PULAU PITCAIRN
Bancian penduduk yang dijalankan pada tahun 2011 mendapati negara
yang paling sedikit penduduknya di dunia ialah Pitcairn Islands yang terletak
di Lautan Plasifik.
Negara bekas jajahan British ini
hanya memiliki jumlah penduduknya seramai 67 orang sahaja. Namun negara ini
mempunyai empat buah pulau gunung berapi.
Penduduknya adalah bekas kelasi
kapal perang British yang pemabuk, sehingga sering berlakunya pembunuhan dan
penyakit sosial lainnya mengurangkan lagi jumlah penduduknya.
Berikut negara-negara yang
memiliki
jumlah penduduk paling sedikit di dunia.
jumlah penduduk paling sedikit di dunia.
PULAU COVOS
Covos (Keeling) Island jatuh di
tempat kedua sebagai negara yang paling
sedikit penduduknya di dunia. Negara ini terletak di Lautan Hindi bahagian barat
daya Christmas Island antara Australia dan Sri Lanka, tanah jajahan Australia
ini mempunyai 27 buah pulau terumbu batu karang. Jumlah penduduk dalam kajian
2011 ialah 596 orang sahaja. Namun yang uniknya sebahagian besar penduduknya
beragama Islam dan menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris untuk
berkomunikasi.
VATICAN CITY
Vatican City pula berada di tempat
ketiga dengan jumlah jumlah penduduk harnya seramai 800 orang sahaja meskipun
ia terletak di Bandar raya Rom. Keluasan negara ini hanya 44 hektar sahaja.
Negara ini tidak mempunyai lebuh raya, landasan kereta api dan
kapal terbang. Ia telah diiktiraf sebagai warisan dunia oleh UNICEF. Pendapatan
negaranya bergantung pada penjualan setem, penjualan cenderahati, kutipan
muzium dan daripada penganut
Katolik seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment