Showing posts with label koeyteow koboi. Show all posts
Showing posts with label koeyteow koboi. Show all posts

Thursday, July 1, 2010

KOAYTEOW KOBOI BHG. 2

Didalam artikel bulan April 2010 yang lalu, aku ada mengetengahkan satu artikel yang bertajuk 'Koayteow Koboi'. Artikel itu adalah mengenai adik aku yang mengusahakan sebuah kedai makan yang menampilkan gayanya seperti seorang koboi apabila menggoreng koayteow.

Kepada para pembaca yang masih belum mengetahui kisahnya, silalah membaca artikel tersebut yang diterbitkan pada bulan April 2010 yang lalu.

Aku merasakan bahawa, artikel yang pertama dulu masih belum lengkap lagi kerana tidak memaparkan gambar koboi sedang menggoreng koayteow. Jadi, pada bahagian kedua ini, aku tidak bermaksud untuk mengulangi cerita tersebut cuma sekadar memuatkan beberapa keping gambar tambahan yang baru dirakamkan pada 26 Jun 2010, ketika aku pulang kekampung.

Berkebetulan ketika ini Pertandingan Bolasepak Piala Dunia sedang berlangsung, adik aku telah menghiasi kedainya dengan bendera negara-negara yang menyertai pertandingan tersebut. Disamping itu, beliau juga telah menukar TVnya yang lama dengan sebuah TV baru LCD 50" bagi memberi peluang kepada pelanggannya menonton siaran langsung dengan lebih selesa menerusi Astro Beyond.


Adik aku Amri sedang menggoreng koayteow
yang dipesan pelanggannya



Gambar menunjukkan kedainya
baru hendak memulakan perniagaan jam 5 petang.
Gerainya dihiasi dengan bendera negara-negara
yang menyertai Piala Dunia 2010



Tuesday, April 20, 2010

KOAYTEOW KOBOI

Pada kebiasaannya kalau kita pergi ke mana-mana restoran atau kedai makan, jika teringin nak makan koayteow maka kita akan order samada koayteow goreng, koayteow tomyam, koayteow ladna, koayteow sup dan sebagainya.

Tetapi pernahkah kita terdengar nama koayteow koboi?, sejak bila pula koboi (cowboy) yang kerjanya menunggang kuda atau menjinakkan kuda liar telah tukar profesyen dan datang ke Malaysia membuka restoran, kalau restoran masakan Western tu tak lah pelik sangat, ini goreng koayteow. Pelik...pelik..susah lah melayu nak berniaga macam ni sebab ada pulak persaingan dengan bangsa Eropah.

Semenjak adik aku Amri berhenti kerja sebagai Penghantar Saman di Mahkamah Majistret Taiping, beliau telah menceburkan diri di bidang perniagaan dengan mengusahakan sebuah kedai makan masakan panas.

Kebetulan di depan rumah mak kami terdapat sebuah kawasan lapang yang sesuai untuk didirikan sebuah kedai makan, oleh kerana pemiliknya adalah PKNP maka Amri telah ke Pejabat PKNP di Ipoh untuk meminta kebenaran bagi memenuhi impiannya itu. Setelah mendapat kelulusan PKNP maka tanpa menoleh kebelakang lagi ia telah memulakan perniagaan kedai makannya itu.

Kini kedai makannya telahpun berusia lebih dari 1o tahun dan sentiasa mendapat sambutan dari pelanggan-pelanggan tetapnya. Kita semua tentu tertanya-tanya apa kaitannya dengan koboi pulak?.

Sebenarnya semasa Amri hendak memulakan perniagaannya dulu dia bercadang untuk mencari satu kelainan atau meletak suatu identiti yang boleh menarik minat setiap pelanggan yang datang menjamu selera dikedainya.

Walaupun kedai makannya berkonsepkan masakan panas, tetapi menu utama yang akan ditonjolkan oleh beliau ialah 'koayteow goreng' kerana Amri pernah belajar menggoreng koayteow dari seorang tukang goreng koayteow yang terkenal di pekan Simpang bernama Ah Soon.

'Koayteow koboi' tu diberi nama kerana gaya beliau semasa menggoreng koayteow tu dia akan memakai topi koboi yang dibeli khas dari luar negeri dan gambar lambang yang diletakkan pada signboard dikedai juga adalah gambar sebuah topi koboi. Bermula dari situlah maka beliau menamakan koayteow gorengnya nya sebagai 'koayteow koboi'.

Sesiapa yang berminat nak rasa koayteow koboi bolehlah datang kekedainya yang jalan masuknya terletak di sebelah Balai Polis Simpang, Taiping, Perak.

Aku sebagai seorang abang mendoakan semoga adikku Amri berniaga dengan penuh jujur dan ikhlas, menjaga kebersihan, melayan dan melatih pekerja-pekerjanya menghormati pelanggan, menyambut mereka dengan senyuman manis dan akhir sekali ingatkan Allah dan memohon keberkatan dariNya. Jangan lupa banyakkan bersedekah dan membantu golongan miskin serta menghulurkan sumbangan kepada mereka-mereka yang memerlukannya. Amin...

Gambar kedai makan Amri
sebelum memulakan operasi.
sentiasa dijaga kebersihannya

Kedainya mula beroperasi
pada pukul 5 petang hingga 1 pagi

Kelihatan rumah ibu yang terletak
di hadapan kedai makannya

Sign board Koayteow Koboi
yang terdapat di kedai makan Amri

Senarai harga makanan di pamirkan untuk
memudahkan pelanggan mengira bajet
sebelum menempah makanan