Showing posts with label dinner. Show all posts
Showing posts with label dinner. Show all posts

Sunday, October 6, 2013

MAJLIS MAKAN MALAM BPMB 2013...

Tatkala mendapat undangan dari Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) untuk sama-sama menyertai Majlis Makan Malam Syarikat tersebut tahun 2013 dengan temanya "HIKAYAT 1001 MALAM", aku sangat-sangat berbesar hati dan tidak sabar-sabar menunggu tarikhnya iaitu pada 5 Oktober 2013 (malam tadi) bermula jam 8 hingga 12 tengah malam bertempat di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.  

Undangan yang aku terima ini bukanlah di sebabkan aku seorang wartawan hiburan atau aku seorang komposer, ataupun seorang blogger. tetapi undangan yang aku terima ini adalah kerana isteriku bertugas di Bank tersebut sejak lebih 20 tahun yang lalu dan sejak lebih 20 tahun itulah juga, aku tidak pernah ketinggalan untuk menerima undangan tersebut kerana majlis turut diserikan oleh artis-artis terkenal tanahair.

Walaupun aku bukan staf BPMB, tetapi kisah kejayaan BPMB sepertimana yang diumumkan oleh  Pengerusinya setiap kali majlis makan malam berlangsung memberi satu inspirasi kepadaku untuk terus berkhidmat dengan lebih gigih dan tekun dalam membantu syarikat tempat aku bertugas di sektor perladangan agar turut  sama mencapai kejayaan seperti mana yang dicapai oleh BPMB, 

Tetapi aku sedar bahawa Syarikat tempat aku bertugas terpaksa bergantung kepada harga pasaran komoditi sawit dan getah yang sentiasa turun naik di harga pasaran menyebabkan Syarikat tidak dapat mengekalkan kecemerlangan pada setiap tahun atas faktor yang dinyatakan di atas dan ini sekaligus tidak dapat menandingi BPMB yang sentiasa cemerlang dari tahun ke tahun. Walaubagaimanapun aku tetap berbangga dengan Syarikat aku yang banyak membantu Kerajaan dalam hasrat membantu masyarakat luar bandar.   

Sepertimana pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi BPMB iaitu  Tan Sri Dato' Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah bahawa keuntungaan BPMB sehingga Ogos 2013 sebelum cukai ialah sebanyak RM400 juta lebih dan ianya merupakan satu pencapaian yang membanggakan melebihi pencapaian dari tahun-tahun sebelumnya. 

Ucapan penghargaan turut diberikan kepada semua staf BPMB dari semua peringkat kerana memberikan komitmen yang tinggi semasa menjalankan tugas sehingga BPMB mendapat kejayaan dan berdiri setanding dengan Syarikat-syarikat korporat besar yang lain.  

Majlis pada malam itu diacarakan oleh penyampai radio popular iaitu Linda Onn, dan diserikan oleh artis terkenal seperti Dato' M. Nasir, Misha Omar dan Musli Ramlee (Klon Allahyarham Tan Sri P. Ramlee). 

Sepanjang 20 kali aku menyertai majlis makan malam BPMB, banyak juga artis-artis yang telah dapat aku saksikan persembahan mereka secara live di antaranya Jamal Abdillah, Anuar Zain, Jacqualin Victor, Ella, Ziana Zain, Hattan, Dato Shila Majid, Ning Baizura, Shiela Hamzah, Allahyarham Dato' Ahmad Daud, Fauziah Latiff, Ramlah Ram, Wahid Satay, Bob Lokman, Salleh Yaakob, Sharifah Shahirah, Dee, Haris Iskandar dan ramai lagi yang aku dah tak ingat. 

Dalam banyak-banyak persembahan mereka, yang lebih aku memberi perhatian ialah kepada artis-artis yang menyanyi diiringi live band berbanding tanpa live band kerana bagi aku, menyanyi dengan iringan live band dapat mengukur tahap dan kehebatan seseorang artis itu. Di samping itu juga ianya dapat menguji cara nyanyian yang berbeza antara iringan live band atau tanpa live band kerana pemuzik tidak terikat dengan irama asal tetapi lebih kepada kreativiti dan artis pula perlu mensesuaikan nyanyian mereka dengan muzik, tempo serta melodi yang dimainkan oleh pemuzik professional. Dari sinilah kita dapat mengukur kebolehan seseorang artis itu, tidaklah persembahan mereka seperti nyanyian di pusat-pusat karaoke sahaja.      

Walaupun malam tadi artis undangannya Misha Omar dan Musli Ramlee, tetapi oleh kerana mereka tidak menyanyi diiringi live band, maka aku tidak merakam persembahan mereka, tetapi merakam persembahan Dato' M. Nasir kerana beliau diiringi dengan live band. Walaupun Dato' M. Nasir menyanyi lebih kurang 5 buah lagu, tapi aku hanya sempat merakam satu lagu sahaja kerana lagu Hati Emas ialah salah satu lagu favourite aku dulu, kini dan selamanya.

Saksikan rakaman lagu Hati Emas yang telah diupload ke Youtube disamping gambar-gambar majlis makan malam yang lainnya.


Video Dato' M. Nasir yang aku dah upload ke youtube
dengan lagu Hati Emas diiringan pemuzik professional...

Rakan semeja yang merupakan staf BPMB...

Puan Ziela dan suami...

Dato' M. Nasir...

Staf BPMB sedang memberikan tumpuan keatas persembahan Dato' M. Nasir...





















Pemenang Cabutan Tiket Bertuah tempat Kedua bernilai RM6,000...
Pemenang tempat ketiga RM3,000 (Tak sempat ambil gambar)...

Linda Onn sedang mengumumkan pemenang cabutan bertuah tempat pertama...


Ianya dimenangi oleh staf yang aku tak tau namanya....
Cabutan tiket bertuah yang lain lebih kurang 100 cabutan 
telah di paparkan di skrin dan hadiah boleh dituntut 
pada hari Isnin (7/10/2013) di pejabat...

Sesuai dengan tema pada malam itu "Hikayat 1001 Malam" 
jadi pakaian staf pun mestilah menepati tema sebab 
hadiah pakaian terbaik turut disediakan...




AJ dan Lina...




Lina (kiri) dan Zana...

Dari kiri: Zana, Zaidah dan Lina...


Jika sekiranya kawan-kawan yang sudi mengirimkan gambar-gambar rakaman mereka untuk dimuatkan ke dalam blog ini, sila email ke alamat seperti di bawah:

aj_serdang@yahoo.co.in

Terima kasih...

    

Tuesday, January 25, 2011

MAJLIS MALAM KESURA

Majlis Malam Kesura yang diadakan di Hotel Flamingo, Jalan Ampang pada 21 Januari 2011 amat meriah sekali. Ahli KESURA yang hadir pada malam itu sangat 'sporting' apabila kebanyakan dari mereka datang dengan mengenakan pakaian mengikut tema iaitu 'Wild Wild West'.

CEO Syarikat yang merasmikan majlis tersebut turut mengenakan pakaian ala cowboy dan melahirkan rasa kagum terhadap persembahan yang ditunjukkan oleh bakat-bakat yang selama ini terpendam lantaran majlis seperti ini telah lama tidak diadakan.

Ada beberapa ketikanya semasa persembahan dibuat, beliau terpaksa diberitahu bahawa semua yang membuat persembahan pada malam itu adalah terdiri dari staf syarikat sendiri dan bukannya artis popular tanah air. Akhirnya didalam ucapannya, beliau mengakui bahawa selama ini ia telah banyak hadir didalam majlis-majlis 'dinner' yang dianjurkan oleh berbagai agensi atau syarikat lain tetapi tidak semeriah sepertimana majlis KESURA pada malam itu.

Diatas rasa kekagumannya itu, beliau telah mengumumkan akan memberi peruntukan kewangan supaya Syarikat dapat menubuhkan sebuah kelab kebudayaannya sendiri. Semua yang ada didewan telah memberikan satu tepukan gemuruh diatas pengumuman itu.

Terima kasih Tuan CEO.

Walaupun tema 'Wild Wild West' yang dipilih pada majlis ini tetapi kebudayaan masyarakat kita tidak dilupakan kerana selain nyanyian berentak country dengan petikan gitar, tarian zapin, boria, koir serta tarian irama hindustan (yang sudah sebati dengan masyarakat melayu) turut dipersembahkan, begitu juga dengan beberapa sketsa dan lakonan oleh staf juga turut dipersembahkan.

Kegembiraan, kemeriahan dan kepuasaan jelas terpancar pada wajah-wajah yang hadir dan mereka mengharapkan supaya majlis seperti ini dijadikan acara tetap tahunan.

Akhir sekali acara yang dinantikan-nantikan pun tiba apabila cabutan bertuah dibuat dimana 84 hadiah telah disediakan yang merupakan barangan elektrik seperti TV LCD 42', 32' dan 24', Peti sejuk, mesin basuh, notebook, PS2, kipas angin, DVD player, pembakar roti, seterika Coffee mixer, Tooster, baucer Jaya Jusco bernilai RM200 dan banyak lagi yang tidak dapat diterangkan disini.

En. Abd. Razak b. Mohd Yusoof dan Cik Norgelalila telah dipilih sebagai 'Prince' dan 'Princess' pada malam itu kerana berpakaian mengikut tema dan hadiah kepada mereka telah di sumbangkan oleh pihak hotel Flamingo itu sendiri.

Ahli yang tidak memenangi cabutan bertuah tetap tidak dihampakan apabila mereka dibekalkan dengan sebuah jam yang ditempah khas berlogokan 'KESURA' disamping logo Syarikat.

Tn. Hj. Juzilman Basir, CEO Syarikat
sedang menyampaikan ucapan

Diantara pegawai kanan yang hadir.
Dari kiri : Tn. Hj. Pak Ku Radzi, Tn. Hj. Asmat Sumarto dan Mr Lew

Gadis-gadis Syarikat bersama bunga telor
menanti ketibaan Tuan CEO


Dari kiri Sarah, ? dan Syazana dengan minuman orange.
Sama je size. Adik beradik ke?

Dari kiri : Perzeah, Mahanom, Faridah dan Noraishah
menunggu 'green light' sebelum dapat menikmati jamuan

Dari kiri: Zura dan rakan-rakan dari Bahagian Kewangan

Dari kiri : Marziah, Ruby dan Zailifah diantara
Otai yang turut hadir memberi sokongan

Gadis-gadis ni mungkin staf baru kot dan
aku tidak berapa kenal mereka ini....
sorry...jangan marah...
(nanti kalau dah tahu nama, aku edit balik)

Dari kiri : Robaaishah, Zabedah, Rahemah
(ketiga-tiga mereka ini gadis Melayu Asli)
manakala Mariam (Mary) gadis Cowboy...

member lama...
Dara Esah (Yg. melambai) turut ditemui pada malam itu

Dari kiri : Jamal, Husni dan Rahman menikmati hidangan

Kelakar.... Tema 'Wild Wild West'
tapi menunya kari ikan, ayam masak merah, daging rendang dan sup daging

En. Aris dari FNSB turut membeli sebuah meja pada malam itu

Staf FNSB

En. Mohammad dan Pn. Dina
diberi tanggungjawab mengacarakan majlis



PERSEMBAHAN PUN BERMULA

Lagu-lagu medley yang didendangkan. Diantaranya 'Halimah Jongang'
dan 'Smile' yang dipopularkan oleh Kumpulan Bee Gees


Dari kiri : Mustakim, Fiza, Awie dan Khawari membuat persembahan

Dari kiri : Amy, Liza dan Zafrul

Awie mendendangkan sebuah dengan penuh perasaan

Satu pose istimewa dari artis-artis 'Wild Wild West'
selepas selesai persembahan.
Oya (baju hitam) sungguh cun sekali pada malam itu...


KEBUDAYAAN MELAYU


Artis-artis kebudayaan bergambar
sebelum membuat persembahan

Artis ditengah-tengah...
Kebudayaan pun bukan koboi pun bukan

Siti Khatijah diapit
oleh hantu misteri nusantara.
"Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri"

Gadis-gadis tumpuan lensa pada malam itu

Shahira dan Azlina

Pn. Dina diapit oleh artis kebudayaan

Pn. Dina bersama jurusoleknya Fiza
yang juga penyanyi bersuara merdu


Mereka hadir memberi sokongan
dengan memakai pakaian mengikut tema
Dari kiri : Azman, Jaafar dan Faisal


ACARA CABUTAN BERTUAH DAN
PENYAMPAIAN HADIAH

Tn. Hj. Ismail Alwi membuat cabutan bertuah

Tn. Hj. Anuar Yahya menyampaikan hadiah
kepada Nor Azah dari Bhg. Khidmat Teknikal

Syarifah Noor Irma dari Bahagian Khidmat Ladang
turut memenangi hadiah cabutan bertuah

Lupa pulak nama budak FNSB ni...
Dia pun dapat jugak hadiah cabutan bertuah

Tuan Hj. Juzilman Basir CEO Syarikat sedang menyampaikan hadiah
kepada En. Ali Sidek selaku Pengurus pasukan Rumah Biru
yang menjadi Juara Keseluruhan sukan antara rumah

Cik Norgelaila dari FUESB dinobatkan sebagai 'Princess'
pada malam KESURA kerana berpakaian menepati tema.
(bujang lagi. Sapa nak himpit mesti dapat permision dari aku dulu
sebab kat ofis, bilik dia sebelah bilik aku)

Cik Norgelaila diapit oleh rakan-rakan sepejabat beliau.

"Asyik depa je nak bergambar....aku pun nak jugak..."
AJ kanan sekali bersama Staf FUESB.
Oleh kerana aku tak berpakaian koboi macam dia orangtu
jadi gambarpun tak berupa nak menjadi sebab tu jadi kelabu.
kalau tak percaya clik pada gambar tu untuk besarkan.


  • Terima Kasih pada Pn. Mazni dari FNSB kerana sudi menyumbangkan gambar-gambar eksklusif Malam KESURA untuk dikongsi bersama.
  • Gambar-gambar yang tak terang tu dari kamera aku sendiri. "Tak ade ke sape-sape yang nak sponsor kamera digital untuk aku supaya aku lebih aktif merakam gambar pada majlis-majlis yang akan datang."