Tuesday, January 25, 2011

MAJLIS MALAM KESURA

Majlis Malam Kesura yang diadakan di Hotel Flamingo, Jalan Ampang pada 21 Januari 2011 amat meriah sekali. Ahli KESURA yang hadir pada malam itu sangat 'sporting' apabila kebanyakan dari mereka datang dengan mengenakan pakaian mengikut tema iaitu 'Wild Wild West'.

CEO Syarikat yang merasmikan majlis tersebut turut mengenakan pakaian ala cowboy dan melahirkan rasa kagum terhadap persembahan yang ditunjukkan oleh bakat-bakat yang selama ini terpendam lantaran majlis seperti ini telah lama tidak diadakan.

Ada beberapa ketikanya semasa persembahan dibuat, beliau terpaksa diberitahu bahawa semua yang membuat persembahan pada malam itu adalah terdiri dari staf syarikat sendiri dan bukannya artis popular tanah air. Akhirnya didalam ucapannya, beliau mengakui bahawa selama ini ia telah banyak hadir didalam majlis-majlis 'dinner' yang dianjurkan oleh berbagai agensi atau syarikat lain tetapi tidak semeriah sepertimana majlis KESURA pada malam itu.

Diatas rasa kekagumannya itu, beliau telah mengumumkan akan memberi peruntukan kewangan supaya Syarikat dapat menubuhkan sebuah kelab kebudayaannya sendiri. Semua yang ada didewan telah memberikan satu tepukan gemuruh diatas pengumuman itu.

Terima kasih Tuan CEO.

Walaupun tema 'Wild Wild West' yang dipilih pada majlis ini tetapi kebudayaan masyarakat kita tidak dilupakan kerana selain nyanyian berentak country dengan petikan gitar, tarian zapin, boria, koir serta tarian irama hindustan (yang sudah sebati dengan masyarakat melayu) turut dipersembahkan, begitu juga dengan beberapa sketsa dan lakonan oleh staf juga turut dipersembahkan.

Kegembiraan, kemeriahan dan kepuasaan jelas terpancar pada wajah-wajah yang hadir dan mereka mengharapkan supaya majlis seperti ini dijadikan acara tetap tahunan.

Akhir sekali acara yang dinantikan-nantikan pun tiba apabila cabutan bertuah dibuat dimana 84 hadiah telah disediakan yang merupakan barangan elektrik seperti TV LCD 42', 32' dan 24', Peti sejuk, mesin basuh, notebook, PS2, kipas angin, DVD player, pembakar roti, seterika Coffee mixer, Tooster, baucer Jaya Jusco bernilai RM200 dan banyak lagi yang tidak dapat diterangkan disini.

En. Abd. Razak b. Mohd Yusoof dan Cik Norgelalila telah dipilih sebagai 'Prince' dan 'Princess' pada malam itu kerana berpakaian mengikut tema dan hadiah kepada mereka telah di sumbangkan oleh pihak hotel Flamingo itu sendiri.

Ahli yang tidak memenangi cabutan bertuah tetap tidak dihampakan apabila mereka dibekalkan dengan sebuah jam yang ditempah khas berlogokan 'KESURA' disamping logo Syarikat.

Tn. Hj. Juzilman Basir, CEO Syarikat
sedang menyampaikan ucapan

Diantara pegawai kanan yang hadir.
Dari kiri : Tn. Hj. Pak Ku Radzi, Tn. Hj. Asmat Sumarto dan Mr Lew

Gadis-gadis Syarikat bersama bunga telor
menanti ketibaan Tuan CEO


Dari kiri Sarah, ? dan Syazana dengan minuman orange.
Sama je size. Adik beradik ke?

Dari kiri : Perzeah, Mahanom, Faridah dan Noraishah
menunggu 'green light' sebelum dapat menikmati jamuan

Dari kiri: Zura dan rakan-rakan dari Bahagian Kewangan

Dari kiri : Marziah, Ruby dan Zailifah diantara
Otai yang turut hadir memberi sokongan

Gadis-gadis ni mungkin staf baru kot dan
aku tidak berapa kenal mereka ini....
sorry...jangan marah...
(nanti kalau dah tahu nama, aku edit balik)

Dari kiri : Robaaishah, Zabedah, Rahemah
(ketiga-tiga mereka ini gadis Melayu Asli)
manakala Mariam (Mary) gadis Cowboy...

member lama...
Dara Esah (Yg. melambai) turut ditemui pada malam itu

Dari kiri : Jamal, Husni dan Rahman menikmati hidangan

Kelakar.... Tema 'Wild Wild West'
tapi menunya kari ikan, ayam masak merah, daging rendang dan sup daging

En. Aris dari FNSB turut membeli sebuah meja pada malam itu

Staf FNSB

En. Mohammad dan Pn. Dina
diberi tanggungjawab mengacarakan majlis



PERSEMBAHAN PUN BERMULA

Lagu-lagu medley yang didendangkan. Diantaranya 'Halimah Jongang'
dan 'Smile' yang dipopularkan oleh Kumpulan Bee Gees


Dari kiri : Mustakim, Fiza, Awie dan Khawari membuat persembahan

Dari kiri : Amy, Liza dan Zafrul

Awie mendendangkan sebuah dengan penuh perasaan

Satu pose istimewa dari artis-artis 'Wild Wild West'
selepas selesai persembahan.
Oya (baju hitam) sungguh cun sekali pada malam itu...


KEBUDAYAAN MELAYU


Artis-artis kebudayaan bergambar
sebelum membuat persembahan

Artis ditengah-tengah...
Kebudayaan pun bukan koboi pun bukan

Siti Khatijah diapit
oleh hantu misteri nusantara.
"Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri"

Gadis-gadis tumpuan lensa pada malam itu

Shahira dan Azlina

Pn. Dina diapit oleh artis kebudayaan

Pn. Dina bersama jurusoleknya Fiza
yang juga penyanyi bersuara merdu


Mereka hadir memberi sokongan
dengan memakai pakaian mengikut tema
Dari kiri : Azman, Jaafar dan Faisal


ACARA CABUTAN BERTUAH DAN
PENYAMPAIAN HADIAH

Tn. Hj. Ismail Alwi membuat cabutan bertuah

Tn. Hj. Anuar Yahya menyampaikan hadiah
kepada Nor Azah dari Bhg. Khidmat Teknikal

Syarifah Noor Irma dari Bahagian Khidmat Ladang
turut memenangi hadiah cabutan bertuah

Lupa pulak nama budak FNSB ni...
Dia pun dapat jugak hadiah cabutan bertuah

Tuan Hj. Juzilman Basir CEO Syarikat sedang menyampaikan hadiah
kepada En. Ali Sidek selaku Pengurus pasukan Rumah Biru
yang menjadi Juara Keseluruhan sukan antara rumah

Cik Norgelaila dari FUESB dinobatkan sebagai 'Princess'
pada malam KESURA kerana berpakaian menepati tema.
(bujang lagi. Sapa nak himpit mesti dapat permision dari aku dulu
sebab kat ofis, bilik dia sebelah bilik aku)

Cik Norgelaila diapit oleh rakan-rakan sepejabat beliau.

"Asyik depa je nak bergambar....aku pun nak jugak..."
AJ kanan sekali bersama Staf FUESB.
Oleh kerana aku tak berpakaian koboi macam dia orangtu
jadi gambarpun tak berupa nak menjadi sebab tu jadi kelabu.
kalau tak percaya clik pada gambar tu untuk besarkan.


  • Terima Kasih pada Pn. Mazni dari FNSB kerana sudi menyumbangkan gambar-gambar eksklusif Malam KESURA untuk dikongsi bersama.
  • Gambar-gambar yang tak terang tu dari kamera aku sendiri. "Tak ade ke sape-sape yang nak sponsor kamera digital untuk aku supaya aku lebih aktif merakam gambar pada majlis-majlis yang akan datang."

4 comments:

  1. Kalau ada kawan-kawan yang merasakan gambarnya tak perlu disiarkan, sila call saya ext 1162 untuk diedit.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Boleh tubuhkan kelab kebudayaan tapi bonos jangan pulak bayar kurang.

    Bukan nak banyak, 4 bulan samarata pun dah cukup sebab tahun lepas harga sawit dan getah cantik...

    ReplyDelete
  3. Kenape meja nampak banyak kosong?

    Mane-mane sykt pun same kalau aliran staf terbahagi dua iaitu satu nak kan islamik manakala satu lagi sosialis.

    Ape2 pun tabik kat AJK Kelab dan staf yg terlibat.

    ReplyDelete
  4. Ada maklumbalas dari kengkawan kata blog ni bercirikan islamik tapi gambar yang disiarkan bertentangan.

    Aku sekadar melapur dan memaparkan apa yang berlaku. Kepada kawan yang berkenaan kini beliau sudah tahu dan silalah dekati org2 yang berkenaan untuk didakwahkan.

    ReplyDelete