Tuesday, February 15, 2011

UBAT UNTUK LELAKI KUAT

Tn. Haji Yahya b. Haji Abd. Hadi,
Tabib Tenaga Batin yang terkenal

Antara bahan makanan yang paling berkhasiat untuk mengekalkan tenaga kelelakian ialah madu lebah. Madu lebah boleh diambil secara minuman, dimasukkan kedalam makanan atau dijamah dengan roti. Demikian nasihat Haji Yahya Haji Abdul Hadi, tabib tenaga batin yang ditemui baru-baru ini.


Tabib tersebut melarang sama sekali orang-orang lelaki meminum air kelapa, air teh atau beer kalau ingin menjaga kekuatan tenaga batinnya. Beliau juga menasihatkan supaya menjauhkan makanan berangin khususnya pulut kerana mengikut pengalaman beliau, pulut menyebabkan banyak angin terkumpul didalam badan dan sekiranya menular ke pangkal kemaluan, maka akan buruk kesannya dalam jangka panjang.


Katanya, orang yang kuat tenaga kelelakiannya terdiri daripada mereka yang mempunyai ketenangan mental dan jiwa. Sekiranya mental berkecamuk, maka nafsu seks akan perlahan-lahan layu dan bila sampai umur pencen kehilangan nafsu tidak menjadi mustahil. Oleh yang demikian, Haji Yahya menasihatkan supaya dihindarkan fikiran daripada di belenggu masalah. Sekiranya seseorang itu mempunyai masalah sekalipun pada awalnya ‘alatnya’ boleh berfungsi namun tidak mustahil lama kelamaan akan menjadi lembik dan terpaksa dirawat untuk dikuatkan semula.

Adakah anda masih percaya akan iklan-iklan
yang banyak tergantung di pokok dan
tiang-tiang lampu setelah
membaca artikel ini?


Katanya, perlakuan seks seperti juga kegiatan makan minum yang tidak harus dilakukan dalam keadaan fikiran tertekan atau gopoh-gapah kerana amalan didalam situasi begitu menyebabkan tubuh badan menjadi lemah. Ia juga boleh menjuruskan kepada kelemahan alat kelamin.


“Saya syorkan supaya kegiatan seks dilakukan dalam keadaan suasana tenang zahir dan batin kerana selain daripada memberi nikmat, ia juga baik untuk kesihatan badan dan kepuasannya.” Jelas beliau.


“Selain itu seseorang lelaki harus sihat sekali. Katanya, setiap lelaki harus menjalankan senaman seperti berjogging,dan membuat senaman dalam rumah seperti ‘pumping’ dan ‘ketok ketampi’.”


Katanya amalan pumping dan ketok ketampi semestinya dilakukan selepas perhubungan supaya badan kembali cergas.


“Jangan sekali-kali tidur selepas melakukan perhubungan sex kerana amalan ini cepat mendorong keletihan dan mati pucuk.” Katanya.

Amat penting bagi lelaki dan wanita yang mahu menikmati hubungan kelamin supaya berhati-hati dengan makan dan minum. Makanan yang berangin perlu dihindarkan dan jangan pula sentiasa dengan makanan pedas dan membawa kepanasan pada tubuh badan.


Amalan mengambil madu lebah sememangnya cukup baik untuk lelaki dan wanita. Madu lebah bukan sekadar menguatkan alat kelamin tetapi memberi kekuatan pada tubuh badan.


Katanya, madu lebah mempunyai kandungan sumber zat yang amat diperlukan oleh tubuh badan dan keaktifan pengeluaran air mani. Madu lebah tidak boleh ditandingi dalam memberi faedah kepada kesihatan badan dan alat kelamin.


Jelas Haji Yahya lagi, sebaik-baiknya madu lebah yang digunakan haruslah yang asli yakni diambil dari hutan dan bukan yang diperolehi dari kedai atau yang diimport.


Selain itu beliau mengesyorkan supaya mengelak diri daripada mengambil ais dalam minuman atau minum air yang terlalu dingin.


Adalah cukup baik sekiranya seseorang itu mengamalkan air suam atau air mineral kerana kedua-dua sumber itu adalah baik untuk perjalanan darah dalam tubuh.


Selain itu Haji Yahya menyarankan supaya mengunyah lada hitam tiga kali sehari. Kalau lelaki yang mengamalkan kunyah lada hitam di waktu pagi, tengahari dan petang maka alatnya akan tahan lasak dan “Insya-Allah akan kuat seperti besi waja.”


Kalau seseorang merasa fungsi kelaminnya lemah, maka wajarlah dia segera berjumpa dengan tabib yang tahu akan hakikat itu. Jangan sekali-kali mengambil sebarangan ubat kerana perbuatan itu boleh merosakkan anggota badan., tegas beliau.


Haji Yahya menambah, kerosakan pada kelamin kebanyakannya berpunca daripada tindakan seseorang itu mengambil pil yang mengandungi bahan kimia yang kesan sampingannya membabitkan darah hingga tidak dapat menggerakkan anggota kelamin.


Dalam hubungan itu, beliau menjelaskan bahawa berdasarkan pengalaman mengurut orang yang menghadapi lemah tenaga batin , ia adalah berpunca daripada keghairahan mereka mendapatkan pil-pil dan ubat-ubat kimia yang menyekat perjalanan darah dan memutuskan urat pada alat kelamin.


Haji Yahya menjelaskan bahawa tanda seseorang itu mengalami lemah tenaga batin adalah enam perkara.


  • 1. Apabila ada ingatan terhadap seks, alatnya tidak bertindak balas (tiada response)
  • 2. Bila pandang pada alat sulit wanita, alat kelaminnya ‘malu’ dan tidak bergerak.
  • 3. Bila mendengar cerita-cerita seks, dia tiada nafsu.
  • 4. Bila terhidu bau wangi daripada wanita, alat kelaminnya tidak juga bertindak
  • 5. Bila berbual tentang seks, dia tidak ada selera.
  • 6. Paling parah ialah bila berlaku sentuhan, alat kelaminnya tidur dan gagal berfungsi.


Tanda-tanda diatas menunjukkan bahawa seseorang itu telah hilang kekuatan tenaga batinnya dan perlu dipulihkan dengan cara tradisional seperti yang dilakukannya.


Daripada pengalaman operasi terhadap orang yang mengalami lemah tenaga batin, belum ada lagi kes yang mana alat itu tidak dapat dipulihkan , jelas Haji Yahya.


Sementara itu, Haji Yahya menegaskan bahawa adalah amat penting bagi mereka yang rosak saraf melakukan perubatan tradisional untuk memulihkan kekuatan tenaga kelelakiannya.


Kerosakan saraf yang besar (major), adalah disebabkan oleh kemalangan, jatuh, patah atau melakukan perbuatan seks secara ganas.


“Sekiranya itu tidak ditangani segera, maka masalah akan menjadi rumit dan sulit untuk dipulihkan,” jelas beliau.


Tabib Haji Yahya b. Haji Abd. Hadi
kini
telahpun kembali ke Rahmatullah.
Al Fatihah untuk roh beliau.

Mastika

15 comments:

  1. Ramai anak muda hari ini yang lebih menumpukan perhatian pada gaya dan rupa tetapi mereka mengabaikan tenaga batin.

    ReplyDelete
  2. Sayang sekali tabib ini sudahpun meninggal dunia. Dimanakah aku hendak mengadu masaalah ku ini?

    ReplyDelete
  3. Selepas berkahwin, isteri mendambakan kepuasan hidup bersuami isteri bukannya hendak memandang wajah handsome suami jerr!!!

    ReplyDelete
  4. Nampaknya ramai anak muda yang mengalami masalah tenaga batin sekarang ini sehinggakan permintaan ubat kuat terlalu tinggi membuatkan pembekal berlumba-lumba mengiklankan product mereka di pokok2 dan tiang2 letrik.

    ReplyDelete
  5. Jangan masalah kaum wanita kita ini di adukan kepada Mat Bangla sudah

    ReplyDelete
  6. Ayuh anak muda, bangkitlah kita semua untuk mengasah senjata demi mempertahankan agama, tanah air dan rumahtangga. Jangan sampai diceroboh melalui pintu belakang.

    ReplyDelete
  7. Kah! kah! kah!... muda tak semesti power, otai tak semesti lemah, tepuk dada tanya iman.

    ReplyDelete
  8. power giler...kuatlah pulok...

    ReplyDelete
  9. Informasi yang sangat menarik untuk di ketahui bersama... Bagi anda yang ingin mengetahui bagaimana cara membesarkan zakar dengan cara yang selamat serta terbukti berkesan anda bolehlah KLik Sini

    ReplyDelete
  10. Terima kasih kepada semua yg memberi komen,cadangan serta info link...

    ReplyDelete
  11. Nasihat yang sangat baik untuk diikuti. Perkara yang mudah untuk dilakukan tetapi selalu dipandang ringan

    ReplyDelete
  12. Terima kasih admin kerana menerbitkan artikel tentang arwah ayah saya..bagi yg bermasalah tenaga batin boleh lah berjumpa saya anak lelaki tertua arwah tabib hj yahya abd. hadi..call 013-7838760 atau 012-9709997. (Tabib rafdi)

    ReplyDelete
  13. PERNAH DENGAR TENTANG VIMAX ??? VIMAX ADALAH HERBA UNTUK KEKUATAN BATIN LELAKI YANG PALING HANGAT DI PASARAN SEKARANG !!!
    DAPATKAN ORIGINAL VIMAX CANADA SEKARANG DENGAN HARGA PROMOSI !!!

    1 BOTOL HANYA RM150 !!!
    POS PERCUMA KE SELURUH MALAYSIA !!!

    WHATSAPP 01119328599 SEKARANG !!!
    WHATSAPP 01119328599 SEKARANG !!!
    WHATSAPP 01119328599 SEKARANG !!!

    ReplyDelete
  14. Saya telah bertukar nombor telefon
    014-5764089 / 011-10262625

    ReplyDelete
  15. Terbaikk!! Ada Masalah batin? Madu cinta boleh bantu ����
    https://www.maducinta.fermila.com

    ReplyDelete