Showing posts with label WARISAN MELAYU. Show all posts
Showing posts with label WARISAN MELAYU. Show all posts

Wednesday, December 13, 2017

BIJIH TIMAH LONJAK EKONOMI IPOH...

Mungkin ramai tidak mengetahui, Ipoh, Perak adalah bandar raya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur, Georgetown dan Johor Bahru.

Antara penyumbang pencapaian itu ialah disebabkan perkembangan pesat yang berlaku di Ipoh hasil kegiatan perlombongan bijih timah satu ketika dahulu.

Bukan itu saja, ia turut menjadikan Ipoh lebih terkenal berbanding daerah di negeri lain hanya kerana kekuatannya yang kaya dengan hasil mineral berkenaan.

Namun begitu, sebelum mengetahui lebih lanjut sejarah Ipoh yang berada dalam daerah Kinta, perlulah diketahui asal usul namanya. Berdasarkan sejarah, nama itu diambil daripada pohon 'epu' atau lebih dikenali sebagai pokok ipoh.

Masjid Panglima Kinta yang dibina pada tahun 1898...

Masjid Panglima Kinta kini sebagai 
Bangunan Warisan Negeri Perak...

Difahamkan, masyarakat Orang Asli menggunakan getah pokok itu yang dikatakan beracun sebagai panahan sumpit mereka untuk memburu haiwan dalam hutan. Manakala orang Cina pula menyebutnya sebagai Ipoh atau Paluh.

Pada 27 Mei 1988, Sultan Perak ketika itu, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah mengisytiharkan Ipoh sebagai bandar raya. Sejarah pentadbiran Ipoh bermula dengan pembinaan kawasan lapang pertama pada 1898 yang kini dikenali sebagai Padang Ipoh.

Kawasan pentadbiran Ipoh berkembang hingga menyeberangi Sungai Kinta dan wujudnya pekan baru (Ipoh New Town) ke jalan Anderson pada 1905 hingga 1914.

Istana Riswin pada tahun 1986

Bangunan Istana Riswin tidak banyak perubahan...

Pada 1905 hingga 1915 'Kinta Sanitary Board North' diwujudkandan pada 1916 hingga 1941, 'Kinta District Board' pula yang diwujudkan di bawah pentadbiran tentera British. Pada 1954 hingga 1956 'Ipoh Menglembu Town Council' ditubuhkan.

Kemudian, Ipoh dinaik taraf sebagai perbandaran dan dikenali Majlis Perbandaran Ipoh pada Mei l962. Perisytiharan itu sekali gus menjadikan Ipoh sebagai bandar pertama di negara ini dinaik taraf perbandaran selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Kemajuan di Ipoh berlaku secara berterusan dan tahun lalu diumumkan sebagai Bandar Perniagaan Sosial kelima di dunia selepas Pistoia di Itali, Barcelona (Sepanyol), Wiesbaeden (Jerman) dan Fukuoka (Jepun). 

Bangunan kolonial di jalan Sultan Iskandar

Kini ia dilebarkan bagi mengelakkan kesesakan...

Projek pembangunan mega bernilai RM2.1 bilion yang dibawa ke Ipoh dijangka memberi perubahan landskap yang besar di bandar raya berkenaan dalam masa beberapa tahun akan datang. 

Meskipun jarak kedudukannya lebih 200 kilometer dari Kuala Lumpur, tidak mustahil bandar raya itu mampu menyaingi kemajuan ibu negara.

Bulatan Sultan Yussuf pada 1963
dan menjadi antara mercu tanda Ipoh...

Landskap Bulatan Sultan Yussuf lebih menarik
 berlatar belakang bangunan moden...

Hospital Fatimah, Ipoh pada tahun 1974... 

Kini Hospital Fatimah merupakan
satu daripada  lima buah hospital swasta di Ipoh...


Sumber : Harian Metro
Wartawan : Nor 'Asyikin Mat Hayin

Monday, December 11, 2017

PENANGAN MI REBUS BATU GAJAH...


Dihidangkan panas dengan mi, cekodok dan tauhu yang banyak cukup mengenyangkan. Limpahan kuahnya yang pekat dan 100 peratus rasa ubi membuatkan hidangan mi rebus disajikan cukup enak dimakan.

Itulah penangan Mi Rebus Batu Gajah yang menjadi juadah utama Ghani Corner, Kiosk 37, Taman Medan, Petaling Jaya.

Mengetengahkan resipi warisan sejak tahun 1960, keenakan Mi Rebus Batu Gajah terletak pada dua bahan utamanya iaitu kuah dan cekodok.

Diusahakan Haslinda, 29, dan adiknya, Mohd Hazeri, 25, yang meneruskan legasi arwah bapa mereka, Abdul Ghani Mat Piah. Haslinda yang lebih mesra dengan panggilan Linda berkata, selain menggunakan resipi daripada arwah ayahnya, kepekatan kuah mi rebus yang melimpah menjadi kunci kepada keenakan hidangan itu.


"Bagi memastikan kuah mi rebus ini pekat dan enak. kami menggunakan 100 peratus ubi tanpa tepung sedikit pun.

"Cekodok yang juga resipi arwah ayah menjadi pelengkap kepada hidangan ini sehingga ada pelanggan sanggup datang dari jauh untuk menikmati keenakan mi kami," katanya.

Kepelbagaian bahan yang dihidangkan bersama mi rebus juga antara faktor ia menjadi pilihan penggemar.

"Sepinggan mi rebus yang dihidangkan turut diletakkan telur rebus, tauhu dan kentang.

"Idea meletakkan bahan tambahan ini dicetuskan arwah ayah supaya pelanggan kenyang selepas menikmati hidangan," katanya.

Berjualan di pasar pagi dan pasar malam di Taman Medan, mereka turut menawarkan ayam, daging dan sotong kepada pelanggan yang mahukan mi rebus berlauk.


Selain Mi Rebus Batu Gajah, Ghani Corner turut menghidangkan Ghani Char Kuetiau Original Penang. Hidangan dimasak sendiri oleh Hazeri, juadah ini diperkenalkan setahun lalu berikutan permintaan pelanggan yang mahukan menu ringkas panas dan sedap.

"Bagi memenuhi permintaan pelanggan, saya mengambil masa sebulan untuk mempelajari cara penyediaan Ghani Char Kuetiau Original Penang mengikut resipi hidangan popular di Pulau Pinang itu.

"Saya juga belajar membuat kicap khas yang digunakan untuk memasak char kuetiau kerana ia menjadi penyedap kepada hidangan ini," katanya.

Beliau turut menyediakan kuetiau goreng udang dan kerang. 

Dibuka setiap hari kecuali Jumaat bermula jam 5 petang hingga 12 tengah malam, Ghani Corner turut menyediakan nasi lemak, rojak pasembur dan rojak mi.

Sumber : Harian Metro
Wartawan : Suliati Asri

Thursday, October 31, 2013

SENAMAN WARISAN MELAYU...

Baru-baru ini aku menjadi urusetia dalam satu kursus  yang dianjurkan oleh Pihak Syarikat di Pusat Latihan yang terletak di Tebing Tinggi, Johor. Kursus di hadiri oleh Pengurus Kawasan seramai 46 orang dan Penolong Pengurus Kawasan seramai 25 orang dari seluruh Negara. Rata-ratanya umur mereka dalam lingkungan 30 hingga 53 tahun.

Sebelum ini banyak artikel mengenai kursus telah di masukkan ke dalam blog ini. Tapi kali ini aku memasukkan pula video senaman yang aku rakam semasa mereka melakukannya pada 30 Oktober 2013 jam 6.30 hingga 7.30 pagi. Jurulatih yang mengendalikan senaman ini ialah En. Roslan Tahir dari Kawasan Temeris, Negeri Sembilan.

Semua senaman dalam video ini mempunyai nama dan fungsi kebaikannya tersendiri dan sangat baik untuk diamalkan terutama bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Di bawah ini ialah nama-nama senaman yang dikategorikan sebagai Senaman Tua (ST). Walaubagaimanapun hanya nama senaman yang berwarna kuning sahaja yang boleh ditonton di dalam video yang dipaparkan.
  1. Nafas Melayu
  2. Tapak Sembilan
  3. Jengket
  4. Berlabuh Luar
  5. Berlabuh Dalam
  6. Temu Tempurung
  7. Langkah Tari Inang
  8. Gelek Pinggang
  9. Naga Perlabuh
  10. Duduk Pendekar / Bersila
  11. Siku Sentuh Lutut
  12. Renang Anak
  13. Buai Anak
  14. Tengok Ibu Jari
  15. Tegang Pusat
  16. Gelek Panggong
  17. Geliat Anak Rimau
  18. Tangan Melayu (Gulung Ekor Naga)
  19. Petik Bunga
  20. Tagan Melayu(Panas Tapak Tangan)
  21. Tangan Melayu (Gerak 9)
  22. Sampai Tangan
  23. Bilas Tangan
  24. Segerak Selangkah 1
  25. Segerak Selangkah 2
  26. Segerak Selangkah 3
  27. Segerak Selangkah Pukulan
  28. segerak Selangkah Berpasangan
  29. segerak Selangkah- Dapat Bunga.

SELAMAT MENONTON...