikian.

Sebuah Pantun...
Burung tempua bersarang rendah,
Hendak ku kait terasa sayang,
Hari ini terasa cukuplah indah,
Harap-harap cerah sampai ke petang.

Sumber rujukan : Wikipedia

No comments:

Post a Comment