Salah seorang daripada sahabat menyatakan penghuni kubur itu meninggal dunia dalam keadaan musyrik. Lalu Baginda berkata bahawa mereka sedang menghadapi ujian di dalam kubur dan seandainya sahabat yang sedang bersama Rasulullah ketika itu mati dan dikebumikan, nescaya Baginda pasti akan memohon kepada Allah supaya diperdengarkan dan diperlihatkan kepada mereka semua azab kubur yang sedang berlaku ketika itu." (Riwayat Imam Muslim).
Kemudian dia melepaskan batu yang besar itu di atas kepala orang itu sehingga pecah. Apabila kepalanya pecah, batu itu pun hancur. Kemudian orang yang berdiri itu mengejar lalu mengutip semula batu yang hancur itu. Namun kepala orang yang pecah itu telah kembali seperti sedia kala. Selepas itu aku melihat mereka mengulangi perbuatan yang sama dan aku bertanya kepada orang yang membawaku tadi, mengapa berlaku sedemikian.
Mereka mengajak aku berjalan lagi. Kami mendatangi seorang yang tidur terlentang, sementara mereka yang berdiri sambil membawa besi penggantung anjing. Orang kedua lalu mendatangi salah satu sisi wajah orang yang pertama, dia mengoyak tepi mulutnya hingga ke bahagian tengkuk. Kemudian dia berpindah ke sisi wajah lain, lalu melakukan hal yang sama seperti tadi dan tidak berhenti berbuat demikian sehingga wajah itu kembali seperti asal. Aku bertanya lagi kenapa berlaku sedemikian, tetapi kedua-dua orang itu mengajak lagi aku meneruskan per jalanan.
Baginda bertanya lagi siapakah mereka ini, tetapi Rasulullah dibawa lagi meneruskan perjalanan dan kemudian melintasi kawasan sungai merah seperti darah. Di dalamnya terdapat seseorang yang sedang berenang, sementara di tebingnya ada orang yang membawa banyak batu-bata. Apabila orang yang berenang itu menghampiri bahagian tebing sungai, dia akan dilempar dengan batu. Seperti biasa Rasulullah SAW bertanya lagi siapakah mereka ini, namun mereka meneruskan lagi perjalanan. Lalu mereka mendatangi orang yang sangat benci dan takut melihat cermin dan ada api yang membakar di sekelilingnya.
Kemudian perjalanan diteruskan sehinggalah mereka bertemu dengan sebuah taman yang sangat hijau dan di dalamnya terdapat pelbagai jenis bunga, dan ada seorang yang sangat tinggi sehingga tidak kelihatan bahagian kepalanya. Rasulullah SAW berkata, terdapat beberapa anak kecil di sekelilingnya. Baginda meneruskan lagi perjalanan dan melintasi sebuah taman yang sangat besar dan indah.
