Wednesday, November 27, 2019

PERASMIAN PENUAIAN NANAS MD2 MILIK KKF...

Ladang Nanas MD2 milik Koperasi Kakitangan FELCRA (M) Bhd. (KKF) yang terletak di Ulu Jenut, Temerloh, Pahang berkeluasan 4.04 hektar (10 ekar). Setakat ini keluasan baru bertanam 2.02 hektar (5 ekar) sahaja yang mula ditanam pada 28 Ogos 2018. Pada 24 November 2019 lalu, Nanas MD2 kini telahpun matang. Ia hanya mengambil masa selama 15 bulan sahaja. Tarikh hormon bermula selepas 10 bulan ditanam iaitu pada 14 Julai 2019.

Buah yang telah masak perlu dituai segera bagi mengelakkan ia menjadi rosak di pokok. Bagi merasmikan penuaian hasil pertamanya ini, Ahli Lembaga Koperasi (ALK) telah berbesar hati menjemput Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Tuan Mohd Nazrul Izam Mansor untuk membuat perasmian penuaian tersebut.

Ketibaan Tuan. Ceo ke ladang nanas MD2 milik KKF di Ulu Jenut pada jam 12.30 tengahari bersama Pengarah Bahagian Perladangan P&P Dato' Haji Abdul Mutalib b. Tais serta beberapa pegawainya dari Kuala Lumpur yang diiringi oleh Pegawai-pegawai dari Wilayah Pahang diketuai oleh Pengurus Besar Wilayahnya Tn. Haji Zulkhairi b. Abdul Rahim serta Pengurus-Pengurus Kawasan Zon Utara  telah disambut mesra oleh Pengerusi KKF Tn. Haji Nor Zahari b. Zakaria bersama Ahli Lembaga Koperasi (ALK) terdiri dari Tn. Haji Abdul Rahman b. Ahmad, Tn Haji Anuar b. Yahya, Pengurus Besar KKF En. Mohd Hanafi b. Mohd Yusof  dan setiausaha KKF Tn. Haji Ismail b. Husain.

Kelihatan Tn Ceo bersama pegawai-pegawai telah tiba 
dan mengambil tempat untuk mendengar taklimat   

Tn. Haji Nor Zahari, Pengerusi KKF dalam taklimatnya telah memberikan sedikit latar belakang mengenai projek tanaman nanas MD2 ini. Menurutnya projek ini mempunyai Trademark nya sendiri iaitu "KKF Pineapple". Dengan keluasan bertanam seluas 5 ekar, kapasiti pokok yang boleh ditanam keseluruhannya adalah sebanyak 100,000 pokok. Setakat ini jumlah yang telah ditanam bermula pada 28 Ogos 2018 adalah sebanyak 95,000 pokok dan masih berbaki 5,000 pokok yang belum ditanam.

Pengerusi KKF, Tn. Haji Nor Zahari b. Zakaria
 telah bersedia untuk memberikan taklimat...

Semua pelawat sedang memberikan tumpuan
terhadap taklimat yang disampaikan...


Pengurus Kawasan FELCRA Berhad Ulu Jenut 
En.Mohd Anas Amri b. Abd Latiff kelihatan berbual 
dengan pegawai dari Ibu Pejabat... 

Menurutnya lagi, bagi mengelakkan pokok nanas MD2 menjadi matang secara serentak, tanaman perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat iaitu sebanyak 5,000 pokok seminggu bagi tujuan pemasaran secara berjadual. Biasanya tarikh matang selepas tanam mengambil masa selama 130 hari.

Benih

Ketika ditanya tentang benih, Tn. Haji Nor Zahari memberitahu bahawa benih nanas MD2 diperolehi dan dibeli dari MARDI dengan harga yang berpatutan.

Kepada soalan lain yang ditanya iaitu bagaimana untuk mengetahui tahap kematangan buah nanas MD2?, Tn. Hj Nor Zahari menjelaskan bahawa tahap kematangan Nanas MD2 bermula dari Index 1-7. Index 1 dapat dikenalpasti setelah berlaku perubahan warna kepada kekuningan bermula dari pangkal buah.







Ekspot

Bagi tujuan eksport pula, proses aruhan boleh dilakukan apabila usia pokok mencapai 10 bulan. Selepas 130 hari proses aruhan dilakukan buah nanas tersebut boleh dipasarkan .

Gimik perasmian tuaian hasil nanas MD2 oleh Tn CEO pada 24 November 2019 adalah genap 130 hari selepas hormon di mana buah nanas berada pada index 0 yang sesuai bagi tujuan eksport.   

Pendapatan

Bagi persoalan tentang pendapatan yang akan diperolehi hasil dari jualan, Tn. Haji Nor Zahari berkeyakinan bahawa sasaran hasil jualan boleh memperolehi pendapatan sebanyak RM500,000 dan begitu juga dengan jualan benih sulur yang juga boleh memperolehi pendapatan sebanyak RM500,000.

Usahasama

Tn. Hj Nor Zahari berharap KKF akan membuka peluang kepada mana-mana koperasi atau syarikat sebagai pemodal untuk berkolaborasi pada masa depan bagi memperluaskan lagi ladang nanas MD2 secara berkongsi untung di mana KKF akan bertindak sebagai pemaju yang bertanggungjawab di dalam aspek teknikal dan Pengurusan ladang.

Pelancaran Penuaian

Selesai taklimat yang disampaikan oleh Pengerusi KKF, Tuan CEO melakukan perasmian penuaian dengan memotong reben.

 Tuan Mohd Nazrul Izam, CEO FELCRA Bhd
melakukan upacara perasmian penuaian 
dengan memoton reben sambil diperhatikan 
oleh Pengerusi KKF, Tn Haji Nor Zahari Zakaria... 

Pelawat memberikan tepukan sebaik  
perasmian telah disempurnakan...

Pengerusi KKF bersama CEO FELCRA Berhad...

Pengerusi KKF bersama Pengarah 
Bahagian Perladangan P&P, 
Tn. Haji Abdul Mutalib b. Tais...



Tuan CEO memakai sarung tangan 
untuk membuat penuaian pertama
Nanas MD2 yang telah masak di pokok...


Tn CEO menunjukkan buah Nanas yang telah dituai...


Dato' Hj. Mutalib Tais turut diberi pelung
untuk menuai Nanas MD2




Tiga biji buah Nanas MD2 telah berjaya dituai....



Nanas MD2 yang telah dituai...




Bergambar ramai selepas selesai perasmian...


Tn. CEO bersama Ahli Lembaga Koperasi...

Tuaian pertama dipotong dan dikisar 
untuk dihidangkan kepada pelawat... 







Juice Nanas MD2 siap untuk dihidangkan...






Tn. CEO Bergambar ramai bersama 
Pengurusan Kawasan FELCRA Berhad Ulu Jenut ...

Program diakhiri dengan
 jamuan makan tengahari...




Sedikit fakta tentang Nanas "KKF PINEAPPLE"

Nanas "KKF PINEAPPLE" yang dipetik segar dari ladang mempunyai khasiat seperti berikut:
  • Mengandungi vitamin C, empat kali ganda lebih tinggi dari buah nanas lain.
  • Kaya dengan Fibre, Thiamine dan Vitamin B6
  • Rendah kandungan Saturated Fat, Cholestrol dan Sodium
  • Boleh menyembuhkan penyakit Gaut
  • Mempunyai keupayaan Diuratic dan Detoxification yang dapat menjauhkan sakit kanser
  • Mencairkan darah dan melegakan sakit darah tinggi, kencing manis, batu karang dan sakit saluran pernafasan 
Buah Nanas MD2 mempunyai Vitamin A&C yang boleh membantu:
  • Menurunkan berat badan
  • Melindungi mata daripada masalah penuaan
  • Menghalang penyakit kronik seperti kencing manis dan barah
  • Menghindari selsema
  • Memulihkan sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur
  • Menjadikan kulit anjal, lembab dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak
  • Mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus 

1 comment:

  1. Terbaik AJ dan KKF Pineapple
    KKF berjaya menceburi penanaman komersial lain.
    Semoga tahun ini staf FB mendapat dividen yang lebih tinggi hasil drpd inisiatif KKF mempelbagaikan perniagaan mereka.

    ReplyDelete