Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Wednesday, December 13, 2017

JAUHI PENYAKIT 3 SERANGKAI...


Tidak keterlaluan di katakan 'ibu' segala kerosakan dan kemusnahan nilai kemanusiaan masa ini adalah kerana cintakan dunia.

Tanpa mengira masa, manusia berlumba-lumba membolot sebanyak-banyaknya kekayaan dan habuan dunia. Tiada seorang pun mahu tertinggal di belakang. Orang Islam juga menjadi pelumba' demi mengejar kesenangan dan kemewahan.

Adakalanya, prosedur standard operasi (SOP) pencarian sumber keduniaan itu jelas menyalahi hukum syariat, tetapi disebabkan hati sudah digelapkan kemilau dunia, segalanya tidak dipedulikan lagi. Urusan dosa dan pahala bukan lagi menjadi keutamaan. Dalam era millenium ini, semakin ramai umat Islam lupa kepada nasib yang pernah menimpa umat terdahulu. Di dalam al Quran dan sirah diterangkan kisah golongan zaman silam yang rakus harta dunia sehingga lupa hukum syariat. Akhirnya, mereka menerima nasib malang apabila Allah SWT menimpakan azab yang amat dahsyat. 

Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabatnya, Sabdanya yang bermaksud, Kelak akan menimpa umatku penyakit (perilaku buruk) umat umat terdahulu, iaitu sikap sombong, kufur nikmat, lupa syariat agama dalam memperoleh kenikmatan duniawi. Mereka berlumba-lumba mengumpulkan harta dan berrnegah-megah dengan kekayaan harta benda. Mereka terjerumus dalam jurang kesenangan dunia, saling bermusuhan, iri hati dan berdendam sehingga mere­ka tidak segan silu mela kukan kezaliman.' (Hadis diriwayatkan Imam At Tirmidzi)

Apa yang diberitahu Rasulullah SAW itu sudah pun berlaku pada hari ini. Suasana kehidupan manusia yang saling berdengki, iri hati dan melakukan pelbagai kezaliman saban kali berlaku. Pentas kehidupan sudah tidak sejernih dulu lagi. Ia penuh dengan babak dan gaya yang jauh menyeleweng daripada hukum syarak.

Dalam hadis itu lagi menerangkan, tiga perilaku buruk yang boleh menjerumuskan manusia ke kancah keruntuhan nilai kemanusiaan adalah bersikap sombong, kufur nikmat dan lupa syariat agama ketika memperoleh nikmat duniawi.

Tiga sikap keji itulah memusnahkan ketamadunan umat terdahulu. Masyarakat Mesir Purba di bawah rejim Firaun contohnya, bukan calang calang tahap kreativiti dan daya intelektual mereka.

Hingga sekarang, kita masih dapat lihat peninggalan artifak sejarah kegemilangan mereka seperti binaan piramid. Kita boleh bayangkan bagaimana tingginya keupayaan intelek dan ilmu khususnya dalam bidang seni bina serta kejuruteraan masyarakat Mesir dulu.

Sayangnya, masyarakat sehebat itu 'berpayung' di bawah naungan pemerintah yang ingkar kepada aja ran di bawah rasul Allah SWT.

Akibatnya, Firaun dan pengikutnya ditenggelamkan Allah SWT di dasar Laut Merah semasa mereka mengejar Nabi Musa. Firaun dengan sombong dan bergaya selaku 'Tuhan' kepada rakyatnya dengan tindakan yang sarat dengan kezaliman.

Tidak hairanlah mengapa baginda begitu risau umatnya akan dirundung permasalahan jiwa yang sama. Demi kian juga nasib diterima beberapa lagi umat terdahulu.

Semuanya menunjukkan punca mereka dilaknat dan ditimpa kemusnahan adalah kerana sikap sombong me­reka yang memiliki kepandaian dan ilmu pengetahuan, apatah lagi apabila me­reka memperoleh kekayaan duniawi. Sombong dengan pemilikan harta kekayaan membawa kepada kufur nikmat Allah. Ia bertentangan de­ngan seruan dakwah dibawa rasul Allah dan baginda SAW

Islam menyeru umatnya supaya bersikap syukur dengan menunaikan hukum syariat seperti mengeluarkan zakat, berwakaf dan bersedekah. Dalam Islam, kekayaan adalah wasilah buat sese orang mukmin menabur bakti kepada kemaslahatan ummah bukannya demi kepentingan peribadi saja.

Penyakit 'tiga serangkai' iaitu sombong, kufur nikmat dan lupa syariat agama itu perlu dihindari setiap individu mukmin.

Rasulullah SAW bcrsabda bermaksud. 'Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan terhadap kamu sepeninggalan aku nanti ialah jika kekayaan dunia dibukakan untuk kamu. Dan kamu pun berlumba lumba mendapatkannya. Sesungguhnya, kekayaan dunia akan menghancurkan kamu sebagaimana menghancurkan umat umat pada masa lalu."(Hadis riwayat Bukhari)

Segala kerisauan baginda SAW lebih 14 abad lalu itu menjadi kenyataan dan berbudaya tegar dalam diri sesetengah umatnya. Paling mustahak, umat Is­lam perlu mengejar status "jutawan akhirat'. Tidak bermakna orang Islam tidak boleh menjadi kaya dan berstatus jutawan atau hartawan. Yang menjadi kerisauan apabila nikmat melimpah ruah mcnyebabkan seseorang itu lalai pada syariat agama.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud, "Demi Al­lah. Dunia ini dibandingkan dengan akhirat ibarat seseorang yang mencelupkan jarinya ke dalam laut yang mana air yang tersisa di ja­rinya ketika diangkat itulah nilai dunia ini." (Hadis ri­wayat Imam At Tirmidzi).

Sumber : Harian Metro
Penulis : Mohd Rizal Azman Rifin
               pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, 
               Politeknik Muadzam Shah, Pahang.

Monday, October 24, 2016

JANGAN ABAI AMARAN GERAK HATI...

Gambar hiasan...

Kita tentu pernah merasa bersalah dan berdosa semasa atau selepas menunaikan solat. Setiap kali kita melakukan atau mengulang dosa-dosa itu, terdengar-dengar sayup di lubuk hati satu suara yang menyatakan kekesalan atau memberi peringatan dan amaran. Tidak ada orang lain yang tahu dosa itu, bila kita melakukannya atau adakah kita akan melakukannya lagi. Hanya kita yang mengetahuinya!

Suara siapakah itu? Itulah suara daripada bahagian diri kita yang baik-baik.

Bunyi ini disebut sebagai 'suara hati' atau intuisi. Suara bukan seperti bunyi radio yang boleh ditutup sesuka hati. la seperti penggera yang akan berbunyi secara automatik untuk memberi amaran sekiranya kita terdedah kepada sesuatu risiko.

Suara hati atau intuisi ini bertindak seperti perisai pertahanan dan sangat setia kepada anda. Apa-apa sabaja yang tidak betul atau tidak serasi dengan ajaran agama atau pesanan keluarga pasti akan menghidupkannya.

Kadangkala anda sendiri tidak tahu kenapa, tetapi setiap kali anda berada hampir dengan lelaki itu, anda merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Tidak menjadi kesalahan jika anda menyiasat dan menentukan secara spesifik kenapa anda merasa begitu tetapi paling penting ialah bagaimana anda bertindak balas terhadap suara hati tersebut.

Tidak kira lelaki atau perempuan mempunyai pengalaman terhindar daripada sesuatu musibah apabila mereka mendengar dan kemudian bertindak balas terhadap suara hati mereka. Soalannya berapa ramai antara kita yang mengambil berat dan bertindak balas suara hati ini? Berapa ramai pula yang kerana ego yang tinggi tidak peduli langsung kepada bisikan ini'.'

Ada pula yang bertanya, "Bukankah elok jika kita boleh siasat dahulu?" Ya. tidak ada salahnya kita menyiasat tetapi lakukannya sebelum amaran itu menjadi kenyataan. Maknanya kila bercakap tentang tindakan segera dengan menyiasat dan membuat keputusan. Jika sekadar menerima amaran dan menunggu amaran seterusnya lagi tanpa melakukan sebarang tindakan maka anda sebenarnya membuka jalan untuk berduka dan menyesal di kemudian hari.

Tindak Balas...

Mari kita lihat satu situasi. Katalah sejak kebelakangan ini suami anda agak berbeza berbanding setahun yang lalu. Jika anda telah hidup dengannya beberapa tahun maka anda mempunyai satu piawai bagaimana dia menjalani kehidupan setiap hari. Sebagai contoh anda tahu nada suara dia semasa bercakap, cara dia berfikir atau waktu dia menerima panggilan telefon. Apabila perkara-perkara piawai ini tersasar sedikit kemungkinan ada sesuatu yang sedang atau telah berlaku.

Kenapa dia mula kurang bercakap dengan anda? Kenapa dia berfikir tentang perkara yang dulu dia kata dia tidak suka? Kenapa sejak dua minggu lepas dia selalu turun ke tingkat bawah bercakap di telefon? Sistem penggera anda berbunyi dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Anda mungkin betul dan anda juga mungkin salah!

Isteri yang baik, sayang dan kenal suaminya luar dan dalam tidak akan membuang amaran ini. Paling penting sekarang bukan terus menunggu amaran-amaran seterusnya tetapi bertindak balas kepada amaran ini.

Setelah mendengar suara hati ini jangan terus berfikir negatif. Seperti yang disebutkan tadi, anda mungkin betul dan anda juga mungkin salah. Ini kerana suara hati itu adalah penggera keselamatan dalam diri anda. la sama seperti sistem penggera atau alarm di rumah. la boleh berbunyi jika ada penceroboh mengopek pintu rumah anda. Tetapi ia juga boleh berbunyi jika pintu depan rumah anda bergoyang ditiup angin semasa hujan lebat di tengah malam.

Jangan terus berfikir dia sedang bermain sarkas di belakang anda. Jangan terus berfikir yang dia sudah ada gadis lain di luar rumah. Jangan terus berfikir begitu. Mungkin juga dia sedang merancang sesuatu yang istimewa untuk mengejutkan anda. Sesuatu yang istimewa dan di luar kebiasaan. Sesuatu yang tidak anda sangka. Ya, sesuatu yang sangat istimewa kerana minggu depan adalah minggu ulang tahun Jubli Perak Perkahwinan anda!

"Laa, kenapa abang tak cakap!?"

Sumber : Mingguan Wanita 6/2015
Penulis  : Dr. Syed Yusainee Yahya ,
Promind Training And Consultant... 

Tuesday, August 9, 2016

HINDARILAH BERCAKAP KETIKA AZAN...


Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak hampir ajal, tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratulmaut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Is­lam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba, maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah...yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut... Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. 'Ya Allah! anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Lailahaillallah semasa sakaratul maut menghampiri kami...."

Thursday, September 10, 2015

KOS SARA HIDUP TINGGI - KAD KREDIT BUKAN PENYELESAIAN...

TAHUKAH anda, jumlah individu muflis kerana hutang kad kredit pada tahun lalu ialah 1,873 orang yang mana jumlah hutang kad kredit tertunggak ini mencecah RM21.6 bilion sehingga September tahun lalu. Daripada jumlah itu, sebanyak RM591 juta adalah pinjaman tidak berbayar (NPL).

Dewasa ini, penggunaan kad kredit di kalangan golongan muda kini bagaikan satu kemestian bagi menunjukkan status dan gaya hidup moden tanpa menyedari mereka bakal menjadi 'hamba' hutang seumur hidup.


Sedar atau tidak, keadaan itu berlaku gara-gara golongan ini gagal menguruskan penggunaannya dengan baik dan berhemah. Ambil sahaja contoh penggunaan kad kredit untuk urusan pembelian minyak di stesen minyak seluruh negara meningkat antara 15 hingga 20 peratus sejak penstrukturan semula subsidi minyak diumumkan tahun lepas,

Penggunaan kad kredit paling ketara adalah bagi urusan pembelian diesel yang kini mencecah 95 peratus, berbanding sebelum ini hanya 80 peratus, Kebanyakan pengguna diesel adalah kenderaan perdagangan.


Berkuat kuasa 4 Jun lalu, harga petrol dan diesel mencatatkan kenaikan masing-masing 40.6 peratus dan 63.3 peratus. Pembelian petrol menggunakan kad kredit pula meningkat kepada 75 peratus daripada 55 peratus.

Malah, laporan menyebut penduduk kawasan luar bandar yang sebelum ini jarang menggunakan kad kredit mencatat peningkatan hingga 30 peratus, Diakui, ramai rakyat beralih kepada penggunaan kad kredit sama ada kerana kekurangan tunai berikutan kenaikan kos sara hidup atau cuba berjimat menggunakan wang tunai, Pengguna lebih selesa menggunakan kad kredit di stesen minyak kerana mereka boleh terus mengisi minyak tanpa perlu ke kaunter yang kadang-kadang terpaksa beratur, terutama apabila ramai pelanggan.


Seperti juga pasar raya atau premis perniagaan lain, pengusaha stesen minyak turut membayar komisen sekurang-kurangnya satu peratus kepada bank apabila pelanggan menggunakan kad kredit.

Dalam keghairahan menggunakan kad kredit, ramai pula yang tidak sedar kadar faedah yang dikenakan 1.5 peratus sebulan atau 18 peratus setahun iaitu satu jumlah cukup tinggi, Caj akan dikenakan jika individu mengeluarkan wang tunai menggunakan kad kredit di ATM.

Apabila masalah hutang sudah kronik timbul gejala sosial lain seperti keruntuhan rumah tangga, anak terbiar, pelajaran terabai dan pelbagai masalah lain,

Satu program pendidikan dan kesedaran mengenai kaedah menguruskan kewangan perlu diperkenalkan bagi mengelak rakyat, terutama generasi muda boros berbelanja. Ini kerana kelulusan mudah bagi permohonan kad kredit dan pinjaman juga banyak mendorong gaya berbelanja di luar kemampuan yang akhirnya menyebabkan kesukaran menguruskan kewangan peribadi.

Usahlah terjebak dalam hutang kad kredit, Eloklah kita ikuti pepatah Melayu iaitu 'ukur baju di badan sendiri' dengan berbelanja mengikut kemampuan sendiri dan bukan melebihi pendapatan.

Sumber : Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur...

Wednesday, April 1, 2015

SAMPAH OH SAMPAH...KENAPALAH JADI SAMPAI MACAM NI?

Sampah yang terbiar dan menjijikkan ini memberi satu persepsi 
yang kurang baik terhadap semua penghuni Taman Perumahan ini...

Semalam 31 Mac 2015 aku ambil cuti sebab ada urusan di Bandar Baru Ampang. Urusan selesai dalam tempoh dua jam sahaja. Ketika itu jam baru menunjukkan pukul 12 tengahari, nak balik rumahpun awal lagi. Jadi aku bercadang nak singgah di Taman Dato' Ahmad Razali di Ampang sebab nak jumpa kawan lama. Lagipun aku dah lama tak kesitu. 

Tapi kawan yang aku nak jumpa tiada pulak di rumah. Telefon pun tak berjawab. Jadi aku pun pusing-pusinglah dalam kawasan taman perumahan tu, manalah tahu kot...kot kawan aku pergi kedai ke...makan ke...dan handphone pulak terlupa nak bawak. Akhirnya sampai kesudah aku tak jumpa kawan yang aku cari tu.

Kebetulan pulak, tengahari tu angin bertiup agak kencang. Pada kebiasaannya jika angin bertiup kencang, kita akan merasa nyaman dan segar di sebabkan cuaca panas. Tapi pada tengahari tu, bukan nyaman yang aku rasa tapi hidung aku menangkap bau busuk dan meloyakan. Bau busuk dan meloyakan itu tidak lain dan tidak bukan datang dari sampah-sampah yang berselerakan yang tidak dibuang ke dalam tong-tong sampah yang disediakan tapi dicampak begitu saja oleh beberapa orang penduduk yang tidak bertanggungjawab.

Aku hairan macamana penduduk di taman tu boleh hidup dalam keadaan yang macam tu. Takkan lah tak sensitif langsung dengan sampah-sampah yang bertabur. Bukan mata saja sakit, jiwa pun boleh sakit tengok sampah-sampah yang tidak dibersihkan.

Setahu aku, Taman Dato Ahmad Razali terletak di bawah Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang ditubuhkan pada 1 Julai 1992. Bandar Ampang pula telah diisytiharkan sebagai Bandar Bunga Tanjung pada 16 Ogos 1993 jadi tak kenalah gelaran yang diberikan itu . Bunga Tanjung pun malu kalau dia tahu namanya dipilih untuk bandar yang mempunyai taman perumahan yang berkeadaan macam tu. Taman perumahan tu pulak letaknya berhampiran dengan pusat membeli belah Ampang Point, sebelahnya ada hotel de Palma, di situ juga ada Hospital Pakar Ampang Putri, Stesen LRT dan Kolej PTPL. Jiran-jirannya yang berdekatan adalah Taman Dagang, Desa 288, Kg. Melayu Ampang, Bandar Baru Ampang, Taman Ampang Utama dan banyak lagi. Aku tengok ramai pelancung dari Negara Arab yang tinggal di Taman Desa 288 yang bersebelahan dengan Taman Dato' Ahmad Razali.

Sampah....Oh.....Sampah...siapalah yang punya kerja nie?...

 

Taman Dato' Ahmad Razali juga terkenal sebab ada pasar tani pada setiap hari Ahad bermula jam 6 pagi hingga ke tengahari. Jadi aku rasa, para peniaga juga adalah  penyumbang kepada sampah-sampah yang dilonggokan itu.  


Aku rasa ni mesti emak bapak yang suruh anak-anak kecil buang sampah...
tapi budak-budak tu manalah sampai tangan nak buang sampah 
dalam tong sampah yang tinggi tu. Jadi lebih baik
mereka campaklah kat bawah tu jer kan...

Dari beberapa orang penduduk yang aku temui pada hari itu, rata-ratanya mereka mengatakan bahawa sampah yang dibuang itu bukan semua dari mereka tetapi dibuang oleh penduduk yang tinggal di kawasan bersebelahan yang didiami pendatang. Mereka ini sebenarnya tiada hak untuk membuang sampah di sini kerana mereka tidak membayar sebarang cukai. 

 

Satu lagi sebab yang dikenalpasti ialah, kebanyakan penghuni dan pemilik asal rumah flat itu telah berpindah ke tempat lain lalu mereka sewakan rumah mereka kepada pendatang asing yang kebanyakannya warga Indonesia, jadi mereka inilah yang selalu membuat kotor dan tidak bertanggungjawab.

Mereka sering membuang sampah tidak kira tempat, asalkan ada kesempatan. Natijahnya, kita dapat lihat di mana-mana sahaja ada sampah tidak kira di rumah, di kedai, di tepi jalan, dalam sungai dan seumamanya. Keadaan ini bukan sahaja mengotorkan alam sekitar tetapi jika dibiarkan ia akan menyebabkan keadaan sekeliling berbau busuk dan seterusnya menarik perhatian haiwan perosak seperti tikus dan lalat di mana haiwan ini turut merupakan pembawa penyakit seperti Taun.

Satu lagi keadaan yang akan berlaku ialah apabila takungan-takungan air seperti di tempat pembuangan sampah ini akan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes dan ini akan mendorong kepada penyebaran penyakit Deman Denggi yang boleh membawa maut kepada manusia.

Bangkai tikus dibiarkan begitu sahaja di kaki lima tanpa ada seorangpun yang ingin membuangnya. Cuba lihat lalat-lalat yang menghurungi bangkai tikus ini. Tidakkah kita merasa loya melihatnya. Inilah di antara perkara yang menyumbang kepada bau busuk tersebut...

Cuba lihat bangkai tikus ini. Penduduk tidak mempedulikannya langsung. Padahal ia terletak di kakilima salah satu blog di situ. Bangkai tikus terus dibiarkan kering tanpa ada seorang pun yang peduli. Habis-habis pun bila mereka lalu di situ mereka hanya mampu menutup hidung sahaja.

Cuba kita bayangkan kalau hujan turun dengan lebatnya...
sampah ni sudah tentu akan dihanyutkan ke tengah jalan dan
airnya yang mengalir akan merebak ke sekitar kawasan flat yang berdekatan...
bila dah kering nanti tentulah akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. 

Tikus, lipas, lalat yang membiak akan mendatangkan
 berbagai penyakit berjangkit yang boleh
mengancam nyawa manusia... 



Sia-sia sahaja MPAJ menyediakan tong sampah 
kalau tidak dihargai oleh penduduk di sini...

Tempat pembuangan sampah ini pula letaknya berhampiran surau 
dan dewan orang ramai yang selalu di tempah untuk majlis kenduri kahwin...
Bagaimanalah agaknya kalau tetamu jemputan dari luar datang dan lihat keadaan ini...

Tong sampah ini pulak letaknya di sebelah kedai makan...


Ada jugaklah orang yang perihatin dan 
beri nasihat sepertimana yang ditulis tu...
Tapi yang buang tu pulak akan kata...
"Ada aku kesah"

Tong sampah yang besar ini tidak sepadan dengan 
kapasiti sampah yang dibuang ke dalamnya...

Untuk memberi keadilan dalam laporan ini...petang tadi 1 April 2015 jam 6.30 petang aku round sekali lagi di taman ni dan tengok keadaannya masih tidak berubah jadi laporan yang aku buat ini adalah berdasarkan keadaan sehingga jam 6.30 petang tadi...Kalau besok ada yang datang melawat dan tengok dah dibersihkan janganlah kata aku buat fitnah pulak yer....

Sunday, March 15, 2015

TERIMALAH TEGURAN DAN NASIHAT INI DENGAN BERLAPANG DADA

Jangan main kaset bacaan al-Quran dalam masjid... 

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin

KANGAR: Umat Islam dinasihatkan agar tidak memainkan kaset bacaan ayat suci al-Quran di dalam masjid atau surau seperti sebelum waktu solat.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata, ini kerana Nabi Muhammad SAW sendiri melarang jemaah yang berada di dalam masjid membaca al-Quran dengan suara nyaring, inikan pula jika menggunakan kaset yang bunyinya boleh kedengaran hingga ke luar masjid atau surau.

Beliau menyatakan demikian pada sesi soal-jawab program Semarak Dakwah Ehya' Masjid di Masjid Behor Empiang di sini malam tadi.

Beliau berkata Nabi Muhammad melarang membaca al-Quran dengan suara nyaring dalam masjid kerana ia boleh mengganggu tumpuan jemaah lain yang datang ke masjid untuk beribadah.

"Jika memasang kaset bacaan al-Quran sebelum masuk waktu solat seperti solat Subuh, tentu akan menggangu orang lain di persekitaran masjid atau surau, yang mungkin sedang tidur, dan ini dilarang oleh Islam," ujarnya.

Kepada soalan lain, Asri berkata umat Islam tidak dilarang untuk berqasidah kerana ia merupakan syair, namun liriknya perlu tidak menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Mengenai penggunaan alat-alat muzik, beliau berkata terdapat khilaf (perbezaan pendapat) dalam perkara tersebut kerana terdapat ulamak yang membolehkan dan ada yang tidak membenarkannnya.

Namun bagi beliau secara peribadi, beliau berkata ia boleh digunakan jika tidak membawa kepada keruntuhan akhlak. - BERNAMA

Sumber : Sinar Harian... 

Ulasan Blogger : Aku sangat bersetuju dengan nasihat Dr. Maza ini dan aku juga pernah keluarkan satu artikel mengenainya dengan tajuk Azan, Kuliah Agama dan bacaan Al Quran Melalui Pembesar Suara sila klik Klik di sini
AZAN, KULIAH AGAMA DAN BACAAN AL QURAN MELALUI PEMBESAR SUARA

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt
AZAN, KULIAH AGAMA DAN BACAAN AL QURAN MELALUI PEMBESAR SUARA

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt
AZAN, KULIAH AGAMA DAN BACAAN AL QURAN MELALUI PEMBESAR SUARA

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt


--------------------------------------------------------------------------------------- 

Tahukah Anda, Mengapa Bayi Pengemis
Selalu Tidur Dari Pagi Hingga Petang?...


Berhampiran stesen di sebuah bandar besar duduk seorang wanita dengan usia yang tak diketahui. Rambutnya kotor, kepalanya tertunduk dalam kesedihan.

Wanita itu duduk di lantai kotor dan di sebelahnya terletak sebuah beg. Dalam beg itu orang melemparkan duit. Di tangan wanita itu pula, tidur seorang bayi berusia dua tahun. bayi itu juga berpakaian kotor.

Banyak orang yang lalu akan memberikan duit. Kami selalu merasa kasihan pada orang yang kurang bernasib baik. Kami bersedia untuk memberikan orang-orang malang itu kemeja terakhir kami, duit terakhir kami di dalam beg tanpa ragu-ragu.

Aku berjalan melewati seorang pengemis selama satu bulan. Tidak memberikan wang, kerana saya tahu bahawa ini adalah geng yang dikendalikan dan wang yang dikumpul oleh pengemis akan diberikan kepada sesiapa yang mengawal pengemis di kawasan tersebut, orang-orang yang mempunyai banyak harta mewah dan kereta.

Sebulan kemudian, saya berjalan melewati pengemis, ketika itu saya merasa pelik. Saya di persimpangan yang sibuk, menatap bayi, berpakaian seperti biasa yang sangat kotor. Saya menyedari bahawa itu adalah suatu perkara yang pelik, termasuk seorang anak kecil di sebuah stesen yang kotor dari pagi hingga petang.

Bayi itu tidur. Tidak pernah menangis atau menjerit, selalu tertidur, menanam wajahnya di lutut seorang wanita yang disebut ibunya.

Apakah salah satu daripada anda mempunyai anak-anak antara usia 1 hingga 3? Adakah anda ingat bagaimana mereka tidak dapat tidur lebih dari 2 jam pada suatu masa? Namun, anak-anak ini selalu tertidur.SELALU! Oleh kerana itu kecurigaan saya bertambah.

“Kenapa dia (bayi) tidur sepanjang masa?” Aku bertanya kepada pengemis sambil menatap bayi.

Pengemis berpura-pura tidak mendengar pertanyaan saya. Dia menunduk dan menyembunyikan wajahnya di kolar jaket lusuh nya. Saya mengulangi soalan itu. Wanita itu melihat ke atas, melihat saya, seakan kesal dengan soalan saya.

“B * ngs * t”, bibirnya bergumam.

Di belakangku datang seseorang meletakkan tangannya di bahuku. Aku menoleh ke belakang. Seorang lelaki tua itu melihat saya tidak bersetuju: “Apa yang anda inginkan darinya? Kamu tidak melihat seberapa keras kehidupannya ?.” Dia mengambil beberapa syiling dari poketnya dan melemparkannya ke poket pengemis tersebut.

Pengemis itu menunjukkan raut wajah wajah berterima kasih dan kesedihan pada umumnya. Orang itu melepaskan tangannya dari bahuku dan berjalan keluar dari stesen.

Hari berikutnya aku menelefon teman. Dari rakan saya, saya berjaya menemui bahawa pengemis itu adalah suatu perniagaan, walaupun kelihatan spontan, jelas terancang dan diawasi oleh lingkaran organisasi kejahatan.

Anak-anak yang digunakan adalah anak hasil “menyewa” dari keluarga penagih alkohol, atau hasil penculikan.

Saya memerlukan jawapan atas soalan saya – mengapa bayi tidur? Dan saya mendapatkannya. Rakan saya berkata kepada saya dengan suara tenang, “Mereka diberikan heroin, atau vodka”

Aku tercengang. “Siapa yang diberikan heroin atau vodka ?!”

Dia menjawab, “Anak itu, sehingga ia tidak berteriak. Wanita itu akan duduk sepanjang hari dengan dia, bayangkan bagaimana anak itu mungkin bosan?”

Dalam rangka untuk membuat bayi tidur sepanjang hari, ia diberikan vodka atau ubat-ubatan. Tentu saja, tubuh anak-anak tidak mampu mengatasi bahan-bahan keras tersebut. Dan anak-anak seringkali terbunuh. Hal yang paling mengerikan – kadang-kadang anak-anak meninggal selama “hari kerja”. seorang “ibu” harus memegang mayat anak kecil di tangannya sampai malam. Ini adalah peraturan. Dan oleh orang yang lewat akan diberikan beberapa wang ke poket pengemis, dan percaya bahawa mereka melakukan perbuatan baik. Membantu ibu tunggal.

Hari berikutnya saya sedang berjalan di dekat stesen yang sama. Aku membawa identiti kewartawanan, dan sudah bersedia untuk perbincangan serius. sayangnya pembicaraan tidak berhasil. Namun, terjadi hal ini:

Seorang wanita sedang duduk di lantai dan di tangannya seorang anak kecil. Aku bertanya soalan tentang sijil kelahiran kanak-kanak, dan yang paling penting, di mana anak kecil kemarin yang ia diabaikan.

Kelakuan saya diprotes oleh orang yang lalu-lalang. Saya diberitahu bahawa saya sudah gila kerana berteriak pada pengemis miskin dengan seorang anak. Pada akhirnya, saya dibawa keluar dari stesen dalam keadaan hina. Satu hal yang tersisa adalah untuk memanggil polis. Ketika polis tiba, pengemis dengan bayi sudah menghilang.

Bila anda melihat seorang wanita dengan seorang kanak-kanak, mengemis, berfikir sebelum anda menderma. Fikirkan tentang hal itu, jika bukan kerana ratusan ribu pemberi sedekah, perniagaan seperti ini sudah mati. Perniagaan akan mati dan bukan kanak-kanak. Jangan melihat kanak-kanak yang sedang tidur dengan kasih sayang. Lihat seram. Kerana anda membaca artikel ini, anda tahu sekarang mengapa kanak-kanak tersebut tidur di tangan pengemis.

Sila kongsikan artikel ini. Dan ketika anda memutuskan lagi untuk menyumbang kepada pengemis, ingat bahawa amal yang anda lakukan boleh jadi kematian bagi kanak-kanak kecil yang lain.

Sumber : Blog Viraliyat...

Ulasan Blogger : Sikap pemurah dan baik hati orang kita telah menyebabkan Malaysia menjadi syurga kepada para pengemis yang tumbuh macam cendawan selepas hujan. Ketidakpuasan hatiku mengenai mereka telah dikeluarkan dalam blog ini atas tajuk sila klik Mengejar Pengemis.

-------------------------------------------------------------------------------------

Mufti Tegur Ustaz Selebriti...

Harussani (kanan) ketika sidang media yang turut dihadiri
timbalannya, Zamri Hashim di Kompleks Islam Darul Ridzuan, kelmarin.

IPOH – Mufti Perak melahirkan kebimbangan tentang trend pendakwah dan penceramah pada masa kini yang dilihat lebih mempunyai perwatakan sebagai penglipur lara, selain ada di antara mereka menjatuhkan hukum tidak memenuhi syarak.

Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, trend tersebut mampu mengakibatkan kekeliruan dan kecelaruan dalam kalangan umat Islam dan terdapat pendengar seakan-akan menanti ‘bahan penglipur lara’ itu yang dibimbangkan tersasar daripada matlamat dakwah untuk meningkatkan ketakwaan kepada ALLAH.

“Kita lihat hari ini seolah-olah sudah menjadi satu keperluan kepada pendakwah apabila berdakwah atau berceramah, nyanyian dan alunan lagu-lagu semestinya dikumandangkan.

"Malah adakala sampai satu tahap ia menjadi keutamaan ketika berceramah, sehingga terdapat penceramah digelar dengan gelaran tertentu seperti Bollywood dan seumpamanya.

“Ada juga di antara mereka yang menyelitkan unsur humor atau lawak berlebihan sehingga penceramah itu dikenali dengan lawaknya berbanding ilmu disampaikan hinggakan pendengar menunggu lawak penceramah itu daripada menekuni ilmu disampaikan," katanya ketika sidang media di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, terdapat juga pendakwah dan penceramah yang tidak hormat kepada fatwa dikeluarkan oleh institusi fatwa negeri dan menyanggah fatwa yang mungkin boleh memberikan kesan kepada pengambilan beliau sebagai seorang lebih berilmu daripada ulama, pendakwah sedia ada.

Harussani berkata, kegopohan dan kegelojohan ketika berdakwah menyebabkan seseorang pendakwah itu tidak cermat mentafsirkan al-Quran, cuai dalam meriwayatkan hadis hingga mencampuradukkan antara riwayat sahih dan tidak sahih selain membawa cerita tidak masuk akal.

“Terdapat kecenderungan pendakwah memberi pernyataan dan ‘fatwa’ songsang berbanding menyampaikan ilmu berdasarkan disiplin digariskan syarak, malah pandangan hukum dikeluarkan adakala tidak melihat kepada urut dan masalah umum.

“Selain itu, ada juga penyataan dikeluarkan tidak berdasarkan kepada ilmu dan pengetahuan agama yang tunas, malah ada juga dilihat cuba meraih populariti berbanding menyampaikan ilmu, adab-adab dan pengamalannya,” katanya.

Beliau turut menegur pendakwah tertentu yang mengambil kesempatan untuk meraih pendapatan hasil daripada tugasan mulia berkenaan dan tanpa segan silu meletakkan harga tertentu untuk memenuhi jemputan ceramah.

“Mereka beralasan dengan alasan tertentu melayakkan untuk menerima bayaran tinggi, malah ada juga menyebut mereka mempunyai tanggungan yang banyak, institusi di bawah jagaannya memerlukan kos tinggi dan sebagainya yang mewajarkan bayaran itu dipenuhi.

“Selain itu, adalah sesuatu yang amat menyedihkan mereka sekadar memenuhi agenda dan program dirangka dan terpengaruh dengan tuntutan keduniaan dan kepentingan diri yang menyebabkan tujuan murni Islam diabaikan,” katanya.

Harussani turut menegaskan bahawa pendakwah dan penceramah yang ingin menyampaikan ilmu agama di Perak perlu meminta kebenaran Jabatan Mufti Perak kerana ia diwartakan dalam warta kerajaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 Peraturan-Peraturan Pengawasan Pengajaran dan Syarahan Agama 2013.

“Setiap orang yang ingin mengajar agama di Perak mesti ada tauliah dikeluarkan Jabatan Mufti dan ditandatangani oleh Sultan Perak kerana agama Islam adalah di bawah kawalan sultan, maka tidak seorang pun dibenarkan memberi ceramah, syarahan atau mengajar di Perak sekiranya tidak bertauliah.

“Bagi orang luar dari negeri Perak yang mahu menyampaikan ilmu agama di Perak juga mesti ada kebenaran daripada Jabatan Mufti.

“Kita akan lihat kemampuan orang itu atau tauliah diperoleh, barulah kita akan membenarkannya,” katanya.

Menurutnya, enakmen berkenaan berkuat kuasa pada 28 Mac 2013.

Sumber : Utusan Malaysia...

Ulasan Blogger : Tidak menjadi kesalahan kepada Ustaz/Ustazah untuk menyelitkan unsur humor di dalam ceramah mereka. Sekarang ini konsep dakwah telah diperluaskan melalui program seperti Forum, Kem Motivasi, Team Building dan sebagainya yang tidak dibuat di dalam masjid. Jadi konsep yang sebegini sangat sesuai jika ada humor, lawak jenaka dan selingan nyanyian untuk menghibur dan menaikkan semangat peserta.  

Walaubagaimanapun jika kuliah agama yang disampaikan seperti fardhu ain, Feqah, bab hukum hakam dan sirah Rasulullah yang biasa dibuat di dalam masjid dengan kaedah seperti di atas adalah haram hukumnya.

Friday, November 21, 2014

JANGAN CINTA DI DALAM KUBURAN...

Gambar sekadar hiasan...






Nombor 1 Allah. Nombor 2 Rasulullah, Nombor 3, suami. Itulah turutan cinta seorang wanita bernama isteri. Agar tidak menderita, jagalah turutan cinta ini. Yang dahulu, wajar didahulukan. Yang kemudian, mesti dikemudiankan. Jangan disusun cinta itu begini... Nombor 1 suami. Nombor 2 suami. Nombor 3 pun suami. Ini tindakan yang bakal mengundang kecewa.

Jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta. Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang memberi panduan untuk bercinta. Ingat pesan Rasulullah melalui sabda Baginda dalam hadis riwayat Al-Tirmizi yang bermaksud: "Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang, tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya."

"Jika" hanya "jika". "Jika" akan kekal sebagai "jika". Ia tidak pernah berlaku. Seorang wanita tidak boleh menyembah manusia lain sekalipun suaminya sendiri. Sebaiknya, cintailah suami dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah kerana Allah. Itulah resepi untuk bahagia dalam bercinta! 

Betapa ramai isteri yang kecewa akibat ditinggalkan suami yang dicintai. Sama ada dipisahkan oleh kematian atau sikap suami yang tidak mencintainya lagi. Bayangkan apabila segala-galanya untuk dan, kerana suami, apabila suami tidak ada lagi, putus harapan dan berserabutlah fikiran. Ramai yang sudah menerima nasib begini... Bayangkan setiap 15 minit, berlaku satu perceraian. Siapakah yang menempuh gerbang perkahwinan dengar harapan untuk bercerai? Tidak mungkin ada.

Mukadimah Penentu Natijah 

Perkahwinan dibina dengan harapan. Untuk mencapai harapan, tidak cukup dengan rasa cinta. Ia perlukan tanggungjawab. Kata bijak pandai, sesuatu akan berakhir mengikut corak bagaimana ia bermula Mukadimah banyak menentukan natijah. Untuk mengekalkan cinta sampai ke hujung (hujungnya di syurga), mesti diperkukuh dari pangkalnya.

Perkahwinan dimulakan dengan percintaan, disempurnakan dengan tanggungjawab. Dan sebaik-baik cinta ialah cinta yang didasarkan oleh tanggungjawab. Sebab itu ahli bijaksana mendefinisikan cinta sebagai "rasa ingin bertanggungjawab kepada seseorang".

 Janganlah hendaknya cinta dan rumah tangga dibina hanya sekadar untuk memenuhi kehendak fisiologi dan biologi. Itulah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan untuk haiwan (demikian kata al-Farabi). Juga bukan untuk mengejar status sosial. Jika rumah tangga hanya dibina untuk makan minum, perlindungan (rumah), pengangkutan (kereta), berkelamin (seks), kawan (sosial), kesihatan dan penghargaan diri (ego), apa bezanya cinta kita dengan cinta haiwan. Itu cinta kelas kedua.

Jika itulah bentuk cinta kita, itu hanya cinta alat bukan matlamat. Cinta kelas kedua mesti dibawa kepada cinta kelas pertama. Pandang wajah suami kita, bolehkah dia membawa kita kepada cinta Allah? Renung mata isteri kita, apakah dia teman kita menuju Allah? Jika ya, alhamdulillah, syukur. Kita sudah berada di jalan yang betul. Maka melangkahlah dengan yakin walau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan.

Jika belum, berusahalah, berdoalah agar dia mampu juga. Jika tidak hari ini, esok. Jika tidak esok, lusa. Teruskan berusaha dan berdoa.


Ayat Cinta

Tidak kira di tahap manapun rumah tangga kita; di permulaan, pertengahan atau di pengakhiran, marilah bermuhasabah. Apakah rumah tangga kita benar-benar diasaskan oleh cinta kelas pertama atau masih dibelenggu oleh cinta kelas kedua? Jika ke­las pertama, syukurlah. Insya-Allah cinta itu akan kekal selama-lamanya. Bagaimana kita boleh memastikan bahawa rumah tangga kita benar-benar diasaskan kepada cinta ini?

Jawapannya mudah. Cuba nilai, apakah seluruh isi keluarga lalai atau taatkan perintah Allah? Bagaimana dengan solat kita dan anak-anak semua? Bagaimana dengan al-Quran? Sudahkah kedengaran suara kita (ayah ibu) dan anak-anak membaca al- Quran? Jangan jadikan rumah kita kuburan kerana Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa rumah yang penghuninya tidak membaca al-Quran umpama sebuah kubur!  

Padahal semasa kita mula membinanya dahulu kita katakan membina masjid. Jika suami atau isteri payah hendak diajak membaca al-Quran, kenapa kita tidak memulakannya dahulu? Ironinya, kita kekadang lebih banyak menatap surat-surat lama pasangan kita semasa hangat bercinta dahulu, konon untuk memperbaharui rasa cinta. Malangnya, ramai yang mengalir airmata, sedih, sayu, pilu apabila mengenangkan kata-kata mesra dan rindu dahulu yang kini sudah tiada.

Mengapa menanti sesuatu yang tidak tiba? Mengapa merajuk pada yang tidak kasih? Tinggalkan dahulu surat cinta yang lama, carilah semula 114 surat cinta daripada Allah (al-Quran). Siapakah yang dapat menandingi kemesraan, kasih sayang dan cinta Allah buat hamba-Nya yang terpapar dalam 114 surah al-Quran? Bacalah ayat Manzil, al-Ma'thurat, Yasin, al-Mulk atau apa-apa sahaja. Sama ada yang diambil secara bersanad daripada guru-guru yang thiqah ilmunya ataupun sekadar diambil daripada kitab-kitab atau buku-buku yang dipercayai kesahihannya.

Jika tidak mampu baca banyak, bacalah sekadar satu muka surat atau paling lekeh sekadar lima ayat. Tetapi istiqamah dalam amalan ini. Barulah syaitan akan kecut untuk menggoda hati ahli keluarga kita supaya terlibat maksiat. Atau mengacah-acah kita dengan prasangka sehingga sering berbalah walaupun dalam soal-soal yang kecil. Bayangkan hanya kerana hendak masak apa hari ini, berebut saluran televisyen atau hanya tersilap istilah atau cakap, sudah bergaduh sampai tinggi-tinggi suara atau pukul-memukul. Ini angkara siapa? Tentu syaitan.
 
Bentuk Cinta Kelas Pertama

Mengapa syaitan bebas berkeliaran dalam rumah tangga kita? Ini kerana rumah kita jadi kuburan, bukan jadi masjid. Banyak perkara-perkara mungkar dalam rumah kita yang menyebabkan syaitan suka bertandang. Tapi ingat, syaitan bukan dihalau dengan membaca al-Quran sekali-sekala seperti yang kita lihat "Pak Ustaz" halau hantu dalam drama mistik dan tahyul. Tetapi syaitan dihalau dengan bacaan al-Quran berserta niat zikrullah, hendaklah diamalkan kehendaknya dan ditinggalkan larangannya.

Jika sekali-sekala terjadi pertembungan antara kehendak Allah dan kehendak isteri atau suami serta anak-anak, yang mana satu didahulukan? Jika didahulukan kehendak mereka, sah itu petanda cinta telah tersasar. Hakikatnya, inilah yang banyak berlaku dalam alam berumah tangga kini. Dan inilah punca mengapa ramai suami isteri berpisah sekalipun mereka saling mencintai. Berpisah bukan kerana mereka tidak lagi mencintai, tetapi cinta terpisah kerana mereka memisahkan cinta Allah.

Cinta yang meminggirkan cinta Allah amat rendah mutunya dan tidak tahan uji. Cinta kelas kedua itu ialah cinta kelas bawahan. Apabila wajah kendur, cinta luntur. Apabila kemudaan hilang, sayang terus melayang. Sebaliknya cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku kerana tapak cinta itu di hati, bukan di mata. Cinta di mata boleh dipisahkan oleh jarak dan usia tetapi cinta

Cinta yang dibina atas dasar cinta Allah akan menjadikan perkahwinan sebagai taman atau kebun percintaan. Mungkin sekali-sekala bergolak juga, tetapi atas dasar ibadah dan tanggungjawab, cinta dapat dibina semula... terlentur tetapi tidak patah. Genting tetapi tidak putus. Justeru bajailah cinta itu selalu dengan solat, zikir, membaca al-Quran dan sedekah.

Marilah kita saling berpesan demi kebenaran dan kesabaran... jangan membina cinta di dalam kuburan!


Dipetik dari Majalah Solusi
Penulis : Pahrol Mohamad Juoi...