Pages

Tuesday, December 24, 2013

MISTERI HERACLEION...

Misteri Heracleion, Tenggelam selama 1,200 tahun berjaya dirungkai

Kota Heracleion


SEORANG ahli arkeologi Perancis, Dr. Franck Godio ber­jaya merungkaikan misteri Heracleion, sebuah kota purba yang dipercayai telah ghaib lebih 1,200 tahun lalu akibat ditimbus pasir dan lumpur di dasar Laut Mediterranean.

Patung-patung dewa yang turut ditemui...

Runtuhan kota purba itu dite­mui sedalam 30 kaki di bawah permukaan laut di Abourkir Bay, berhampiran dengan Alexandria di Mesir.

Dr. Frank Godio dan pasukan penyelamnya memeriksa patung Firaun. 
Patung amat besar itu dibina dari granit merah dan berukuran lebih 5 meter...

Misteri kota purba itu berjaya dirungkaikan pada tahun 2000 setelah satu kajian geofizik selama empat tahun dijalankan oleh Dr. Frank dan sepasukan ahli arkeologi dari European Institute of Underwa­ter Acheology (IEASM).


Penemuan itu telah membongkar misteri kota Heracleion yang penuh dengan artifak-artifak menakjubkan tetapi masih berada dalam keadaan baik. Dr. Frank dan pasukan ahli arkeologi yang lain turut mendedahkan pelbagai artifak ritual keagamaan yang berjaya ditemui di lokasi kota yang tenggelam itu.

Kiri: Patung gangsa Firaun...

Antaranya ialah ukiran batu 16 kaki yang dipercayai telah menghiasi kuil pusat bandar tersebut dan sarchohagi sejenis batu kapur yang dipercayai mengandungi haiwan mumia.

Pasukan pencari juga berjaya menemui beberapa buah kapal di kawasan sekitarnya. Tambah menarik apabila ada antara peralatan kapal itu dalam keadaan yang baik dan seolah-olah sengaja ditenggelamkan. Namun masih ada misteri tentang kota purba Heracleion yang belum dapat dirungkaikan. Mengapa kota agung itu boleh tenggelam di dasar lautan?

Tugu bersurat Heracleion...

Pasukan pengkaji meramalkan berat bangunan agam yang dibina atas tanah liat menyebabkan air mengalir masuk ke dalam kawasan tersebut. Dan kemungkinan kota ini tenggelam sewaktu terjadinya kejadian gempa bumi yang pernah melanda rantau itu ribuan tahun lalu.

Tugu bersurat berjaya dibawa naik...

Apa yang pasti, sehingga hari ini kajian terperinci masih lagi dijalankan ke atas kota tersebut dan masih banyak lagi hasil tinggalan artifak kota itu yang belum berjaya dibawa keluar. Kota purba Heracleion yang juga dikenali oleh penduduk setempat sebagai Thonis, adalah sebuah kota Mesir kuno yang terletak di Alexandria.

 
Antara barang-barang perhiasan yang ditemui...

 


Dipercayai kota ini didirikan sekitar abad ke-12 Sebelum Masihi (SM), wujud jauh lebih awal daripada Kota Alexandria yang dibina pada tahun 331 (SM). Heracleion dikatakan pernah menjadi pelabuhan utama bagi semua kapal dagang yang datang dari Yunani untuk masuk ke Mesir.

Kota purba ini seterusnya berkembang pesat di saat-saat kejatuhan empayar Firaun sehingga menjadikannya pelabuhan terpenting di Kota Mesir. Terdapat sebuah kuil besar yang dibina untuk pahlawan Yunani di pusat kota purba ini.

Colossus ratu Ptolemaic dibuat daripada granit merah. 
Seluruh patung berukuran 490 cm tinggi dan berat 4 tan...

Kisah mengenai Kota Heracleion jarang didengari kerana tidak ada peninggalan yang pernah ditemui sebelum ini untuk mengesahkan kewujudannya. Cuma teks-teks klasik kuno Yunani sahaja yang pernah mengungkapkan mengenai sejarah kota purba ini.

No comments:

Post a Comment