Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Tuesday, October 25, 2016

7 CARA MUDAH HINDAR MENGANTUK DI PEJABAT...

Gambar hiasan...

Umum mengetahui bahawa tidur adalah satu keperluan dalam hidup selain makan. Ini kerana pada waktu itu badan dapat berehat daripada menjalankan kerja-kerjanya.

Tidur juga mampu memberikan tenaga yang akan digunakan apabila melakukan aktiviti harian. Bagaimanapun ada ketikanya rasa mengantuk tetap menyerang walaupun telah mendapatkan waktu tidur yang cukup. Ada yang terpaksa bersengkang mata walaupun tubuh sudah minta direhatkan terutama sekali tatkala berada di pejabat.

Berikut adalah beberapa tip yang sesuai dipraktikkan bagi mengurangkan rasa mengantuk ketika di pejabat.

1. Mandi Sinar Matahari...

Sinar matahari adalah kaedah semula jadi untuk membuka mata yang sedang mengantuk. Sekiranya mata mula berasa berat, maka segeralah cari sinar matahari yang menembusi cermin pejabat anda. Biarkan wajah dan tubuh anda mengenai sinaran tersebut dan selepas itu rasailah perubahannya.

2. Minum Banyak Air...

Salah satu punca yang membuatkan mata mudah mengantuk adalah disebabkan dehidrasi. Apabila anda berhadapan masalah tersebut maka perasaan mengantuk, bingung dan mudah lupa menguasai. Penyelesaiannya adalah dengan minum banyak air bagi mengembalikan kesegaran mata dan tubuh. Justeru, pastikan botol minuman anda sentiasa berisi dengan air, ya!

3. Ambil Sarapan...

Terdapat satu kajian mendapati individu yang mengambil sarapan lebih bertenaga daripada aspek mental mahupun fizikal. Ini kerana, pengambilan sarapan sebenarnya membantu menurunkan hormon kartisol yakni hormon stres yang menjadi punca utama mengantuk. Oleh itu, sebelum masuk ke pejabat, pastikan perut telah diisi dengan makanan yang sesuai (tidak terlalu berat) bagi mengelakkan mata semakin berat.

4. Berjalan Kaki...

Adakah anda pernah tertidur apabila duduk dalam tempoh masa yang agak lama walaupun ketika menaip di hadapan komputer. Usah terkejut kerana ia perkara normal dan biasa terjadi. Cara mengatasinya cukup mudah iaitu bangun dari kerusi dan berjalan seketika di sekitar ruang kerja anda secara perlahan.

5. Tarik Nafas Dalam...

Apabila mata mulai rasa mengantuk, cuba cara ini. Duduk pada posisi relaks kemudian tarik nafas perlahan-lahan sedalam yang mungkin dan hembus untuk enam ke-10saat. Dipercayai, ia mampu meningkatkan pengaliran oksigen di dalam aliran darah sekali gus membuatkan mata kembali celik dan bertenaga.

6. Mendengar Muzik...

Ramai tahu bahawa muzik adalah terapi yang baik pada tubuh. Muzik juga dipercayai membantu meningkatkan kembali tenaga yang kian berkurangan akibat mengantuk. Bagaimanapun pastikan lagu yang didengar itu bukanlah irama yang membuai perasaan hingga membuatkan anda lebih seronok tidur daripada bekerja.

7. Meregangkan Tubuh...

Mungkin ada yang sukar atau malas berjalan di sekitar ruang kerja bagi menghilangkan mengantuk. Tidak mengapa, masih ada kaedah lain yang boleh dicuba. Antara teknik yang dicadangkan ialah regangkan seketika tubuh setiap setengah jam menggunakan regangan yang mudah dilakukan selain tidak mengganggu teman-teman sekerja lain. Pastinya selepas itu, mata dan tubuh anda akan kembali bersemangat untuk bekerja semula.

Friday, January 7, 2011

KUNYIT MAMPU CEGAH PENUAAN


Kunyit merupakan salah satu penyembuh semula jadi yang berkuasa. Berkurun lamanya kunyit telah digunakan dalam kehidupan manusia.

Di India, kunyit banyak sekali kegunaannya. Ia juga adalah tempat pertama kunyit digunakan sebagai pewarna sebelum ia menjadi herba yang popular dan terkenal seperti sekarang.


Kunyit atau nama saintifiknya Curcuma long merupakan tanaman yang berkait rapat dengan halia. Dikenali juga dengan nama turmeric (Inggeris), herba ini banyak ditanam di negara Asia, iaitu India terutamanya dan Afrika.


Tanaman kunyit merupakan tumbuhan bercabang. Batangnya tegak, bulat dan membentuk rimpang dengan warna hijau kekuningan. Batangnya tersusun dari pelepah daun. Daunnya tunggal, berbentuk bulat telur, mempunyai tulang dan berwarna hijau.


Pokok kunyit mempunyai bunga yang akan keluar dari pucuk batang. Bunganya mempunyai mahkota dan berwarna putih kekuningan. Rimpang kunyit berwarna oren kecoklatan. Manakala isi rizomnya berwarna oren kekuning-kuningan.


Akar atau rizom dan daunnya, adalah bahagian pokok yang digunakan untuk tujuan perubatan dan penyediaan makanan. Secara umumnya, sebelum bahagian-bahagian ini digunakan, ia akan direbus dam kemudiannya dikeringkan sebelum diproses menjadi serbuk. Curcumin, bahan aktif di dalam kunyit memiliki kandungan antioksidan dan dikatakan amat kuat seperti vitamin C dan E.


Selain digunakan untuk tujuan pewarnaan fabrik, kunyit juga adalah bahan yang amat penting dalam penyediaan makanan. Bukan itu sahaja, melalui pelbagai kajian juga telah mendapati bahawa kunyit juga turut mempunyai khasiat ubatan yang dikatakan mampu digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan.


Kunyit telah digunakan dalam perubatan Ayurveda dan perubatan Cina sebagai antiradang, bagi merawat masalah pencernaan dan hati, penyakit kulit, dan juga luka-luka. Bukan itu sahaja, melalui penyediaan juga telah mendapati bahawa kunyit juga mampu memberi khasiat berguna dalam rawatan penyakit daripada kanser sehinggalah kepada penyakit alzheimer.


Dalam perubatan ayurveda, ekstrak rizom yang telah dicampurkan dengan air panas digunakan sebagai minuman bagi mengurangkan masalah keradangan. Dalam perubatan ini juga kunyit dianggap sebagai herba ‘rasayana’. Untuk tujuan ini, kunyit digunakan untuk menghalang proses penuaan.


Rawat kemurungan Curcumin di dalam kunyit dikatakan mampu merangsang pundi hempedu dalam menghasilkan hempedu, dan tindakan ini mampu memperbaiki pencernaan. Malah di negara Jerman kunyit telah diterima sebagai herba yang selamat untuk merawat masalah pencernaan.


Perubatan Unani telah menggunakan kunyit untuk merawat pelbagai masalah kesihatan seperti masalah hati yang tersekat dan demam kuning. Ia juga turut digunakan untuk kegunaan luar bagi merawat ulser dan keradangan. Kunyit yang telah dipanggang pula digunakan sebagai ramuan untuk merawat disenteri. Kunyit turut digunakan dalam serbuk atau ubat gigi.


Di negara seperti India,Pakistan dan Bangladesh, rizom kunyit adalah bahagian yang banyak digunakan dalam pelbagai cara. Reputasi rizom kunyit ini amat terkenal sehinggakan ia mampu melegakan asma dan batuk. Malah kebanyakan daripada penggunannya secara tradisional ini juga banyak disokong oleh bukti saintifik.


Selain khasiat yang telah diceritakan ini, kunyit juga memiliki pelbagai kebaikan lain. Agen antiseptik dan antibakteria semula jadi dalam kunyit berguna dalam membersihkan luka. Dikatakan jika dicampurkan dengan kubis bunga, kunyit menunjukkan mampu mencegah kanser prostat dan menghentikan pembesaran kanser prostat yang wujud.


Dalam kajian yang telah dilakukan terhadap tiks ujian, dikatakan kunyit mampu mencegah kanser payudara daripada merebak ke organ paru-paru. Kunyit juga mampu mencegah dan memperlahankan peningkatan penyakit Alzheimer melalui cara membuang pembinaan plak amylod dalam otak.


Kunyit juga dikatakan mampu mencegah metastates muncul dalam kebanyakan bentuk kanser yang berbeza. Ia juga disebutkan mampu mengurangkan risiko leukemia ketika kanak-kanak. Tumbuhan ini turut mampu membantu dalam metabolisme lemak dan pengawalan berat badan. Dalam perubatan Cina, kunyit telah lama digunakan dalam rawatan kemurungan.


Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan yang ditunjukkan oleh kunyit, namun begitu penggunaanya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.


Artikel ini dipetik dari
M
ajalah Mingguan Wanita
Jan 2011 m/s 50


Wednesday, January 5, 2011

PETUA UNTUK MENGELAK GIGITAN SERANGGA

Gigitan serangga menjadi sesuatu yang paling tidak digemari ramai orang. Digigit nyamuk sekalipun pasti tak lena tidur malam. Apatah lagi bila digigit serangga berbisa seperti tebuan dan sebagainya. Gatal-gatal, bengkak dan mungkin keracunan boleh terjadi akibat gigitan serangga. Amalkanlah makanan berikut untuk mengelak serta mengubati sengatan serangga.

  • BAWANG PUTIH


Tambah ImejTambah Imej

Bawang putih sering kita ketepikan apabila terjumpa di dalam makanan. Bau peluh yang dikeluarkan oleh bawang putih akan menghindarkan gigitan serangga. Jadi, bagi yang ingin berkhemah atau melakukan perjalanan mendaki gunung yang diketahui banyak serangga, makanlah bawang putih setiap hari sepanjang anda di dalam perjalanan.


  • SERBUK SUSU





Selain makan bawang serbuk, susu juga boleh anda gunakan. Campurkan serbuk susu dengan air secukupnya, tetapi tidak terlalu cair. Cukup sekadar boleh disapukan pada bahagian gigitan serangga tadi. Susu akan meneutralkan racun dari gigitan serangga.


  • GARAM

Sebuah kilang garam yang terdapat di Negara kita


Garam yang telah siap diproses

Sengatan dari serangga atau gigitan nyamuk tentunya mengganggu ketenteraman anda. Siapkan garam untuk meneutralkan sengatan atau gigitan serangga tersebut. Campurkan air dengan garam dan rendamkan bahagian tubuh yang terkena sengatan tadi. Gatal-gatal akan hilang.


  • BAWANG MERAH


Tumbuk bawang merah sehingga menghasilkan cairan dari bawang merah tersebut. Sapukan pada tubuh untuk mengelakkan digigit atau disengat serangga.


  • OREN/LIMAU ATAU LEMON



Mungkin anda tidak gemarkan bawang atau tidak selesa jika disapukan pada tubuh. Cara lain yang boleh anda gunakan adalah jus dari oren atau limau ataupun lemon. Dapat elakkan gigitan serangga, tubuh juga berbau harum.


  • CUKA EPAL


Jika anda mahu berkhemah, bawalah juga cuka epal dan makan tiga sudu setiap hari. Amalkan sepanjang anda berkhemah kerana ia akan membuatkan serangga tidak mahu mendekati anda.


  • VANILA



Ramai yang sukakan bau lembut dari vanila. Tak kurang juga baunya yang membuatkan kita teringatkan makanan. Di dalam kajian, serangga tidak sukakan bau vanila. Oleh itu, apa kata anda cuba campurkan vanila dengan air dan sapukan pada tubuh untuk mengelakkan gigitan serangga.

9 TIPS ELAK MAKAN BERLEBIHAN

Makan terlalu cepat membuatkan anda cenderung makan berlebihan. Kadar respons organ pencernaan tubuh lebih lambat berbanding dengan kecepatan makanan yang masuk ke dalam tubuh. Jadi, cubalah makan perlahan-lahan agar tubuh sempat memberikan signal bahawa anda sudah kenyang.


  • AMBIL NAFAS


Setelah mencuci tangan dan duduk di meja makan, jangan buru-buru mengambil makanan yang dihidangkan. Ambil masa anda dahulu dan bertenang. Ambil nafas, dan perlahan-lahan mengambil makanan sebelum dimakan. Cara ini, anda sedar apa yang dihidangkan di atas meja, dan apa yang sedang anda nikmati. Jangan jadikan meja makan gelanggang perlumbaan makanan anda.


  • BERI PERHATIAN



Lagi satu tip yang boleh anda amalkan adalah beri perhatian pada setiap makanan yang anda makan. Makanan yang enak dan menarik, tentunya bukan hanya mulut dan tekak anda sahaja yang perlu menikmatinya. Mata dan fikiran anda juga perlu sama-sama mendapat habuan untuk menikmatinya bukan. Perhatikan bentuk makanan dan komposisi warna hidangan di samping anda menikmati rasanya.


  • SELESAIKAN SETIAP KUNYAHAN



Jangan sesekali memotong makanan yang lain di dalam pinggan sebelum makanan yang sedang anda kunyah telah habis di telan. Misalnya, anda memakan stik. Pastikan bahagian yang anda sedang kunyah telah habis ditelan, barulah anda potong bahagian kecil yang lain untuk dimakan. Ini cara terbaik agar anda tidak terburu-buru menelan makanan yang belum habis dikunyah semata-mata kerana makanan di garpu tersedia untuk disuapkan ke mulut.


  • POTONGAN KECIL


Potongan kecil yang sering menjadi ukuran anda ketika menyuapkan ke mulut sebenarnya boleh dikecilkan lagi menjadi dua bahagian. Ini sebenarnya boleh membantu anda untuk lambat menyuap makanan seterusnya ke mulut. Juga, boleh melambatkan anda makan agar memberi peluang kepada tubuh memberi signal anda sudah kenyang.


  • AKTIVITI


Jangan makan sambil melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti menonton tv, bekerja atau membaca. Makan sambil melakukan aktiviti tidak memungkinkan anda untuk memerhatikan serta menikmati makanan dengan sebaiknya. Berkemungkinan, anda sendiri telah lupa bahawa anda telah makan makanan tersebut disebabkan rasa tidak puas. Bayangkan ia berlaku, pasti anda akan makan berlebihan bukan?


  • KAWAL KUANTITI



Kendalikan kuantiti makanan yang masuk ke dalam mulut anda. Ketika di restoran, kuantitinya mungkin sukar dikawal, tetapi apa yang boleh anda lakukan adalah dengan memilih makanan yang boleh memberi ruang kepada anda untuk mengurangkan kuantitinya. Contohnya, ambil nasi berlauk. Dari nasi hingga lauk pauk yang anda pilih sendiri, pasti boleh dikawal sepenuhnya oleh anda.


  • GANTIKAN UKURAN PINGGAN



Biasanya mungkin anda menggunakan pinggan nasi yang leper dan besar. Pinggan sebegini memperlihatkan seolah-olah anda mengambil sedikit sahaja makanan kerana ilusi ruang pinggan yang besar.


Gantikanlah dengan pinggan nasi yang lebih kecil. Ilusi pinggan kecil amat berguna kerana makanan yang anda letakkan di pinggan mudah kelihatan penuh dan banyak. Ia membuatkan anda ragu-ragu untuk menambah makanan lagi bukan?


  • TUNGGU WAKTU




Sekiranya anda ingin menambah makanan setelah makanan pertama yang anda ambil tadi dihabiskan, cuba tunggu beberapa saat. Makanan yang dimakan tadi masih belum dicernakan dengan sempurna di dalam perut anda sehingga membuatkan anda berasa masih lapar. Jika dalam tempoh antara 10 hingga 20 minit anda masih terasa lapar, teruskanlah menambah makanan. Jika sudah kenyang, hentikan makan.