Sunday, April 14, 2019

LAWATAN KERJA KE FELCRA BHD KAWASAN TASIK KACANG PURI, P. PINANG...

Lawatan ke FELCRA Berhad Kawasan Tasik Kacang Puri, Pulau Pinang dibuat pada hari Jumaat, 5 April 2019. Ketibaan kami pada jam 8 pagi di Pejabat Kawasan yang terletak di No. 19, Lorong Perda Utama 6, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah disambut oleh Tn. Haji Abdul Malek Hashim, Pengurus Besar Wilayah Utara, En. Zaiful Anuar, Pengurus Perladangan Wilayah Utara, Pengurus Kawasan, Tn. Haji Idris Mohamed Yassin dan semua Eksekutif Ladang.

Sebelum kami dibawa melawat ke projek, satu taklimat tentang kemajuan dan perkembangan projek telah diberikan oleh Pengurus Kawasan dan Penolong Eksekutif Ladang En. Shairuramadam Md Ali.

Taklimat sedang diberikan oleh 
En. Shairuramadam Md Ali, Pengurus Projek 
sambil diperhatikan oleh 
Tn. Hj. Idris Yassin, Pengurus Kawasan...  

 Tn. Hj. Idris Yassin, Pengurus Kawasan Tasik Kacang Puri...  

Menurut Pengurus Kawasan, beliau dibantu oleh 2 orang staf Pentadbiran dan 4 orang staf ladang bagi menguruskan 17 buah projek sawit berkeluasan 383.747 hektar.

Terdapat 3 kategori umur pokok di kawasan ini iaitu 1 projek umur pokok 16 tahun, luas hasil 5.72 hektar, 1 projek umur pokok 21 tahun, luas hasil 28.124 hektar dan selebihnya umur pokok 25-34 tahun, luas hasil 349.903 hektar. 

Bilangan peserta Kawasan ini adalah seramai 730 orang dengan pecahan: Melayu 713 orang, Cina 13 orang dan India 4 orang. 

Dari segi Institusi, bilangannya adalah seperti berikut: 
  • 3 buah JKKP dengan keahlian 23 orang. Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah bengkel, jahitan, dan kedai runcit. 
  • 2 buah WADIRA (Wanita Dinamis FELCRA) dengan bilangan ahli seramai 15 orang. Aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong, pembangunan rohani, membuat kuih tradisional dan perkhidmatan Katering. 
  • 3 buah Koperasi dngan bilangan ahli 487 orang. Aktiviti yang dijalankan adalah kontrak dalaman dan luar, Agen perbankan BSN, belian BTS, ternakan udang dan pertanian      
Keuntungan (dividen) yang dapat diagihkan kepada peserta bagi tahun 2016, RM970,253.70, tahun 2017, RM295,000.96 dan tahun 2018, RM1,667,658.68.

Dalam taklimat selanjutnya, Pengurus Kawasan memaklumkan bahawa projek Tasik Kacang Puri yang mempunyai peserta seramai 132 orang sedang dalam proses tandatangan perjanjian untuk tanam semula, 3 projek peserta dalam proses menarik diri iaitu projek Juru 1, bilangan peserta 32 orang, Juru II, 20 orang dan Kg. Melayu (Koperasi) 56 orang. Sementara itu, 2 projek akan diserah balik kerana tidak berdaya maju iaitu projek Alma dan Tanjung Berembang. 

Oleh kerana Kawasan ini mempunyai 17 projek dengan isu masing-masing tetapi kami hanya sempat melawat 2 projek sahaja iaitu projek Kg. Melayu dan Juru I.

1. Isu Projek Kg. Melayu, Lokasi : Balik Pulau
  • Bilangan peserta : 56 orang (Koperasi Kg. Melayu)
  • Peserta mohon tarik diri, 
  • Tiada hutang Kos Pembangunan, 
  • Kos proses tarik diri telah dibayar
  • Dalam tindakan Bahagian Peserta 
  • Pokok  sederhana subur (akibat kesan kemasukan air laut)
  • Luas projek : 71.247 hektar
  • Tanaman : Kelapa Sawit
  • Bilangan pokok : 9,507 batang
  • Umur pokok : 29 tahun
  • SPH : 133 
  • Penghasilan 2016 : 1,319.21 MT, Perhektar : 18.52MT 
  • Penghasilan 2017 : 1,363.49 MT, Perhektar : 19.14MT  
  • Penghasilan 2018 : 1,090.50 MT, Perhektar : 15.31MT
  • Penghasilan 2019 hiingga Mac : 377.31, Perhektar : 5.30  
Gambar lawatan projek Kg. Melayu seperti di bawah

Dato' Haji Abd Mutalib Tais, Pengarah Bhg Perladangan P&P 
sedang meninjau projek Kg. Melayu

En. Shairuramadan Md Ali sedang memberikan taklimat
 tentang projek Kg. Melayu di bawah seliaannya...   



Keadaan pokok sawit di projek...




En. Shairuramadam Md Ali, Pengurus Projek Kg. Melayu
sangat komited dalam tugasnya...


Pelepah sawit yang telah kering...

Seorang TKI sedang menuai buah sawit
 yang telah masak di pokok... 


Tandan sawit yang telah dituai...

Kutipan biji lerai tidak diabaikan...


Tn. Hj. Malek PBW Utara membantu 
mengagkat pelepah yang telah dipangkas...

Semasa kami tiba di satu kawasan dalam projek Kg. Melayu, kami bertemu dengan satu rombongan pelawat dari Perancis yang berada di dalam projek untuk melihat ladang sawit. Mereka diketuai oleh Pemandu Pelancong bernama Princilia.

Oleh kerana mereka berminat untuk mengetahui tentang ladang sawit, Dato' Mutalib berkenan untuk memberi taklimat ringkas kepada mereka...


Bergambar ramai sebelum pelawat meninggalkan projek.
Kegembiraan jelas terbayang di wajah mereka...


Hasil tuaian pada hari lawatan kami...

AJ bersama salah seorang TKI
di projek Kg. Melayu 

2. Isu Projek Juru 1, Lokasi : Balik Pulau
  • Bilangan peserta : 32 orang
  • Peserta mohon tarik diri 
  • Terdapat 28 lot 
  • Lot tamat pajakan 9
  • Lot yang aktif 19
  • Air laut masuk dalam projek sejak tahun 2016 
  • Pokok  banyak yang musnah akibat kesan kemasukan air laut
  • Telah pohon Tabung Insuran Ladang 
  • Luas projek : 26.500 hektar
  • Tanaman : Kelapa Sawit
  • Bilangan pokok : 432 batang
  • Umur pokok : 34 tahun
  • SPH : 27 
  • Penghasilan 2016 : Luas hasil : 26.500 hektar. Pengeluaran : 305.28 MT, Perhektar : 11.52 MT 
  • Penghasilan 2017 : luas hasil : 19.989 hektar. Pengeluaran : 151.17 MT, Perhektar : 7.56 MT  
  • Penghasilan 2018 : luas hasil : 16.034 hektar. Pengeluaran : 37.64 MT, Perhektar : 2.35MT
  • Penghasilan 2019 hingga Mac: luas hasil: 16.034 hek, Pengeluaran: 2.78 hek, Perhek: 0.17   
Gambar lawatan ke projek Juru I seperti di bawah

Keadaan projek yang tenggelam akibat
 kemasukan air dari laut sejak tahun 2016...

Taklimat disampaikan oleh
En. Mohd Muslin b. Ahmad,
Pengurus Projek...


Kelihatan banyak pokok sawit yang musnah 
akibat air laut yang masuk ke projek...



Walaubagaimanapun terdapat sebahagian pokok 
yang masih hidup dan berhasil...




Wednesday, March 20, 2019

LAWATAN KERJA KE PROJEK HULU RENGGOL, RAUB, PAHANG...

Lawatan kerja ke projek FELCRA Berhad Hulu Renggol, Kawasan Chendera Chinchin, Raub, Pahang dibuat pada 19 Mac 2019 ketika kami dalam perjalanan pulang selepas selesai membuat lawatan ke Desa Rimbunan Kaseh, Kuala Lipis Pahang.

Tujuan lawatan ke Projek Hulu Renggol adalah bagi melihat perkembangan tumbesaran pokok getah yang mula ditanam pada Mac 2018 dan siap pada Ogos 2018.

Dato' Haji Abdul Mutalib b. Tais, Pengarah Bahagian Perladangan P&P, Ibu Pejabat berhajat membuat lawatan ini secara spontan kerana memikirkan masih ada waktu terluang untuk kami singgah ke projek ini yang kebetulan berada dilaluan.

Ketibaan kami disambut oleh En. Alias b. Abdul Rahman, Pengurus Kawasan FELCRA Berhad Chendera Chinchin dan En. Muhamad Zukuan b. Daud, Penolong Eksekutif Kanan Ladang yang bertanggungjawab mengurus dan menyelia projek Hulu Renggol, Bukit Batu Tersan, Sega Tat, Hulu Jeruas dan Kg Sejuk.

Projek FELCRA Berhad Hulu Renggol adalah salah satu projek dari 10 projek getah yang terletak di bawah Pentadbiran Kawasan Chendera Chinchin. Selain getah, 5 lagi projek adalah ditanam dengan kelapa sawit. Luas tanaman projek getah adalah 596.07 hektar dan sawit 740.66 hektar menjadikan keseluruhan luas tanam 1,336.73 hektar.

Ketika berada di projek Hulu Renggol, kami mendapati pokok getah yang ditanam hidup subur, walaubagaimanapun terdapat banyak dahan yang tumbuh menyebabkan pokok menjadi berat dan prunning perlu dibuat bagi mengelakkan pokok menjadi condong apabila ia membesar nanti.

Selain itu jika pertumbuhan dahan yang tidak dikawal berkemungkinan pokok akan terencat kerana berlaku ketidakseimbangan disebabkan dahan yang berat itu. Prunning juga perlu dibuat bagi mengelakkan pembaziran baja.

Pada kebiasaannya, ketinggian pokok getah yang dikehendaki adalah dalam 12 kaki dimana 5 kaki darinya akan ditoreh apabila pokok sudah matang nanti.

Kawasan paya yang terbiar perlu digali untuk dibuat parit besar. Tanah yang digali akan digunakan untuk menambak di kiri kanan parit lalu diratakan supaya ia boleh ditanam getah bagi memaksimumkan SPH.

Dato' Haji Abd Mutalib, Pengarah Bahagian Perladangan P&P 
 sedang  melakukan kerja-kerja prunning....

Dato' bersama En. Alias Abdul Rahman, 
Pengurus Kawasan Chendera Chinchin  
bertukar-tukar pendapat tentang tatacara 
enjagaan anak pokok getah yang 
sedang membesar.

Turut sama dalam lawatan ini adalah 
En. Mustapha b. Abdullah, 
Pegawai Perancang Wilayah Pahang...

Semua dahan pokok yang tidak diperlukan 
kerana beratnya boleh menyebabkan pokok akan 
menjadi condong perlu dipangkas segera...

Setiap anak pokok getah tidak terlepas 
dari kerja-kerja prunning 
demi untuk menstabilkan diriannya...

Perbincangan ditapak projek adalah penting 
dalam setiap lawatan di ladang.

AJ (kanan) dari Bahagian Pengurusan dan
Guna Tenaga mengikuti lawatan ini
 untuk membuat laporan...

En. Alias b. Abdul Rahman (tengah), 
Pengurus Kawasan Chendera Chinchin

En. Muhamad Zukuan b. Daud, (depan) 
Penolong Eksekutif Kanan Ladang Kawasan...


Pada kebiasaannya, ketinggian pokok getah
 adalah dalam 12 kaki dimana 5 kaki darinya 
akan ditoreh apabila dewasa kelak...

Pokok getah hidup subur dan
sedang mencapai ketinggian
yang maksimum...

Setiap dahan yang tidak diperlukan
 akan dipangkas...






En. Muhammad Zukuan (kiri sekali)
yang bertanggungjawab menguruskan
 projek Hulu Renggol...


AJ bersama kenderaan Hilux
yang membawanya ke projek...