Wednesday, January 5, 2011

DAGING KAMBING PILIHAN RAMAI MASAKINI

Ladang ternakan lembu

Seekor kambing yang sihat

Daging lembu lebih banyak menjadi pilihan ramai. Berbeza pula dengan daging kambing yang sering dihindari kerana memikirkan ia menjadi punca hipertensi. Tetapi, tahukah anda bahawa daging kambing lebih lazat serta mengandungi lemak dan kalori yang rendah berbanding daging lain?


  • Sup Kambing


Oleh itu, tidak perlulah anda takut untuk menikmatinya kerana daging ini lebih menyihatkan berbanding daging lain. Di dalam 100 gram daging kambing, terdapat 154 kalori, 9.2 mg lemak, 3.6 mg lemak jenuh, sedangkan 100 gram daging lembu terdapat 207 kalori, 14 mg lemak dan 51 mg lemak jenuh.


  • Kari kambing mamak

Selain itu, daging kambing juga merupakan salah satu sumber zat besi, vitamin B, kolin dan selenium pula menjadi zat yang menghalang kanser.

Lemak yang terdapat di dalam daging ikut terbuang bersama bahagian lain seperti perut, usus dan hati. Malah, kaki kambing juga memiliki kandungan lemak paling rendah jika dibandingkan dengan bahagian tubuh kambing yang lain.


  • Sate kambing
Walaupun begitu, lemak kambing mempunyai peratusan kolesterol yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan daging ayam atau lembu. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mengambil daging kambing yang berusia di bawah 6 bulan.

Perlu juga diingatkan bahawa anda boleh makan dagingnya, tetapi bukan lemaknya. Ini kerana dagingnya yang sihat dan lemaknya pula yang ‘jahat’. Jadi, sebelum memasak kambing, buang dahulu semua lemak-lemaknya.


Beberapa pakar diet bahkan menganggap bahawa daging kambing paling baik untuk diambil serta sesuai bagi yang sedang berdiet kerana tahap keasidannya hampir mendekati PH tubuh manusia sehingga tubuh amat mudah untuk menyesuaikan diri dengannya.

No comments:

Post a Comment