Showing posts with label Berita Alam Ghaib. Show all posts
Showing posts with label Berita Alam Ghaib. Show all posts

Tuesday, December 29, 2015

SIAPAKAH PENGHUNI LANGIT?...


Hadis ini diteruskan dengan ungkapan, "Nescaya penduduk langit akan merahmati (menyayangi) kalian." Al-lmam al-Mubarakfuri berkata, "iaitu Allah Taala."

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa maksudnya ialah mereka yang menetap di langit iaitulah para malaikat kerana mereka sering meminta pengampunan untuk orang-orang yang beriman.

Allah Taala berfirman (Surah Ghafir ayat 7), maksudnya: "Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji Tuhan mereka; dan beriman kepada-Nya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami, rahmat-Mu dan ilmu-Mu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut Jalan-Mu dan peliharalah mereka daripada azab neraka."

Seterusnya al-lmam al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa rahmat para malaikat untuk penduduk bumi adalah doa para malaikat untuk mereka agar dikurniakan rahmat iaitu kasih sayang dan maghfirah iaitu keampunan. Ini berdasarkan firman Allah Taala (Surah al-Syura ayat 5) yang bermaksud: "Dan mereka memohon ampun bagi makhluk-makhluk yang ada di bumi."

Berdasarkan penerangan ini, dapatlah dirumuskan bahawa terdapat dua pendapat bagi maksud man fis sama iaitu secara literalnya bermaksud 'dia atau mereka yang berada di langit'; iaitu pendapat pertama: Allah Taala.

Manakala pendapat kedua: Para malaikat. Namun huraian yang diberikan menunjukkan beliau cenderung kepada pendapat yang kedua iaitu maksud 'yang berada di langit' adalah para malaikat.

Walau bagaimanapun, boleh sahaja kita memahami maksud 'dia atau mereka yang berada di langit' adalah Allah Taala dengan mengambil kira bahawa Allah Taala tidak berada di dalam langit. Bahkan Allah Taala berada di atas arasy-Nya berasingan daripada makhluk-Nya. Firman Allah Taala dalam Surah al- Rahman ayat 5, bermaksud: "Tuhan yang Maha Pemurah yang berada di atas Arasy."

Inilah akidah Ahlis Sunnah wal Jamaah menurut apa yang diterangkan oleh al-lmam Abul Hasan al-Ash'ari rahimahullah dalam dua kitabnya yang terakhir iaitu Maqalat al-lslamiyyin dan al-lbanah 'an Usui al-Diyanah.

Melihat kepada pandangan kedua, iaitu 'dia atau mereka yang berada di langit' adalah para Malaikat; dapatlah kita faham bahawa para Malaikat hidup di dalam tujuh petala langit. Di antara dalil yang menunjukkan keberadaan para malaikat di dalam langit adalah sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Langit telah merengek dan memang wajar langit merengek. Ini kerana setiap ruang empat jari pasti ada seorang malaikat yang meletakkan dahinya, sujud untuk Allah. (Hadis riwayat al- lmam at-Tirmizi, No. 2312 dan beliau berkata: Hasan Gharib).

LANGIT ITU TUJUH LAPISAN…

Begitulah kebesaran Allah Taala diperlihatkan kepada kita melalui bilangan malaikat yang begitu ramai yang memenuhi ruang langit di atas kita. Langit itu sendiri dinyatakan oleh Allah Taala sebagai tujuh petala langit.

Allah Taala berfirman dalam Surah at-Talaq ayat 12, yang bermaksud: "Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (la menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus-menerus di antara alarm langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmu-Nya akan tiap-tiap sesuatu."

Begitulah kita beriman dengan apa yang Allah Taala beritakan kepada kita di dalam al-Quran al-Karim. Kita meyakini bahawa langit itu merangkumi tujuh petala langit atau tujuh lapisan langit. Namun, bagaimanakah keluasan lapisan pertama, kedua dan seterusnya? Hanya Allah Taala yang mengetahui perkara ghaib ini. Jika kita menjumpai dalil yang sahih tentangnya, ayuh kita beriman. Tetapi, jika kita tidak menjumpai apa-apa, maka serahkanlah urusan itu kepada Allah Taala.

Apa yang penting bagi kita adalah jika kita termasuk dalam golongan mereka yang sering merahmati makhluk-makhluk ciptaan Allah Taala, maka Allah Taala yang berada di atas Arasy dan para malaikat yang memenuhi ruang tujuh petala langit akan merahmati kita. Inilah yang kita dambakan dan inilah yang perlu kita usahakan secara bersungguh-sungguh dan berterusan. Semoga kita semua termasuk kumpulan yang sering merahmati dan sentiasa berkasih sayang.

Sumber : Al Islam

Thursday, February 26, 2015

KISAH MATAHARI YANG SENTIASA SUJUD KEPADA ALLAH S.W.T...

Gambar hiasan...

Dari Abu Dzar r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bertanya kami: "Tahukah kamu semua kemanakah matahari itu selalu pergi?"

Lalu kami berkata: "Hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang tahu."

Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda: "Matahari itu berjalan sehingga sampai di perhentiannya iaitu di bawah 'Arasy, kemudian matahari itu sujud, ia sujud sehingga datang perintah Allah: "Bangkitlah dan kembalilah ke tempatmu semula! Setelah matahari mendapat perintah dari Allah S.W.T. maka dia pun muncul kembali seperti biasa di tempatnya dan dia meneruskan perjalanannya seperti biasa sehingga kembali di tempat perhentiannya di bawah 'Arasy. Lalu matahari sujud lagi sehingga datang perintah Allah S.W.T.: "Bangkitlah dan kembalilah ke tempatmu semula! maka matahari pun bangun dan ia pun terbit semula seperti biasa di tempatnya.

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi: "Matahari itu tidak pernah mungkir sedikit pun hingga ia sampai kembali ke tempat perhentiannya di bawah 'Arasy. Dan apabila matahari menerima perintah dari Allah S.W.T. yang bermaksud: "Bangunlah dan muncullah kamu di tempat kamu biasa tenggelam." Maka pada masa itulah akan terbit matahari di sebelah barat.

Sabda Rasulullah S.A.W.: "Tahukah kamu semua bilakah hal ini akan terjadi (terbitnya matahari sebelah barat), ianya akan terjadi pada hari di mana iman seseorang itu tidak berguna lagi, jika sebelumnya dia tidak beriman."

Semua ciptaan Allah S.W.T. sentiasa tunduk dan sujud pada Allah kecuali manusia dan jin yang ingkar, manusia mempunyai akal fikiran yang baik dan dapat memahami dan melihat dan merasai segala ciptaan Allah, tetapi malangnya masih banyak lagi yang ingkar pada perintah Allah.

Kalaulah matahari yang begitu kuat kuasa yang Allah berikan padanya sentiasa sujud pada Allah, jadi mengapakah kita yang lemah ini sangat degil dan keras kepala tidak mahu sembah Allah.

Kalau kita masih berdegil juga, sila lihat firman Allah dalam surah Al-Hajji ayat 18 yang bermaksud: "Tidakkah engkau tahu, bahawa kepada Allah sujud (tunduk) siapa yang di langit dan siapa yang di bumi, matahari, bulan, bintang-bintang, gunung-gunung, pohon-pohon, binatang-binatang yang melata dan kebanyakan manusia , tetapi kebanyakan (manusia yang lain ) berhak mendapat azab . Barang siapa yang dihinakan Allah, maka tidak adalah baginya orang yang akan memuliakannya, sesungguhnya Allah membuat apa-apa sahaja yang dikehendakinya.

Wednesday, January 29, 2014

ADAM MENIKAH DI DALAM SYURGA...

Kita sudah tahu bahwa kejadian Adam asli memang dari tanah. Perlu kita ketahui bahawa ada beberapa perbedaan, tentang kejadian Siti Hawa.

1. Adam dijadikan tidak beribu-bapak

2. Tsits putera Adam dijadikan tanpa ibu

Maka untuk keterangan riwayat Tsits putera Adam, kami tulis dengan ceritanya tersendiri dalam judul "Cerita Anak Adam dan Anak Hawa."

3. Nabi Isa a.s. ada ibu, tanpa bapak

4. Adapun manusia seumumnya mempunyai ibu dan bapak, meskipun tanpa nikah.

Kesemuanya itu adalah hikmat dan kekuasaan Tuhan.

Riwayat lain menerangkan, setelah Adam kembali berada di taman Syurga, ketika itu ia dapat menikmati keindahan alam. Dilihatnya dua ekor burung hinggap di cabang pohon sedang bercumbu-cumbuan.

Ketika itu timbullah fikiran dalam hati Adam : "Alangkah senangnya jika aku mempunyai teman seperti burung itu." Adam tengah asyik dilamun fikiran seperti itu, tiba-tiba datang angin syurga bertiup sepoi-sepoi basah, segar dan nyaman rasanya, lalu ... Adam tertidur di situ tidak berasa lagi sambil duduk bersandar di sebuah kursi.

Dikala itu Adam mimpi bertemu seorang perempuan yang cantik sekali, hingga Adam jatuh cinta kepadanya. Allah itu mengetahui apa yang dirasakan oleh Adam. Maka ketika Adam tertidur Allah ciptakan seorang perempuan yang cantik parasnya, yang serupa dilihat dalam mimpi Adam.

Menurut riwayat yang mu'tamad, perempuan itu dijadikan dari tulang rusuk Adam yang sebelah kiri.

Sebagaimana firman Allah di dalam surat Ar-Rum ayat 21 : 


"Daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, bahwa ia telah menciptakan untukmu dari diri kamu akan isteri itu. supaya kamu dapat kesenangan kepadanya. Dan diciptakan di antara kamu (berdua) rasa cinta dan Kasih sayang."

Sesungguhnya dalam soal yang demikian itu adalah betul-betul menjadi tanda-tanda Allah, bagi golongan yang suka menggunakan fikiran."

Demikian keterangan ayat itu bahwa Allah jadikan isteri atau pasangan dari diri laki-laki itu sendiri yang tentunya dari diri Adam juga asalnya.

Baiklah, kita kembali melihat Adam yang sedang tidur mimpi dan masih belum mendusin, rupanya masih asyik dalam mimpinya.

Ketika itu, muncullah seorang gadis cantik jelita laksana bidadari datang mendekati Adam. Kulitnya putih kuning kemerah-merahan, berwajah cantik dan raut tubuh yang molek dan menarik dengan gaya yang luwes elok. Memakai pakaian yang indah-indah serta perhiasan emas intan berlian.

Ditatap wajah Adam yang tengah tidur pulas dengan ghairah dan kasih mesra dalam hatinya. Dipandangnya lama-lama, ia tidak berani membangunkan. Dan akhirnya Adam terbangun sendiri. Sungguh Adam terkejut riang. melihat rupa orang yang berdiri di dekatnya kok serupa benar dengan yang dilihat dalam mimpinya barusan. Apakah dia masih dalam mimpi? Tidak, dia bukan mimpi lagi. Ini benar-benar kenyata'an. Sungguh ta'jub benar Adam melihatnya. Matanya tidak berkedip memandang wajah gadis itu yang membuat gadis itu tunduk kemalu-maluan, dan menjadi merah pipinya yang menambahkan kecantikannya. Dengan lemah lembut, Adam bertanya :

"Siapakah engkau hai orang cantik? Dan siapakah namamu? Dan apakah maksud tujuanmu?"

"Aku, adalah seorang perempuan. Tujuanku untuk menemani engkau. Namaku, terserah kepada engkau yang memberi nama padaku."

Begitulah jawab gadis ini dengan suara manis hingga kelihatan giginya yang putih membayang gelas, lalu dibalas senyumnya oleh Adam sambil berkata :

"Terima kasih, kalau begitu aku namakan engkau "Hawa."

Kedua beradu pandangan. Maka bertemu mata. Kemudian timbullah antara keduanya rasa cinta dan kasih dalam hati masing-masing.

Seketika itu datang berahi Adam, rupanya ia tak tahan lagi, tiba-tiba tangannya akan merangkul Hawa akan menciumnya. Kemudian terdengar firman Tuhan :

"Janganlah engkau menyentuh dia, sebelum engkau aku nikahkan dengan dia."

Kemudian Allah memanggil berkumpul malaikat, akan meresmikan pernikahan Adam dengan Hawa. Maka disaat itulah diadakan upacara pernikahan Adam dengan Hawa. Dinikahkan oleh Allah dengan ijab kabul serta maskawin, mas dan perak yang diambil dari Syurga dan disaksikan oleh malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan 1zra'il dan malaikat Almuqorrobun serta disaksikan juga oleh para malaikat lainnya.

Selesai 'aqad nikah keduanya diizinkan bertempat tinggal di dalam Syurga khusus untuk mereka berdua.

Alangkah beruntungnya kedua pengantin baru, tinggal di tempat yang baru dan semua-semuanya serba baru, makan dan minum serba ni'mat. serta perawatan yang terjamin.

Demikian kisahnya Adam menikah di dalam Syurga.


Dipetik dari buku
Berita Alam Ghaib Sebelum dan Sesudah Hari Kemudian
(Versi Indonesia)

SIAPA MENGENAL DIRINYA NESCAYA AKAN MENGENAL TUHANNYA...

Firman Allah Ta'ala : Surat Adz-Dzaariyaat ayat 21 :

 

Kita sama mengetahui bahwa manusia itu ada mempunyai tubuh kasar dan mempunyai tubuh halus. Yang dinamakan tubuh kasar itu adalah yang berbentuk badan, kepala, tangan dan kaki. Dan badan kasar ini terdiri dari darah, daging, kulit dan tulang. Akan tetapi, jika manusia cuma mempunyai badan kasar dan badan halus (ruh) saja tanpa akal, maka manusia itu menjadi orang gila namanya. Karena orang gila itu sudah hilang akalnya. Bukankah demikian?

Sesungguhnya yang menjadi tenaga atau dorongan dalam diri manusia, bukan hanya akal saja. Sesungguhnya manusia diperlengkapi oleh Tuhan dengan berbagai tenaga selain daripada ruh atau nyawa. Perinciannya adalah sebagai berikut :

1. Jasmani
2. Ruh
3. Rawan
4. Akal
5. Hawa
6. Nafsu
7. Dunia
8. Malaikat
9. Syetan

Marilah di bawah ini kita coba membahas satu persatu apa guna dan manfaatnya dan apa karyanya masing-masing itu.

1. Jasmani: adalah tubuh kasar yang menempati ruh, dan gunanya ruh itu adalah, menghidupi jasmani itu dari ubun-ubun kepala sampai ke ujung kaki.

2. Ruh (nyawa): yang menghidupi sekujur tubuh manusia dan menumbuhkan tubuh manusia sejak ia berada dalam kandungan sampai lahir di dunia dan sampai batas ajalnya.

3. Rawan: adalah pekerjaan menghayal, membayangkan sesuatu baik hal-hal belum datang atau hal-hal yang telah lalu. Misalnya seorang pengarang, dia dapat menghayalkan sesuatu sehingga menjadi buah karangan, demikian juga pelukis, demikianlah pula orang sedang dimabuk cinta tergambar dan terbayang hal-hal yang mengasyikkan padahal belum dialaminya. Hayal atau rawan ini tidak terdapat pada binatang. Semua orang ada "rawan"nya. Cuma ada kuat ada yang lemah. Jadi rawan itu bertempat dalam otak manusia.

Oleh karena itulah manusia sifatnya membangun. Karena dia mempunyai khayal yang diterbitkan oleh rawan. Sekecil-kecilnya adalah membangun rumah tangga.

4. Akal: adalah suatu nikmat pemberian Tuhan yang mahal harganya. Manusia diwajibkan beragama karena akalnya. Akal inilah sebagai alat penerangan bagi manusia. Maka dengan akal inilah dapat memilih mana jalan yang baik dan mana jalan yang buruk. Dan dengan akal itu manusia bisa menimbang dan memberi putusan, bersalahkah dia atau tidak.

Maka dalam agama Islam, dilarang orang minum minuman keras, karena minuman itu akan merusak akalnya, meskipun cuma sebentar saja.

5. Hawa: adalah perasaan. Tiap-tiap manusia mempunyai perasaan. Rasa senang, rasa susah, rasa puas, rasa tertekan, rasa cinta, rasa benci, rasa mulia, rasa hina dan sebagainya.

Jadi orang yang tidak mempunyai perasaan samalah orang itu seperti orang yang sudah mati jiwanya.

6. Nafsu: adalah keinginan. Ingin senang, ingin kaya, ingin pangkat, ingin mulia, ingin kemasyhuran, ingin nama baik. Pendeknya 1001 macam keinginan, akan tetapi hawa dengan nafsu adalah bergandengan.

Jika orang sedang mendapat rasa sakit, tentu ingin sembuh. Jika sedang merasai susah tentu ingin senang. Jika sedang mempunyai rasa cinta, tentu ingin bertemu kepada yang dicintainya. Jika sedang merasa marah, ingin mengomel atau ingin memukul begitulah seterusnya.

7. Dunia: adalah hobby atau kesenangan. Tiap-tiap manusia mempunyai hobby, tetapi hobby orang tidak serupa dan kadang berobah. Ada orang yang hobbynya memelihara burung, ada yang senang mengumpulkan perangko bekas. Ada yang senang main judi, ada yang senang mengadu ayam jago dan bermacam-macam coraknya. Itulah dunianya manusia.

Akan tetapi hobby yang tidak terlarang dalam agama adalah halal. Misalnya hobby mencari harta dengan jalan halal. Dengan berniaga. berusaha, bertani dan sebagainya.

Dan ada hobby yang terlarang oleh agama. Umpamanya, hobby main judi, hobby mencuri, hobby menipu dan sebagainya.

8. Bahwa Malaikat : itu jauh daripadanya, padahal hakikatnya tidak demikian Dia (Malaikat) itu adalah dekat, sebagaimana firman Allah :

 
Kemudian selain daripada jadi penjaga, malaikat itu dikala kita tidur, jangan sampai kemasukan semut lobang hidung kita, atau mulut kita sedang terbuka. Karena tidak semua orang yang sedang tidur tertutup, juga malaikat itu dapat kita mintakan bantuannya.

Cobalah ketika pembaca mau tidur, ucapkanlah. demikian : "Hai malaikatku, bangunkanlah aku jam sekian untuk bangun sholat tahajjud atau sholat syubuh. Insya Allah pada waktunya sebagaimana yang saudara minta atau pesankan tiba-tiba mata saudara melek terbuka sendiri pada waktu itu.

Hal yang demikian ini kami telah kerjakan dan membuktikan. Bolehlah saudara coba asal niat yang baik!

9. Syetan: Sesungguhnya syetan ini bukan jauh tempatnya. Dia bukan bertempat di kuburan atau di hutan lebat. Dia bertempat di dada manusia.

Cobalah perhatikan firman Tuhan di dalam surat An-Nas:


Maka jelas syetan itu tempatnya di dada manusia. Coba perhatikan ketika kita sedang sembahyang, macam perasaan kita digoda supaya ingat ini dan itu. Padahal sebelum kita takbiratul ihram tidak ingat apa-apa. itulah salah satu hasil pekerjaan syetan.

Tentu pembaca akan bertanya :

"Apakah manfaatnya syetan itu pada diri manusia? Sedang nyata-nyatanya mengganggu kekhusyu'an dalam sembahyang?"

Tiap-tiap sesuatu yang Tuhan ciptakan pasti ada gunanya. Contohnya seperti api misalnya. Api ini sangat besar manfa'atnya bagi manusia bukan? Kita tidak akan hidup jika tanpa api. Justeru api itupun tidak sedikit membuat celaka kepada manusia. Maka jika manusia tidak berhati-hati memakai api, niscaya timbul kebakaran yang akan menjadi bahaya bagi manusia itu sendiri.

Demikian pula syetan pada diri manusia. Syetan itu asalnya jin, maka jin itu Tuhan jadikan daripada api. Dan adanya syetan dalam diri manusia adalah untuk menerbitkan amarah atau 'ghodhob, sebagaimana Nabi mengatakan :


Jadi tegasnya Tuhan Jadikan syetan pada manusia untuk menerbitkan amarah manusia dan kita dapat membayangkan bagaimana jika kiranya manusia tidak mempunyai amarah? Cuma barangkali orang yang berrobah akalnya (sedang mabuk) yang tidak mempunyai amarah.

Akan tetapi boleh orang amarah kepada yang mempunyai kesalahan, tetapi jangan sampai merusakkan sesuatu atau merugikan orang lain atau merugikan diri sendiri.

Dipetik dari buku
Berita Alam Ghaib Sebelum dan Sesudah Hari Kemudian...
(VERSI INDONESIA) 

Sunday, July 28, 2013

RIWAYAT ASAL DAN PROSES KEJADIAN ADAM...



Di dalam buku ini telah diceritakan tentang bagaimana Allah memerintahkan tiga Malaikat untuk mengambil tanah di bumi untuk dijadikan Adam dan seterusnya Allah memproses kejadiannya. Cerita mengenainya boleh dibaca dari muka surat 40 hingga 46. 

Kepada mereka yang ingin mengetahui kisahnya, ikutilah ceritanya seperti di bawah ini. 

Pada suatu ketika, Allah Subhanahu wata'ala menitahkan Malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebagian tanahnya yang akan dijadikan bahan untuk menciptakan Adam. Namun ketika sampai di bumi, bumi enggan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam hingga bumi bersumpah demi Allah, ia tidak rela sebagian tanahnya dijadikan Adam karena ia kuatir kelak Adam jadi maksiat kepada Allah.

Lalu Jibril kembali ke hadirat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa mendengar sumpahnya bumi. Kemudian Allah menitah Malaikat Mikail turun pula ke bumi dengan maksud yang sama, namun setelah mendengar perkataan bumi, seperti apa yang dikatakan kepada Jibril, Mikail pun tidak dapat berbuat apa-apa kembali ke hadirat Allah dengan tangan hampa juga.

Yang terakhir, Allah menyuruh Malaikat Izrail turun ke bumi untuk mengambil tanah. Kata Allah: "Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahwa kerjakan atas perintah dan atas namaKu." 

Begitulah setelah Izrail tiba di atas bumi, ia berkata: "Hai bumi, ketahuilah, kedatanganku ke mari atas perintah Allah dan atas nama Allah. Jika engkau membantah atas pekerjaanku ini, bererti engkau membantah perintah Allah dan tentunya engkau tidak ingin menjadi makhluk yang durhaka kepada Allah, bukan?"

Mendengar perkataan Izrail demikian, bumi tidak dapat berkata apa-apa kecuali membiarkan Izrail mengambil tanahnya dengan tidak banyak reaksi apa-apa.

Setelah Izrail mengambil bermacam tanah, kembalilah dia ke hadirat Allah. Kata Allah: "Ya Izrail, pertama engkau yang Kutugaskan untuk mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak engkau pula yang Aku tugaskan untuk mencabut roh manusia."

"Jika demikian, hamba kuatir yang hamba ini jadi benci anak Adam karena pekerjaan hamba ini," kata Izrail. 

"Tidak" jawab Allah: "Tidak mereka akan memusuhi engkau." Aku yang mengaturnya. Lalu Aku jadikan sebab-sebab untuk mendatangkan kematian mereka. Sebab terbunuh, sebab terbakar, sebab sakit dan sebagainya. 

Menurut keterangan para Ulama bahwa tanah-tanah itu adalah seperti berikut:

  1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitu Muqaddas
  2. Tanah Bukit Thursina
  3. Tanah Iraq
  4. Tanah Aden
  5. Telaga Al Kautsar
  6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
  7. Tanah Paris
  8. Tanah Khurasan 
  9. Tanah Babylon
  10. Tanah India
  11. Tanah Syurga Firdaus
  12. Tanah Tha'if
Kata Ibnu Abbas:

1. Kepala Adam dari tanah Baitul Muqaddas, karena di situlah berada otak manusia dan di situlah tempat akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, karena ia alat pendengaran dan tempat menerima nasihat.


3.  Dahinya dari tanah Iraq, karena di situ tempat sujud kepada Allah.

4.  Mukanya dari tanah Aden, karena di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.

5.  Mata dari tanah Telaga Al- Kautsar, tempat untuk menarik perhatian

6.  Giginya dari tanah Telaga Al-Kautsar, tempat bermanis-manis.

7.  Tangan kanannya dari tanah Ka'abah (Baitullah), untuk mencari nafakah dan kerjasama sesama manusia.

8.  Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinja'.

9.  Perutnya dari tanah Khurasan, tempat lapar dan haus.

10. Kemaluannya dari tanah Babylon, Di situ tempat sex (birahi) dan tipu daya syetan untuk menjerumus manusia ke lembah dosa.

11.Tulang dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

12. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

13. Hatinya dari tanah Syurga Firdaus, karena di situ tempat iman, keyakinan, ilmu, kemauan dan sebagainya.

14. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoa kepada Tuhan. 



PROSES KEJADIAN ADAM...



Syahdan maka dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang di kepala, dan dua buah liang di bawah badan letaknya.



Tujuh buah letaknya di kepala: Dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut. Yang dua macam di bawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.



Dijadikan pula lima buah panca indera:

1. Mata alat penglihatan

2. Hidung alat penciuman

3. Telinga alat pendengaran

4. Mulut alat perasaan manis, asam dan sebagainya.

5. Anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.

Ketika Allah akan jadikan patung Adam, tanah itu dicampuri air tawar, air asin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nurhaknya patung Adam dengan berbagai macam "sifat."

Lalu patung Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut", kemudian diletakkan di dalam "Alam Malakut."

Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "Patung Adam" adalah tanah pilihan sebagaimana diterangkan di atas. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampuri dengan istilah rempah-rempah, wangi-wangian dari Nur Sifat Allah, dan disirami dengan air hujan "Bahrul- Uluhiyah." Kemudian patung itu dibenamkan dengan air "Kudratul'-Izaah-Nya," yaitu sifat "Jalal dan Jammal", lalu diciptakan menjadi patung Adam yang sempurna.

Cuba perhatikan firman Allah dalam surat Ad-Dahr, ayat satu sebagaimana awal mula tulisan ini di atas yang bunyinya sebagai berikut:

"Apakah tidak datang kepada manusia kabar berita suatu zaman yang tidak dapat disebut-sebut menurut perhitungan manusia?" manusia zaman sekarang. Yang Allah ciptakan alam semesta dan termasuk Adam dalam waktu yang sangat lama, yang tidak dapat ditaksir dan dikira-kira menurut perhitungan manusia zaman sekarang.

Menurut keterangan ulama, ketika patung Adam diselubungi dalam waktu 120 tahun. 40 tahun di tanah yang kering, 40 tahun di tanah yang basah dan 40 tahun di tanah yang hitam dan berbau. Kemudian Allah rubah patung Adam dengan rupa kemuliaan. Maka tertutuplah pemandangan mata malaikat daripada melihat hakikat yang sebenarnya.

Mereka memandang rendah akan bakal kejadian Adam lantaran menurut penglihatan yang nyata asal kejadian Adam. Tiada lain sebabnya dari kurang ma'rifat mereka. Memang pada malaikat telah mengetahui bahwa Adam ini akan menjadi khalifah Tuhan di dunia. Sudah tentu mereka merasa heran mengapa orang yang akan menjadi khalifah Tuhan demikian asal kejadiannya. Berbeda dengan mereka, bangsa malaikat yang mereka tahu bahwa asal kejadian mereka dari cahaya.

Demikian pula ruh, ketika ruh itu diperintah masuk ke dalam patung Adam, ia pun merasa enggan. Segan dan malas untuk masuk ke tubuh Adam yang masih merupakan patung yang kini sudah mengeras seperti batu. Ruh itu bukan masuk, malah ia berputar-putar, mengitarin patung Adam yang terhantar di situ dikelilingi malaikat yang menyaksikan seperti Jibril, Mikail, Israfil, Izrail dan lain-lain malaikat lagi.

Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksakan ruh itu masuk ke dalam tubuh Adam. lalu akhirnya, ruh itu mau tidak mau, ia terpaksa menyerah di tangan Izrail. Ia dimasukkan ke tubuh Adam, lalu ruh itu masuk perlahan-lahan sampai batas kepalanya saja 200 tahun lamanya.

Demikianlah Allah memberi kekuatan kepada Izrail dapat memasukkan ruh itu ke dalam tubuh kasar Adam. Dahulu Izrail yang ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula yang ditugaskan untuk memasukkan ruh ke dalam tubuh Adam. Dan kemudian nanti Izrail pulalah yang ditugaskan untuk mencabut nyawa Adam.

Setelah ruh itu meresap di dalam kepala Adam, lalu terjadilah otak, dan tersusun urat-urat sarafnya dengan sempurna, yaitu seperti telah dikatakan selama 200 tahun.

Kemudian terjadilah matanya. Seketika itu matanya melek terbuka melihat dan melirik ke kiri dan ke kanan. Ia melihat juga ke bawah yang sebagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya ke kiri dan kanan para malaikat yang sedang menonton kejadian dia. Ketika itu telinga Adam telah dapat mendengar betapa para malaikat mengucap tasbih memuji kebesaran Allah, dengan macam-macam ucapan kalimat tasbih dengan lagu-lagu yang merdu sekali dan mengasyikkan.

Kemudian ketika ruh sampai batas hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itu Allah ajarkan mengucap "Alhamdulillah." Itulah ucapan Adam pertama kali di hadirat Allah. Lalu Allah berkata: "Yarhamukallah" yang artinya: "Semoga engkau diberi rahmat Allah."

Oleh kerana itu, jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucap: Yarhamukallah."

Kemudian ketika ruh sampai di mana dadanya, tiba-tiba saja ia mau bangun, padahal sebagian badannya ke bawah, masih menjadi tanah keras. Di sini menunjuki sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabaran) sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Isra' ayat 11, maksudnya: "Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa."

Kemudian ketika ruh itu sampai di mana perutnya maka terjadilah susunan isi perutnya dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus ruh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam. Tangan kaki, lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Menurut riwayat, ketika Adam masih berada di Syurga, sangat bagus sekali kulitnya. Tidak seperti kulit kita sekarang ini. Karena setelah Adam diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanya pada kuku manusia. Hal ini kita bisa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tapi warna kuku adalah sama, iaitu putih kemerah-merahan.

Suatu keterangan bahwa Nabi Adam a.s dijuluki Abul-Basyar: "Bapak nya Manusia" dan Nabi Muhammad s.a.w dijuluki "Abul-Ruh" atau Abul Arwah" artinya "Bapaknya segala ruh." 

Marilah kita teruskan riwayat Adam!

Setelah kejadian Adam dengan sempurna, sebagai manusia baru, dialah jenis makhluk manusia yang pertama. Wajahnya bagus simpatik, ganteng, pendek kata semua malaikat merasa kagum melihat Adam yang begitu bagusnya. Mereka sama sekali tidak menyangka bahwa makhluk yang asalnya dari tanah, kini kelihatan bagus dan indahnya. baik raut mukanya atau potongan tubuhnya.

Adam berganti rupa dengan memakai pakaian kebesaran dari Syurga dengan memakai mahkota yang ditatah intan berlian, yang menambahkan keagungannya yang layak sebagai seorang raja atau khalifah. Tampaklah Adam dilihat oleh para malaikat sangat anggun dan berwibawa. Cocok pribadinya sebagai seorang raja. Adam duduk di kursi keemasan yang bertatah intan permata, di kelilingi oleh para malaikat.

Kemudian setelah Adam duduk di atas kursi, lalu diusung oleh empat orang malaikat dan diiringi oleh beberapa banyak malaikat pula untuk diarak dan diperkenalkan di langit yang pertama sampai langit yang ke tujuh sampai ke syurga.

Di sanalah Adam dapat melihat segala barang yang ajaib daripada ciptaan Tuhan. Adam dapat menyaksikan dengan mata kepala akan kebesaran kerajaan Allah yang meliputi langit dan bumi.

Selain dari itu agar supaya para malaikat dan makhluk lainnya dapat mengetahui akan kadar ketinggian derajatnya Adam di sisi Allah, ialah yang akan diangkat kelak menjadi Khalifah Tuhan di muka bumi. 

Menurut riwayat, kurang lebih 100 tahun lamanya Adam diarak oleh malaikat. Dan selesai show acting itu lalu Adam dibawa ke Syurga, yaitu tempat Adam mula-mula dijadikan.

Kemudian datanglah Jibril membawa seekor kuda kenderaan dari Syurga. Bagus sekali kuda itu berbulu warna hijau kumbang serta bersayap sangat indah sekali. Berkilau-kilauan serta harum baunya. Kuda itu dapat bicara seperti manusia. Di belakangnya terdapat tempat duduk yang aman. Jibril memegang kendali, Mikail duduk di sebelah kanan Adam dan Israfil duduk di sebelah kirinya.

Diceritakan di mana saja Adam bertemu Malaikat ketika ia diarak, selalu ia mengucap "Assalamu 'alaikum" yang dijawab oleh para malaikat "Waalaikum salaam."

Kata Allah: "Hai Adam, beginilah penghormatanmu yang akan diikuti oleh anak cucumu sampai hari kemudian." 


Friday, July 26, 2013

RIWAYAT ROH MENENGOK JASAD DAN KELUARGA, DICERITAKAN DALAM RIWAYAT...


Buku ini bertarikh Jakarta, 8 Desember 1979 
dan penulisnya ialah Ustadz Musannif Effendie

Buku ini telah ghaib dari simpananku selama hampir 3 tahun. Sebelum itu aku sempat menyalin dua artikel yang terdapat didalamnya dan memuat masuk ke dalam blog ini atas tajuk Berapa Tahun Umurnya dunia? dan Riwayat Nur Muhammad pada Januari 2010. Kini ianya telah dijumpai semula dan sebagai tanda terima kasihku kepada Allah Subhanahuwataala, maka di bawah ini aku salin dua lagi artikel menarik yang terdapat di dalamnya. Buku ini versinya di dalam bahasa Indonesia. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.

    Di antara tajuk yang terdapat di dalam buku yang menarik ini ialah:


RIWAYAT ROH MENENGOK JASAD DAN KELUARGA, 
DICERITAKAN DALAM RIWAYAT...

Setelah tiga hari jasad kasar membujur di dalam kubur, roh minta izin kepada Tuhan untuk menengok jasadnya di dalam kubur.

Setelah mendapat izin, roh itu turun ke bumi datang ke kuburannya. Ia berdiri di pinggir kuburnya, meskipun badannya tertutup tanah, tapi ia dapat melihat. Maka tampaklah jasadnya telah gembung dan berbau dari telinga, hidung dan mulut telah mengalir air yang busuk.

Sedih melihat tubuhnya sudah demikian. Lalu meratap dan menangis. Katanya: "Hai tubuhku yang miskin, ingatkah kamu pada yang masa lalu? Betapa megahnya kamu di alam dunia?"

Inilah dia tempat yang sempit. Inilah tempat yang berbahaya dan inilah tempat menanggung duka. Kemudian kembalilah ke tempatnya.

Lima hari kemudian dia memohon lagi ke hadhirat Allah untuk menengok jasadnya. Setelah mendapat izin, pergilah ia turun ke bumi untuk menengok kuburnya. Dilihat kini jasadnya makin membusuk dan sudah berulat. Ia berdiri di pinggir kuburnya sambil meratap sepuas hati. Lalu kembali

Kemudian sesudah tujuh hari, kembali meminta izin kepada Tuhan akan melihat jasadnya lagi. Lalu ia turun ke bumi berdiri di pinggir kuburnya. Dilihat tubuh sudah mulai hancur dagingnya yang telah membusuk dan dimakan ulat.

Ketika melihat jasadnya demikian, seperti orang yang melihat rumahnya yang ditinggalkan. Betapa sedihnya, kalau dulu rumahnya indah dan cantik menarik tapi kini setelah ia tinggalkan telah menjadi hancur dan berantakan dimakan ulat. 

Katanya: "Ya jasadku yang hina, beginilah jadinya keadaanmu, selama aku berpisah darimu, manakah anak isterimu yang kamu sayang? Di manakah hartamu yang sangat dicintai? Manakah sahabatmu yang kamu kagumi?" 

Setelah itu ia kembali ke tempatnya. 


******************************************************

  
SATU PERUMPAMAAN...

Para pembaca yang budiman.

Di bawah ini saya membuat suatu perumpamaan. Semisal diri kita semasih berada di dunia ini.

Seorang laki-laki mempunyai tiga orang anak. Dua orang anaknya sangat dicinta dan sangat disayangi. Tapi yang seorang tidak begitu disayangi. Adapun anak yang dua orang itu, segala keinginannya belum pernah di abaikan. Apa kata si anak diturutinya, tapi anak yang seorang ini tidak begitu diperhatikan. Dan kadang ditinggal dan dilupakan. Akan tetapi si anak ini tahu diri, meskipun dia tidak diperhatikan, tapi dia tetap menyintai orang tuanya, dan tetap ingin membela orang tuanya.

Pada suatu masa, si orang ini terlibat suatu perkara yang dia sendiri tidak tahu persoalannya. Si orang tua ini harus menghadap ke pengadilan untuk diminta pertanggung jawab mengapa dia harus disidang. Ia menjadi panik dan bingung, karena dia merasa tidak pernah berbuat kesalahan. Dia berpikir, dia kan mempunyai dua orang anak yang begitu disayang dan dimanja. Kini wajarlah jika dia sebagai orang tua meminta bantuan atau pertolongan pada anaknya. Siapa tahu anaknya itu dapat membela dia di dalam sidang pengadilan.

Lalu ia datang kepada anak yang pertama dan diterangkan duduk perkaranya dan akan meminta pertolongan dari anaknya. Tapi anak ini lalu berkata:

"Ayah tidak perlu meminta bantuan saya, ayah harus pikir, ayah yang berbuat, haruslah ayah yang bertanggung jawab. Bukan saya. Biar bagaimanapun juga, saya tidak dapat menolong ayah."

Dengan sedih hati orang tua itu pergi dan akan ditemui anaknya kedua dan akan meminta bantuannya. Akan tetapi setelah anak itu ditemuinya serta diceritakan hal ihwalnya. Apa jawab anaknya?

"Ayah jangan mempunyai hati pengecut. Ayah yang dipanggil ke pengadilan, ayah sendiri yang harus berani menghadapi perihal diri ayah. Tidak ada sangkut-pautnya dengan saya."

Kemudia ia teringat akan anaknya yang seorang ini. Barangkali saja dapat dimintakan bantuannya. Setelah menjumpainya, ia disambut dengan baik dan setelah ia menerangkan duduk perkaranya, dengan spontan anak itu berkata:

“Ayah, kalau begitu, biarlah serahkan kepada saya persoalan ini, sayalah yang akan menghadapinya maju ke sidang pengadilan. Mudah-mudahan persoalan ayah jadi beres dan selesai."

Para pembaca yang budiman.

Siapakah orang tua itu? Dan siapakah dua orang anaknya yang disayang dan siapakah anaknya yang tidak dicintainya?

Orang tua itu adalah misalnya tiap-tiap diri manusia lelaki atau perempuan. Dua orang anak yang sangat dicintainya adalah anak dan isterinya. Anak yang disia-siakan adalah amal ibadatnya. Pada umumnya orang tentu sangat sayang kepada anak dan isteri. Terbukti sikap-sikap manusia rata-rata demikian, tetapi tidak cinta kepada amal ibadat. Manusia rata-rata cinta kepada anak dan isteri selagi hidup di alam dunia ini. Akan tetapi tatkala malaikatul maut mengambil nyawanya, maka nyatanya anak dan isteri tidaklah serta turut di kubur bersama dia. Maka nyatalah sayangnya anak dan isteri itu selagi ia masih hidup, selagi roh masih berada dalam badannya. Akan tetapi amal ibadat yang tidak begitu dicintai itulah yang turut serta masuk kealam kubur dan yang kelak membela dia di dalam kubur dan di alam akhirat.

Memang tidak semua manusia yang menyintai amal ibadat, tetapi yang lebih banyak adalah membenci amal ibadat. Maka tiap-tiap orang yang meninggalkan amal ibadat solat dan puasa dan sebagainya dan tiap orang yang tidak menjauhkan perbuatan maksiat, itulah orang yang terang-terangan membenci amal ibadatnya. Padahal amal itulah yang akan menolong dia di alam kubur dan di alam akhirat.

Andaikata sama sekali dia tidak memperhatikan akan kehendak amal ibadatnya janganlah ia mengharap akan dapat pembelaan dari amalnya itu.

Oleh kerana itu, janganlah kita cuma menyintai anak dan isteri saja, tapi cintailah juga amal ibadat sebelum kita dipanggil pulang menghadap pengadilan Tuhan. 

Sunday, January 3, 2010

BERITA ALAM GHAIB SEBELUM DAN SESUDAH HARI KEMUDIAN



Ketika mengemas buku-buku bacaan aku yang lama-lama dulu terdetik juga dihati untuk berkongsi isi kandungannya dengan kau orang semua melalui blog aku ni. Selama ni apa yang aku baca, aku kaji, aku fikir dan mengamalkan apa-apa yang diajar dalam buku tu hanya untuk aku sorang je sebabnya aku tak berapa pandai nak bercerita dan bersyarah macam ustaz dan ustazah berceramah di masjid, surau atau di pejabat.

Dulu aku seorang pembaca yang setia. Setiap bulan ade je buku yang aku beli. Politik, novel, agama sehinggalah ke cerita-cerita seram yang berlambak di pasaran. Dah lama aku tak beli buku lagi sebab aku lebih banyak membaca melalui internet yang lebih terkini cerita dan maklumat yang di paparkan.

Kekadang aku rasa sedih bila baca mukadimah di kebanyakan buku yang aku beli tu sebab awal-awal lagi penerbit dah bagi warning akan menyaman mana-mana artikal, gambar dan apa-apa yang terkandung didalam buku tu dari disiarkan tanpa kebenaran. Kalau aku siar jugak mungkin aku akan menghadapi tindakan saman oleh penerbit. Mana lah aku ada duit nak bayar saman tu, bukanny sesikit, berjuta beb.

Dalam bebanyak buku yang aku tengok tu ada satu buku agama yang aku beli tahun 1991 versi Indonesia yang boleh aku kongsikan ilmu pengetahuan yang ada didalamnya dengan kau orang semua. Lagipun penerbit tak bagi warning apa-apa pun (Baguih juga Indon dalam bab agama ni walaupun banyak perangai diorang kat Malaysia yang tidak menyenangkan). Tak macam penerbit dan penulis di Malaysia ni yang siang malam pikir pasal duit je tapi tak kaya-kaya jugak. Aku tengok satu mamak jual cendol tepi jalan kat tempat kerja aku tu pun dah senang sekarang. Dia dah beli dan pindah ke satu kompleks perniagaan yang baru siap. Orang melayu pulak dari mula pacak kedai sampai kena roboh dok macam tu jugak tak maju-maju. Merepek pulak aku ni, bukan apa ‘geram’.

Berbalik pada cerita asal aku tadi, tajuk buku yang aku ingin kongsi dengan kau orang semua tu ialah ‘BERITA GHAIB SEBELUM DAN SESUDAH HARI KEMUDIAN’. Dia ada banyak tajuk tapi aku pilih tajuk untuk kau orang baca yang best-best je ceritenya. Aku cuba ringkaskan tapi takle sampai menjejaskan isi ceritanya.

BAB 1 : BERAPA TAHUN UMURNYA DUNIA?

Diceritakan bahawa ketika Nabi Musa bermunajat kepada Allah Subhanahuwataala di bukit Thursina, beliau berkesempatan bertanya kepada Allah tentang berapa umurnya dunia ketika itu. Allah lalu berfirman “Pertama-tamanya aku jadikan adalah Nur Muhammad. Dari Durratul Baidhoo’ aku jadikan 70,000 negeri/planet di cakrawalla”. (Macam sekarang ni la kita duduk atas dunia berapa banyak negara dan negeri yang ada). “setiap satu planet tu luas dan besarnya 70,000 kali bumi. Setiap planet tu pula aku jadikan penghuninya 70,000 orang yang bukannya jin, manusia atau malaikat. Kesemuanya dijadikan dengan kalimat “Kun Fayakun”. Mereka beribadat kepadaku selama 70,000 tahun”.“Lama kelamaan mereka mula derhaka kepadaku,lalu aku binasakan mereka semuanya. Kemudian aku jadikan pula 80,000 buah negeri/planet yang bertingkat-tingkat dan besarnya 10 kali dari bumi. Di planet ini aku ciptakan unggas yang memakan tumbuh-tumbuhan dan biji-bijian. Lama kelamaan unggas-unggas tu pun aku musnahkan. Kemudian aku jadikan 20,000 makhluk bangsa manusia dari cahaya dan aku musnahkan pula mereka secara beransur-ansur”.

Sesudah 70,000 tahun masa berlalu, baru aku jadikan Qalam, Lauhil Mahfuzh, Arsy dan Kursy serta para Malaikat. Selepas 70,000 tahun itu pula maka barulah aku ciptakan Syurga dan Neraka. Kemudian setelah itu baru aku jadikan Adam tapi bukan Adam bapakmu yang aku ciptakan di Syurga. Aku jadikan dia dari awal Adam sampai keturunannya yang terakhir 10,000 tahun lamanya. Setelah itu aku jadikan Adam yang lain pula dengan keturunan nya yang terakhir dalam masa 10,000 tahun.

Demikian seterusnya aku jadikan tiap-tiap Adam dan keturunannya dalam masa 10,000 tahun silih berganti sampai mencapai 10,000 orang Adam. Maka Adam yang sekarang inilah yang kesepuluh ribu kalinya.

Setakat yang aku cerita ni kau orang faham tak?. Macam ni , disini penulis nak ceritakan bahawa sebelum Allah menciptakan Qalam, Lauh Mahfudz, Arsy, Kursi, Syurga dan Neraka, Allah telah mencipta makhluk yang lain dulu iaitu bukan berbangsa manusia, jin atau malaikat. Datuk kita iaitu Nabi Adam Allah ciptapun adalah selepas seribu kali Adam lain diciptakan dahulu dimana beza masa dan umur diantara Adam dengan Adam yang lain adalah 10,000 tahun. Jadi kalau kita kira matematiknya bahawa dunia yang kita huni ini telahpun berumur lebih kurang sejuta tahun.

BAB 2 : ASAL USUL IBLIS

Nama sebenar Iblis ialah Azazil. Beliau telah beribadat di bumi selama 1,000 tahun. Kemudian ia memohon kepada Allah untuk dipindahkan supaya dapat beribadah di langit pertama lalu diperkenankan selama 1,000 tahun dan pindah pula ke langit yang kedua pula selama 1,000 tahun. begitulah seterusnya sehinggalah ke langit ketujuh. Ini bermakna ia telah beribadat bermula di bumi sehingga langit ketujuh selama 8,000 tahun. Lama ke tak lama kau orang rasa?.

Dengan kurnia Allah, Azazil telah mendapat penghormatan “Al Muqorrubuuun” iaitu darjat yang paling tinggi di sisi Allah Subhanahuwataala dan menjadi ketua dan imam para malaikat dan jin.

Ketika Allah menjadikan Adam dan semua para malaikat sujud kepadanya mereka semua lalu bersujud kecuali Azazil. Ia enggan sujud kerana kesombongannya maka Allah usir dia dari syurga dan dinamakan Iblis. Cerita seterusnya tak payah lah aku cerita lagi kerana kau orang semua dah tahukan.

BAB 3 : RIWAYAT NUR MUHAMMAD

Pada satu ketika Riwayat Nur Muhammad datang berkunjung kepada empat unsur iaitu air, api, angin dan tanah atas perintah Tuhan Yang Maha Esa.

Pertama-tama Nur Muhammad datang mengunjungi angin. Dikala itu ia melihat angin sedang bermegah-megah bertiup berputar-putar. Setelah mendengar Nur Muhammad memberi salam lalu ia berhenti dan membalas salamnya. Kata Nur Muhammad “ Hai angin, engkau bangga akan darjat dirimu dan bermegah-megah secara demikian itu”. Tahukah engkau kerendahan dirimu?. Jawab angin dengan rasa terkejut “ Tidak, aku merasa puas dengan diriku”.

Kata Nur Muhammad “ tahukah engkau hai angin meskipun engkau mempunyai kekuatan yang luar biasa akan tetapi engkau pada suatu ketika nanti akan dapat diperintah oleh manusia dan engkau akan melayani kehendak manusia”. Kata angin, “Jika begitu engkaulah makhluk yang tiada cacat celanya dan mempunyai mertabat yang tinggi”. Jawab Nur Muhammad, “ Tidak hai angin, aku adalah makhluk yang tidak sunyi daripada kesalahan. Hanya Allah Tuhan Yang Maha suci daripada sifat kerendahan dan kekurangan”.

Kemudian Nur Muhammad pergi mengunjungi api. Dilihatnya api sedang berkobar menyala-nyala dengan dahsyatnya. Maka setelah mendengar Nur Muhammad memberi salam lalu ia berhenti serta menjawab salamnya.

Kata Nur Muhammad “Mengapa engkau membangga diri dengan kekuatanmu, apakah engkau tidak tahu bahawa pada suatu ketika nanti kekuatan mu yang begitu luar biasa dan tenagamu yang begitu dahsyat akan digunakan untuk kepentingan hidup manusia”.

Mendengar kata Nur Muhammad maka terkejutlah api kerana ada lagi makhluk yang lebih kuat daripadanya. Kata api “Kalau begitu beruntunglah engkau. Rupanya engkaulah makhluk yang mulia disisi Tuhan”. Kata Nur Muhammad, “Tidak, aku adalah makhluk ciptaan Tuhan. Hanya Dialah yang Maha Mulia dan Maha Besar yang patut mendapat pujian dari makhluknya”.

Kemudian Nur Muhammad datang mengunjungi air. Dilihatnya air sedang memuaskan dirinya dengan memperlihatkan tenaga dan kekuatannya. Mendengar Nur Muhammad memberi salam lalu ia berhenti dan menjawab salamnya. Kata Nur Muhammad “ Hai air, tahukah engkau akan kekurangan dirimu?”. “Tidak”, jawab air dengan terkejut. Kata Nur Muhammad “Tahukah engkau pada suatu ketika nanti pada saat yang sangat lama, engkau akan digunakan tenagamu untuk kepentingan hidup manusia”. Kata air, “Jika demikian engkaulah makhluk yang paling mulia”. Kata Nur Muhammad, “Tidak, aku tidak lebih hanya sebagai makhluk Allah. Hanya Allah lah yang patut menerima pujian dan sanjungan dari makhluknya”.

Kemudian Nur Muhammad pergi mengunjungi bumi. Dilihatnya bumi tenang-tenang saja tidak nampak sifat sombong dan bongkaknya. Ia membalas salam dengan hormat ketika Nur Muhammad mengucap salam.

Kata Nur Muhammad “Akulah Nur Muhammad yang kelak akan menjadi kekasih Tuhan Rabbul Alamin. Diantara keempat-empat unsur makhluk Tuhan, hanya engkaulah yang mempunyai sifat tawaddhu’ dan merendah diri”.

Kemudian Nur Muhammad kembali kehadrat Tuhan untuk melapur kunjungannya kepada keempat-empat unsur makhluk Tuhan itu.
Imbang Penuh
Kata Tuhan “Semuanya Aku sudah ketahui”. Oleh kerana itu aku bermaksud untuk menjadikan tubuh Adam dari tanah (bumi) dan akan aku campurkan pula dengan tiga unsur tadi iaitu air, angin dan api”.

Demikianlah riwayat Nur Muhammad.

EMPAT UNSUR YANG ADA DALAM TUBUH MANUSIA

i) Amarah dari unsur api
ii) Nafsu dari unsur angin
iii) Cita-cita dari unsur air
iv) Sabar dari unsur tanah (bumi)