Showing posts with label Makspen 2011. Show all posts
Showing posts with label Makspen 2011. Show all posts

Sunday, June 12, 2011

SUKAN MAKSPEN 2011 (BOLASEPAK)

Didalam pertandingan bolasepak yang berlangsung pada 9 Jun, 2011 di padang Institut Kemahiran MARA (IKM), Beseri, Perlis, pasukan bolasepak FELCRA Berhad telah berjaya melangkah sehingga ke separuh akhir. Walaubagaimanapun tewas kepada KESEDAR melalui penentuan sepakan penalti dengan agregate 4-2 setelah kedudukan terikat 1-1.

Sebelum itu pada pusingan awal, FELCRA Berhad tewas kepada RISDA 0-3, menang dengan KKLW 2-0 dan menang dengan KEMAS 2-0.

Syabas diucapkan kepada pemain-pemain, jurulatih dan semua yang terlibat diatas kejayaan yang dicapai. Jangan berputus asa dan cuba lagi pada kejohanan yang akan datang dimana ianya dijangka akan diadakan pada Tahun 2013 dengan KEJORA dipilih untuk menjadi tuan rumah.

Saksikan rakaman video perlawanan suku akhir FELCRA Berhad menentang KEMAS yang berkesudahan dengan FELCRA Berhad menang 2-0.




FELCRA Berhad (baju oren) vs KEMAS (baju biru)



Gambar video ini menunjukkan 'jurulatih bersama' pasukan bolasepak
FELCRA Bhd.
iaitu Mr. Muthu dan En. Baharuddin, PRO FELCRA Bhd,
En. Mohamad b. Abd. Rahman danPengurus pasukan, En. Johan
mengucapkan syabas atas kejayaan pasukan menewaskan KEMAS 2-0
disamping menyuntik kata-kata semangatuntuk menghadapi
perlawanan separuh akhirpada keesokan harinya menentang KESEDAR



Para penyokong pasukan FELCRA Berhad

En. Mohamad Abd. Rahman diapit oleh pasangan kembar seiras iaitu
En. Alam, kiri, (Jurulatih Futsal) dan En. Baharuddin, kanan, (Jurulatih bolasepak).



En. Awie serius mendengar perbualan dan perbincangan 2 coach
En. Alam dan En. Baha selepas perlawanan berakhir
.

En. Azrul (kiri) salah seorang pemain Futsal Open
FELCRA Berhad turut hadir memberikan sokongan


Syabas diucapkan kepada pasukan bolasepak
FELCRA Berhad diatas kejayaan yang dicapai.

Pemain,Urusetia dan para petugas FELCRA Berhad
bergambar ramai selepas perlawanan berakhir.

Alam (abang) dan Baha (adik)
banyak membantu dalam memaju
dan membangunkan sukan Futsal dan
Bolasepak pasukan FELCRA Berhad

SUKAN MAKSPEN 2011 (BADMINTON))

Pasukan badminton FELCRA Berhad telah berjaya keperlawanan akhir menentang RISDA dimana FELCRA Berhad akhirnya tewas dan menjadi naib johan didalam pertandingan tersebut.

Syabas diucapkan kepada semua pemain, jurulatih dan Pengurus Pasukan diatas pencapaian tersebut dan cuba lagi di MAKSPEN ke 12 tahun 2013 nanti.



FELCRA Berhad (baju biru) vs RISDA (baju merah)







SUKAN MAKSPEN 2011 (FUTSAL OPEN)

Didalam pertandingan FUTSAl Open, pasukan FELCRA Berhad juga berjaya melangkah sehingga ke separuh akhir dimana dalam perlawanan tersebut pada 10 Jun, 2011, bertempat di gelanggang D'FUTSAL CENTRE, Batu 2, Beseri, Perlis, FELCRA Berhad kalah tipis kepada KEDA 1-0.

Tahniah di ucapkan kepada pasukan FUTSAL OPEN kerana berjaya melangkah sehingga ketahap tersebut. Diharapkan Jangan berputus asa dan cuba lagi pada masa akan datang.



FELCRA Berhad (baju putih) vs KEDA (baju kuning)





Penyokong pasukan FELCRA Berhad

Bergambar ramai sebelum perlawanan berlangsung

Thursday, June 9, 2011

SUKAN MAKSPEN (CAROM)

Pada perlawanan carom pula, FELCRA Berhad menang dengan KESEDAR 5-0, menang dengan KETENGAH 5-0, kalah dengan KEJORA 2-3 dan kalah dengan KEMAS 2-3. Dengan keputusan ini, pasukan Carom FELCRA Berhad PERLU memenangi baki kesemua perlawanan berikutnya untuk menghidupkan peluang keperingkat seterusnya.

Saksikan Video pertandingan Carom ketika FELCRA Berhad menentang KEMAS yang berkesudahan dengan FELCRA Berhad TERTEWAS 3-2









SUKAN MAKSPEN (DART)

Pagi tadi 9 Jun, 2011 pukul 9 pagi aku bertolak semula ke Arau, Perlis setelah urusan di Kolej Matrikulasi Banting selesai pada 8 Jun, 2011.

Perjalanan sejauh hampir 480 km yang mengambil masa selama 6 jam amat meletihkan tambahan pula aku hanya memandu seorang diri tanpa ditemani oleh sesiapa.

Tiba di Kangar, kira-kira jam 3 petang, aku terus ke Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Beseri, Perlis kerana disitu sedang berlangsungnya perlawanan carom dan dart.

Bagi perlawanan Dart, pasukan FELCRA Berhad kalah pada ketiga-tiga perlawanan iaitu menentang SELCRA, Warisan Jengka dan KESEDAR.





Pasukan FELCRA Berhad




Wednesday, June 8, 2011

LATIHAN SUKAN PUN BERMULA

Pagi ini Selasa 7 Jun, 2011 dari Kolej Bank Rakyat UUM, tempat kami menjalani latihan, aku terpaksa ke UITM Arau, Perlis yang letaknya kira-kira 22 km dari tempat latihan kami sebab anak aku Alia yang baru memulakan pengajian disitu kira-kira 2 minggu lalu dalam bidang Sains Komputer hendak berpindah pula ke Kolej Matrikulasi Banting, Selangor dalam Jurusan Perakaunan dimana dia dikehendaki melapur diri pada Rabu 8 Jun, 2011.

Sebelum aku bertolak, sempatlah aku merakamkan 2 gambar video athlet yang sedang menjalani latihan iaitu bagi sukan congkak, Batu Seremban dan Bolasepak.

Setelah itu, aku pun bergegas ke UITM Arau, untuk mengambil Alia dan terus pulang ke Kuala Lumpur untuk urusan keesokannya iaitu membawa dia mendaftar di Kolej Matrikulasi Banting, Selangor.

Aku akan bertolak semula ke Arau, Perlis sebaik-baik urusan selesai kerana sukan MAKSPEN akan bernmula pada Rabu 8 Jun, 2011 dimana acara perasmian akan di langsungkan pada malam tersebut.

Saksikan video latihan tersebut.




Congkak dan Batu Seremban



Bolasepak

Monday, June 6, 2011

KETIBAAN ATHLET FELCRA BHD. DI UUM

Athlet dari Ibu Pejabat kini telahpun tiba di Kolej Bank Rakyat Universiti Utara Malaysia (UUM) kira-kira jam 6 petang, 6 Jun, 2011 tadi untuk memulakan sessi latihan pada keesokan harinya.

Setelah mendaftar diri, masing-masing berehat di bilik penginapan yang disediakan untuk menanti jamuan makan malam bersama dengan Pengurus Besar Wilayah Utara iaitu En. Zulkifli b. Sidek di dewan makan, Kolej tersebut.

Kira-kira jam 8.00 malam acara makan malam pun bermula dimana En. Zulkifli Sidek diiringi oleh PRO Syarikat iaitu En. Mohamad b. Abdul Rahman, Pn. Dina Alpha Arund, Pengurus Kanan Pentadbiran dan Tn. Hj. Saifuddin b. Omar, Pengurus Kanan Penghasilan Ladang kesemuanya dari Ibu Pejabat, Kuala Lumpur.

Majlis pada malam itu juga diserikan oleh live band yang dianggotai oleh anak-anak peserta FELCRA Berhad Lubuk Sireh, Perlis.


Saksikan rakaman video sempena majlis tersebut.







Live band dari anak-anak Peserta
FELCRA Berhad Lubuk Sireh, Perlis
turut menyerikan majlis pada malam itu.

Saturday, June 4, 2011

SUKAN MAKSPEN KALI KE 11 2011

Mulai Isnin 6 hingga 12 Jun 2011, pasukan kami dari Syarikat FELCRA Berhad akan berangkat ke Arau, Perlis bagi menyertai kejohanan Sukan MAKSPEN yang sudah ditetapkan untuk diadakan setiap 2 tahun sekali.

Pada tahun 2009, FELCRA Berhad telah dipilih menjadi tuan rumah bagi temasya kali ke 10 dimana ianya telah diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor dengan jayanya dan pada kali ke 11 ini, MARA pula akan mengambil gilirannya.

Walaupun temasya sukan ini akan berlangsung sebenarnya mulai 8 Jun, 2011, tetapi pasukan kami akan berangkat awal iaitu pada 6 Jun 2011 menuju ke Universiti Utara Malaysia (UUM) terlebih dahulu bagi meneruskan latihan disamping menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca yang dikatakan panas dan kering sekarang ini terutamanya disebelah utara Semenanjung.

Semasa sukan MAKSPEN ini berlangsung nanti, kontinjen FELCRA Berhad seramai 300 orang termasuk pemain, pegawai, jurulatih dan para petugas akan di menginap di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis.

Insya Allah aku akan merakamkan semua aksi pertandingan yang sedang berlangsung melalui video dan gambar-gambarnya. Ianya akan dimasukkan kedalam blog ini dari semasa kesemasa.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melayari blog aku untuk mendapat liputan terkini setiap hari semasa kejohanan ini berlangsung.

Contoh gambar video adalah seperti di bawah.

'Majulah Sukan Untuk Negara'



Senarai acara sukan dan tempat pertandingan
(Sila klik untuk lebih jelas)

19 agensi di bawah
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
yang akan mengambil bahagian dalam temasya ini.
(Sila klik untuk lebih jelas)




Gambar video ini menunjukkan ketika Syarikat mengadakan
pertandingan sukan Indoor games pada tahun 2007
bagi mencari pemain yang berkebolehan.