Showing posts with label keajaiban. Show all posts
Showing posts with label keajaiban. Show all posts

Monday, December 28, 2015

MAGISNYA AZAN...


Apabila azan berkumandang, semua orang tahu, itu tanda telah masuk waktu solat. Di Malaysia, kita boleh dengar laungan azan di mana-mana. Jauh daripada maksud itu, ramai yang tidak tahu azan ini mempunyai suatu hikmah tersendiri.

Banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling kita memperlihatkan azan itu sangat ajaib. Antaranya kisah seorang lelaki yang terselamat ketika berlaku tsunami pada tahun 2004 lalu. Ketika kejadian, mangsa hanya sempat melihat ahli keluarganya nazak di depan mata tanpa dapat berbuat apa-apa.Teringat pesan arwah ibu supaya melaungkan azan ketika ditimpa musibah, lelaki itu akhirnya dihanyutkan ke kawasan lebih selamat.

Pada tahun tersebut juga, negara kita pernah dikejutkan dengan kehilangan sebuah helikopter di Bario, Sarawak. Pelbagai usaha menjejak sudah dilakukan, namun tidak jumpa juga. Hal itu mengundang bantuan beberapa buah negara asing dalam misi murni ini. Bagaimanapun, tiada sebarang petunjuk ditemui. Akhirnya, seseorang tampil membantu dengan melaungkan azan. Pelik tapi benar, tidak lama kemudian, bangkai pesawat berkenaan tiba-tiba kelihatan di lubuk hutan.

Sementara itu, bagi kes mangsa lemas pula, laungan azan adalah kaedah alternatif yang digunakan selepas misi pencarian tidak bertemu sebarang petunjuk. Kebiasaannya ahli Penyelamat menggunakan kaedah ini selepas menemui jalan buntu menjejak mangsa. Lazimnya, orang tertentu akan diminta tampil ke sesuatu lokasi yang dipercayai sambil melaungkan azan. Walaupun perkara ini tidak masuk akal, tapi banyak kes mangsa lemas berjaya ditemui menggunakan kaedah ini.

Baru-baru ini, sebuah video telah jadi viral di Internet, la berkaitan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang hilang, tiba-tiba muncul semula selepas azan dilaungkan. Kejadian ini dipercayai berlaku di Selatan Thailand. Lebih menghairankan, lokasi kanak-kanak itu ditemui adalah kawasan semak-samun yang dilalui pasukan penyelamat beberapa kali. Persoalannya, kenapa azan mampu membuatkan mereka yang hilang ini ditemui semula?

Menurut, Pengasas Spiritual NLP Malaysia, Dr. Azhar Sarip, di dunia ini terdapat empat zon gelombang Beta, Alpha, Theta dan Delta. Kesemua gelombang itu mengandungi frekuensi tersendiri daripada gelombang negatif kepada gelombang positif. Azan pula berada dalam zon gelombang theta iaitu gelombang rendah yang bersifat menenangkan dan positif.

Berbalik kepada persoalan, makhluk halus, jin dan syaitan semuanya memiliki gelombang beta iaitu gelombang paling negatif. Secara saintifiknya, gelombang positif mampu menakluki gelombang negatif. Dalam hal ini, gelombang theta yang dilaungkan melalui azan akan memecahkan gelombang beta menyebabkan mangsa boleh ditemui semula. Oleh sebab itu, azan menjadi pilihan untuk mencari individu hilang.

Begitu juga azan digunakan ketika berlaku bencana. Asalnya Bumi kita bersifat theta kerana banyak pokok, gunung-ganang dan haiwan yang menenangkan Bumi. Walau bagaimanapun, hari demi hari ia mula menghala ke beta kerana sering berlaku pembunuhan, penebangangan dan kemusnahan. Hasilnya banyak permasalahan, peperangan dan bencana terjadi. Oleh itu, dengan hanya laungan azan musibah dapat ditenangkan. Sebab itulah, azan bersahut-sahutan di seluruh dunia.

Azan sangat penting untuk mententeramkan alam...

Hal yang sama juga berlaku dalam konsep spiritual agama Islam. Azan sering dikaitkan dengan solat yang mana mengerjakannya pada awal waktu dapat membina gelombang theta. Fitrahnya, solat akan didirikan selepas azan. Pada ketika itu Bumi berada dalam gelombang theta. Oleh itu, solat yang didirikan sejurus selepas azan membuatkan ia termasuk ke dalam gelombang itu. Ini secara tidak langsung tubuh kita akan selari dengan paksi Bumi. Hasilnya, solat lebih berkualiti, tenang dan khusyuk.

Bayi juga bersifat theta...

Apabila sudah berjaya mencapai ke tahap itu, tubuh akan menghasilkan tiga hormon, Melatonin, Endorphin dan Serotonin secara semula jadi. Ketiga-tiga hormon itu dapat mencegah dan melawan pelbagai penyakit jika dirembeskan dengan betul. Hormon Melatonin berfungsi sebagai Pengawal trafik dalam sistem badan kita seperti mengawal tidur, mengawal tekanan dan mengoksidakan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel badan.

Apabila seseorang terkena kanser bermakna Melatonin tidak mampu lagi mengawal sel-sel badan atau dalam bahasa mudahnya pengawal trafik gagal menjalankan tugas menyebabkan sel-sel berlanggar sesama sendiri. Oleh kerana itu, penghidap kanser tahap satu dan dua, dinasihatkan sentiasa mempraktikkan azan supaya gelombang otak dapat direndahkan dan hormon Melatonin boleh dihasilkan.

Sementara itu, jika diperhatikan di hospital, pesakit yang berada dalam keadaan sakit, gelisah dan serabut, doktor akan menyuntik morfin sebagai penenang. Tetapi sebenarnya, tubuh kita sudah memiliki morfin semula jadi untuk ketenangan jiwa yang dikenali sebagai Endorphin atau morfin. Akhir sekali, hormon Serotonin yang bertindak sebagai agen ceria badan dikeluarkan. Tanpanya, kita mengalami tekanan dan murung hingga boleh membunuh diri.

Tahukah anda, kesemua hormon-hormon itu hanya boleh di dapati semasa tubuh berada dalam gelombang theta. Istimewanya, gelombang itu berkait rapat dengan azan dan solat pada awal waktu kerana keseimbangan tubuh boleh dicapai ke tahap maksima. Malangnya, kebanyakan daripada kita bersolat dalam gelombang beta iaitu solat lewat waktu. la menyebabkan pelbagai penyakit jiwa menimpa.

Sumber  : Majalah Infiniti
Susunan : Nurul FadhlinChe Ismail

Saturday, November 3, 2012

MISTERI 26 HARIBULAN.....

Jika diimbas kembali peristiwa bencana alam yang berlaku beberapa tahun lalu, angka 26 kerap menjadi tarikh terjadinya malapetaka yang paling dahsyat dalam sejarah.

Tidak percaya? sekarang mari lihat buktinya seperti yang dicatatkan...

  • 26 Januari 1531 - Gempa bumi di Lisbon, Portugal
  • 26 Januari 1700 - Gempa di Laut Pasifik
  • 26 Julai 1805 - Gempa bumi di Naples, Calabria, Itali
  • 26 Ogos 1883 - Gunung Krakatau, Indonesia meletus
  • 26 Disember 1861 - Gempa bumi di Egion, Greece
  • 26 Mac 1872 - Gempa bumi di Owens Valley, Amerika Syarikat
  • 26 November 1902 - Gempa bumi di Bohemia yang kini dikenali sebagai Republik Czech
  • 26 November 1930 - Gempa bumi di Izu Island, Jepun
  • 26 September 1932 - Gempa bumi di Ierissos, Greece
  • 26 Disember 1932 - Gempa bumi di Kansu, China
  • 26 Oktober 1935 - Gempa bumi di Colombia
  • 26 Disember 1939 - Gempa bumi di Erzinchan, Turki
  • 26 November 1943 - Gempa bumi di di Tosya Ladik, Turki
  • 26 Disember 1949 - Gempa bumi di Imaichi, Jepun
  • 26 Mei 1957 - Gempa bumi di Bolu Abant, Turki
  • 26 Mac 1963 - Gempa bumi di Wakasa Bay, Jepun
  • 26 Julai 1963 - Gempa bumi di Skopje, Yugoslavia
  • 26 Mei 1964 - Gempa bumi di South Sandwich Island, Lautan Atlantik
  • 26 Julai 1967 - Gempa bumi di Pulumur, Turki
  • 26 September 1970 - Gempa bumi di Bahia Solano, Colombia
  • 26 Julai 1971 - Gempa bumi di Solomon Island
  • 26 April 1972 - Gempa bumi di Ezine, Turki
  • 26 Mei 1975 - Gempa bumi di North Atlantik
  • 26 Mac 1977 - Gempa bumi di Palu, Turki
  • 26 Disember 1979 - Gempa bumi di Carlisle, England
  • 26 April 1981 - Gempa bumi di Westmorland, Amerika Syarikat
  • 26 April 1983 - Gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepun
  • 26 Januari 1985 - Gempa bumi di Mendoza, Argentina
  • 26 Januari 1986 - Gempa bumi di Tres Pinos, Amerika Syarikat
  • 26 April 1992 - Gempa bumi di Cape  Mendocino, California
  • 26 Oktober 1997 - Gempa bumi di Itali
  • 26 Disember 2004 - Tsunami di Acheh, Indonesia
  • 26 Mei 2006 - Gempa bumi di Jogja, Indonesia
  • 26 Jun 2010 - Gempa bumi di Tasikmalaya, Indonesia
  • 26 Oktober 2010 - Tsunami di Mentawai, Sumatera Barat, Indonesia
  • 26 Oktober 2010 - Letusan Gunung Berapi, Pulau Jawa, Indonesia
Persoalannya, mengapa semua kejadian tersebut berlaku tepat pada 26 haribulan? Apakah secara kosmologi, jika tiba tarikh tersebut atau pada setiap penghujung bulan, bumi menjadi tidak 'tenteram' hingga meletuskan bencana kepada isi alam ini? Atau dengan kata lain, apakah angka berkenaan adalah pencetus malapetaka?

Menurut penyelidik Astronomi Profesional dari Jabatan Fizik, Universiti Malaya (UM), Profesor Dr. Zambri Zainuddin, komuniti sains telah melakukan banyak kajian untuk mengetahui bilakah tarikh tepat berlakunya bencana alam di muka bumi seperti gempa bumi. Tambahan pula, pada hari ini sudah ada teknologi canggih yang boleh mengesan gegaran walaupun disebabkan oleh sehelai rambut.    


Profesor Dr. Zambri Zainuddin, Penyelidik Astronomi Professional, 
dari Jabatan Fizik Universiti Malaya.
  
Malangnya, kumpulan pakar sendiri tidak boleh meramal tarikh spesifik bila gempa bumi akan meletus meskipun terdapat teknologi dan data lengkap mengenainya. Apa yang boleh dilakukan oleh pakar ialah hanya memberi ramalan bila gempa bumi akan berlaku dalam tahun-tahun tertentu.

Justru, pada pandangan saintis, nombor misteri itu bukanlah pencetus bencana, tetapi apa yang berlaku itu ada kemungkinan cuma kebetulan.

Begitupun, Dr Zambri berkata, beberapa andaian yang boleh diambil kira hingga memungkinkan fenomena ini tercetus. salah satunya kesan tindakbalas matahari, bulan dan bumi.

Pengaruh kombinasi daya tarikan graviti antara matahari, bumi dan bulan juga boleh menyebabkan pasang surut air laut. Soal bagaimana ketiga-tiga planet itu bergabung adalah sangat kompleks untuk dijelaskan. Namun, sekiranya pasang surut air laut terjadi, kemungkinan aliran air itulah memberi kesan kepada bencana. Bagaimanapun, sehingga ke hari ini belum ada kejadian gempa bumi dan Tsunami disebabkan oleh pasang surut air laut.

Para Saintis juga meramalkan, jika kedudukan bulan berubah-ubah pada setiap bulan dan berada pada jarak paling dekat dengan bumi, kedudukan bulan dalam keadaan sebegitu dipercayai boleh menjejaskan corak cuaca bumi sehingga mencetuskan bencana alam.       

Kesan runtuhan selepas gempa bumi...

Gempa bumi di Acheh...

 Jalanraya terbelah dua akibat gempa bumi

Sumber : Majalah Infiniti Mei 2011...

Sunday, February 13, 2011

KOLAM SERIBU WAJAH

Satu lagi keajaiban alam yang perlu kita kagumi ialah Morning Glory Pool, di Yellowstone National Park, Wyoming, Amerika. Kolam 'Seribu Wajah' kerana penampilannya yang berwarna warni seperti biru, hijau, kuning, orange dan coklat tembaga.

Foto-foto ini menunjukkan saat kolam air panas ini berubah warna dan yang uniknya warna yang muncul tidak hanya satu tetapi berbagai warna. Misalnya, pada bahagian tengah danau yang terdapat ceruk dalam, berwarna biru muda, pinggirannya berwarna kuning, pinggir bahagian luar berwarna merah kecoklatan dan bahagian tengah berwarna hijau bening.

Fenomena ajaib ini membuatkan Morning Glory Pool sangat terkenal didunia sebagai tujuan wisata. Setiap tahun sekitar 3 juta lebih pengunjung datang ke sini untuk menyaksikan keajaiban kolam ini yang telah ujud sejak tahun 1880.

Kemunculannya yang mengejutkan seperti keindahan bunga di pagi hari ini dikatakan terjadi kerana peristiwa alam seperti gempa bumi yang berlaku di daerah itu. Asalnya kolam air panas ini didominasi warna biru terang tetapi kemudiannya berubah menjadi beberapa warna kerana pencemaran manusia dimana pengunjung didapati membuang wang syiling, batu, kayu bahkan sampah juga turut dibuang disini.

Akibatnya, benda-benda yang dibuang itu tertanam di dasar kolam dan lama kelamaan ia menyumbat saluran-saluran air panas itu di dasar kolam. Putaran air terganggu dan suhu air pun menurun. Kolam yang tadinya berwarna biru dengan wap yang mengepul-ngepul panasnya air kini tidak lagi panas.

Suhunya lalu menurun dan bakteria pun mula masuk menyebabkan warna biru berubah menjadi kuning, orange dan coklat tembaga. Pada awalnya bakteria hanya ada di pinggir kolam namun seiring dengan makin menurunnya suhu maka bakteria masuk hingga ke tengah. Warna biru kehijauan yang mendominasi kolam itu kini tidak lagi tetapi sebaliknya warna kuning, orange dan coklat tembaga mulai dilihat tersebar.

Jika keadaan ini tidak segera diatasi, mungkin suatu hari nanti keindahan kolam air panas ini akan tinggal kenangan.




Koleksi Suara Hati