Wednesday, February 9, 2011

EKSPLOITASI ANAK-ANAK BAWAH UMUR


Cerita mengenai sendikit yang memperalatkan anak-anak bawah umur untuk mengutip sedekah dan memaksa mereka membuat jualan seperti kalender, kismis, herba dan minyak angin dikawasan tumpuan ramai tidak pernah berkesudahan.

Mengambil kesempatan diatas keperihatinan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu yang beragama Islam yang terkenal dengan sifat suka bersedekah dan cepat merasa simpati menjadikan sendikit-sendikit tersebut mengambil peluang dan kesempatan dengan menjadikan anak-anak dibawah umur tersebut sebagai umpanan mereka untuk mengaut keuntungan diatas jualan yang kebanyakannya tidak diperlukan.

Diantara tempat-tempat popular mereka ini menjalankan operasi ialah di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Lebuhraya Utara Selatan terutamanya di Seremban dan Nilai.


Anggota Polis memeriksa identiti sebahagian kanak-kanak bawah umur
yang disyakki telah dieksploitasi melakukan jualan amal dalam pemeriksaan
di sebuah pertubuhan di Chuah, Port Dickson, Negeri Sembilan
pada 25 Januari lalu.


Aku sangat bersimpati melihat anak-anak ini terutamanya anak-anak perempuan yang meraih simpati dengan bergerak dari meja ke meja untuk memujuk orangramai supaya membeli jualan mereka manakala anak-anak lelaki pula berdiri sepanjang masa menunggu pelanggan yang melintasi mereka untuk meraih simpati.

Walaupun mereka ini tidak memaksa tetapi hati kecil ibu bapa yang melihat mereka pasti merasa tersentuh apatah lagi bila terkenangkan anak-anak ini ada yang sebaya dengan anak -anak mereka. Ada sebahagian dari ibu bapa yang tidak mahu membeli tetapi menghulurkan wang kepada mereka sebagai tanda simpati tetapi anak-anak ini tidak mahu menerimanya kerana mereka dilatih untuk tidak menerima pemberian orang ramai tetapi sebaliknya mesti memperolehi wang dengan hasil jualan mereka.

Ini berkemungkinan jika anak-anak ini menerima wang pemberian orang ramai akan menyebabkan sendikit itu rugi tetapi sebaliknya anak-anak tersebut yang akan mendapat banyak wang untuk diri mereka sendiri.

Baru-baru ini Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Polis serta Penguatkuasa Majlis Perbandaran Port Dickson telah mengadakan pemeriksaan setelah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang penglibatan anak-anak ini untuk mengutip derma bagi sebuah pertubuhan di pekan Chuah, Port Dickson sehingga larut malam.

Seorang penyelia yang merupakan ketua bagi zon selatan bagi pertubuhan tersebut telah ditahan kerana disyakki menggunakan kanak-kanak ini untuk melakukan jualan amal. Turut ditahan adalah tiga lagi individu yang mendakwa diri mereka sebagai 'ustaz' yang mengajar kanak-kanak tersebut disebuah premis di pekan tersebut.

terdapat lebih 83 remaja berusia antara 10 hingga 18 tahun dipercayai menjalankan aktiviti berkenaan sejak sekian lama dan mengeksploitasi mereka atas alasan ia kurikulum berkonsepkan keusahawanan.

Kebanyakan kanak-kanak yang dikenalpasti ini tidak rela melakukan tugas ini dan mahu meneruskan pelajaran secara normal dan rata-rata mereka ini adalah dari keluarga susah.

Beberapa pelajar mendakwa mereka yang berumur 18 tahun akan keluar dengan kenderaan yang disediakan selepas waktu Zohor manakala bawah 15 tahun pula selepas waktu Asar dan akan kembali pada pukul 10 malam.

Adalah menjadi harapan orang ramai supaya kegiatan ini dapat dihentikan dengan segera dan Pihak Berkuasa hendaklah membuat serbuan dari semasa kesemasa demi menyelamatkan anak-anak ini dari jatuh ketangan orang-orang yang tidak bertanggungjawab.



Gambar dan sebahagian artikel dipetik dari
Utusan Malaysia bertarikh 26 Januari 2011

2 comments:

  1. Kononnya puak-puak ni nak melatih anak-anak remaja berkenaan untuk menjadi usahawan.

    Betul ke? atau berselindung disebaliknya.

    Jangan jadi pengemis sudah

    ReplyDelete
  2. ""Tangan yg memberi itu lebeh mulia dari tangan yg menerima'itu lah kata2 yg mendorong orang2 melayu muslim mudah simpati terutama melibatkan pengemis2 jalanan,puncanya selagi ada yg sudi menderma akan ujudlah mereka2 ini.Pernah satu ketika mereka ini aku tersermpak di kala mahu kembali kepengkalan masing2...rupa2nya ada tokeh2 besar yg memunggut mereka...!huh!hebat!!mana perginya penguatkuasa2 JKM? setiap tahun Post2 diupgradekan tapi hampas!...Terbendonglah sekejap senerio ini apabila KL menjadi tuan rumah dalam majlis2 yg melibatkan pembesar2 negara2 luar... Wah! malaysia ta ada pengemis! rakyatnya hidup dlm kemewahan..siapa dapat nama? siapa dapat sanjungan?!

    ReplyDelete