Monday, May 17, 2021

FIELD DAY WITH EU AMBASSADORS...


Saya mulakan laporan ini dengan tatacara dan kaedah yang digunakan dalam mengawal dan mencegah makhkuk perosak di ladang sawit kemudian diikuti dengan mengapa kita menjemput pegawai-pegawai dari EU untuk melawat ladang kita dan diakhiri dengan gambar-gambar menarik semasa lawatan ke ladang.    

1. PERANAN BURUNG HANTU DI LADANG SAWIT...

Ladang sawit FELCRA Cht Sulaiman...
En Fairus, Sekarang Timbalan Pengurus Besar 
FELCRA Seberang Perak 
sedang memberikan taklimat tentang 
pengurusan ladang sawit di kawasan tersebut 
semasa lawatan EU tempohari...

Hasil penyelidikan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berjaya membuktikan penggunaan burung hantu sebagai amalan kawalan biologi terbaik bagi menangani ancaman tikus perosak di ladang-ladang sawit berbanding ular dan monyet.

Buktinya, banyak syarikat-syarikat perladangan seperti Sime Darby Plantation, FELDA, Kulim, United Plantations, IOI, Kuala Lumpur Kepong (KLK), Borneo Samudra di Sabah dan tidak ketinggalan juga FELCRA Berhad telah melaksanakan kawalan biologi menggunakan burung hantu di ladang masing-masing.


Khidmat burung hantu diperlukan 
di ladang sawit FELCRA Changkat Sulaiman...

penggunaan burung hantu sebagai kawalan biologi tikus dalam kawasan ladang sawit terbukti berkesan berbanding haiwan lain seperti ular kerana burung hantu misalnya mampu memakan sehingga dua ekor tikus sehari berbanding seekor ular yang cuma makan seekor tikus seminggu.

Pelawat EU membuka sangkar untuk 
melepaskan burung hantu yang dikurung... 

Burung hantu yang telah dilepaskan 
untuk memakan tikus di ladang sawit...  


Rumah burung hantu di dalam ladang...

Penggunaan haiwan seperti kucing pula kurang wajar memandangkan ciri-cirinya sebagai binatang peliharaan dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran ladang sawit. 

Selain kucing penggunaan monyet di ladang-ladang sawit juga tidak sesuai dan tidak praktikal ini kerana monyet merupakan haiwan yang hidup secara berkumpulan dan amat aktif pada siang hari dan boleh menjejaskan aktiviti pengurusan ladang kerana pertembungan dengan aktiviti manusia. 

Monyet juga dilaporkan menyebabkan kerosakan pada bunga sawit dan dedaun selain beg khusus bagi tujuan pendebungaan kerana monyet berpotensi ganas dan boleh mengancam pekerja bagi aktiviti memetik buah, pembajaan dan menjejaskan kelancaran pengurusan ladang.

2. MENGAPA KITA MENJEMPUT MEREKA...

Pengurusan FELCRA Berhad telah menjemput Pegawai-pegawai Kesatuan Eropah (EU) datang melihat sendiri ladang sawit FELCRA bagi memberikan penjelasan bahawa ladang kelapa sawit kita diurus tadbir dengan baik dan tidak menjejaskan alam sekitar seperti yang didakwa. Penjelasan juga diberi tentang kebaikan penggunaan minyak sawit dalam kehidupan seharian serta tidak menjejaskan kesihatan.

Tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh mereka itu sebenarnya ada agenda di sebaliknya dan sebab itulah mereka bercadang untuk menyekat kemasukan minyak sawit dari Malaysia untuk menjaga kepentingan mereka.

3.GAMBAR-GAMBAR KETIKA LAWATAN DI LADANG...

Kelihatan pengurusan tertinggi FELCRA
 diketuai oleh Chairman, CEO serta pegawai2 tinggi
 turut berada di ladang semasa taklimat dibuat...



























4. TAKLIMAT DI LADANG...


































































5. KE GERAI JUALAN MAKANAN DAN MINUMAN BERASASKAN SAWIT...


















6. JAMUAN MAKAN TENGAHARI...































































7. BERANGKAT PULANG...










8. SIDANG AKHBAR...














Sunday, May 16, 2021

MEKANISASI LADANG DI FELCRA BERHAD SEBERANG PERAK 10 BHG 1...

 KUTIPAN BUAH RELAI..

Ladang sawit Seberang Perak 10...

Tn Ramlan bersama pegawai2 ladang beliau...

Tn Fakhrul Adabi org kanan Tn Ramlan...

Video 1 : Sebelum kami dibawa melawat ke ladang 
Tn Ramlan terlebih memberi satu taklimat mengenai 
pengurusan ladang di bawah pengawasan beliau... 

Semasa kami buat lawatan ke FELCRA Berhad Seberang Perak 10 satu ketika dulu kami telah dibawa ke ladang sawit kawasan berkenaan kerana Tn Ramlan Morad, Pengurus Kawasan ketika itu ingin menunjukkan satu kaedah bagaimana hendak mengutip buah relai dengan cepat dengan menggunakan alat yang direka khas menggunakan bahan terbuang. 

Menurut Tn Ramlan dengan kreativiti yang ada pada seorang 'jaga ladang kawasan' beliau telah berjaya mencipta alat mengutip buah relai dengan menggunakan bekas tong racun yang sudah tidak digunakan lagi.  

Mari kita lihat video yang sempat aku rakam semasa kerja-kerja mengutip buah relai dibuat. 

Video 2 : Tn. Ramlan memberi sedikit penerangan 
tentang kaedah mengutip buah relai 
dengan alat yang direka khas

Video 3 : buah relai dimasukkan ke dalam guni
 dan diangkut keluar menggunakan trektor...

Video 4 : buah relai di dalam guni 
dikumpul terlebih dahulu ke dalam sebuah tong 
sebelum dihantar ke kilang untuk proses selanjutnya...

Video 5 : Motosikal digunakan untuk 
mengangkut keluar buah relai dari ladang
dan masukkan ke dalam trektor utk
dihantar ke pusat pengumpulan...

Apa itu Buah Relai?...

Bagi sebahagian staf yang tidak bertugas di Bahagian ladang, mereka selalu dengar tentang buah relai ini tetapi mereka tidak berapa jelas akan kepentingan buah tersebut dalam menyumbang kepada pendapatan kawasan. Bagi menjelaskan perkara tersebut maka di bawah ini di terangkan apa itu buah relai.

Matlamat penuaian sawit adalah untuk mendapatkan kadar perahan minyak (KPM) yang tinggi dan mutu minyak yang terbaik daripada tandan sawit yang telah masak.

Tandan masak boleh ditentukan dengan melihat warna mesokarp. Tandan dikira masak apabila bahagian mesokarp buah sawit berwarna oren kemerahan atau sekurang-kurangnya satu biji buah sawit telah tertanggal dari soket tandan dan jatuh. 


Nilai kemasakan buah sawit...

Kebiasaannya, jika tandan telah masak dan setiap kali proses penuaian dilakukan, sekurang kurangnya 10 hingga 20 buah relai akan terhasil daripada satu tandan. Buah relai ialah buah yang berwarna oren kemerahan yang gugur daripada tandan segar yang telah masak. Ia merupakan buah daripada bahagian luar tandan, bersaiz besar dan mempunyai kandungan minyak yang tinggi. 

Buah relai dikumpulkan ke dalam tong...


Kajian menunjukkan buah di bahagian luar tandan menyumbang hampir 50% daripada jumlah peratusan minyak daripada tandan. Manakala sumbangan daripada buah daripada bahagian tengah dan dalam tandan adalah masing-masing 30% dan 20%. Buah relai perlu dikutip dan dikumpulkan bersama dengan tandan masak yang dituai. Ia hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas tandan dituai.

Kehilangan 20 buah relai untuk satu tandan sawit boleh mengurangkan KPM sebanyak 0.92%, 0.46% dan 0.37% bagi pokok sawit dalam tahun tuaian 1 hingga 5 tahun, 6 hingga 15 tahun dan lebih dari 15 tahun. Ini bermakna jika buah relai tidak dikutip dan diproses bersama dengan tandan segar, ia akan menurunkan kadar KPM dan kesannya lebih ketara bagi hasil daripada pokok sawit muda berbanding dengan pokok sawit tua kerana pokok sawit muda mempunyai saiz tandan yang kecil dan bilangan buah yang kurang untuk setiap tandan.

Buah relai yang tidak dikutip akan mendatangkan masalah kepada pengurusan kebun sawit. Ia akan tumbuh menjadi anak sawit liar yang perlu dihapuskan di mana kos merumpai akan meningkat. Jika dibiarkan hidup, akan menjadi saingan kepada pokok sawit dengan mengambil baja yang dibekalkan kepada pokok sawit. Anak sawit liar juga boleh disalah guna oleh sesetengah pihak, di mana dijadikan sumber benih untuk ditanam semula di ladang.

Buah relai kebiasaannya dikutip secara manual menggunakan tangan atau pencakar iaitu alat pengutip buah relai bagi memudahkan kerja-kerja mengutip buah relai dengan lebih banyak dan menjimatkan masa. Pekebun kecil yang tidak mengutip buah relai akan mengalami kerugian sama ada dari segi kehilangan berat jualan BTS ataupun pemotongan KPM.

Video 6 : Kaedah mekanisasi turut dicipta 
menggunakan 2 buah traktor bagi kerja2
menyembur racun ulat bungkus (bagworm)...

Untuk ke Bahagian 2 sila klik Di sini...

Saturday, May 15, 2021

MENELUSURI SUNGAI BATANG IGAN, SARAWAK...

Bergambar dulu di pondok rehat yang dibina 
bersebelahan Pejabat PBW Sarawak 
di Samarahan sebelum bertolak ke 12 kawasan 
dalam senarai yang mengambil masa selama 5 hari...

Pejabat PBW Sarawak  nampak di kejauhan sana...

Semasa lawatan ke Sarawak, pasukan kami dari team pelupusan harta syarikat telah berpeluang menaiki feri untuk merentasi Sungai Igan atau Sungai Batang Igan iaitu salah satu sungai dari beberapa sungai yang terdapat di negeri Sarawak untuk tiba di destinasi yang dituju iaitu FELCRA Berhad Kawasan Matu, di Daerah Sibu kerana kami ada tugas di sini.

Saksikan 2 buah video 
yang telah dirakam di atas feri... 

Video Ketibaan feri di jeti...

Nak cerita sikit secara ringkas tentang Sungai Batang Igan ni.

Sungai Batang Igan adalah sungai yang bergabung dengan Sungai Rajang dalam Daerah Sibu dan ia masih digunakan sebagai kaedah utama perjalanan ke sejumlah daerah luar bandar di Sarawak.

Walaubagaimanapun Kerajaan Negeri dalam perancangan untuk membina Jambatan Batang Igan sepanjang 1.6 kilometer yang akan menjadi pelengkap bagi perhubungan jambatan yang mencantumkan sepenuhnya Jalan Pesisir pantai Sarawak dengan jambatan lain yang turut dibina dan bakal siap seperti jambatan di Batang Rambungan, Kuala Kemena dan Batang Limbang.

Jambatan Batang Igan setinggi 26 meter membolehkan kapal melaluinya dijangka siap Januari 2024 akan memberi impak kepada Bahagian Mukah, khususnya Pulau Bruit, Daro, Matu, Igan, Dalat dan Mukah yang kini memiliki 110,000 penduduk.

Jambatan ini menjadi pemangkin pembangunan kawasan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score) dan hab halal di Tanjung Manis.

Walaupun penat tapi rasa terhibur 
dengan telatah anak-anak 
yang baru pulang dari sekolah. 
Mereka berulang alik setiap hari 
menggunakan pengangkutan feri ini 
yang mengambil masa 25 minit untuk 
tiba di jeti dan meneruskan perjalanan balik ke rumah 
dengan mengambil masa selama 20 minit lagi dengan hilux.


Apabila siap jambatan Sungai Batang Igan ni nanti
perkhidmatan feri mungkin akan ditamatkan
dan ia akan menjadi memori indah
sepanjang 36 tahun perkhidmatan aku dengan FELCRA 
yang melayakkan aku menerima Anugerah Khidmat Setia...💪



Bergambar di pondok berehat bersebelahan 
pejabat PBW Sarawak di Samarahan 

 




12222976


 




Ladang Loba Balu 3... 

Bertugas tak perlu pejabat dan kerusi meja, 
😀atas motor pun jadi...


Signboard yang dipasang di ladang 
memberitahu tentang prosedur kerja di ladang... 







Kenderaan ladang yang hendak 
dilupuskan di Kawasan Matu...







Rumah pekerja ladang...