Misteri Heracleion, Tenggelam selama 1,200 tahun berjaya dirungkai
Kota Heracleion
SEORANG ahli arkeologi Perancis, Dr. Franck Godio berjaya merungkaikan misteri Heracleion, sebuah kota
purba yang dipercayai telah ghaib lebih 1,200 tahun lalu akibat ditimbus pasir
dan lumpur di dasar Laut Mediterranean.
Patung-patung dewa yang turut ditemui...
Runtuhan kota purba itu ditemui
sedalam 30 kaki di bawah permukaan laut di Abourkir Bay, berhampiran dengan
Alexandria di Mesir.
Dr. Frank Godio dan pasukan penyelamnya memeriksa patung Firaun.
Patung amat besar itu dibina dari granit merah dan berukuran lebih 5 meter...
Misteri kota purba itu berjaya
dirungkaikan pada tahun 2000 setelah satu kajian geofizik selama empat tahun
dijalankan oleh Dr. Frank dan sepasukan ahli arkeologi dari European Institute
of Underwater Acheology (IEASM).
Penemuan itu telah membongkar
misteri kota Heracleion yang penuh dengan artifak-artifak menakjubkan tetapi
masih berada dalam keadaan baik. Dr. Frank dan pasukan ahli
arkeologi yang lain turut mendedahkan pelbagai artifak ritual keagamaan yang
berjaya ditemui di lokasi kota yang tenggelam itu.
Kiri: Patung gangsa Firaun...
Antaranya ialah ukiran batu 16
kaki yang dipercayai telah menghiasi kuil pusat bandar tersebut dan sarchohagi
sejenis batu kapur yang dipercayai mengandungi haiwan mumia.
Pasukan pencari juga berjaya
menemui beberapa buah kapal di kawasan sekitarnya. Tambah menarik apabila ada
antara peralatan kapal itu dalam keadaan yang baik dan seolah-olah sengaja
ditenggelamkan. Namun masih ada misteri tentang
kota purba Heracleion yang belum dapat dirungkaikan. Mengapa kota agung itu
boleh tenggelam di dasar lautan?
Tugu bersurat Heracleion...
Pasukan pengkaji meramalkan berat
bangunan agam yang dibina atas tanah liat menyebabkan air mengalir masuk ke
dalam kawasan tersebut. Dan kemungkinan kota ini tenggelam sewaktu terjadinya
kejadian gempa bumi yang pernah melanda rantau itu ribuan tahun lalu.
Tugu bersurat berjaya dibawa naik...
Apa yang pasti, sehingga hari ini
kajian terperinci masih lagi dijalankan ke atas kota tersebut dan masih banyak
lagi hasil tinggalan artifak kota itu yang belum berjaya dibawa keluar. Kota purba Heracleion yang juga
dikenali oleh penduduk setempat sebagai Thonis, adalah sebuah kota Mesir kuno
yang terletak di Alexandria.
Antara barang-barang perhiasan yang ditemui...
Dipercayai kota ini didirikan sekitar abad ke-12 Sebelum Masihi (SM), wujud jauh lebih awal daripada Kota
Alexandria yang dibina pada tahun 331 (SM). Heracleion dikatakan pernah menjadi
pelabuhan utama bagi semua kapal dagang yang datang dari Yunani untuk masuk ke
Mesir.
Kota purba ini seterusnya berkembang
pesat di saat-saat kejatuhan empayar Firaun sehingga menjadikannya pelabuhan
terpenting di Kota Mesir. Terdapat sebuah kuil besar yang dibina untuk pahlawan
Yunani di pusat kota purba ini.
Colossus ratu Ptolemaic dibuat daripada granit merah.
Seluruh patung berukuran 490 cm tinggi dan berat 4 tan...
Kisah mengenai Kota Heracleion
jarang didengari kerana tidak ada peninggalan yang pernah ditemui sebelum ini
untuk mengesahkan kewujudannya. Cuma teks-teks klasik kuno Yunani sahaja yang
pernah mengungkapkan mengenai sejarah kota purba ini.
No comments:
Post a Comment