Friday, August 24, 2018

PROGRAM IBADAH QURBAN FELCRA BERHAD 2018....

Tahun ini merupakan tahun ke 5, Biro Agama Ibu Pejabat mendapat kelulusan dari Pihak Pengurusan untuk menganjurkan program Ibadah Qurban Peringkat Ibu Pejabat. Sambutan yang sangat menggalakkan dari para peserta dan juga staf yang berkelapangan membolehkan program ini terus diadakan dari tahun ke tahun bermula pada tahun 2014. Walaupun ramai staf telah bercuti dan pulang ke kampung masing-masing untuk meyambutnya bersama keluarga tetapi program yang dilangsungkan semalam tetap meriah.

Program Ibadah Qurban ini telah berlangsung pada hari Khamis 23 Ogos 2018 bersamaan 11 Zulhijjah 1439H yang merupakan hari kedua umat Islam menyambut Hari Raya Eidul Adha. Seawal jam 7.30 pagi semua para peserta dan petugas telah bersedia di tapak sembelihan yang telah disediakan untuk diberi taklimat oleh Pengerusi Biro Agama Ibu Pejabat iaitu Tn. Haji Eisa b. Mohamed. Sebelum itu semua petugas dan jemputan telah menikmati sarapan pagi yang telah disediakan dengan menunya nasi lemak, mee goreng, kuih muih, buah-buahan serta minuman panas.

Pada tahun ini sebanyak 3 ekor lembu dan 6 ekor kambing akan dikorbankan. Mengikut senarai nama yang diperolehi dari Pn. Hajjah Halimah (Kak Lim), urusetia proram qurban, staf yang mengambil bahagian adalah seperti berikut:

Lembu 1

1. En. Mohd Azman b. Razali - Bhg. Audit - 1 bhg.
2. En. Mohd Fauzi b. Ismail - Cawangan Ptd. Am - 1 bhg
3. Pn. Hasiah bt Saai (Affazuliaty Nony bt. Mohd Rusli - Bhg. Bajet) - 1 bhg.
4. Pn. Radziah bt. Hussen - Bhg. Pembangunan Peserta - 1 bhg.
5. Pn. Nadia bt. Ahmad - Bhg. MIS - 1 bhg.
6. Pn. Noor Azizah bt Abdul Aziz - Pejabat COO - 1 bhg.
7. En. Hishamuddin b. Omar (Pn. Noor Azizah bt. Abdul Aziz - Pejabat COO) - 1 bhg.

Lembu 2

1. En. Mohd Najib b. Miswan - Akaun Syarikat - 1 bhg.
2. En.Faaiz Azizi b. Amir - Akaun Projek - 5 bhg.
3. Tn. Hj. Ali b. Mohamad - Perkilangan - 1 bhg.

Lembu 3

1. Tn. Hj. Ismail b. Husain - Bhg. Pembangunan Ladang - 1 bhg.
2. Pn. Hjh Hasimah bt Mohd Sood (Hj. Ismail b. Husain - Pembanguna Ldg) - 1 bhg.
3. Pn. Nurhasliza bt. Mohd Khalidi (Muhamad Hafiz b. Abd Razak - Perancang Projek) - 1 bhg
4. Pn. Mahanom bt. Ahmad Taha - PSM - 1 bhg.
5. Pn. Hamidah bt Kasim -PSM - 1 bhg.
6. Pn. Norlia bt. Hashim -PSM - 1 bhg
7. Pn. Zawiyah bt Hamdan - PSM - 1 bhg.

Kambing

1. Tn. Hj. Ali Sidek - Akaun Kilang
2. Pn. Hjh. Salmah bt. Mansor - Pembangunan Peserta
3. Pn. Sharifah Fatahiah bt. Syed Muhamad - Akaun Anak Syarikat
4. Pn. Hjh. Norzamila bt Fauzi - Akaun Anak Syarikat
5. Tn. Hj. Mohd Ismadi b. Taib - Biotech
6. En. Mat Isa b. Husain - Biotech

Dalam program ini juga, Pihak Pengurusan bermurah hati menyumbang 4 ekor lembu untuk jamuan makan tengahari kepada semua staf dan orang ramai yang hadir. Tukang masak dibawa khas dari Sg. Merab untuk memasak menu yang disenaraikan untuk hidangan pada tengahari tersebut.

Bagi melicinkan perjalanan program, beberapa staf telah dilantik untuk mengetuai 7 ekor lembu dan 6 ekor kambing yang akan disembelih:

1. Lembu 1 - Hj. Zainuddin Muhamat/Bazlan Abd. Rahman
2. Lembu 2 - AJ/Fauzi Ismail
3. Lembu 3 - Ali Mohamad/Najib Miswan/Faaiz Azizi
4. Lembu 4 - Hj. Ismail Husain/Hafiz Razak
5. Lembu 5 - Khairul Arif/Zahid/Ibrahim Md. Tia
6. Lembu 6 - Zainudin Mohd Yusof/Hafiz
7. Lembu 7 - Rosni/Fahmi/Wahidi
8. Kambing 6 ekor - Tn. Hj. Ali Sidek

Di akhir program, beberapa penerima sumbangan dari penduduk sekitar yang telah disenaraikan, Pekerja Am Ibu Pejabat, peserta Qurban dan staf yang bertugas telah menerima bahagian masing-masing berupa daging qurban dan ianya telah disampaikan oleh Tn. Haji Ali b. Mohamed, Pengurus Besar Kumpulan (PBK) Perdagangan Komoditi, dan juga En. Hanif b. Ibrahim Ketua Pegawai Pelaburan manakala pengacara majlis adalah En. Mohd Faiq b. Abdul Fatah. 

Adalah diharapkan semoga mereka yang melakukan ibadah qurban pada tahun ini diberi ganjaran pahala oleh Allah S.W.T dan kepada Pengerusi, AJK Biro Agama serta petugas juga syabas diucapkan atas kejayaan melaksanakan program ini dengan penuh kecemerlangan. 

Saksikan gambar-gambar yang sempat dirakam pada program semalam. Kepada mereka yang terlibat tetapi tiada kelihatan gambar, aku sebagai jurukamera amatur memohon maaf mungkin kedudukan mereka di luar radar kamera aku. 

   Akad jual beli lembu qurban disempurnakan 
oleh Tn. Rafia Al Husni bagi pihak Biro Agama Ibu Pejabat 
dan En. Mat Isa b. Husain, Penjual lembu

















































































































































































































































Monday, May 7, 2018

9 MAKHLUK GANJIL DI LAUT DALAM


1. IKAN VIPER
  • Nama lainnya ialah Mesopelagic dan tinggal dikedalaman 80 hingga 1,600 meter.
  • Merupakan ikan yang sangat kejam kerana bermulut lebar dan bergigi tajam
  • Tidak mempunyai warna kulit
  • Mempunyai mata yang besar untuk mengumpulkan cahaya sebanyak mungkin
  • Mulutnya yang lebar boleh menelan ikan yang lebih besar darinya kerana juga perutnya yang bersifat elastik sehingga dapat mengembang


2. FANGTOOTH
  • Dikenal juga dengan nama AnoplogasterCornuta
  • Dapat tumbuh sampai 6 inci panjangnya
  • Bertubuh pendek dan berkepala besar
  • Hidup dikedalaman 16,000 kaki
  • Sukar mendapat makanan kerana tinggal dilaut yang sangat dalam dengan suhu yang hampir membeku
  • Ikan Fangtooth ini hanya terdapat di lautan tropika seperti Australia.


3. DRAGONFISH
  • Mempunyai nama Latin Grammatostomias Flagellibarba
  • Hidup di kedalaman 5,000 kaki atau 1,500 meter
  • Mempunyai belalai menyala yang bersambung dengan dagunya
  • Dibahagian sisi tubuhnya juga terdapat bahagian menyala yang digunakan untuk memberi tanda kepada ikan Dragonfish yang lain ketika musim mengawan


4. ANGELFISH

  • Juga dikenal dengan nama Melanocetus Johnsoni
  • Tubuhnya boleh berkembang sehingga 6 inci
  • Menyerupai sebuah bola keranjang
  • Hidup dikedalaman 3,000 kaki



5. GULPER Eel


  • Dikenal juga dengan nama Eurypharynx Pelecanoides
  • Boleh tumbuh sehingga panjang 2 hingga 6 kaki
  • Boleh ditemukan dikedalaman 3,500 hingga 6,000 kaki


6. SOTONG GERGASI

  • Memiliki nama Latin Architeuthis Dux
  • Salah satu makhluk laut terbesar
  • Dapat tumbuh sehingga ukuran 60 kaki
  • Haiwan tidak bertulang belakang terbesar
  • Termasuk dalam kategori haiwan pemakan daging


7. GIANT FOOD


  • dikenal juga dengan nama Bathynomus Giganteus
  • Dapat tumbuh sehingga panjang 16 inci
  • Hidup dikedalaman 2,000 kaki


8. LONG NOSED CHIMAERA

  • Nama Latin Harrotta Raleighana
  • Dapat tumbuh sehingga panjang 5 kaki
  • Memiliki hidung seperti muncung pesawat supersonic
  • Hidup dikedalaman 8,000 kaki





9. STARGAZER

  • Stargazer mendapat nama disebabkan kedua-dua matanya terletak dibahagian atas kepala
  • Nama Latin ialah Uranoscopus sulphureus
  • Mulutnya yang besar menghadap keatas
  • Membenamkan dirinya kedalam pasir untuk menunggu mangsa dan menangkap dengan pantas serta cara mengejut
  • Sejenis ikan yang beracun
  • memiliki dua tulang beracun yang terletak dibelakang operkulum (penutup insang) dan diatas sirip pektoral (sisi kiri dan kanan)
  • Dapat membesar sehigga 18 hingga 90 cm
  • Boleh menyebabkan kejutan elektrik

Friday, April 27, 2018

Thursday, April 26, 2018

RISIKO "MATI MENGEJUT" KETIKA BERSUKAN...

Gambar sekadar hiasan...

Kebelakangan ini semakin ramai masyarakat khususnya generasi muda mula gemar melakukan aktiviti riadah dan bersukan untuk menjalani gaya hidup lebih sihat serta aktif. 

Biasanya ia dilakukan pada hujung minggu, ada yang cenderung berjoging di taman, mengunjungi gimnasium, berbasikal mahupun memilih sukan lasak yang mencabar adrenalin mereka menerusi aktiviti berakit berarus deras dan mendaki gunung untuk kekal cergas. 

Kecenderungan minat dalam aktiviti mengeluarkan peluh ini sebenarnya dari satu sudut dilihat sebagai suatu yang sangat positif. Apatah lagi, sebelum ini kita sering kali gusar mengenai peningkatan statistik kadar obesiti negara dalam kalangan generasi muda. 

Akan tetapi, tahukah anda aktiviti fizikal yang sinonim dengan gaya hidup sihat' ini juga sebenarnya sangat berisiko mengancam nyawa seseorang itu tanpa disedari? 

Tahap kesedaran masyarakat untuk membabitkan diri dalam aktiviti riadah dan sukan sangat bagus tetapi adakah mereka melakukan dalam keadaan selamat? Lebih buruk lagi, apabila mereka yang sudah lama tidak bersukan. 

Menurut Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan Pembedahan Kardiothorasik, Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Seri Dr Jeffrey Jeswant Dillon, ia sangat berbahaya kerana seseorang itu mungkin sudah penat ketika melakukan aktiviti fizikal tetapi tetap memaksa diri sekali gus mendedahkannva kepada risiko 'mati mengejut'. 

Hakikatnya, isu mati mengejut ketika melakukan aktiviti fizikal bukanlah perkara baru, malah sudah beberapa kes berhubung dengannya dilaporkan dalam media sekali gus memerlukan permasalahan ini diambil perhatian serius dan tidak dipandang remeh. 

Misalnya pada awal Mac tahun ini, seorang guru lelaki berusia 39 tahun maut ketika bermain badminton di Dewan Gerakan Masyarakat Teluk Kumbar, Balik Pulau akibat serangan jantung. 

Dalam bulan sama juga, hasrat seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang mahu menyambung pelajaran di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tidak kesampaian apabila disahkan meninggal dunia ketika bermain futsal di Taman Cahaya, Sabak Bernam. 

Pada tahun lalu, lelaki berusia 49 tahun rebah dan tidak sedarkan diri kctika bermain futsal sebclum disahkan meninggal dunia di gelanggang futsal di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. 

Begitu juga pada 2016, seorang lelaki berusia 33 tahun tiba-tiba rebah dan meninggal dunia akibat sesak nafas selepas bermain futsal bersama rakannya di Subang Jaya. 

Ini sebahagian kes mangsa mati mengejut dan apa yang membimbangkan kebanyakan mereka masih muda dan berusia bawah 50 tahun. 

Kematian ini sekali gus membuktikan usia muda bukan jaminan seseorang itu selamat daripada risiko mati mengejut ketika melakukan aktiviti riadah. 

Mengulas lebih lanjut mengenainya, Dr Jeffrey berkata punca utama mati mengejut dalam kalangan masyarakat pertengahan umur dan warga emas yang bersukan disebabkan serangan jantung akibat penyumbatan salur darah koronari jantung. 

"Keadaan ini dapat dikenal pasti dengan pemeriksaan doktor dan ujian jantung yang teliti sebelum giat bersukan untuk mencegah kematian di gelanggang sukan. 

"Bagaimanapun, kebanyakan masyarakat mengambil ringan pemeriksaan kesihatan sedangkan adalah sebaiknya seseorang itu mengetahui status kesihatan mereka sebelum bersukan. Ini kerana bukan semua aktiviti fizikal sesuai untuk kita." 

"Ada sesetengahnya ikut kawan. Apabila kawan pergi berlari marathon, kita pun hendak buat juga, apabila dia daki bukit, kita pun nak juga. Tetapi, kita tidak periksa kesihatan dan tidak tahu tahap apa atau setakat mana keupayaan diri." 

"Pengalaman saya aktif bersukan basikal sejak lima tahun lepas mendapati ada beberapa rakan mengadu sakit dada apabila buat aktiviti sukan. Apabila saya tanya adakah mereka buat pemeriksaan kesihatan terlebih dulu, ramai kata tidak," katanya. 

Trend semasa orang ramai yang ingin menyertai sukan ekstrem atau yang memerlukan daya kctahanan, kecergasan fizikal tinggi seperti larian marathon, berbasikal boleh membahayakan sekiranya ada kelainan jantung yang tidak dikenal pasti terlebih dulu. Bagaimanapun, permasalahan ini tidak hanya berlaku dalam kalangan mereka yang baru berjinak-jinak dalam sukan bahkan golongan aktif aktiviti fizikal juga tidak terkecuali. Malah, sudah beberapa atlet tempatan mahupun luar negara yang masih muda meninggal dunia secara mengejut ketika beraksi di padang.

Pada September 2017, Ketua Jurulatih Bola Sepak Remaja, Majlis Sukan Negeri Kelantan berusia 48 tahun rebah secara tiba-tiba semasa mengendalikan klinik bola sepak Rexcoco di padang Sekolah Menengah Sains Gua Musang sebelum meninggal dunia di Hospital Gua Musang. 

Manakala pada Disember 2007, Kapten Kelab Bola Sepak Scotland, Motherwell, Phil O'Donnell, 35, rebah selepas jantungnya gagal berfungsi semasa perlawanan antara Motherwell menentang Dundee United. 

O'Donnel sempat diberi rawatan oleh paramedik sebelum dibawa ke hospital bagaimanapun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu. 

"Masih ada tanggapan orang yang aktif sukan tidak akan diserang penyakit tetapi realiti adalah sebaliknya. Kebanyakan atlet atau ahli sukan kompetitif berusia muda yang mati mengejut di gelanggang sukan disebabkan hypertrophic obstructive cardiomyopathy' iaitu suatu kelainan jantung di mana otot jantung bengkak dan menghalang pengaliran darah keluar dari jantung. 

"Biasanya pesakit yang dilahirkan dalam keadaan ini (kongenital) ada kaitan genetik. Boleh menyebabkan mati terkejut semasa aktiviti sukan ekstrem akibat daripada otot jantung yang bengkak menutup jalan keluar pcngaliran darah dari jantung. 

"Disebabkan itu, amat penting pemcriksaan kesihatan. Misalnya, seseorang atlet akan tahu status kesihatan mereka sebelum terlibat dalam sesuatu perlawanan, sama ada mempunyai kapasiti untuk tingkatkan lagi tahap kecergasan mereka atau sebaliknya," katanya. 

"Setiap lelaki berusia lebih 40 tahun dan wanita yang berusia lebih 45 tahun wajib melakukan pemeriksaan kesihatan. Ini kerana, wanita menopaus terdedah kepada risiko sakit jantung disebabkan hormon estrogen dan progesterone yang melindungi mereka sebelum ini sudah berakhir. 

"Lelaki pada peringkat umur 40 tahun turut berisiko sakit jantung terutama mereka yang ada darah tinggi, kencing manis, kolesterol lemak yang tinggi dalam badan, hisap rokok dan faktor genetik," katanya. 

Pemeriksaan kesihatan secara berkala sama ada bagi atlet, golongan yang aktif bersukan mahupun baru berjinak-jinak dalam aktiviti fizikal dapat mengelak sebarang risiko kesihatan yang tidak dijangka ketika bersukan. Bernama

Artikel ini dipetik dari Harian Metro 26 April 2018...


Wednesday, April 25, 2018

AZAN NABIL TUSUK KALBU...

Video Nabil test suara melaungkan azan
di bilik karaoke yang viral sekarang ni...

Sejak kecil saya memang gemar laungkan azan. Mungkin sebab itu saya dikurniakan kebolehan melaungkan azan dalam lapan taranum (lagu) berbeza. 

"Selain itu sejak usia lima tahun lagi ibu dan ayah sudah ajar saya cara bertaranum serta berzanji," kata Muhammad Nabil Fahmi Yusuf, 21, penuntut Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). 

Bakat remaja itu mendapat perhatian hampir dua juta netizen yang menonton videonya melaungkan azan taranum Makkah dan Nahawand selepas dimuat naik rakannya di Facebook (FB). 

Muhammad Nabil Fahmi kini berkhidmat sebagai bilal separuh masa di masjid berhampiran kediamannya di Batu Pahat. Johor berkata, rakannya tidak memaklumkan kepadanya ketika memuat naik video berkenaan di FB.

Muhammad Nabil Fahmi...

Katanya, dia bersyukur kerana majoriti netizen memberi komen positif, malah ada yang mencadangkan agar dia menjadi bilal sepenuh masa. 

"Selepas video itu tular, saya menerima tawaran sebagai bilal daripada pihak pengurusan beberapa masjid, tapi kena fikir dulu kerana belum habis belajar. 

"Paling mengejutkan ada orang bukan Islam hubungi saya secara peribadi bertanyakan mengenai ca­ra memeluk Islam dan saya akan bantu dia berdasarkan kepada pengetahuan dimiliki," katanya ketika dihubungi. 

Menurutnya, dia melaungkan azan di dalam sebuah bilik di pusat karaoke kerana mahu menunaikan permintaan 10 rakan yang bersamanya ketika itu termasuk seorang yang berketurunan India dikenali sebagai Kumar. 

Menjelaskan mengenai perbuatannya melaungkan azan di dalam bilik karaoke, pemuda itu memberitahu, terdahulu mereka menghadiri majlis tahlil rakan yang meninggal dunia. "Ketika dalam perjalanan pulang kami singgah di pusat karaoke berkenaan kerana rakan termasuk Kumar amat teringin mendengar saya laungkan azan. 

Selepas mendengar azan saya laungkan, Kumar beritahu, dia berasa sayu malah seluruh tubuhnya menggigil. "Saya sebak kerana rakan berada di dalam bilik berkenaan kelihatan insaf selepas mendengar azan, lalu mereka minta saya berkongsi pengetahuan mengenai cara membaca al Quran dan ibadat lain," katanya. 

Anak keempat daripada enam adik beradik itu berkata, bagi membaiki bacaan al Quran dan laungan azan dia kerap merujuk video di YouTube. 

"Insya Allah, jika diberi peluang saya akan kembangkan ilmu dan kebolehan dimiliki kepada orang ramai kerana ini salah satu bentuk dakwah," katanya.

Sumber : Harian Metro