Alhamdulillah di Negara kita ini, mana-mana kita pergi kita akan berjumpa dengan masjid atau surau yang menandakan Negara kita sebuah Negara Islam. Begitu juga dengan syiarnya yang banyak diiklankan melalui dirian papan-papan tanda dengan berbagai ungkapan yang menyeru kita supaya mengamalkan hidup secara Islam, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menutup aurat dan sebagainya.
Di Kuala Lumpur dan di bandar-bandar besar yang lain, adalah menjadi tanggungjawab pemaju atau Kerajaan menyediakan tapak masjid atau surau apabila hendak membangunkan sesebuah taman perumahan bagi memudahkan umat Islam menjalankan aktiviti keagamaan.
Setiap taman-taman perumahan yang didirikan, semua kaum layak membelinya. Bagi Sesetengah taman perumahan, Kerajaan telah menetapkan kuota bumiputra dan bukan bumiputra dan ada pula yang sebaliknya, Ada yang berjiran dengan lain-lain bangsa dan ada pula kedudukan bangsa diasingkan bagi menjaga keharmonian penghuni taman berkenaan.
Bagi yang beragama Islam, laungan Azan melalui pembesar suara yang menandakan masuknya waktu sembahyang dan menyeru supaya mereka datang untuk bersembahyang berjemaah adalah perkara yang sangat dituntut oleh agama kita. Laungan azan yang diperdengarkan melalui corong-corong pembesar suara juga sudah amat sinonom dengan penganut lain-lain agama didunia ini dan setakat ini belum pernah kita mendengar mereka mempertikainnya apatah lagi masa yang diambil untuk melaungkan azan hanya dalam sekitar 5 hingga 10 minit sahaja.
Tetapi apa yang menjadi masaalah sekarang ini ialah apabila pembesar suara sudah diperluaskan penggunaannya sehingga bacaan quran dan kuliah agama pun terutamanya selepas waktu Maghrib dan Waktu Subuh (terutamanya di pagi minggu) menggunakan pembesar suara dengan volume yang amat kuat sehingga mengganggu ketenangan penghuni-penghuni taman perumahan terutamanya yang bukan beragama Islam.
Persoalannya, wajarkah tindakan AJK masjid tersebut? Adakah perbuatan memperdengarkan bacaan quran dan kuliah agama melalui pembesar suara adalah mengikut ajaran agama Islam yang suci murni ini?
Setiap bacaan quran yang disiarkan biasanya mengambil masa 15 minit sebelum azan manakala kuliah agama pula mengambil masa 1 hingga 1 1/2 jam setiap kali disiarkan. Keadaan ini sudah tentulah sedikit sebanyak menjejas ketenteraman hidup penghuni-penghuni taman tersebut terutama bagi yang bukan beragama Islam kerana kebanyakan mereka apabila pulang kerumah setelah penat bekerja memerlukan ketenangan. Bagaimanakah ketenangan hendak dinikmati oleh mereka jika AJK masjid memperdengarkan bacaan quran dan kuliah agama dengan kuat.
Apa yang sangat dikesalkan ialah apabila AJK masjid itu sendiri tidak menghormati bacaan quran dan kuliah agama yang mereka perdengarkan kerana terdapat dari mereka yang berbual-bual sambil menghisap rokok di beranda masjid atau surau. Ini sangat Jelas sekali bahawa mereka-mereka itu sendiri tidak menghormatinya dan mereka ini menghendaki pula supaya orang lain mendengarnya.
Cara berdakwah dan pendekatan yang diambil oleh pihak masjid amat bertentangan dengan ajaran islam yang sebenar dan ini menyebabkan lain-lain bangsa dan agama memandang sinis terhadap agama Islam apatah lagi dengan sikap orang kita yang tidak menghormati mereka ini.
Sedangkan didalam masjid pun dilarang kita membaca quran dengan kuat apabila ada orang bersembahyang, inikan pula dengan menggunakan pembesar suara. Tidakkah AJK masjid selama ini menyedari akan perkara ini ataupun mereka ini hendak menunjukkan yang mereka ini lebih Islam dari orang lain.
Kita sebenarnya telah banyak melakukan bidaah dalam agama kita dan dibimbangi Allah tidak redha dan melaknat orang-orang menokok tambah apa yang tidak diajar oleh Rasulullah S.A.W.

Setuju dengan pendapat ini. Pihak masjid tolonglah ambil perhatian.
ReplyDeleteSatu lagi masalahnya ialah apabila microphonenya mengeluarkan suara yang berekor-ekor.
Aku pun tak faham apa yang mereka nak orang faham.
Kalau AJK masjid gilir-gilir ngaji secara live guna speaker aku setuju tapi kalau pasang CD kuat-kuat lepas tu hembus asap rokok tak payah lah.
ReplyDeletekenape tak payah? bagus ape pasang kaset bacaan al Quran kat masjid, takkan nak pasang kaset dangdut ke hardcore ke black metal ke. kalo ngaji gilir-gilir mestila lagi bagus, aku sokong. provided bacaannya cukup hukum tajwidnya, kalo ngaji pun hukum bersepah-sepah, baik pasang kaset bacaan al Quran yang sederhana volumenya -tak mengganggu jemaah dlm masjid atau org bkn islam yang tinggal disekitar masjid.
Deletebab yang dorang isap rokok tu ape yang ko nk risau sgt, bkn dia paw duit ngko pun buat beli rokok tu. So long as dorang x hisap dalam dewan solat or tmpt terbuka dlm kwsn masjid tu bole tolerate lagi.
Laungan azan di mesjid dan surau ada keberkatanya jika di lakukan oleh Bilal yg sah bukan dgn CD yg volumenya dikuatkan {Full Volume} yg boleh menganggu jiran2..Malaysia ni bukan negara Islam sebenar..Islam hanya lah ::Islam sederhana::kata MR Najib jadi laungan Azan biarlah : sederhana: Tapi kalau di Turkey, masyallah! laungan Azan oleh Bilalnya cukup merdu...walaupun agak kuat, tapi lunak kita mendengarnya...islam kembali bersinar!!
ReplyDeleteSatu pandangan yg menarik boleh diterima dan ada kebenarannya.
ReplyDelete