


Hari ini boleh dikatakan hampir kesemua akhbar melaporkan kenyataan Ketua Polis Negara bahawa video seks itu tulen.
Tahniah aku ucapkan terutamanya kepada ketiga-tiga akhbar diatas kerana hari ini akhbar kamu laris dipasaran akibat tajuk utama yang lebih disensasikan berbanding laporan sebenar yang ingin diketahui oleh rakyat.
Rakyat sebenarnya ingin tahu adakah pelakon yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang itu juga tulen?
Adakah berita ini akan terus disenyapkan begitu saja jika terbukti yang pelakon itu bukan seperti yang dihebohkan sepertimana lain-lain tuduhan sebelum ini.