Tuesday, June 28, 2016

WANITA MISTERI...



Syok juga layan Adila di klasik nasional ni. Kesian dengar kisah Normah... 

Monday, June 6, 2016

LAWATAN KERJA KEDUTAAN REPUBLIK INDONESIA KE FELCRA BHD SEBERANG PERAK...

Tanggal 4 Jun 2016 bersamaan 28 Syaaban 1437 telah menjadi detik yang paling manis bagi seluruh warga kerja ladang berketurunan Indonesia yang bekerja di ladang sawit Felcra Seberang Perak kerana pada tarikh tersebut, mereka telah menerima kunjungan dari deligasi Kedutaan Besar Republik Indonesia yang datang untuk bertemu dan bersua muka dengan mereka bagi bertanya khabar serta meninjau permasalahan yang dihadapi mereka di rantau orang sejak beberapa tahun yang lalu.

Kedatangan warga Indonesia kebanyakannya dari Pulau Lombok ke Negara Malaysia ini adalah dengan satu tekad iaitu untuk mencari pekerjaan yang lebih baik demi mencari sesuap nasi serta memperbaiki taraf hidup keluarga mereka yang ditinggalkan jauh di kampung halaman di bumi Indonesia.

Perasaan gembira jelas terpancar di wajah-wajah mereka ini apabila melihat kenderaan yang membawa deligasi dari pejabat Kedutaan mereka di Kuala Lumpur yang diketuai oleh Bapak Trigustono Supriyanto (Minister Counsellor Pensosbud) beserta rombongannya seramai 12 orang muncul untuk bersalam-salaman dengan mereka yang telah menunggu sejak awal pagi lagi. Turut serta di dalam delegasi itu ialah Bapak Mustafa Kamal (Atase Ketenagakerjaan), Victorina Hesti D (Counsellor Kosuler), Bapak Ekram A. Taha (PBU Atase Imigrasi), Jasliza bt Johor (Staf Fungsi Pensosbud), M. Stevent Ali (Staf fungsi Pensosbud), Turja Sugiman (Staf Fungsi Ketenagakerjaan), M. Rais Ponda (Staf Fungsi Ketenagakerjaan), Octely Leoni (Staf Fungsi Ketenagakerjaan) Kamilia Leny Sianipar (Staf Fungsi Ketenagakerjaan), Mohamad Emil Adrianto (Staf Fungsi Imigrasi), Parismanto (Pengemudi/Driver Fungsi Ketenagakerjaan) dan M. Darul Arief (Pengemudi/Driver Fungsi Pensosbud).   

Sebelum deligasi ini dibawa ke tapak perhimpunan yang terletak di ladang FELCRA Seberang Perak 10 yang dipilih atas sebab prasarananya yang hebat di bawah Pengurus Kawasannya yang berwawasan dan berdedikasi iaitu En. Ramlan b. Morad, mereka terlebih dahulu dibawa ke bilik gerakan Pejabat Timbalan Pengurus Besar Wilayah Perak untuk diberikan satu taklimat khas tentang peranan dan kejayaan FELCRA Berhad sejak penubuhannya pada tahun 1966 dan selepas dikorporatkan pada tahun 1997 di bidang perladangan. Turut disentuh ialah tentang Misi serta Visi Syarikat FELCRA Berhad di masa hadapan dalam menyumbang kepada pembangunan Negara Malaysia ini. 

Satu lagi sebab mengapa FELCRA Seberang Perak dipilih dalam lawatan ini ialah kerana kedudukannya yang sekelompok dengan ladang-ladang yang lain iaitu Seberang Perak 1,2 dan 16, Seberang Perak 3,4 dan 5, Seberang Perak 6, 7, 8 dan 9, Seberang Perak 11 dan 12, Seberang Perak 13 dan 14 dan Seberang Perak 15. Jumlah pekerja ladang Indonesia yang bekerja di kesemua Kawasan di Seberang Perak ini sahaja adalah seramai 320 orang dari jumlah keseluruhan pekerja Asing Indonesia, Bangladesh serta penduduk Tempatan yang berjumlah seramai 12,624 orang.    

Ketibaan deligasi ini disambut oleh pegawai-pegawai FELCRA Berhad yang diketuai oleh En. Zainal Abidin b. Sharif (COO Felcra Berhad), Dato' Mat Roni b. Zakaria (Pengurus Besar Kumpulan Perladangan), Tn. Hj Mohamad Hanafiah b. Ambar (Pengurus Besar Pentadbiran dan Perolehan Kumpulan Perladangan), En. Rashidi b. Ahmad (Timbalan Pengurus Besar Wilayah Perak), Tn. Hj. Ismail b. Alwi (Pengarah Urusan FELCRA Urus Estet Sdn. Bhd. (FUESB), En. Azman b. Hussin (Pengurus Perladangan Wilayah Perak), Pn. Norhashimah bt Seman (Pengurus Pentadbiran Wilayah Perak) serta lain-lain pegawai dari Ibu Pejabat dan Wilayah Perak. 

Di dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh COO FELCRA Berhad, beliau sesungguhnya merasa amat bersyukur dan berbangga kerana kesudian deligasi dari Kedutaan Indonesia ini datang mengunjungi bagi mendapatkan gambaran jelas tentang operasi Syarikat, kisah kejayaannya membangunkan ladang-ladang sawit, getah dan padi yang berkeluasan keseluruhannya 250 ribu hektar dan sekaligus dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Indonesia yang diketahui rata-ratanya kehidupan mereka ini berada di paras kemiskinan.   

Turut disentuh oleh COO ialah tentang kebajikan pekerja-pekerja ladang ini di mana mereka telah disediakan dengan rumah kediaman secara percuma, bekalan api dan air yang dirawat, kemudahan surau serta tandas yang sempurna dan juga disediakan pengangkutan ke ladang untuk menjalankan tugas harian di ladang. 

Di pihak Kedutaan pula, Bapak Trigustono Supriyanto melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kerana Syarikat FELCRA Berhad ini banyak membantu rakyatnya mendapatkan pekerjaan dan dengan gaji yang lumayan itu mereka turut menyumbang dalam pembangunan Negara Indonesia melalui penghantaran pulang wang untuk dibelanjakan oleh keluarga mereka di sana. 

Bapak Trigustono juga amat berharap dengan kerjasama yang erat ini persahabatan yang sedia terjalin sejak sekian lama dapat dikekalkan dan segala persengketaan kecil yang ditimbulkan selama ini oleh mereka-mereka yang berkepentingan dapat dihindarkan apatah lagi Negara Indonesia dan Malaysia ibarat abang dan adik yang hidup di bawah satu rumpun yang sama.    

Acara kemuncak lawatan ini ialah di sessi terakhir iaitu acara ramah mesra dan soal jawab di antara para pekerja ladang dengan pegawai kedutaan mereka. 

Dalam ucapan yang disampaikan oleh pegawai kedutaan, banyak nasihat dan pesanan yang telah diberikan kepada mereka berkaitan dengan masalah disiplin serta tingkah laku. Mereka juga dinasihatkan supaya menghormati penduduk tempatan serta tidak menggugat keharmonian mereka yang telah menghuni di perkampungan ini sejak sekian lama. Sikap saling bantu membantu perlu dipupuk terutama dalam usaha mencegah jenayah serta membendung masalah sosial yang pada masa ini sudah menjadi tidak terkawal baik di bandar mahupun di luar bandar.     

Segala persoalan yang dikemukakan oleh pekerja ladang seperti masaalah pasport, permit, perubatan serta lain-lain permasalahan yang membelenggu mereka selama ini dapat dijawab dengan sebaik-baiknya oleh pihak kedutaan dan juga majikan. Dari raut wajah yang dipamirkan, mereka rata-ratanya amat berpuashati di atas penjelasan yang diberikan.    

Adalah diharapkan dengan kunjungan yang julung-julung kali diadakan ini ianya sekurang-kurangnya dapat menyuntik semangat pekerja ladang keturunan Indonesia untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang bersama majikan mereka iaitu Syarikat FELCRA Berhad.  Walaupun kunjungan seperti ini tidak selalu dapat diadakan tetapi sekurangnya-kurangnya ia akan menjadi satu pemangkin kepada kedua-dua Negara ini untuk terus bekerjasama demi kemajuan bangsa dan Negara yang berdaulat ini.

En. Zainal Abidin b. Sharif, COO Felcra Berhad
 sedang menyampaikan ucapan alu-aluan... 



Di antara pegawai FELCRA Seberang Perak yang hadir...

Deligasi dari Kedutaan Indonesia seramai 13 orang telah hadir 
dan diketuai oleh Bapak Trigustono Supriyanto 
(Minister Counsellor Pensusbod)...



Turut kelihatan En. Rashidi b. Ahmad, 
Timbalan Pengurus Besar Wilayah Perak
 dan di sebelahnya Dato' Mat Roni b. Zakaria, 
Pengurus Besar Kumpulan Perladangan, Ibu Pejabat...


Taklimat tentang profile Syarikat dan operasinya
 dibentangkan oleh En. Fakrolrazi
(Ketua Zon Wilayah Perak)... 


Deligasi Kedutaan Indonesia dari kiri :
 En. Ekram A. Taha 
(PBU Atase Imigrasi), 
Bapak Trigustono Supriyanto
 (Minister Counsellor Pensusbod) dan 
Bapak Mustafa Kamal
 (Atase Ketenagakerjaan)... 




Barisan belakang dari kiri: Pn. Norhashimah Seman 
Pengurus Pentadbiran Wilayah Perak, wartawan Sinar Harian dan 
wartawan BERNAMA...

Bapak Mustafa Kamal sedang menyampaikan ucapan...

Deligasi Indonesia...

Bapak Ekram A. Taha sedang memberikan taklimat...

Pertukaran cenderahati antara 
En. Zainal Abidin b. Sharif COO Felcra Berhad dan 
Bapak Trigustono Supriyanto, Minister Counsellor Pensosbud...




Penyampaian cenderahati kepada Bapak Trigustono Supriyanto
 sebagai tanda kenang-kenangan...

Bapak Ekram A. Taha juga menerima cenderahati...

Cenderahati kepada Bapak Mustafa Kamal...

Cenderahati kepada Victorina Hesti D (Counsellor Konsuler)...

Sessi sidang akhbar...

Wartawan Sinar Harian dan BERNAMA sedang mengajukan soalan...




Lawatan ke rumah pekerja di Seberang Perak 10...
Taklimat dan penerangan disampaikan oleh
Pengurus Kawasannya En. Ramlan b. Morad... 

En. Ramlan b. Morad, Pengurus Kawasan Seberang Perak 10...


















Para pekerja ladang terdiri dari warga Indonesia dan 
Bangladesh berbaris menunggu ketibaan deligasi 
untuk sessi beramah mesra dan soal jawab... 








Ketibaan Deligasi turut diiringi dengan paluan kompang... 







Barisan para pegawai FELCRA dan Deligasi dari Indonesia...
Dari kiri : Tn. Hj. Ismail Alwi (Pengarah Urusan FUESB), 
En. Rashidi Ahmad (Timbalan Pengurus Besar Wilayah Perak), 
Dato' Mat Roni Zakaria (Pengurus Besar Kumpulan Perladangan), 
Bapak Trigustono, En. Ramlan Morad (Pengurus Kawasan Sbg. Perak 10), 
En. Zainal Abidin Sharif (COO Felcra Bhd.), Bapak Mustafa Kamal, 
Tn. Hj. Hanafiah b. Ambar 
(Peng. Besar Pentad. dan Perolehan Kump. Perladangan), 
Victorina Hesti D dan Bapak Ekram A. Taha...


Staf Felcra Seberang Perak yang bertanggungjawab 
dalam penyediaan makan tengahari...








Pegawai dari kedua-dua Negara berdiri 
untuk menghormati nyanyian lagu kebangsaan... 



En. Azhar Ahmad, Pengurus FELCRA Agro turut hadir... 


Bacaan doa dari wakil Tenaga Kerja Indonesia (TKI)...


Tn. Hj. Hanafiah b. Ambar, 
(Pengurus Besar Ptd. dan Perolehan Kumpulan Perladangan) 
bersama Victorina Hesti D (Counsellor Konsuler)...

En. Shukor Osman bertindak sebagai pengacara majlis...


Dato' Mat Roni sedang menyampaikan ucapan...




Bapak Trigustono Supriyanto sedang menyampaikan ucapan...



Bapak Mustaffa Kamal sedang menyampaikan ucapan...

Victorina Hesti D memberikan penerangan tentang
 tatacara pekerjaan di Malaysia...





Sessi soal jawab antara pekerja ladang dengan Pegawai Kedutaan...










Kamilia Leny Sianipar, staf fungsi ketenagakerjaan...

Jasliza bt Johor, Staf Fungsi Pensosbud...


Bapak Ekram A. Taha sedang menjawab soalan yang diajukan...


Penyampaian cenderahati kepada semua Deligasi Kedutaan... 













Bergambar ramai sebelum menikmati jamuan tengahari...


Semua hadirin sedang menikmati jamuan tengahari...









En. Rashidi Ahmad, Timbalan Pengurus Besar Wilayah Perak...

Puan Rumaini Saidin (no. 2 kanan) bersama kawan-kawan terdiri dari staf... 

2 ekor lembu ditumbangkan untuk majlis ini...

Dari kiri: En. Ibrahim, En. Kama Zahari (Tok Perak), 
kedua-dua mereka staf Seb. Perak 15 bersama AJ dan Izayani 
sedang menikmati jamuan... 

En. Abdul Malik Abdul Rahman (kanan) 
turut menikmati jamuan bersama kami...


En. Rafiuddin, Pengurus Pentadbiran Kumpulan Ladang sedang 
mengiringi Pegawai Kedutaan untuk berangkat pulang...






Sessi karaoke...



Pn. Shimah bersama isteri COO yang turut hadir...

Dari kiri : En. Osman Idris, AJ dan En. Shukor Osman 
memberikan satu pos istimewa untuk semua...

LAGI GAMBAR-GAMBAR DARI FAIL KUMPULAN PERLADANGAN




 En. Ramlan b. Morad (baju pink) bergambar bersama
para pekerja di ladangnya Seberang Perak Pkt 10.
Turut kelihatan di sebelah kiri beliau ialah
Tn. Hj. Mohamad Hanafiah b. Ambar,
Pengurus Besar Pentadbiran dan
Perolehan Kumpulan Perladangan...