Saturday, November 30, 2019

LAWATAN KERJA TN CEO KE LADANG FELCRA KERDAU, PAHANG...

Lawatan Tn CEO ke FELCRA Berhad Kawasan Kerdau dibuat pada hari Ahad 24 November 2019 jam 10 pagi. Tujuan lawatan adalah bagi mengetahui tatacara Lawatan Khidmat Nasihat Ladang (KNL) dibuat dan apakah ciri-ciri yang digunapakai bagi menentukan sesebuah ladang itu berada ditahap yang memuaskan atau sebaliknya.

Ketibaan Tn. CEO dan para pegawainya yang terdiri dari Pengarah Bahagian Perladangan P&P, Dato' Hj Abdul Mutalib Tais, Pengarah Khidmat Nasihat Ladang dan Perkilangan, Tn. Hj Idris Lasim, Pengurus Besar Penghasilan Ladang, Tn. Hj Ismail Husain dan Pengurus Besar Perancang Projek, Tn. Hj Mohd Zailani Yusof telah disambut oleh Pengurus Besar Wilayah Pahang, Tn. Hj. Zulkhairi Abd Rahim, Pengurus Kawasan Kerdau, En. Rohimi  Nik Mat dan Pengurus-Pengurus Kawasan Wilayah Pahang Zon Utara sahaja.    

Tn CEO dan pegawai pelawat seterusnya dibawa ke Bilik Gerakan untuk diberikan satu taklimat ringkas tentang urusan pentadbiran dan pengurusan ladang kawasan oleh Pengurus Kawasan En. Rohimi Nik Mat. Antara perkara yang disentuh adalah masalah kekurangan tenaga kerja ladang, perumahan staf dan beberapa isu lain yang berbangkit.  

Biodata FELCRA Berhad Kawasan Kerdau...

1. Ladang Pembangunan

Kawasan Kerdau mempunyai 7 buah ladang pembangunan tanaman kelapa sawit dengan keluasan bertanam 1,5017.59 hektar dari luas keseluruhan ladang 1,591.47 hektar. 7 buah ladang tersebut ada yang dimajukan pada tahun 2014, 2015 dan 2016 dan mula ditanam pada 2015 dan 2016. Jumlah lot adalah 888 dan jumlah peserta seramai 1,161 orang.    

2. Ladang Berhasil

Di samping ladang pembangunan, Kawasan juga mempunyai 5 buah ladang kelapa sawit yang telah berhasil seluas 692.65 hektar dari luas keseluruhan ladang 2,363.34 hektar yang dimajukan antara tahun 2000, 2008 dan 2014. Jumlah lot 279 dan jumlah peserta seramai 1,625 orang. 

Tn. CEO, Mohd Nazrul Izam Mansor 
sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh
Pengurus Kawasan En. Rohimi Nik Mat (baju putih)...

Tn CEO memberikan perhatian penuh 
terhadap taklimat...

Turut kelihatan adalah 
Pengarah Bahagian Perladangan P&P, 
Dato' Hj. Abdul Mutalib Tais (kiri) dan 
Pengurus Perladangan Wilayah Pahang, 
Tn. Hj. Mustafa Sulaiman... 

Staf kawasan yang komited...



Tn CEO sedang memberikan penjelasan
 terhadap beberapa isu berbangkit...

Pegawai-pegawai dari HQ...
Dari kiri:
Pengurus Besar Bhg Perancangan Projek, Tn. Hj Mohd Zailani Yusof, 
Pengurus Kanan Pejabat COO, Pn Syukriah Abd Mubin dan 
Pengurus Besar Penghasilan Ladang, Tn. Hj. Ismail Husain...

Tn. Hj. Zulkhairi Abd Rahim (kiri),
Pengurus Besar Wilayah Pahang
turut memberikan penjelasan pada setiap perkara
yang memerlukan penjelasan lanjut dari Tn CEO
sambil diperhatikan oleh Pengarah Khidmat Nasihat Ladang
dan Perkilangan Tn Hj Idris Lasim...




En. Mustapha Abdullah (kiri) dan
En. Lutfi, Pegawai Khas Pejabat CEO turut hadir...

Tn PBW Pahang (kiri) & Pegawai KNL (Kanan sekali)
bergambar bersama PK Kawasan...

Selesai taklimat, kesempatan diambil oleh staf kawasan
untuk bergambar kenangan bersama Tn CEO...

Lawatan Ke Ladang...

Sesi seterusnya, Tn CEO dibawa ke ladang Kerdau 1 (ladang pembangunan) untuk diberi penerangan tentang tatacara penilaian Khidmat Nasihat Ladang dibuat.

Bermula tahun 2019, satu bahagian baru telah ditubuhkan iaitu Bahagian Khidmat Nasihat Ladang dan Perkilangan yang diketuai oleh seorang Pengarah. 

Tujuan Bahagian ini ditubuhkan adalah untuk memberi tumpuan kepada 4 komponen utama iaitu:
  • Khidmat Nasihat Ladang (KNL)
  • Unit Pematuhan Quality Assurance
  • Khidmat Nasihat Agronomi (KNA)
  • Khidmat Nasihat Kilang (KNK)
Setiap lawatan ke ladang perkara utama yang diberi perhatian oleh pegawai KNL adalah:
  • Crop Condition
  • Field Condition
  • Cost


Tn CEO sedang meninjau ladang Kerdau 1,
projek 'Immature'...

Berdasarkan kepada skop yang ada, ladang-ladang akan digred berdasarkan kepada 4 kategori iaitu:
  • Terbaik (Hijau) 
  • Terkawal (Biru)
  • Sederhana (Kuning)
  • Kritikal (Merah)
Penilaian ini juga akan menjadi KPI kepada Pengurus Kawasan dan Penolong Eksekutif Ladang untuk tujuan kenaikan pangkat dan penilaian ini juga adalah kearah untuk menjadikan ladang FELCRA Berhad setanding dengan Estet Komersial.  

Penerangan penilaian oleh Pengarah KNL...

Pengarah KNL & Kilang dan Pengurus Kawasan
menerangkan setiap persoalan yang
dikemukakan oleh Tn CEO..


Pengarah Bahagian Perladangan P&P
dan PBW Pahang turut memberi penerangan...

Penilaian KNL di projek 'Immature' Kerdau 1...

Pengarah KNL & Kilang, Tn. Hj Idris Lasim
memberikan penerangan lebih terperinci kepada Tn CEO...




Tn CEO turut memberikan pendapat
terhadap keadaan ladang berdasarkan
 pemerhatian dan pengetahuannya...

Tn CEO berminat dan cuba mendalami
penilaian terhadap projek kritikal...

  Salam hormat dari kami
yang mengikuti lawatan ini...

Adalah diharapkan dengan lawatan sebegini yang dibuat oleh Tn CEO terhadap semua ladang, ianya akan memberi suntikan semangat kepada Pengurusan Kawasan untuk meningkatkan lagi kualiti ladang dengan mematuhi peraturan MSPO supaya ianya akan menjadi contoh kepada plantation house di Negara kita.  

Thursday, November 28, 2019

LAWATAN KERJA CEO KE FELCRA BERHAD KAWASAN KG BANTAL...

Tn. CEO Felcra Berhad Tn Mohd Nazrul Izam Mansor bersama para pegawainya bertolak ke Kawasan Kg Bantal, Jerantut, Pahang dari Kawasan Tembeling Tengah pada jam 5 petang selepas selesai merasmikan penuaian Nanas MD2 milik KKF di Ulu Jenut. 

Sepanjang perjalanan sejauh 50km dari Tembeling Tengah, kami menempuh pemandangan yang sangat indah di mana kabus dan awan yang memutih melitupi bukit bukau yang terdapat di kiri kanan jalan yang cantik dan sempurna dalam suasana kedinginan di waktu hampir senja. 





Gambar menunjukkan Tn. CEO bersama para pegawainya
 telah tiba di pintu masuk Kg. Bantal...

Ketibaan kami disambut oleh En. Azhar b. Ismail Pengurus Kawasan bersama stafnya. Oleh kerana jalan masuk ke Kompleks pejabat Kg. Bantal mempunyai track yang mencabar terutama kepada peminat sukan motosikal lasak, maka sebuah Scrambler telah disediakan bagi membolehkan Tn CEO menunggangnya meredah masuk melalui jalan bertanah dan berselut ke kompleks pejabat kawasan. Pegawai yang mengiringi beliau turut menaiki motosikal 'kapcai' yang disediakan, manakala kami meneruskan perjalanan masuk ke kompleks dengan pacuan 4 Roda. 

 
Sebuah Scrambler telah disediakan kepada Tn CEO 
untuk beliau 'ride' melalui jalan tanah dan berselut 
menuju ke kompleks pejabat Kawasan...


Turut sama mengiringi beliau ialah 
Dato' Hj Abdul Mutalib b. Tais, Pengarah Perladangan P&P 
yang menunggang motor 'kapcai'... 

Tn. Hj. Idris Lasim, Pengarah 
Khidmat Nasihat Ladang & Perkilangan 
juga turut serta...

En. Azhar Ismail, PK Kg Bantal akan 
memandu Tn. CEO masuk ke kompleks pejabat..

Kami pun nak bergambar jugak...
Dari kiri : AJ, Lutfi dan Syukriah...

Kami akhirnya tiba ke kompleks pejabat Kg. Bantal dan dibawa ke khemah jamuan untuk minum petang dan seterusnya menerima kunci chalet (bangunan putih) untuk bermalam...

Dalam suasana musim hujan yang sedang melanda sekarang, perkarangan komplek kelihatan becak kerana kenderaan sentiasa keluar masuk untuk urusan tugas harian...

Beginilah keadaan di kawasan yang sentiasa berkabus...




 Kelihatan Dato' Mutalib sedang berbual dengan 
Pengurus Kawasan Wilayah Pahang Zon Utara 
yang terlibat dalam lawatan ini

 Hj Ol (kiri) bersama kenalan baru...

Sesi Suai Kenal

Selepas solat Isyak Tn CEO mengadakan pertemuan dengan semua staf untuk bersuai kenal dan menyelami segala permasalahan yang mereka hadapi ketika tinggal jauh di pedalaman. Beberapa amanat, nasihat serta kata-kata semangat telah disuntik ke dalam hati mereka supaya bersabar dan tabah menghadap segala dugaan sepanjang mereka berkhidmat di kawasan ini. 




Sesi Photoghrafi

Keesokan harinya selepas bersarapan pagi dan sebelum lawatan ke ladang dibuat, Pengurusan Kawasan memohon diadakan sesi bergambar bersama Tn. CEO untuk diabadikan ke dalam album lawatan.

Barisan staf FELCRA Berhad Kawasan Kg. Bantal...

Staf bergambar bersama Tn. CEO, 
Pengarah Bahagian Perladangan P&P dan 
Pengurus Besar Wilayah Pahang... 

Bergambar ramai sebelum lawatan ke ladang...


Pn. Syukriah dari HQ (baju biru) mengabadikan 
gambar kenangan beliau bersama 
staf wanita Kawasan Kg. Bantal...

Selesai sesi bergambar kami semua bergerak ke ladang getah untuk satu demonstari membuka panel bagi persiapan penorehan getah yang akan berhasil pada tahun 2020.

Latarbelakang Projek Kg Bantal/Mat Daling.

Projek FELCRA Berhad Kg Bantal/Mat Daling yang terletak di Mukim Ulu Tembeling mempunyai luas keliling 600 hektar, Dari keluasan tersebut, luas yang tidak dimajukan adalah 39.456 hektar, luas yg diceroboh 165.320 dan luas tanaman getah 348.725.  

Projek Kg. Bantal telah dimajukan pada tahun 2010 dan dimajukan semula pada 1 April 2010. Penanaman getah bermula pada 2011 dan siap ditanam pada 2013 dengan jumlah pokok sebanyak 134,478 batang. Tarikh jangkaan pokok mengeluarkan hasil adalah pada 1 Julai 2020 dan pokok yang boleh ditoreh adalah sebanyak 106,608 batang (48cm) dengan jumlah task 213. Sistem torehan yang digunapakai adalah sistem S2D3.

Bagi kerja-kerja penorehan, Pengurusan Kawasan memerlukan seramai 71 orang pekerja ladang dan 1 unit rumah kongsi bagi menempatkan kesemua mereka. Permohonan bagi kedua-dua keperluan tersebut telah dimajukan ke Bahagian Pengurusan dan Guna Tenaga untuk tindakan lanjut.  

Tn CEO dan Pengarah Perladangan P&P
 telah ditunjukkan pokok yang akan ditoreh 
dalam demonstrasi torehan yang akan dibuat.

Turut berada di projek adalah staf ladang Kawasan 
dan pegawai pelawat dari Ibu Pejabat 
dan Pejabat Wilayah yang berkenaan sahaja...

Sebelum demonstrasi penorehan dilakukan, 
sedikit penerangan telah diberikan oleh Pengurus Kawasan 
dan Pengarah Perladangan P&P...






Antara alat-alat penorehan yang telah disediakan...

En. Wan Mohd Sharif Wan Azahari, PL Kawasan 
diberi tanggungjawab untuk penerangan dan 
melakukan demonstrasi membuka panel torehan... 

Semua telah bersedia dan memberikan perhatian
terhadap penerangan yang disampaikan...


Pokok getah yang berumur lebih 5-7 tahun dengan saiz batang sesuai boleh dimulakan aktiviti torehan. Membuka panel torehan pokok getah muda memerlukan kemahiran dan kepakaran khusus. Ini kerana aktiviti ini termasuk juga untuk memasang beberapa alat torehan seperti pisau toreh, cawan kumpul lateks (seramik atau plastik), sudu (daripada zink), dawai pemegang dan spring.



Cara penorehan pokok getah dimulakan apabila mencapai lilitan 45cm atau lebih. Mengukur saiz lilitan boleh ditentukan dengan menggunakan peralatan terdiri daripada beruti kecil (150cm tinggi) dengan hujungnya dilekatkan kepada dawai sepanjang 45cm. Dirikan kayu beruti itu pada batang pokok dengan pangkalnya terletak pada paras tanah. Belitkan dulu dawai di keliling batang pokok.




Tn CEO sedang membuat penorehan...



Tn. Hj Ismail b. Husain, Pengurus Besar Penghasilan 
adalah salah seorang pegawai yang 
mempunyai pengetahuan tinggi bagi tanaman getah. 
Beliau sedang melakukan penorehan 


Kelihatan susu getah mengalir masuk kedalam cawan... 




Selesai demonstrasi membuka panel torehan getah, Tn. Ceo dibawa ke lawatan tapak baru kawasan yang telah dikenalpasti untuk dimajukan.


Tn. CEO diberi penerangan tentang peta kawasan...