Pages

Tuesday, December 24, 2013

SEKERANJANG ANGGUR DAN HAMBA ALLAH FAKIR...


Gambar hiasan...

ADA seorang hamba Allah menyapa Jaafar As Shadiq: "Wahai Jaafar, tuan memakai pakaian yang mahal-mahal!"

Jaafar tersenyum lalu menjawab: "Lihatlah pakaian dalamku ini!"

Hamba Allah itu pun meraba-raba pakaian dalam beliau. Alangkah terperanjatnya apabila dirasainya pakaian itu terlalu kasar sehinggakan jari jemarinya terhiris disebabkan terlalu kasar benangnya.

Hamba Allah itu bertanya lagi: "Apakah maksud di sebalik dua jenis pakaian yang tuan pakai ini?"

Jaafar menjawab: "Pakaian luar ini untuk dunia, untuk menyembunyikan pengabdianku dan meng- elakkan daripada diketahui orang ramai. Pakaian dalam ini pula untuk keredhaan Allah yang menghormati kefakiran kita dan memuliakan penyerahan diri kita kepada-Nya.

Lalu beliau ditanya, siapakah yang lebih baik di antara kedua- dua orang ini, orang kaya yang bersyukur ke hadrat Allah kerana kurniaan-Nya atau orang fakir yang redha dengan kurniaan nikmat- Nya?

Jaafar menjawab: "Orang fakir yang redha itu adalah lebih baik berbanding orang kaya. Sebabnya orang kaya sentiasa teringatkan harta-hartanya tetapi si fakir itu sentiasa bulat ingatannya kepada Allah.

"Allah sendiri memuji orang- orang yang bertaubat lebih baik daripada ahli-ahli ibadat. Orang yang selalu berzikir boleh membuang segala ingatan pada dunia dan mendekatkan diri kepada Allah!"

Suatu hari Jaafar telah dipanggil oleh Khalifah Al Mansur menghadap baginda. Sebaik tiba, beliau lalu dianugerahkan pelbagai hadiah berupa emas oleh khalifah.

Tetapi Jaafar enggan menerima pemberian baginda. Lalu Khalifah Al Mansur menyuruh agar Jaafar meminta apa saja yang beliau suka.

Jaafar berkata: "Jika tuan redha, kurniakan pada saya satu hadiah, jangan panggil lagi saya bertemu dengan tuan kerana itu mengganggu ibadat saya!" khalifah bersetuju dengan permintaan Jaafar.

Sebelum menjawat jawatan khalifah,  Al Mansur pernah dibaiah oleh Jaafar sedangkan pada masa yang sama keluarga Bani Hasyim hendak membaiah Muhamad dan Ibrahim bin Abdullah bin Hassan bin Ali bin Abi Talib menjadi khalifah.

Jaafar berkata: "Khalifah ini tidak akan diperolehi olehku dan tidak pula untuk kedua-dua orang itu (Muhammad dan Ibrahim bin Abdullah). Sesungguhnya kekhalifahan ini akan diperolehi oleh orang yang memakai baju kuning itu!"

Setelah mengucapkan kata-kata itu Jaafar meninggalkan majlis berkenaan. Memang benar, waktu itu Al Mansor turut hadir di majlis tersebut sedang memakai jubah berwarna kuning. Ucapan keramat Jaafar As Shadiq itu selalu menjadi sebutan Al Mansur setelah beliau diangkat menjadi khalifah sehingga mendorong baginda mengurniakan apa saja bagi memuliakan wali Allah itu.

Imam Al Laitsi ibnu Saad pernah bercerita selepas sembahyang Asar beliau naik ke bukit Jabal Abu Qubais. Tiba-tiba beliau terdengar seseorang sedang duduk berdoa: "Ya Allah, ya Allah, ya Hayu, ya Hayu!" Kemudian orang itu berdoa lagi: "Ya Allah, sesungguhnya aku ingin makan buah anggur, kumo- hon kurniakanlah padaku, ya Allah sesungguhnya kain bajuku koyak rabak, aku memohon berikan padaku kain baju!"


 
Gambar hiasan...

Imam Al Laitsi turut mengaminkan doa orang itu. Tiba-tiba imam itu melihat sekeranjang buah anggur muncul di hadapan abid berkenaan sedangkan waktu itu bukan musim anggur. Imam itu juga melihat ada dua helai kain yang serba mahal yang belum pernah dilihatnya tiba- tiba berada di hadapan abid itu.

"Datanglah ke mari!" panggil si abid itu. Rupa-rupanya itulah Jaafar As Shadiq yang sedang mengasingkan diri di situ mengabdi untuk mendapat keredhaan Allah.

Kemudian Jaafar memberikan sebahagian buah anggur itu kepada Imam Al Laitsi. Rasa buah anggur itu sungguh lazat, belum pernah dirasainya sesedap itu. Anehnya isi keranjang itu langsung tidak ber- kurang biarpun mereka berdua memakannya sehingga kenyang.

No comments:

Post a Comment