Sunday, October 6, 2013

MAJLIS MAKAN MALAM BPMB 2013...

Tatkala mendapat undangan dari Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) untuk sama-sama menyertai Majlis Makan Malam Syarikat tersebut tahun 2013 dengan temanya "HIKAYAT 1001 MALAM", aku sangat-sangat berbesar hati dan tidak sabar-sabar menunggu tarikhnya iaitu pada 5 Oktober 2013 (malam tadi) bermula jam 8 hingga 12 tengah malam bertempat di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.  

Undangan yang aku terima ini bukanlah di sebabkan aku seorang wartawan hiburan atau aku seorang komposer, ataupun seorang blogger. tetapi undangan yang aku terima ini adalah kerana isteriku bertugas di Bank tersebut sejak lebih 20 tahun yang lalu dan sejak lebih 20 tahun itulah juga, aku tidak pernah ketinggalan untuk menerima undangan tersebut kerana majlis turut diserikan oleh artis-artis terkenal tanahair.

Walaupun aku bukan staf BPMB, tetapi kisah kejayaan BPMB sepertimana yang diumumkan oleh  Pengerusinya setiap kali majlis makan malam berlangsung memberi satu inspirasi kepadaku untuk terus berkhidmat dengan lebih gigih dan tekun dalam membantu syarikat tempat aku bertugas di sektor perladangan agar turut  sama mencapai kejayaan seperti mana yang dicapai oleh BPMB, 

Tetapi aku sedar bahawa Syarikat tempat aku bertugas terpaksa bergantung kepada harga pasaran komoditi sawit dan getah yang sentiasa turun naik di harga pasaran menyebabkan Syarikat tidak dapat mengekalkan kecemerlangan pada setiap tahun atas faktor yang dinyatakan di atas dan ini sekaligus tidak dapat menandingi BPMB yang sentiasa cemerlang dari tahun ke tahun. Walaubagaimanapun aku tetap berbangga dengan Syarikat aku yang banyak membantu Kerajaan dalam hasrat membantu masyarakat luar bandar.   

Sepertimana pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi BPMB iaitu  Tan Sri Dato' Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah bahawa keuntungaan BPMB sehingga Ogos 2013 sebelum cukai ialah sebanyak RM400 juta lebih dan ianya merupakan satu pencapaian yang membanggakan melebihi pencapaian dari tahun-tahun sebelumnya. 

Ucapan penghargaan turut diberikan kepada semua staf BPMB dari semua peringkat kerana memberikan komitmen yang tinggi semasa menjalankan tugas sehingga BPMB mendapat kejayaan dan berdiri setanding dengan Syarikat-syarikat korporat besar yang lain.  

Majlis pada malam itu diacarakan oleh penyampai radio popular iaitu Linda Onn, dan diserikan oleh artis terkenal seperti Dato' M. Nasir, Misha Omar dan Musli Ramlee (Klon Allahyarham Tan Sri P. Ramlee). 

Sepanjang 20 kali aku menyertai majlis makan malam BPMB, banyak juga artis-artis yang telah dapat aku saksikan persembahan mereka secara live di antaranya Jamal Abdillah, Anuar Zain, Jacqualin Victor, Ella, Ziana Zain, Hattan, Dato Shila Majid, Ning Baizura, Shiela Hamzah, Allahyarham Dato' Ahmad Daud, Fauziah Latiff, Ramlah Ram, Wahid Satay, Bob Lokman, Salleh Yaakob, Sharifah Shahirah, Dee, Haris Iskandar dan ramai lagi yang aku dah tak ingat. 

Dalam banyak-banyak persembahan mereka, yang lebih aku memberi perhatian ialah kepada artis-artis yang menyanyi diiringi live band berbanding tanpa live band kerana bagi aku, menyanyi dengan iringan live band dapat mengukur tahap dan kehebatan seseorang artis itu. Di samping itu juga ianya dapat menguji cara nyanyian yang berbeza antara iringan live band atau tanpa live band kerana pemuzik tidak terikat dengan irama asal tetapi lebih kepada kreativiti dan artis pula perlu mensesuaikan nyanyian mereka dengan muzik, tempo serta melodi yang dimainkan oleh pemuzik professional. Dari sinilah kita dapat mengukur kebolehan seseorang artis itu, tidaklah persembahan mereka seperti nyanyian di pusat-pusat karaoke sahaja.      

Walaupun malam tadi artis undangannya Misha Omar dan Musli Ramlee, tetapi oleh kerana mereka tidak menyanyi diiringi live band, maka aku tidak merakam persembahan mereka, tetapi merakam persembahan Dato' M. Nasir kerana beliau diiringi dengan live band. Walaupun Dato' M. Nasir menyanyi lebih kurang 5 buah lagu, tapi aku hanya sempat merakam satu lagu sahaja kerana lagu Hati Emas ialah salah satu lagu favourite aku dulu, kini dan selamanya.

Saksikan rakaman lagu Hati Emas yang telah diupload ke Youtube disamping gambar-gambar majlis makan malam yang lainnya.


Video Dato' M. Nasir yang aku dah upload ke youtube
dengan lagu Hati Emas diiringan pemuzik professional...

Rakan semeja yang merupakan staf BPMB...

Puan Ziela dan suami...

Dato' M. Nasir...

Staf BPMB sedang memberikan tumpuan keatas persembahan Dato' M. Nasir...





















Pemenang Cabutan Tiket Bertuah tempat Kedua bernilai RM6,000...
Pemenang tempat ketiga RM3,000 (Tak sempat ambil gambar)...

Linda Onn sedang mengumumkan pemenang cabutan bertuah tempat pertama...


Ianya dimenangi oleh staf yang aku tak tau namanya....
Cabutan tiket bertuah yang lain lebih kurang 100 cabutan 
telah di paparkan di skrin dan hadiah boleh dituntut 
pada hari Isnin (7/10/2013) di pejabat...

Sesuai dengan tema pada malam itu "Hikayat 1001 Malam" 
jadi pakaian staf pun mestilah menepati tema sebab 
hadiah pakaian terbaik turut disediakan...




AJ dan Lina...




Lina (kiri) dan Zana...

Dari kiri: Zana, Zaidah dan Lina...


Jika sekiranya kawan-kawan yang sudi mengirimkan gambar-gambar rakaman mereka untuk dimuatkan ke dalam blog ini, sila email ke alamat seperti di bawah:

aj_serdang@yahoo.co.in

Terima kasih...

    

No comments:

Post a Comment