Showing posts with label durian. Show all posts
Showing posts with label durian. Show all posts

Saturday, June 18, 2011

JOM MAKAN DURIAN DI BPMB

Pesta Jom Makan Durian yang dianjurkan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk staf dan semua penghuni di Menara tersebut telahpun selesai diadakan pada 17 Jun, 2011 yang lalu.

Saksikan rakaman video dan gambar-gambar semasa pesta tersebut berlangsung. Oleh kerana jurugambar ini adalah seorang wanita, tentulah gambar-gambar yang dirakamkan adalah geng-gengnya sahaja.



Rakaman video menunjukkan betapa meriahnya pesta makan durian ini

Bab mengopek buah durian ini orang lelaki punya kerja

Orang pompuan nak cuba jugak...

Kak Siti menunjukkan 2 biji buah durian yang dimenanginya
dalam pertandingan meneka berat buah durian....

Rohana (kiri) dan Kak Siti dengan sebiji buah durian

Pn. Roslina juga mendapat sebiji buah durian untuk di kopek



Linda (kiri) dan Rafida

Norasmah suka makan buah langsat

Salina (kiri) dan Kak Ani pula suka makan aiskerim durian

Linda dan kenyang makan durian,
dia makan pulak aiskerim durian

Yang cedok air tu aku tak tahu namanya
tapi yang belakang kiri tu Zana dan Ija

Dari kiri : Rohani, Norasmah dan Siti Jumiah

Pn. Rohana juga suka makan aiskerim

Kak Shida (kiri) dan Kak Jem



Yang tinggal hanyalah kulit durian....


Wednesday, June 15, 2011

PESTA JOM MAKAN DURIAN

Sepertimana yang ditunggu oleh semua, Bank Pembangunan akan menganjurkan Pesta Makan Durian pada Jumaat, 17 Jun 2011.

Program akan bermula jam 3.45 petang sehingga jam 6.00 petang.

Antara jenis-jenis durian yang akan dihidangkan adalah dari jenis durian kampong, D24, D101 dan Mousang King.

Selain durian, pesta makan durian ini juga akan turut menghidangkan buah-buahan tempatan seperti rambutan, duku langsat dan manggis serta kuih muih tradisional yang berasaskan durian. Antara kuih muih tradisional tersebut adalah seperti berikut:-

  • Pulut dan Roti Jala bersama Serawa durian
  • Bubur Pulut Hitam durian
  • Kuih Seri Muka durian
  • Cup Cake durian dan;
  • Ais Krim durian

Selain hidangan durian, buah-buahan dan kuih muih, satu pertandingan meneka berat durian juga akan dianjurkan.

Pertandingan ini terbuka kepada semua penghuni di Menara Bank Pembangunan dengan bayaran sebanyak RM1.00 bagi setiap penyertaan.

Borang penyertaan boleh didapati di kotak pameran durian di lobi Bank Pembangunan.

Duit kutipan daripada penyertaan tersebut akan disalurkan ke Tabung Takziah Al-Amwal.

Pemenang pertandingan akan diumumkan pada hari tersebut.

Aturcara Pesta Makan Durian Bank Pembangunan 2011

3.45 petang : Ketibaan staf dan tetamu

: Ketibaan Presiden / Pengarah Urusan Kumpulan dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Bank Pembangunan

: Ketibaan YBhg Tan Sri Datuk Dr. Abdul Samad Haji Alias, Pengerusi Bank Pembangunan

: Bacaan doa selamat

4.00 petang : Pesta Makan Durian bermula

6.00 petang : Bersurai

  1. Program hanya akan bermula dari pada jam 3.45 petang. Semua penghuni hanya boleh berada di perkarangan menara Bank Pembangunan bermula dari waktu tersebut.
  2. Mematuhi arahan keluar masuk oleh Pengawal Kesemalatan dan AJK Bertugas. Hanya pintu sebelah kanan di tepi bangunan akan dibuka untuk keluar ke khemah manakala masuk melalui pintu utama lobi.
  3. Semua penghuni hanya dibenarkan menikmati buah-buahan di dalam kawasan khemah. Tidak dibenarkan membawa buah masuk ke dalam kawasan pejabat atau tempat letak kereta.
  4. Menjaga kebersihan di kawasan khemah dan bangunan.

Komunikasi Korporat Kumpulan mengucapkan terima kasih di atas kerjasama anda dan selamat menjamu selera.


Pesta Jom Makan Durian ni hanya untuk
penghuni Menara Bank Pembangunan sahaja.

Buah durian dikawal ketat supaya
tidak dicuri oleh hantu durian

Kelihatan sebuah kotak disediakan untuk para peneka
memasukkan kertas yang tertulis berat buah durian yang di teka

Sunday, March 27, 2011

ABANG NI TAK PANDAI PEGANG LA

Sekarang ni musim durian tiba lagi. Aku memang suka makan durian, jadi akupun berhajat nak pegi beli buah durian.

Aku pun menuju ke pekan Kajang yang aku tau memang banyak menjual buah durian ditepi-tepi jalan.

Di Pekan Kajang aku tidak berjumpa orang menjual buah durian lalu aku memandu dan menyusur sehingga ke Batu Sembilan menuju ke Ulu Langat.

Tidak jauh dari situ aku pun bertemu dengan orang menjual buah durian lalu aku pun memberhentikan kereta dan menghampiri gerai tersebut.

Penjualnya 2 orang wanita dalam lengkongan umur 30an melayu tempatan. Rupa dan bodi boleh tahan....

Aku pun memulakan perbualan.

Aku: "Buah durian ni jual macam mana, jual longgok ke timbang?"
Wanita 1: "Timbang pun ada, longgok pun ada."
Aku:"Apa pulak timbang-timbang, jual longgokla semua, kalau timbang mahal sebab kulitnya pun berat dah sekilo." Saya ni kalau beli durian tak suka timbang-timbang."

Aku perhatikan buah durian yang timbang saiznya besar-besar manakala yang longgok pulak kecik-kecik. Kalau beli yang timbang dah tentu aku kena berbelanja lebih.

Aku: "Yang timbang tu sekilo berapa"
Wanita 2: "Sekilo harganya RM8, tapi kalau yang cantik tu sekilo RM14
Aku:"Kalau sekilo harga dia RM8, dah tentu sebijik ni dekat RM15 sebab saiz dia besar dan tentu dekat 2 kilo. Jual longgok la." aku memujuk supaya dia jual longgok.
Wanita 1: "Sekarang ni orang jual buah semua pakai timbang mana pakai longgok lagi"
Aku: "Ya ka...setau saya orang pompuan ni takut dengan penimbang." (aku bermaksud orang pompuan ni takut nak timbang badan sebab tak boleh terima dengan berat badan mereka) Tapi jual buah nak pakai timbang pulak.
Aku: "Saya tak suka yang timbang-timbang ni, nak beli yang longgok. Berapa kira yang longgok ni" Aku menambah.
Wanita 2: "Yang longgok 3 biji RM10, Abang nak berapa?"
Aku: "Bagi la RM20 tapi bagi la lebih sebji ke 2 bijik ke." Aku memujuk.
Wanita 1: "Boleh, kita orang tak berkira sangat."

Ketika wanita 1 tengah memilih buah untuk aku beli, tiba-tiba sebijik darinya hampir terjatuh tapi aku dapat menyambut dan memegangnya.

Oleh kerana aku dapat memegangnya maka buah yang itu dia nak bagi free pada aku.

Wanita 2: Sebab abang dapat pegang buah ni saya bagi free lah buah tu." katanya sambil membelah buah tersebut.
Aku: "Terima kasih lah semoga rezeki akak ni bertambah." Aku mula mengayat sikit-sikit.
Wanita 2: "Amin."

Ketika buah itu selesai dibelah didapati isinya keras lalu wanita 2 tu berkata
Wanita 2: "Abang ni tak pandai pegang la," Dia tersenyum sambil memandang aku dengan seribu makna."
Wanita 1: Ya la...abang ni tak pandai pegang la...kalau pandai pegang kita orang bagi free lagi."
Aku: "Lain macam jer ni. pegang buah ke pegang apa ni..."
Wanita 1: "Apa apa jer lah..."
Aku: "Ok la kak, kalau dapat pegang free nanti saya datang lagi." kata ku sambil terus menuju ke kereta. Aku perhatikan kedua-dua wanita tadi masih lagi tersenyum-senyum.

Setelah balik kerumah dan membelah semua buah-buah durian tersebut maka aku sangat bersyukur kerana tiada sebiji pun yang busuk atau keras dan aku dan keluarga makan dengan sepuas-puasnya.

Moral dari cerita ini ialah.

  • Penjual dan pembeli hendaklah saling hormat menghormati
  • Penjual hendaklah mesra dengan pelanggan
  • Penjual hendaklah sabar dengan karenah pelanggan
  • Dalam berjual beli, sedikit gurauan hendaklah diselit supaya penjual dan pelanggan dapat merasakan kemesraan sekurang-kurangnya untuk release tension.
  • Pelanggan lelaki jangan ramah dengan penjual wanita saje tapi dengan penjual lelaki pun kena la ramah jugak, begitu jugak dengan penjual wanita.