Showing posts with label keanihan. Show all posts
Showing posts with label keanihan. Show all posts

Monday, May 7, 2018

9 MAKHLUK GANJIL DI LAUT DALAM


1. IKAN VIPER
  • Nama lainnya ialah Mesopelagic dan tinggal dikedalaman 80 hingga 1,600 meter.
  • Merupakan ikan yang sangat kejam kerana bermulut lebar dan bergigi tajam
  • Tidak mempunyai warna kulit
  • Mempunyai mata yang besar untuk mengumpulkan cahaya sebanyak mungkin
  • Mulutnya yang lebar boleh menelan ikan yang lebih besar darinya kerana juga perutnya yang bersifat elastik sehingga dapat mengembang


2. FANGTOOTH
  • Dikenal juga dengan nama AnoplogasterCornuta
  • Dapat tumbuh sampai 6 inci panjangnya
  • Bertubuh pendek dan berkepala besar
  • Hidup dikedalaman 16,000 kaki
  • Sukar mendapat makanan kerana tinggal dilaut yang sangat dalam dengan suhu yang hampir membeku
  • Ikan Fangtooth ini hanya terdapat di lautan tropika seperti Australia.


3. DRAGONFISH
  • Mempunyai nama Latin Grammatostomias Flagellibarba
  • Hidup di kedalaman 5,000 kaki atau 1,500 meter
  • Mempunyai belalai menyala yang bersambung dengan dagunya
  • Dibahagian sisi tubuhnya juga terdapat bahagian menyala yang digunakan untuk memberi tanda kepada ikan Dragonfish yang lain ketika musim mengawan


4. ANGELFISH

  • Juga dikenal dengan nama Melanocetus Johnsoni
  • Tubuhnya boleh berkembang sehingga 6 inci
  • Menyerupai sebuah bola keranjang
  • Hidup dikedalaman 3,000 kaki



5. GULPER Eel


  • Dikenal juga dengan nama Eurypharynx Pelecanoides
  • Boleh tumbuh sehingga panjang 2 hingga 6 kaki
  • Boleh ditemukan dikedalaman 3,500 hingga 6,000 kaki


6. SOTONG GERGASI

  • Memiliki nama Latin Architeuthis Dux
  • Salah satu makhluk laut terbesar
  • Dapat tumbuh sehingga ukuran 60 kaki
  • Haiwan tidak bertulang belakang terbesar
  • Termasuk dalam kategori haiwan pemakan daging


7. GIANT FOOD


  • dikenal juga dengan nama Bathynomus Giganteus
  • Dapat tumbuh sehingga panjang 16 inci
  • Hidup dikedalaman 2,000 kaki


8. LONG NOSED CHIMAERA

  • Nama Latin Harrotta Raleighana
  • Dapat tumbuh sehingga panjang 5 kaki
  • Memiliki hidung seperti muncung pesawat supersonic
  • Hidup dikedalaman 8,000 kaki





9. STARGAZER

  • Stargazer mendapat nama disebabkan kedua-dua matanya terletak dibahagian atas kepala
  • Nama Latin ialah Uranoscopus sulphureus
  • Mulutnya yang besar menghadap keatas
  • Membenamkan dirinya kedalam pasir untuk menunggu mangsa dan menangkap dengan pantas serta cara mengejut
  • Sejenis ikan yang beracun
  • memiliki dua tulang beracun yang terletak dibelakang operkulum (penutup insang) dan diatas sirip pektoral (sisi kiri dan kanan)
  • Dapat membesar sehigga 18 hingga 90 cm
  • Boleh menyebabkan kejutan elektrik

Tuesday, October 24, 2017

MAKANAN LUAR BIASA...


Seorang lelaki di India menghidap sejenis penyakit ganjil yang menyebabkan dia ketagih untuk makan batu bata dan lumpur.

Pakkirappa Hunagundi, 33, berkata, dia suka memakan batu bata dan lumpur sejak berusia 10 tahun lagi dan kini dia sukar menghilangkan ketagihan itu.

"Saya hanya suka makan batu bata dan lumpur, tiada benda lain.

"Saya perlu makannya pada setiap hari dan saya tidak boleh berhenti," katanya.

Menurutnya, sejak kecil lagi ibunya bimbang dengan selera peliknya itu dan melakukan pelbagai cara untuk menghentikannya tetapi gagal.

" Anda boleh bagi ayam goreng tetapi saya tetap memilih lumpur untuk dimakan," jelasnya.

Hunagundi memberitahu, dia kini memakan satu batu bata dan tiga kilogram lumpur sehari untuk memenuhi ketagihannya itu.


Doktor berkata, Hunagun kemungkinan menghidap satu keadaan dikenali sebagai Pica, yang menyebabkan seseorang itu gemar memakan objek bukan makanan dan tiada khasiat.

Mereka yang menghidap keadaan itu biasanya gemar memakan pelbagai objek seperti batu, sabun dan rambut mereka sendiri. Menurut Hunagundi, dia tidak pernah jatuh sakit atau mengalami sebarang kesan negative akibat seleranya itu.

Hunagundi juga merancang untuk mengembara ke seluruh India untuk menunjukkan kemampuannya memakan batu bata.

Sumber : Harian Metro 24 Okt 2017

Friday, July 9, 2010

POKOK ANEH DI SELURUH DUNIA

Di Pokok ini kelihatan ada sebuah basikal
tersangkut didalam batangnya

Batang pokok ini tidak sepertimana
batang pokok-pokok yang lain kerana sangat besar.
ianya bolehlah dikatakan sebagai pokok yang aneh

Pokok ini bolehlah dikatakan sebagai pokok berkaki empat
dan termasuk juga dalam kategori pokok aneh

Pokok ini tidak dapat dipastikan ketulinannya.
Mungkin ada manusia yang mengukirnya.
Jika ia terjadi dengan sendirinya, maka ia merupakan
satu benda ajaib dan sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah.

Pokok enam cabang.
Kejadiannya sangat menakjubkan

Pokok yang membentuk seperti seekor ular

IKAN BERBENTUK MANUSIA

Sejak kebelakangan ini banyak penemuan makhluk aneh yang belum pernah kita lihat sebelum ini dijumpai.

Gambar dibawah ini adalah seekor ikan yang mirip berwajah manusia. Ia dijumpai di sebuah pulau di Malaysia. Jika berdasarkan mitos, kita akan mengatakan bahawa ini adalah seekor ikan duyung tetapi ia tidaklah merupakan seorang wanita cantik tetapi sebaliknya , kerana ia sangat hodoh dan menakutkan.

Bentuk kepalanya hampir sama dengan kepala manusia tetapi bahagian bawah hingga ke ekor merupakan seekor ikan. Makhluk ini juga mempunyai tangan seperti manusia tetapi ia mungkin sirip yang digunakan untuk mendayung.

Ikan berwajah manusia yang dijumpai
disebuah pulau di malaysia

Ekornya membuktikan bahawa ia seekor ikan

Kedua belah tangannya yang menyerupai
tangan manusia mungkin bertindak sebagai siripnya

Thursday, July 8, 2010

ANAK KAMBING ANEH MENGGEMPARKAN

Anak kambing ini dilahirkan pada hari Selasa 7 Julai 2009 di Dusun Kerajaan, Desa Jorongan , Kecamatan Leces, Kabupaten Probolingo.

Bentuk kepala anak kambing ini mirip kepala anjing, rahang bahagian atas serta hidung tidak terbentuk seperti biasanya. Muka pipih sedangkan rahang bawah tertujah kedepan.

Kedua bola matanya bersatu kerana rongga kelopak mata tidak terbentuk. Keadaan itulah yang kemudiannya menimbulkan anggapan bahawa anak kambing ini lahir mirip seekor anjing.

Meskipun keadaan kepalanya tidak normal, secara mata kasarnya tubuh anak kambing ini kelihatan normal kerana badannya seperti biasa dan berkaki empat.

Sejak anak kambing ini dilahirkan sekitar pukul 9 pagi, ribuan orang telah datang berkunjung kerumah pemiliknya iaitu En. Ahmad Farid. Anak kambing ini dilahirkan bersama dua lagi anak kambing yang normal.