Saturday, November 30, 2019

LAWATAN KERJA TN CEO KE LADANG FELCRA KERDAU, PAHANG...

Lawatan Tn CEO ke FELCRA Berhad Kawasan Kerdau dibuat pada hari Ahad 24 November 2019 jam 10 pagi. Tujuan lawatan adalah bagi mengetahui tatacara Lawatan Khidmat Nasihat Ladang (KNL) dibuat dan apakah ciri-ciri yang digunapakai bagi menentukan sesebuah ladang itu berada ditahap yang memuaskan atau sebaliknya.

Ketibaan Tn. CEO dan para pegawainya yang terdiri dari Pengarah Bahagian Perladangan P&P, Dato' Hj Abdul Mutalib Tais, Pengarah Khidmat Nasihat Ladang dan Perkilangan, Tn. Hj Idris Lasim, Pengurus Besar Penghasilan Ladang, Tn. Hj Ismail Husain dan Pengurus Besar Perancang Projek, Tn. Hj Mohd Zailani Yusof telah disambut oleh Pengurus Besar Wilayah Pahang, Tn. Hj. Zulkhairi Abd Rahim, Pengurus Kawasan Kerdau, En. Rohimi  Nik Mat dan Pengurus-Pengurus Kawasan Wilayah Pahang Zon Utara sahaja.    

Tn CEO dan pegawai pelawat seterusnya dibawa ke Bilik Gerakan untuk diberikan satu taklimat ringkas tentang urusan pentadbiran dan pengurusan ladang kawasan oleh Pengurus Kawasan En. Rohimi Nik Mat. Antara perkara yang disentuh adalah masalah kekurangan tenaga kerja ladang, perumahan staf dan beberapa isu lain yang berbangkit.  

Biodata FELCRA Berhad Kawasan Kerdau...

1. Ladang Pembangunan

Kawasan Kerdau mempunyai 7 buah ladang pembangunan tanaman kelapa sawit dengan keluasan bertanam 1,5017.59 hektar dari luas keseluruhan ladang 1,591.47 hektar. 7 buah ladang tersebut ada yang dimajukan pada tahun 2014, 2015 dan 2016 dan mula ditanam pada 2015 dan 2016. Jumlah lot adalah 888 dan jumlah peserta seramai 1,161 orang.    

2. Ladang Berhasil

Di samping ladang pembangunan, Kawasan juga mempunyai 5 buah ladang kelapa sawit yang telah berhasil seluas 692.65 hektar dari luas keseluruhan ladang 2,363.34 hektar yang dimajukan antara tahun 2000, 2008 dan 2014. Jumlah lot 279 dan jumlah peserta seramai 1,625 orang. 

Tn. CEO, Mohd Nazrul Izam Mansor 
sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh
Pengurus Kawasan En. Rohimi Nik Mat (baju putih)...

Tn CEO memberikan perhatian penuh 
terhadap taklimat...

Turut kelihatan adalah 
Pengarah Bahagian Perladangan P&P, 
Dato' Hj. Abdul Mutalib Tais (kiri) dan 
Pengurus Perladangan Wilayah Pahang, 
Tn. Hj. Mustafa Sulaiman... 

Staf kawasan yang komited...



Tn CEO sedang memberikan penjelasan
 terhadap beberapa isu berbangkit...

Pegawai-pegawai dari HQ...
Dari kiri:
Pengurus Besar Bhg Perancangan Projek, Tn. Hj Mohd Zailani Yusof, 
Pengurus Kanan Pejabat COO, Pn Syukriah Abd Mubin dan 
Pengurus Besar Penghasilan Ladang, Tn. Hj. Ismail Husain...

Tn. Hj. Zulkhairi Abd Rahim (kiri),
Pengurus Besar Wilayah Pahang
turut memberikan penjelasan pada setiap perkara
yang memerlukan penjelasan lanjut dari Tn CEO
sambil diperhatikan oleh Pengarah Khidmat Nasihat Ladang
dan Perkilangan Tn Hj Idris Lasim...




En. Mustapha Abdullah (kiri) dan
En. Lutfi, Pegawai Khas Pejabat CEO turut hadir...

Tn PBW Pahang (kiri) & Pegawai KNL (Kanan sekali)
bergambar bersama PK Kawasan...

Selesai taklimat, kesempatan diambil oleh staf kawasan
untuk bergambar kenangan bersama Tn CEO...

Lawatan Ke Ladang...

Sesi seterusnya, Tn CEO dibawa ke ladang Kerdau 1 (ladang pembangunan) untuk diberi penerangan tentang tatacara penilaian Khidmat Nasihat Ladang dibuat.

Bermula tahun 2019, satu bahagian baru telah ditubuhkan iaitu Bahagian Khidmat Nasihat Ladang dan Perkilangan yang diketuai oleh seorang Pengarah. 

Tujuan Bahagian ini ditubuhkan adalah untuk memberi tumpuan kepada 4 komponen utama iaitu:
  • Khidmat Nasihat Ladang (KNL)
  • Unit Pematuhan Quality Assurance
  • Khidmat Nasihat Agronomi (KNA)
  • Khidmat Nasihat Kilang (KNK)
Setiap lawatan ke ladang perkara utama yang diberi perhatian oleh pegawai KNL adalah:
  • Crop Condition
  • Field Condition
  • Cost


Tn CEO sedang meninjau ladang Kerdau 1,
projek 'Immature'...

Berdasarkan kepada skop yang ada, ladang-ladang akan digred berdasarkan kepada 4 kategori iaitu:
  • Terbaik (Hijau) 
  • Terkawal (Biru)
  • Sederhana (Kuning)
  • Kritikal (Merah)
Penilaian ini juga akan menjadi KPI kepada Pengurus Kawasan dan Penolong Eksekutif Ladang untuk tujuan kenaikan pangkat dan penilaian ini juga adalah kearah untuk menjadikan ladang FELCRA Berhad setanding dengan Estet Komersial.  

Penerangan penilaian oleh Pengarah KNL...

Pengarah KNL & Kilang dan Pengurus Kawasan
menerangkan setiap persoalan yang
dikemukakan oleh Tn CEO..


Pengarah Bahagian Perladangan P&P
dan PBW Pahang turut memberi penerangan...

Penilaian KNL di projek 'Immature' Kerdau 1...

Pengarah KNL & Kilang, Tn. Hj Idris Lasim
memberikan penerangan lebih terperinci kepada Tn CEO...




Tn CEO turut memberikan pendapat
terhadap keadaan ladang berdasarkan
 pemerhatian dan pengetahuannya...

Tn CEO berminat dan cuba mendalami
penilaian terhadap projek kritikal...

  Salam hormat dari kami
yang mengikuti lawatan ini...

Adalah diharapkan dengan lawatan sebegini yang dibuat oleh Tn CEO terhadap semua ladang, ianya akan memberi suntikan semangat kepada Pengurusan Kawasan untuk meningkatkan lagi kualiti ladang dengan mematuhi peraturan MSPO supaya ianya akan menjadi contoh kepada plantation house di Negara kita.  

1 comment: