Tuesday, September 24, 2013

PILIHLAH NAMA ANAK YANG BAIK-BAIK...

Nama mempunyai kesan psikologi ke atas peribadi seseorang individu. Keseluruhan peribadinya bangun di bawah bayangan makna dan pengaruh namanya. Lagipun, sudah jelas kita sukakan nama yang mempunyai bunyi yang menarik dan makna yang sedap.

Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati ketika memberikan nama kepada anak-anak kita. Kita perlu memberikan nama yang manis, pendek dan bermakna yang senang difahami dan dinilai.

Rasulullah s.a.w. memberikan penekanan ke atas nama. Baginda menasihatkan umatnya supaya memberikan nama-nama yang bagus dan bermakna kepada anak-anak mereka. Baginda selalu mencadangkan nama yang baik dan bermakna untuk mereka. Baginda tidak akan meminta orang itu memberikan nama yang buruk. Baginda suka dengan orang yang mempunyai nama yang baik dan berdoa untuk mereka.

Rasulullah s.a.w. gemar mendengar nama seperti Najeeh (yang berjaya) atau Rashid (yang mendapat petunjuk).

Baginda juga banyak menukar nama lelaki dan perempuan yang dianggap tidak baik. Diriwayatkan bahawa jika mereka tidak menukarkan nama mereka seperti yang dicadangkan oleh Rasulullah s.a.w. orang itu akan sentiasa berada di dalam kesusahan.

Apabila memilih nama anak-anak, perhatian hendaklah diberi kepada perkara-perkara berikut:

  • Ia seharusnya mengandungi salah satu daripada nama Allah dan dimulakan dengan perkataan yang menunjukkan ketaatan kepadaNya. Contohnya seperti nama Abdullah, Abdul Rahman, Abdul Ghafar dan sebagainya.
  • Ia seharusnya dipilih dari nama-nama Nabi seperti Yaakub, Yusuf, Idris, Ahmad, Ibrahim, Ismail atau Muhammad.
  •  Ia seharusnya diambil daripada nama-nama orang alim seperti Umar, Farook, Siddiq, Khalid, Ali, Usman, Khadija, Hajira, Maryam, Ummi Salamah.
  • Ia sepatutnya mencerminkan nilai Islam dan pemikiran ibu bapanya. Contohnya, pada ketika Islam sedang mundur sekarang, anak-anak patut diberi nama seperti Tariq atau Sallahuddin dengan harapan anak itu akan menjadi seperti pahlawan-pahlawan yang pernah bernama begitu.
  • Nama itu seharusnya menunjukkan perangai yang elok seperti Said (bernasib baik dan taat), Shafiq (baik hati) atau Sharif (mulia).
Berikut pula ialah nama-nama yang seboleh-bolehnya dielakkan untuk anak-anak kita kerana ia menunjukkan amalan yang tidak baik seperti sombong, kasar atau kebencian. Ia mengandungi idea-idea dan pengaruh bukan Islam. Nama-nama yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
  • Abdul Rasul (hamba Rasul).
  • Johnny atau Robert (Nama-nama bukan Islam).
  • Aasia (pembuat dosa), (pembakar).
  • Harb (perang).
Nama-nama seperti Shahan Shah, Malukul Mulk (maharaja) adalah nama yang paling buruk.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Kamu akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu. Jadi berikanlah nama yang baik (kepada anak-anak kamu)."
                                                                                                                           (HR: Abu Daud) 

SEDEKAH 7,000 PAHALA...

Pahala sedekah dapat dibahagikan kepada empat jenis:
  1. Sedekah yang mendapat 10 pahala.
  2. Sedekah yang mendapat 70 pahala.
  3. Sedekah yang mendapat 700 pahala.
  4. Sedekah yang mendapat 7,000 pahala.
  1. Sedekah yang mendapat 10 pahala ialah apabila kita memberi makan kepada fakir miskin.
  2. Sedekah yang mendapat 70 pahala ialah apabila kita memberi sedekah kepada keluarga yang terdekat
  3. Sedekah yang mendapat 700 pahala ialah apabila kita memberi sedekah kepada kawan-kawan dan sahabat.
  4. Sedekah yang mendapat 7,000 pahala ialah apabila kita memberi sedekah kepada orang-orang yang mencari dan menuntut ilmu.
Rasulullah s.a.w bersabda:

"Barang siapa yang mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan barangsiapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya,  dan barangsiapa yang mempunyai tenaga, maka bersedekahlah dengan tenaganya."

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:

"Sedekah itu dapat menutup 70 pintu kejahatan."
"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada fakir miskin, maka itu adalah lebih baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan." 
 Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Qasha Ayat 77: 
"Dan tuntutlah harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan."

HIKAYAT 1001 MALAM EPISOD 4...