Sunday, July 4, 2010

MEMBUKA RAHASIA ALAM MALAIKAT BHG. 1


PENGERTIAN TENTANG MALAIKAT

Definasinya :

Malaikat ialah jisim-jisim halus yang dijadikan daripada Nur. Mereka tidak makan dan minum. Mereka adalah hamba Allah yang dimuliakan. Tidak pernah menderhaka pada Allah dalam segala hal yang diperintahkan dan selalu melakukan yang diperintah pada mereka.

Rasulullah saw. bersabda :-

Ertinya : -

Malaikat itu diciptakan dari Nur, Jin dari nyala api dan
Adam dari apa yang disifatkan bagi kamu.

Firman Allah

Ertinya :-

(Para malaikat itu) tidak menderhakai Allah terhadap
apa yang diperintahkanNya kepada mereka
dan mengerjakan apa yang diperintahkan.

MALAIKAT JIBRIL DAN TUGAS-TUGASNYA

Jibril as. adalah malaikat yang ditugaskan oleh Allah untuk menyampaikan wahyuNya kepada para Nabi Alaihimussalam.

WAHYU PERTAMA
YANG DITERIMA OLEH NABI SAW.

Pada suatu malam, sewaktu Nabi saw. sedang berkhalwat (bersunyi) di gua Hira', datanglah kepadanya malaikat Jibril as dan berkata :-

Ertinya :-

"Bergembiralah hai Muhammad, aku adalah Jibril dan
tuan adalah utusan Allah untuk umat ini".

Setelah itu Jibril as. memerintahkan kepada beliau supaya membaca, tetapi beliau menjawab tidak tahu membaca, Jibril as. lalu memeluk sehingga sesak nafasnya. Setelah itu disuruhnya lagi supaya membaca dan dijawab seperti jawapan diatas sehinggalah kali ketiga tetap ia menjawab tidak tahu membaca.

Kemudian Jibril as. mengajarnya membaca wahyu yang pertama yang berbunyi :-

Ertinya :-

  • Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (makhluk).
  • dan menciptakan manusia dari segumpal darah
  • Bacalah Tuhanmu itu Maha Pemurah
  • Yang mengajarkan menulis dengan pena
  • Mengajar manusia apa-apa yang belum diketahuinya.
Itulah wahyu pertama yang diterima oleh Nabi saw. dari Allah swa. dengan perantaraan malaikat Jibril as.

MENAMPAKKAN DIRI KALI KEDUA

Sesudah wahyu yang pertama itu turun, maka agak lama Nabi saw. tidak menerima wahyu lagi. Padahal beliau amat merinduinya. Maka dari itu setiap hari beliau berangkat ketempat-tempat sunyi, diatas gunung dan lain-lain.

Pada suatu hari ketika Nabi saw. sedang berjalan tiba-tiba beliau terdengar suara dari langit. Apabila memandang keatas, ternyata Malaikat Jibril as. menampakkan dirinya yang kedua. Sambil berdiri antara langit dan bumi. Nabi saw. segera pulang kerumah dan minta diselimuti.

Kemudian Allah swa, menurunkan wahyunya yang kedua berbunyi :-

Ertinya :-

  • Hai orang yang berselimut
  • Bangunlah, dan berikan peringatan
  • Agungkanlah Tuhanmu
  • Bersihkanlah pakaianmu
  • Tinggalkanlah perbuatan dosa
  • Janganlah memberi kerana hendakkan balasan yang lebih banyak
  • Dan bersabarlah terhadap segala tentangan untuk memenuhi perintah Tuhanmu
Setelah turunnya wahyu yang kedua itu, lalu berlangsunglah selama 22 tahun sehinggalah turunnya wahyu yang terakhir berbunyi :-

Ertinya :-

Pada hari ini, Aku (Allah) telah menyempurnakan agama untumu semua
dan Aku telah mencukupkan nikmatKu pada kamu semua
dan Aku redha bahawa Islam itu sebagai agamamu.

JIBRIL AS. PERNAH MENAMPAKKAN DIRI
KEPADA PARA SAHABAT NABI

Dari Umar ra. Ia berkata :-

Ketika kami duduk dekat Nabi saw. Pada suatu hari, maka tiba-tiba nampaklah kepada kami seorang laki-laki yang memakai pakaian sangat putih dan berambut hitam, tidak terlihat padanya bekas (tanda-tanda) perjalanan dan tiada seorangpun diantara kami yang mengenalinya sehinggalah ia duduk dihadapan Nabi saw. Lalu disandarkan lututnya pada lutut Nabi saw. dan meletakkan tangannya diatas pangkuan Nabi saw. Kemudian berkata :- "Hai Muhammad, terangkanlah kepadaku tentang Islam.

Maka jawab Nabi saw. "Islam itu hendaklah engkau menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah. Hendaklah engkau mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, dan hendaklah engkau berpuasa dalam bulan Ramadhan dan hendaklah engkau mengerjakan haji di Baitullah jika engkau berkemampuan melakukannya.

Berkata laki-laki itu "Engkau benar". Maka kami merasa hairan kerana ia bertanya dan ia membenarkannya.

Maka laki-laki itu bertanya lagi "Terangkanlah kepadaku tentang iman. Maka jawab Nabi saw. Hendaklah engkau beriman kepada Allah, kepada Malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, hari Kiamat dan beriman juga kepada Qadha dan Qadar.

Laki-laki itu berkata "Engkau benar. Maka ia bertanya lagi, "Terangkan kepadaku tentang Ihsan. maka jawab Rasullullah saw. "Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya, sekalipun engkau tak dapat melihatNya, maka sesungguhnya Ia melihat engkau.

Tanya laki-laki itu lagi, "Beritahuku tentang hari Kiamat. Jawab Rasulullah, "Orang yang ditanya tentang itu tidak lebih mengetahui dari si penanya.

Laki-laki itu seterusnya bertanya lagi, "Terangkanlah kepadaku tanda-tandanya. Jawab Nabi saw. "Diantaranya, bila seorang hamba telah melahirkan tuannya (majikannya), dan jika engkau melihat orang yang tadinya miskin papa, berbaju compang camping, pengembala kambing sudah berubah menjadi orang yang mampu hingga berlumba-lumba dalam kemegahan mendirikan bangunan". "Engkau benar."

Setelah laki-laki itu pergi, Nabi saw. pun bertanya, "Wahai Umar, tahukah engkau siapa yang bertanya tadi. jawab ku "Allah dan Rasulnya lebih mengetahui.

Nabi saw. lalu bersabda, "Laki-laki itu adalah Jibril, dia datang untuk mengajar tentang agamamu.

(Hadis Riwayat Muslim) .

POTRET MISTERI BANDUAN AKHIR

Baru-baru ini aku dihubungi oleh seorang wartawan dari akhbar Kosmo bernama Khairul Azril Ismail melalui panggilan telefon. Beliau memaklumkan bahawa tertarik dengan artikel dalam blog aku mengenai Penjara Pudu, terutamanya tentang penceritaan mengenai gangguan yang dialami oleh warden-warden semasa mereka menjalankan tugas.

Katanya beliau akan menerbitkan satu rencana mengenai Penjara Pudu khususnya mengenai kejadian misteri yang berlaku sepanjang Penjara Pudu beroperasi selama 115 tahun pada keluaran Ahad, 4 Julai, 2010 ini.

Selain aku, beliau turut menemubual beberapa lagi orang awam yang mengetahui atau ada pengalaman sendiri tentang kisah-kisah misteri yang berlaku di Penjara tersebut.

Bagi aku, tidak mustahil kejadian-kejadian ini berlaku kerana seramai 180 orang banduan telah menjalani hukuman gantung sampai mati di penjara ini. Kebanyakan kesalahan yang mereka lakukan adalah kerana mengedar dadah.

Tajuk 'Potret Misteri banduan akhir' yang dipilih adalah berkemungkinan dari salah satu foto yang aku rakamkan semasa melawat penjara tersebut pada tahun 1996 dahulu. Banduan itu adalah seorang wanita dan katanya ia sendiri yang melukis wajahnya itu sebelum digantung sampai mati. Wallahualam.

Akhbar Kosmo yang diterbitkan atas tajuk
'Potret Misteri Banduan Akhir'. Perenggan pertama
hingga perenggan tiga adalah hasil temubual wartawan tersebut
dengan aku. Sebahagiannya pula dipetik oleh beliau dari blog aku.



Mungkin gambar inilah yang dimaksudkan
sebagai banduan wanita yang melukis gambarnya
sendiri sebelum menjalani hukuman digantung sampai mati.

Friday, July 2, 2010

MAJLIS UNTUK EDDY

30 Jun 2010 adalah hari terakhir En. Mohd Ridza b. Mohd Yusof yang lebih dikenali sebagai Eddy bertugas di Cawangan Pembangunan Ladang, Ibu Pejabat, Kuala Lumpur kerana berkuatkuasa 1 Julai, beliau akan memulakan tugasnya di Kawasan Mukah, Sarawak sebagai Pengurus Kawasan.

Jadi sebagaimana biasa, kami pun mengadakanlah majlis ringkas bagi meraikan perpisahan dengan beliau pada tengahari semalam 30 Jun, 2010.

En. Eddy telah berkhidmat dengan syarikat selama 21 tahun iaitu bermula pada tahun 1989. Pertukaran beliau ini adalah bagi kali ke 9 dimana 2 kali di Sarawak (termasuk kali ini) dan 7 lagi di berbagai lokasi di Semenanjung.

Begitulah pentingnya orang yang bernama Eddy ini. Tidak pernah membantah atau menolak setiap kali namanya dicalun untuk ditukarkan. Pengalaman luas yang dimilikinya amat membantu Syarikat dalam mengekalkan prestasi yang cemerlang dibidang perladangan.

Semoga En Eddy maju jaya dan bertambah cemerlang di bumi Kenyalang nanti, itu doa kami untuknya. Tidak lupa juga doa kami panjangkan kepada Allah supaya memurahkan rezekinya, dikurniakan kebahagiaan didunia dan akhirat dan diharap kita akan berjumpa lagi. Amin.

Wajah sayunya membuatkan kami
terasa berat untuk berpisah dengan beliau

En. Mohd Ridza b. Mohd Yusof atau lebih dikenali
sebagai Eddy sedang memberikan ucapan


Pn. Rahayu sebagai pengacara majlis

En. Rafia Olhusni membacakan doa bagi memberkati majlis

En. Idris Lasim, bos En. Eddy menyampaikan
cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan

Diantara staf yang hadir


Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari

Pn. Amal Ahmad Zakuan.
Aku rasa gambar beliau belum pernah ada lagi dalam blog aku ni.
Jadi aku perkenalkan dirinya sorang je. Yang dua orang lagi tu
tak payah lah diperkenalkan lagi sebab dah banyak kali dah................

Dari kiri : En. Sulaiman Mohamad,
En. Mohd Ridhuan Mohd Noor dan En Eddy

En. Eddy melekapkan past card beliau kepada alat TMS
sebagai tanda hari terakhir beliau bertugas di Ibu Pejabat
iaitu jam 6.09 minit petang.

Rakan karib En. Eddy iaitu
En Sulaiman Mohammad

Rakan bergurau En. Eddy iaitu 'Aku' Mr. AJ

MENGUNJUNGI DUSUN BUAH-BUAHAN

Peluang yang diberi oleh En. Abu Samah, iaitu ayah kepada En. Borhan (birasku) untuk mengunjungi dusun buah-buahannya yang terletak di Kg. Kelemak, Alor Gajah, Melaka tidak dilepaskan oleh aku sekeluarga.

Buah-buahan yang dipetik sendiri dari atas pokoknya amat menyeronokkan dan memberi satu nostalgia dan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Kepada kawan-kawan yang memiliki dusun buah-buahan jangan lah lupa pada member. "Kita kan dah lama kawan" masa ni lah nak bersedekah dan beramal jariah.

Buah-buah durian yang berjuntaian diatas pokok
menunggu masa untuk gugur

Buah dokong yang rendah pokoknya
memudahkan buahnya dipetik


En. Borhan (Bob) sedang memetik buah dokong dari dahannya

Buah rambutan yang sudah masak sedia untuk dipetik


Dari kiri : Rini, Lina, Alia dan Yati mengutip
buah rambutan yang telah dikait

Buah rambutan yang telah siap diikat

Semua buah yang diambil telah dimuatkan
kedalam lori untuk dibawa pulang

Thursday, July 1, 2010

RAJA BUAH

Durian merupakan tanaman buah berupa pohon. Sebutan durian diduga berasal dari istilah Melayu iaitu dari kata duri yang diberi akhiran -an sehingga menjadi durian. Kata ini terutama dipergunakan untuk menyebut buah yang kulitnya berduri tajam.

Tanaman durian berasal dari hutan Malaysia, Sumatra, dan Kalimantan yang berupa tanaman liar. Penyebaran durian ke arah Barat adalah ke Thailand, Burma, India dan Pakistan. Buah durian sudah dikenal di Asia Tenggara sejak abad 7 M. Nama lain durian adalah duren (Jawa, Gayo), duriang (Manado), dulian (Toraja), rulen (Seram Timur).

Tanaman durian termasuk famili Bombaceae sebangsa pohon kapuk-kapukan. Yang lazim disebut durian adalah tumbuhan dari marga (genus) Durio, Nesia, Lahia, Boschia dan Coelostegia.

Ada puluhan durian yang diakui keunggulannya oleh Menteri Pertanian dan disebarluaskan kepada masyarakat untuk dikembangkan. Macam varietas durian tersebut adalah: durian sukun (Jawa Tengah),petruk (Jawa Tengah),sitokong (Betawi), simas (Bogor), sunan (Jepara),otong (Thailand), kani (Thailand), sidodol (Kalimantan Selatan), sijapang (Betawi) dan sihijau (Kalimantan Selatan).

Balik ke kampung baru-baru ini aku singgah disebuah kedai tepi jalan bagi membeli durian yang pada ketika ini sedang bermusim. Pemilik kedai ini memberitahu bahawa durian yang dijualnya baru saja sampai dari dusun yang terletak di Bukit Gantang, Perak.

Durian yang baru sampai dari dusun sedang dibersihkan

Pemilik gerai durian (baju putih) sedang memerhatikan pekerjanya membersihkan buah durian yang baru tiba

Semua durian diatas meja tersebut adalah milikku

yang dibeli dengan harga RM50

Seorang pelanggan diberi peluang untuk merasa seulas durian

Durian yang aku beli telah dimasukkan

kedalam beg plastik untuk dibawa pulang


Adik Muhammad Amsyar tidak melepaskan peluang
untuk merasa seulas durian

KOAYTEOW KOBOI BHG. 2

Didalam artikel bulan April 2010 yang lalu, aku ada mengetengahkan satu artikel yang bertajuk 'Koayteow Koboi'. Artikel itu adalah mengenai adik aku yang mengusahakan sebuah kedai makan yang menampilkan gayanya seperti seorang koboi apabila menggoreng koayteow.

Kepada para pembaca yang masih belum mengetahui kisahnya, silalah membaca artikel tersebut yang diterbitkan pada bulan April 2010 yang lalu.

Aku merasakan bahawa, artikel yang pertama dulu masih belum lengkap lagi kerana tidak memaparkan gambar koboi sedang menggoreng koayteow. Jadi, pada bahagian kedua ini, aku tidak bermaksud untuk mengulangi cerita tersebut cuma sekadar memuatkan beberapa keping gambar tambahan yang baru dirakamkan pada 26 Jun 2010, ketika aku pulang kekampung.

Berkebetulan ketika ini Pertandingan Bolasepak Piala Dunia sedang berlangsung, adik aku telah menghiasi kedainya dengan bendera negara-negara yang menyertai pertandingan tersebut. Disamping itu, beliau juga telah menukar TVnya yang lama dengan sebuah TV baru LCD 50" bagi memberi peluang kepada pelanggannya menonton siaran langsung dengan lebih selesa menerusi Astro Beyond.


Adik aku Amri sedang menggoreng koayteow
yang dipesan pelanggannya



Gambar menunjukkan kedainya
baru hendak memulakan perniagaan jam 5 petang.
Gerainya dihiasi dengan bendera negara-negara
yang menyertai Piala Dunia 2010



Monday, June 28, 2010

BAKAT KU YANG TERPENDAM

Adalah pada satu hari tu kan, ketika aku pergi bersantai dengan family di Port Dickson. Selepas penat kami bermandi dan berendam di laut maka tiba lah waktu untuk pulang.

Sebelum tu kami pergi lah round-round di pekan Telok Kemang tu dulu untuk membeli barang-barang cenderamata bagi dibawa balik sebagai tanda kenang-kenangan.

Tiba di Telok Kemang, aku perhatikan ada ramai orang berkumpul di hadapan satu pentas terbuka. Dari jauh kedengaran macam ada orang menyanyi. Dalam hati aku berkata-kata "ade pertandingan nyanyi ke?, best jugak petang-petang ni layan orang-orang yang nak menunjukkan bakat terpendam".

Memang sah. Ada pentas menyanyi karaoke. Sesiapa yang nak nyanyi bolehlah naik kepentas untuk memilih lagu dan menunggu giliran. Satu lagu harganya RM2.

Rasa-rasanya aku nak try lah nyanyi, mana tau kot-kot ada komposer yang mengintai-intai kat bawah untuk mencari bakat-bakat baru, kalau nasib baik bolehlah jadi penyanyi terkenal dan buat album.

Untuk tidak menghampakan peminat-peminat yang ada kat bawah sana tu maka akupun naik lah kepentas untuk menyumbang dua lagu. Lagu pertama bertajuk 'Kau Yang Tersendiri ' dipopularkan oleh Jay Jay dan lagu kedua 'Antara Hujan Dan Airmata' oleh Sudirman dan di beri nafas baru oleh Saleem Iklim.

Ok. Para peminatku "Selamat mendengar dan semoga terhibur dengan lagu ku ini".. layaaaaaaaaaan.