Sunday, October 7, 2012

XPDC KE BUKIT BROGA & BUKIT TOK WAN...

Pagi ini 6 Oktober 2012, pasukan pendaki gunung dari Syarikat FELCRA Berhad seramai 40 orang mengadakan satu latihan khas mendaki Bukit Broga dan Bukit Tok Wan yang terletak di Semenyih, Selangor. Latihan ini adalah latihan terakhir kami mendaki gunung dan bukit sebelum kami semua akan bertolak ke Sabah pada 15hb. Oktober 2012 untuk misi yang lebih besar dan mencabar iaitu mendaki Gunung Kinabalu.

Bukit Broga yang berketinggian 400 meter dan bersambung dengan Bukit Tok Wan setinggi 275 meter dari paras laut adalah bukit yang menjadi pilihan kepada warga kota pada setiap hujung minggu dan menjadi riadah paling popular bagi sesebuah keluarga, persatuan, kelab sukan, serta pencinta-pecinta sukan lasak.

Pasukan kami telah mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit untuk sampai ke puncak bagi kedua-dua bukit tersebut, walaubagaimanapun terdapat para pendaki kami yang sampai lebih awal dari yang dijangkakan dan mereka-mereka ini adalah pendaki-pendaki harapan semasa mendaki Gunung Kinabalu nanti dan seterusnya dapat mengibar bendera syarikat di puncak Gunung yang paling tinggi di Asia Tenggara ini. 

Apa yang membanggakan bahawa pendaki-pendaki harapan ini adalah mereka-mereka yang berumur lebih dari 50 tahun dan diantara mereka ialah En. Mat Ros Kamat, En. Johan Abdul Hamid dan En. Rahman Isa.

Bagi lain-lain pendaki seramai lebih kurang 10 orang yang juga berumur lebih dari 50 tahun, prestasi mereka tidak menghampakan kerana mereka dapat memberikan saingan kepada peserta-peserta yang lebih muda iaitu berumur 25 tahun kebawah.  
             
Sebahagian dari kami yang tiba akhir kepuncak iaitu kira-kira jam 11.15 pagi telah mengambil masa kira-kira hampir 30 minit untuk berehat dan bergambar sebelum turun semula kebawah dan tiba kira-kira jam 2.00 petang. Mereka menanti rakan-rakan yang turun kemudian untuk kami sama-sama makan tengahari yang telah disediakan di salah satu food court yang terdapat di pekan Semenyih ini.

Selepas makan tengahari dan menunaikan solat Zohor di masjid yang berhampiran, kami akhirnya bersurai kira-kira jam 4 petang dengan membawa pulang seribu satu kenangan yang tidak akan dilupakan. 

Saksikan 207 keping gambar yang terpilih untuk disiarkan.

'SYABAS PASUKAN PENDAKI FELCRA BERHAD'

       
Papan tunjuk arah masuk ke Bukit Broga...

Tempat parking kereta yang dikenakan 
bayaran sebanyak RM2.00...

Sabar menanti kawan-kawan yang belum tiba...

Minum pagi disediakan. Menunya bihun goreng, telor mata, 
sebiji karipap dan Teo O bungkus. Mineral water
 dan 100plus turut di bekalkan...


Pengagihan sarapan pagi sedang dibuat...

"Makan duduk bang..."



"Sampah jangan lupa buang"

Rosli sedang menyemak nama-nama pendaki....

Sedikit taklimat berupa nasihat dari Ajoi untuk pendaki....

Rafia Olhusni diberi tugas untuk membacakan doa bagi
memohon keselamatan kami dan semua para pendaki pada pagi ini...

Para pendaki mengaminkan doa yang dibaca....


Selepas doa dibaca kami pun 
memulakan pendakian pada jam 9.00 pagi...

"Hati-hati sikit sebab jalan tanah merah  berlekuk 
dan tidak rata,takut terpeletuk pula kaki tu nanti..."

Amy mengetuai group ni...


Laluan dua hala dilorong yang sempit ini
ada yang baru nak mendaki dan ada pula yang nak turun...


Pendakian makin tinggi...


Oleh kerana lorong sempit, pendaki perlu berhati-hati 
takut tergelincir ke bawah ...




Di sesetengah tempat yang mencabar, 
tali disediakan untuk pendaki berpaut...





Seorang pendaki membawa tikar..."Nak berkelah ke bang"
Aku nak bawak kamera ni pun dah terasa beban...

Seorang pendaki wanita diberi rawatan kerana kakinya dah cram...

Relax kejap lepaskan penat...




Dari kiri: Nurul, Norli,  Zie dan Ida...

Olhusni dan Zainol, aku dah selalu tengok kat ofis, 
yang aku nak tengok sekarang ni yang kat belakang tu...


1 Malaysia...




Walaupun tanah ni rata tapi licin...
kasut yang dipakai mestilah sesuai....



Hawari dan Zaimee walaupun letih tapi tetap ceria...


Kat bawah tu bukannya laut biru....

Ingat nak main golf hari ni 
tapi kawan-kawan ajak mendaki pulak...   
Malas nak balik salin baju...


Ada yang jam 9.00 pagi dah turun sedangkan kami baru nak naik...
Mereka ni mula mendaki jam 6.00 pagi..


Sekumpulan student U nak turun ke bawah...





Gambar dirakam dari puncak bukit untuk memberikan gambaran
 bahawa Bukit Broga ini juga sangat tinggi...

Menggelonsor adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk turun.... 




Sikap terpuji bagi mamat ni. Kelihatan beliau mengutip sampah 
dan memasukkan kedalam plastik untuk dibuang 
di tempat pembuangan sampah yang disediakan....

"Awek cun ni nak turun pulak...tak dak can lah nak ayat"..

Ada ibu bapa yang turut membawa 
anak-anak kecil untuk mendaki....

Awek ni tau pulak aku curi tangkap gambar dia....
nasib baik sporting....

Mat Isa sedang mendaki bukit yang sangat tinggi dan bahaya....

Pemandangan dari puncak Bukit Broga...

Salah seorang gadis manis yang berjiwa lasak 
mendaki bersama kawan-kawannya pada pagi ini...

Ihsan Ashraf bergambar di puncak bukit...

Keadaan sangat sesak diatas bukit ni...





Baru sampai separuh jalan...puncaknya jauh lagiii...



Zainol sebenarnya nak bergambar 
dengan gadis-gadis tu tapi malu-malu pulak...

Alamat blog, aku dah bagi kat 3 gadis ni, 
tak tau la samada mereka ingat ke tak?


Rafia Olhusni, satu nama yang sungguh unik....
Kat ofis ada yang panggil Rafia, ada yang panggil Ol, 
ada yang panggil Hj. Ol dan ada yang panggil Husni...

AJ dan Ihsan bergambar 
berlatar belakangkan  Bandar Seremban..
Agaknya laaa.....


Pasukan pendaki 'The Blues'

Bersama kincir angin yang dipacak oleh salah seorang pendaki...

Perut tu sorok sikit....

En. Rahman Yaakob salah seorang 
dari 10 orang pendaki veteran....



Dua orang pendaki memanjat seketul batu  besar
yang ada di puncak bukit untuk di rakam gambar masuk dalam Facebook...


Salah satu tempat yang paling tinggi dan mencabar....

Sebotol air untuk Ida tak cukup. terpaksa Ol bagi tambah sikit...
Semangat yang perlu ada pada pendaki....
ringan sama dijinjing...Berat sama dipikul...



Adik ni satu hari nanti aku yakin akan dapat 
menawan puncak Everest iaitu gunung paling tinggi di dunia.......
Aku mungkin tidak dapat berkongsi diatas kejayaannya
kerana ketika itu aku mungkin sudahpun berada dialam arwah...
Sedihnyer....hu...hu...
Alfatihah...

Ikut giliran naik ke puncak...



Kacang jer!!! kenapa orang lain nampak susah sangat.....


Bantuan diperlukan bagi yang bermasaalah untuk naik keatas....


Kelebihan yang ada pada seorang blogger, 
boleh bergambar dengan siapa saja yang ia suka....
Nama??? lupa pulak nak tanya.... 


Satu pos yang paling handsome dari Mohd Azmir...


Najib dan Wan....




***************************************************
 Gambar dibawah ini menunjukkan ketibaan kami 
di puncak Bukit Broga yang berketinggian
 400 meter dari aras laut...



Mat Salleh mana pulak sesat sorang nie...



Nasib baik bendera Malaysia, kalau bendera PAS
 tentu dah jadi isu besar kat office nanti....


**************************************************

Gambar-gambar di bawah ini adalah gambar yang menunjukkan 
pasukan kami meneruskan pendakian ke Bukit Tok Wan 
yang berketinggian 675 dari aras laut iaitu 275 meter lagi 
dari puncak Bukit Broga...

Mula-mula jalannya menrun...



Sekarang kami dah mula mendaki...



Kalau ya pun Wan, hang janganla tunjuk pusat...
Malu kat pacat tu....

Simbol apa tue Wak E....


Tak dak rotan, akar pun berguna....







Bergambar bersama-sama akar-akar
 yang berjuntaian dan cantik....


Mohd Azmir dari FELCRA Urus Estet (FUESB)...




Simbol peace dari Ida dan rakan-rakan untuk staf di HQ yang tak joint....


150 meter lagi aku akan sampai di puncak Bukit Tok Wan...



"Hati-hati Nurul. takut tergelincir nanti"...


Patutla Wak E semangat, rupanya bini dia ikut sama....









"Kami baru nak sampai, tapi Imran & The Gang 
dah lama tunggu kat atas dan sekarang nak turun pulak....
Jangan marah kalau gambar hangpa tak banyak 
aku rakam...sapa suruh tinggalkan aku"


Faizal dan Azriman seronok nak turun ke bawah....

Suhezran Shah, Ain, Suhaimi dan Khairil pun nak turun jugak...
Mereka adalah juga kumpulan pertama sampai ke puncak....

Ain diantara pendaki paling muda 
dalam pasukan kami....Syabas Ain....

Inilah dia En. Johan Abdul Hamid bakal juara 
dalam pendakian di Gunung Kinabalu nanti....
"Dah tu namanya pun Johan...tentulah dia Johan 
Walaupun kalau dia kalah nanti 
kami tetap panggil dia Johan"

Cik Normaziah Sulaiman wakil tunggal dari KKF....

Yang membelakang tu Rahman Yaakob, 
yang depan ni pulak Rahman Isa....
Kedua-dua mereka sebaya....


**************************************************
Gambar dibawah ini menunjukkan pasukan terakhir
kami tiba di puncak Bukit Tok Wan yang 
berketinggian 675 meter dari aras laut...


Mat Isa (kiri) dan Zainol...



Kegembiraan jelas terbayang di wajah. Kami bangga dapat 
mengibarkan bendera Syarikat di puncak Bukit Tok Wan....
Inilah sumbangan kami yang paling berharga untuk Syarikat....



Najib (kiri) dan Jaafar (kanan). Walaupun sibuk 
dengan tugas-tugas pejabat tapi mereka tetap dapat
 memimpin Kelab Sukan dengan baik.
Najib adalah Timb. YDP KESURA
manakala Jaafar pula adalah Bendaharinya....  

Body Builder....

Hutan yang belum tercemar...


Disamping kami, terdapat juga pendaki dari kumpulain lain 
yang turut sama berada di puncak Bukit Tok Wan...

Dari kiri: Zaimee, AJ, Zack dan Zainol....
Cuba teka siapa yang paaaaaaling tua?

Wak E bersama isterinya (tudung pink) 
dan dua rakan mereka dari FTC....

Ajoi (kiri) dan Awie...
Ajoi adalah merupakan ketua pendaki pasukan kami...

Badan letih-letih ni, tengok penari tiang pun tak dak selera....

Gambar dari kamera aku yang lagi satu...
kamera tadi baterinya dah kong....nasib baik bawak spare...
Zita Suradi dari FELCRA Plantation Servicess Sdn. Bhd.

Kasut merah (Ida), kasut kuning (Nurul)...Hiking Shoes...
Kasut ni mereka baru beli, harga sepasang RM190.00

Siti Hajar (kiri) dan rakannya bergambar di puncak Bukit Tok Wan...

Zaimee dalam keletihan....

Semuanya letih...

Salah seorang pendaki turut membawa 
binatang peliharaannya mendaki Bukit....

Kesian Rosli!!!, masa turun dari Bukit Tok Wan tadi 
telinganya tersangkut duri pokok dan terluka. 
Nasib baik ada Cik Norli kita yang tolong ubatkan...

**************************************************

Gambar di bawah ini menunjukkan pasukan kami 
akhirnya tiba di bawah kira-kira  jam 2 petang tadi
dan kini membasah tekak dengan meminum 
air kelapa muda yang berharga RM5.00 sebiji...



Julia (kiri) dan Azah (kanan)...

Oya (Spek hitam) ....
Staf baru pun tak boleh challenge dengan penampilannya...

Zainol.....

Malu aku nak perkenalkan mamat baju merah ni...
Nanti ada yang kata masuk lif tekan butang sendiri pulak...



Pasangan suami isteri yang bahagia...Zita dan Jaafar.

Zainol & Azah...

AJ & Azah

Sedut Ol, jangan tak sedut...mahal tu RM5.00 sebijik....

Menantu Haji Nuar yang paling disayangi....

Zack dengan sebijik kelapa muda yang sudah habis diminum....

Sruuuuup, Raman Yaakob dengan aksinya yang tersendiri....
menyedut air kelapa muda dengan isinya yang lembut....

Zaimee pun nak sedut jugak.....

Mat Ros (botak head) adalah 
pelari marathon FELCRA Berhad 
sehingga kini penggantinya masih belum ditemui....

Che Hashim (duduk) manakala berdiri dari kiri: 
Johan, Rahman Isa dan Rahman Yaakob...
Tugas Che Hashim hari ini ialah menguruskan
 makan tengahari untuk kami...
.
Normaziah (Zie) datang ke bukit menumpang kereta Awie 
dan sekarang mereka berdua akan bergerak ke Foodcourt 
untuk sessi makan tengahari yang telah disediakan...

Tuesday, October 2, 2012

MENGEJAR PENGEMIS...

Suatu hari aku dan isteri pulang lewat kerumah sebab ada program. Sebelum sampai kerumah kami singgah dahulu di sebuah restoran untuk mengisi perut. Restoran yang disinggahi adalah salah sebuah restoran yang sentiasa mendapat tempat dihati penduduk di taman perumahan itu. Oleh kerana terlalu ramai orang, kami terpaksa menunggu untuk mendapat tempat duduk.

Hampir 15 minit menunggu, maka kami pun mendapat sebuah meja di tengah-tengah restoran tersebut. Dari pemerhatianku, aku dapati pada malam tu, 90% pelanggan-pelanggannya adalah terdiri dari orang Melayu. Walaupun restoran tu Restoran Mamak, tapi strateginya untuk menarik perhatian orang Melayu ialah dengan menyediakan masakan melayu  serta masakan panas ala Thai.

Sepertimana biasa, restoran yang ramai pengunjung akan menjadi lubuk rezeki bagi pengemis, tambahan pula sifat orang melayu yang suka bersedekah dan membantu orang yang kurang bernasib baik walaupun adakalanya tidak kena pada tempatnya. Sifat baik hati orang melayu ni selalu diambil kesempatan oleh orang  yang ada kepentingan peribadi.      

Bercakap tentang pengemis ni, berbagai taktik digunakan untuk mendapat simpati, biasanya mereka akan menggunakan kanak-kanak, orang buta, orang cacat dan orang kurang upaya bagi menarik perhatian pelanggan restoran. Walaupun pelanggan sedar akan perkara ini tapi sifat mereka yang berpegang pada kata-kata "Alah! bagi seringgit bukannya rugi apa-apapun" atau "Aku berbelanja RM50 takkan nak bagi RM1 pun berkira" menjadikan pengemis semakin bertambah dari sehari kesehari.

Tapi sedarkah kita semua bahawa sebenarnya pengemis ini hanya mendapat sedikit sahaja kutipan yang diperolehi pada hari itu kerana sebenarnya di belakang mereka ini ada satu sendikit yang mempergunakan mereka untuk mendapat kesenangan secara mudah. 

Bagi diriku pula, aku akan memberi jika mood aku baik pada haritu dan jika tidak, aku tidak akan memberinya. Aku tidak mengharapkan apa-apa balasan kerana kadang-kadang aku beripun sebab aku malas nak tengok muka pengemis tu lama-lama berdiri didepanku.   

Setelah aku dan isteri hampir selesai makan, dari kejauhan aku lihat ada dua pengemis wanita berbangsa melayu masuk kedalam restoran. Seorang buta dan seorang lagi memimpinnya. Aku agak kedua-dua mereka berumur didalam lingkungan 30 tahun. Kedua-dua mereka sihat tubuh badan cuma yang seorang itu bermata buta dan berjalan dengan menggunakan tongkat walaupun dipimpin.

Seperti yang aku katakan tadi, ramai pelanggan yang menaruh simpati terhadap pengemis itu dan setiap kunjungan mereka dari meja kemeja, mereka tidak akan berlalu dengan tangan kosong. Aku hanya memerhatikan sahaja gelagat mereka dengan pandangan yang tajam terutama kepada wanita yang meminpin pengemis buta tadi. Sedar akan renunganku itu maka wanita yang memimpin pengemis buta tadi tidak singgah dimejaku walaupun sebelum itu mereka meminta sedekah disebelah meja kami.

Perbuatan mereka itu telah menarik perhatianku kerana kalau mereka ikhlas mengapa takut untuk meminta sedekah kepada kami. Aku lihat isteriku pun telah bersedia ditangannya dengan wang kertas RM1 untuk diberikan kepada pegemis tadi.    

Tidak puashati dengan sikap wanita yang memimpin pengemis buta itu, maka aku pun segera membayar harga makanan kami dan terus keluar dari restoran untuk menunggu kedua-dua pengemis tadi keluar dengan perasaan ingin tahu kemana pula mereka akan tuju untuk mencari mangsa yang lain pula.

Lebih kurang 2 minit menunggu, kami lihat kedua-dua pengemis tadi berjalan menuju ke sebuah kereta Toyota Avanza yang sudah sedia menanti di luar. Pergerakan sibuta tadi tidak lagi menunjukkan ianya seorang buta kerana ia berjalan agak pantas.

Kami segera menuju kekereta dan bercadang ingin mengekori kemana mereka akan pergi. Oleh kerana pada asalnya aku tidak berminat untuk mengambil serius akan pengemis itu dan sekadar hendak tahu saja, jadi aku tidaklah mengekori secara sembunyi-sembunyi. 

Rupa-rupanya perbuatan kami mengekori mereka telah disedari oleh pemandu Toyota Avanza itu dan dia dengan tidak semena-mena memecut keretanya ke suatu lorong dan tiba-tiba berhenti disitu. Pada agakkan aku bahawa pemandu itu ingin menunggu respon kami samada kami benar-benar mengekori mereka ataupun tidak  

Ketika aku melintasi kereta mereka, aku lihat pemandunya seorang wanita berketurunan melayu kita, umurnya dalam lingkungan 40 tahun dengan rupanya yang agak menarik dan tidak melambangkan ianya orang susah atau warga asing. Rupanya dapat aku pandang jelas  sebab tempat ia berhenti itu betul-betul dibawah tiang lampu ditepi lorong itu.

Kami bertentang mata tapi aku berpura-pura buat selamba bagi mengurangkan curiganya pada kami. Melihatkan aku telah melewati kereta mereka, pemandu wanita tadi berpusing dan berpatah balik kearah jalan besar untuk menuju kedestinasinya.

Aku pun segera berpusing dan berpatah balik untuk mengejar mereka. Tiba di traffic light, aku dapati kereta tadi sedang berhenti kerana menunggu lampu isyarat yang berwarna merah dan aku pula berhenti betul-betul di belakang mereka. Aku lihat melalui cermin hadapan kereta itu, wanita tadi menunjukkan wajah yang sedikit cemas kerana menyedari kami masih mengekori mereka.

Sebaik-baik lampu bertukar hijau, wanita tadi memecut keretanya dengan laju tanpa menghiraukan perbuatannya yang boleh membahayakan pengguna jalanraya yang lain dan aku pula mengejarnya supaya tidak hilang dari pandangan. Perbuatannya itu membuatkan aku percaya bahawa wanita ini telah menipu dan memperdayakan orang ramai dengan mengumpan pengemis buta bagi mengutip wang untuk kesenangan dirinya. Aku merasa amat malu dengan perbuatan wanita tersebut tambahan pula kerana ianya seorang wanita melayu dan memakai tudung pula. 

Pemandu kereta itu terus memecut ke satu kawasan perindustrian dan cuba memperdayakan aku dengan memasuki setiap lorong dan keluar di lorong yang lain pula. Ada ketikanya ia memberi lampu isyarat sebelah kanan tetapi membelok kearah kiri. Walaupun begitu aku dapat membaca gerak gerinya dan terus mengejar.

Dengan tidak semena-mena kereta tadi telah membelok ke satu lorong kiri lalu terus hilang dari pandangan. Aku yang turut memasuki lorong itu tidak lagi dapat mengesan kereta itu kerana kegelapan. Aku menjadi hairan bagaimana kereta tadi boleh hilang begitu saja sedangkan jarak aku dengannya tidaklah begitu jauh. Lagipun pemandu itu seorang wanita takkan cekap memandu sampai begitu sekali. Aku terus berkata kepada isteri "begitulah kalau orang dah terdesak dan bersalah, ia boleh melakukan sesuatu yang diluar kemampuannya bagi melepaskan diri" 

Tapi aku terus bertenang dan tidak panik. Aku membuat keputusan untuk keluar balik dari lorong itu untuk menunggu disimpangnya dengan harapan kereta itu akan muncul semula. Sangkaan aku tepat, tidak beberapa minit kemudian, kereta itu muncul secara tiba-tiba dan pemandunya sangat terkejut melihat kami sedang menunggu disitu. Ia terus memecut kearah jalan besar dan tanpa menghiraukan lampu isyarat yang ketika itu sedang berwarna merah lalu membelok kekanan.   

Aku yang mengejarnya cuba juga untuk tidak menghiraukan lampu isyarat yang berwarna merah itu tapi aku terpaksa berhenti secara mengejut kerana terdapat sebuah motosikal yang sedang melintas. Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini, aku membuat keputusan untuk tidak mencari kereta itu lagi. Walaubagaimanapun nombor pendaftarannya dapat aku catatkan. 

Aku tidak bercadang untuk membuat laporan polis tapi aku akan mengajarnya dengan cara lain yang telah aku fikirkan. Tujuan aku hanya satu iaitu untuk menyedarkannya bahawa perbuatannya selama ini yang mempergunakan orang lain untuk kepentingan dirinya adalah satu perbuatan yang tidak bermoral dan memalukan bangsa. 

Nasihat aku pula kepada mereka-mereka yang bermurah hati bersedekah dan menderma, menderma dan bersedekahlah melalui saluran-saluran yang sah atau penuhkanlah tabung-tabung yang ada di masjid dan surau-surau yang sentiasa menanti wang-wang saudara untuk diinfakkan bagi program-program pengajian ilmu serta disalurkan kerumah anak-anak yatim atau sekolah-sekolah agama yang memerlukan bantuan. 

Inilah konsep bersedekah dan menderma yang di redhai Allah. Semoga amalan kita diberi ganjaran di akhirat kelak. Amin...