Saturday, May 22, 2021

CERITA SEBELUM PKP : SEMBELIH AYAM KAMPUNG...

'Kami' ada seorang kawan (Maksud 'Kami' di sini merujuk kepada aku, Hj Ismadi dan Hj Rafia Husni). Nama kawan kami ni Hj Fadhil (bukan nama sebenar). Dia berasal dari utara tanahair dan telah menetap di Kuala Lumpur hampir 25 tahun sebelum berpindah ke Rawang. Beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya dibidang pertanian dan penternakan dengan mengusahakan tanah seluas 30 ekar di Rawang berganding bahu bersama isteri, anak-anak dan turut dibantu dua orang pekerja ladang yang boleh diharapkan. 

Hj Fadhil ni orangnya simple jer, low profile, murah dengan senyuman, suka belanja kawan-kawan makan, dermawan dan suka membantu golongan susah yang memerlukan bantuan terutamanya dari segi kewangan.

Selain menanam kelapa sawit, dia juga ada menternak lembu, kambing, ayam, itik dan berjenis-jenis lagi haiwan ternakan yang lain. Di samping itu berbagai jenis pokok buah-buahan serta sayuran juga turut ditanam dan semuanya telah membuahkan hasil yang lumayan. Makna kata, semuanya ada di ladang beliau dan semuanya menjadi pulak tu mungkin tanaman beliau tiada masalah penyakit sepertimana yang dialami oleh kebanyakan pekebun serta peladang yang lain.

Begitulah serba ringkas yang boleh aku ceritakan tentang diri beliau.

Suatu hari Hj Fadhil ada menghubungi kami bertiga dan mempelawa untuk datang melawat ke ladangnya kerana katanya ayam kampung yang diternaknya semakin menjadi-jadi dan pembiakannya tidak terkawal lagi lalu mengundang binatang-binatang pemangsa datang ke ladangnya untuk mencari makan dan secara tak langsung telah merosakkan banyak tanamannya.

Kata Hj Fadhil lagi, kalau kami setuju nak datang dia nak tangkap beberapa ekor ayam kampung yang akan disembelih siap-siap di ladangnya sebelum kami bawak balik. Katanya kami bertigalah yang akan buat kerja-kerja penyembelhan itu dan mesti bawak pisau yang tajam.

Bagai 'orang mengantuk disorongkan bantal' begitulah respond dari kami bertiga yang sangat teruja kerana bukan saja diajak melawat ladangnya tapi kami akan dibekalkan dengan ayam kampung untuk dibawa balik ke rumah...siapa yang tak nak kan orang nak bagi rezeki๐Ÿ˜...

Seperti yang dijanjikan, hari sabtu seawal jam 7 pagi aku berkereta dari rumah menuju ke Wangsa Maju kerana Madi dan Rafia telah sedia menunggu di sana untuk kami sama-sama bergerak ke Rawang iaitu lokasi ladang sawit Hj Fadhil. 

Ketibaan kami jam 9 pagi disambut Haji Fadhil serta isterinya dengan mesra lalu membawa kami melawat di persekitaran ladangnya serta kandang-kandang ternakannya.

Dari penglihatan kami, ternakannya terutama lembu dan kambing semuanya  sihat-sihat belaka dan bersaiz besar kerana dijaga dengan rapi dan diberi makan dengan makanan yang mencukupi serta berkhasiat. Begitu juga dengan tanam-tanamannya kami lihat semuanya hidup subur menghijau membuatkan kami sangat kagum dengan pencapaiannya.   

Setelah kami puas melawat di persekitaran ladangnya yang luas yang memakan masa hampir satu jam maka kini tibalah saat-saat yang dinantikan iaitu kami dibawa ke kandang ayam untuk urusan penyembelihan. Semua 15 ekor ayam kampung telah ditangkap dan dikurung sehari lebih awal oleh beliau sebelum kedatangan kami pada keesokkannya iaitu pagi ini. Kata Hj Fadhil dia peruntukan untuk kami 5 ekor seorang, dan kalau rasa tak cukup boleh datang ambil lagi di lain hari๐Ÿ˜†.

Bab menyembelih ni kami serah pada Hj Rafia la sebab dia memang memiliki Sijil Penyembelihan Halal setelah berjaya menamatkan kursus penyembelihan kira-kira setahun yang lalu. Tapi nak bagitau jugak la di sini kalau nak sembelih ayam tak perlu sijil halal pun...bukan apa... takut nanti ada yang comfius pulak sebab biasa tengok Bangla dan Indonesia sembelih ayam tak payah sijil halal pun๐Ÿ˜ƒ. 

Aku bukan apa...saja la nak 'up' si Hj Rafia ni bagitau yang dia ada sijil sembelih supaya dia semangat untuk sembelih kesemua 15 ekor tu tanpa melibatkan aku dan Hj Madi, lagipun kami bukan ada pengalaman dalam kerja-kerja penyembelihan ni. Tengok orang buat memanglah nampak senang. ๐Ÿ˜ƒ.

Melihatkan kecekapan Hj Rafia, tugas-tugas menyembelih ayam kampung sangat mudah dan siap tak sampai setengah jam. Caya lah Hj Rafia tak sia-sia ofis hantar hang pi kursus.. 

Setelah semua kerja-kerja telah dibereskan termasuk mencabut bulunya, kami baru sedar yang hari sudahpun meninggi lalu kami meminta diri untuk pulang dan mengucapkan jutaan terima kasih pada Hj Fadhil dan isterinya yang sangat pemurah dan baik hati tu.

Kami bercadang nak singgah di Pasar Keramat untuk mengupah penjual ayam di pasar untuk membersihkan ayam kampung yang kami bawak balik dan minta dia potong siap-siap supaya sampai rumah nanti bolehlah terus simpan di dalam peti ais. Kami pun dah telefon isteri di rumah supaya kosongkan peti ais di ruang beku dengan segera.

Begitulah cerita aktiviti kami pada pagi sabtu tersebut. Kalau nak tengok, gambar-gambarnya ada di bawah...

Banyak tak lembu di ladang sawit ni?
Kalau korang dapat melawat mesti
teruja tengok sebab lembunya sihat-sihat...

Tak sempat nak kira ada berapa ekor semuanya...


Lembu ni jinak sangat tu yang seronok 
nak bergambar dengan dia...

Nak smack down pun boleh...
 lembu ni relak jer tak melawan pun...

Dua ekor ayam sudah berada di tangan 
kejap lagi nak sembelih...

Berat tugas Hj Rafia ni...
dia korek lubang,
dia sembelih..
 dan dia juga melapah...
Tu laaa...Sapa suruh ikut๐Ÿ˜† 

Hj Madi tukang pegang 
sebab kalau aku pegang 
sapa nak ambik gambaq...
Betoi jugak tuuu...
selamatttt aku...

Sekoq dah selamat...kena lepas bebas 
supaya proses kematiannya menepati hukum...

 

Ayam kedua mengambil giliran...

Masih lagi dalam 
proses penyembelihan...





Baru 3 ekor...ada 12 lagi..
Tak pa Hj Rafia cekap
dia ada sijil sembelih...

Aku tolong ambik dalam kurungan 
dan hantar ke pusat sembelihan
Bukan jauh...sebelah ni jer...

Ayam banyak lagi...
Sikit pun tak luak...
Lepas PKP comfirm kami datang lagi.. 

Cantik2 ayamnya bulunya bersih 
hasil penjagaan yang rapi oleh tuannya...


Proses seterusnya iaitu kerja-kerja mencabut bulu ayam...

Tugas ni aku paling suka.
Aku buat semua pun tak pa...

Bulu yang telah siap dicabut... 

Ayam-ayam yang seterusnya 
menunggu giliran untuk disembelih...

Setelah hampir satu jam proses sembelih dan buang bulu
kini tiba masanya untuk kami berangkat pulang...

Kami ke Pasar Keramat untuk proses pembersihan
dan memotong sebelum pulang ke rumah...
Aisey!!! Bendera yang banyak bergantung 
tu tak boleh kasi turun ka Macha?



Kerja-kerja memotong dan pembersihan 
sudah sampai ke peringkat akhir. 

Perkongsian gambar-gambar 
di dalam lawatan sebelum...






















Daun senohom pun banyak...

Pisang pun ada...





Kambing pun ada boleh la booking 
untuk buat akikah cucu...




Friday, May 21, 2021

MEKANISASI LADANG DI FELCRA BERHAD SEBERANG PERAK 10 BHG 2...

Pada artikel yang lepas, Tn. Ramlan Morad telah memberikan tutorial tentang kutipan buah relai melalui klip video yang dirakam. Kepada pelayar blog yang belum mengikuti tutorial tersebut mereka boleh klik di sini supaya mereka tidak terlepas maklumat-maklumat yang telah disampaikan oleh beliau berkaitan dengan Pengurusan Ladang Sawitnya di FELCRA Seberang Perak 10. 

Untuk artikel kali ini, aku telah memuat naik 5 lagi klip video ke dalam blog iaitu tutorial tentang tatacara Komposing, Langkah-langkah untuk mengawal kelembapan tanah, Plot Contoh (Kawasan Tumpuan), Infrastuktur ladang (Penyelenggaraan jalan pertanian serta jalan utama) dan Pengurusan hasil yang berkesan...  

Sepatutnya ada lagi beberapa video yang Tn Ramlan hendak membuat tutorial tetapi oleh kerana memori kad kamera aku dah penuh dan aku pulak tak bawak spare maka setakat ini sahajalah video yang boleh aku kongsikan di dalam blog... 

Video 1 : Tatacara komposing...

Video 2 : Langkah2 utk mengawal 
kelembapan tanah...

Video 3 : Plot contoh (Kawasan tumpuan)...

Video 4 : Infrastruktur ladang dengan memberi penekanan 
tentang penyelenggaraan jalan pertanian di ladang
 dan jalan utama.... 

Video 5 : Pengurusan hasil yang berkesan...

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tn Ramlan b. Morad, Pengurus Kawasan (ketika rakaman dibuat) dan teamnya yang gigih berusaha tanpa mengenal erti penat dan lelah  dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada beliau dalam menguruskan ladang sawit FELCRA Berhad Seberang Perak 10.

Kini Tn Ramlan Morad dan aku yang bertindak sebagai pelapor telahpun bersara dari perkhidmatan. Kenangan semasa melaksanakan tugas hingga terhasilnya video ini akan menjadi satu kenangan manis sepanjang perkhidmatan kami berdua.

Adalah diharapkan semoga FELCRA Berhad Seberang Perak 10 khasnya dan FELCRA Berhad amnya terus maju dalam misi dan visinya sebagai Plantation House No. 1 dalam negara. In Shaa Allah. 

CERITA ORANG TEPEN : KISAH BURUNG HUDHUD DI TAMAN TASIK TAIPING...

Aku terima satu wassap dari Tn. Hj. Ismail b. Hussin yang merupakan seorang sahabat dan juga seorang boss yang sangat baik hati dan sangat perihatin terhadap staf-staf di bawah seliaan beliau di Kumpulan Perladangan, Ibu Pejabat, Kuala Lumpur.  

Kisahnya mengenai sepasang Burung Hudhud yang teruja menerima 3 ekor anak dari telor yang baru menetas di sebatang dahan pohon Jemerlang @ Batai Laut yang terdapat di Taman Tasik Taiping.

Kata Tn. Hj. Ismail, aku sebagai anak jati Taiping (Tepen) sepatutnya gembira dengan perkembangan terkini di Taman Tasik tersebut dan oleh kerana aku mempunyai blog maka wajarlah kisah ini diwar-warkan di dalam blog supaya pengikut blog tidak terlepas pandang akan kisah yang sangat menakjubkan ini.  

Bagi memenuhi permintaan beliau, aku memohon izin dari wartawan yang melaporkan dan juga kepada jurufoto-jurufoto yang terlibat dalam program pemantauan ini untuk aku berkongsi kisah yang sangat menarik minat dan mengujakan seluruh warga Tepen  di dalam blog.

Disajikan juga beberapa foto detik terakhir anak-anak burung Hudhud sebelum terbang keluar sarang dan ketika bersama-sama belajar mencari makanan dengan ibubapa.

Ikuti kisahnya...

PENANTIAN YANG BERAKHIR DENGAN KENANGAN PALING INDAH

Hampir 42 hari sebatang dahan pohon Jemerlang @ Batai Laut di satu sudut terpencil di Taman Tasik Taiping menjadi tumpuan orang ramai, terutama jurufoto burung. 

Sejak sepasang burung Hudhud, iaitu spesis burung hijrah ini dilihat bersarang di pohon tersebut pada 5 April 2021 dan kemudiannya semakin hari semakin sibuk dengan rutin harian sehingga menarik perhatian ramai. Bertolak dari situ, Majlis Perbandaran Taiping menerusi Jabatan Zoo telah menyelaras satu program pemantauan ke atas pasangan burung ini secara 24 jam dengan melibatkan kira-kira 30 ke 35 orang petugas, termasuk 'photographer' dan 'resercher' mulai 10 April 2021. Agensi, NGO dan kumpulan yang turut terlibat dalam projek ini ialah Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia, NEST dan Taiping Birding Communiti.

Unik dan menariknya dunia haiwan ini ialah kita perlu memerhati tingkahlaku dan perlu mengkaji untuk memahami apa yang tersirat dan tersurat di sebalik sebuah lubang yang dipilih menjadi sarang. 

Setelah lima hari memantau pergerakkan pasangan ini, jelas menunjukkan bahawa pasangan ini sedang sibuk membina sebuah keluarga!! Cuma tidak diketahui berapa biji telur yang bakal ditetas.

Berdasarkan catatan harian, kekerapan serta bilangan perjalanan kedua-dua burung yang berulang alik ke sarang dengan membawa pulang pelbagai jenis makanan, dapat ditelah ada beberapa ekor anak yang sedang membesar di sarang tersebut. Kegigihan kedua ibu dan bapa burung Hudhud ini benar-benar membuatkan orang ramai rasa teruja dan kagum. Masakan tidak. Adakalanya pasangan ini terbang lebih 200 kali sehari untuk membawa pulang pelbagai 'juadah' bagi memastikan anak-anak mendapat sumber protin yang mencukupi untuk membesar dengan cepat.

Burung Hud-Hud jantan terbang 200 kali sehari 
untuk mencari makanan untuk anak-anaknya๐Ÿ’ช.... 

Tuah ayam nampak di kaki, tuah Hudhud terserlah pada jambulnya. Beberapa hari sebelum menjelang Hari Raya Aidil Fitri, dua ekor anak Hudhud telah mula 'berani' melonjakkan diri untuk mempamerkan keberadaan mereka di mulut lubang sarang. Tingkah laku ini telah membuatkan ramai petugas tidak senang duduk kerana masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk merakam detik terindah iaitu apabila anak burung Hudhud terbang keluar buat pertama kali.

Dua ekor anak Burung Hudhud buat pertama kali 
terbang keluar dari sarang dan hinggap 
di dahan pokok berhampiran๐Ÿ‘...

Detik yang ditunggu-tunggu telah tiba seperti yang dijangka. Pada 14 Mei (2 Syawal) jam 8.06 pagi, seekor anak telah memberanikan diri terbang keluar lalu hinggap di dahan berdekatan sarang. Hari berikutnya, anak kedua menyahut cabaran yang sama dan terbang keluar untuk menyertai keluarga yang sedia menunggu pada 15 Mei (3 Syawal), jam 10.30 pagi. Kelihatan anak ketiga masih lagi berada di pintu lubang sarang, kelihatan agak resah. Sesekali ia menghilangkan diri masuk ke dalam sarang dan ada masa menjengok keluar lubang.

Anak ketiga masih belum berani keluar dan 
apa yang boleh dibuat olehnya hanyalah 
keluar masuk di pintu lubang sarang๐Ÿ˜†..

Hudhud jantan meneruskan rutin membawa balik makanan untuk anak ketiga namun tidak sekerap seperti sebelum ini. Ia seolah-olah sengaja membiarkan keadaan ini bagi mengalakkan sang anak terbang keluar. Sementara itu, ibu Hudhud dilihat begitu akrab dengan kedua-dua anak yang telah cekap terbang bersama-samanya. Ia sentiasa berada berdekatan bagi memastikan keselamatan anak-anaknya dan untuk mengajar cara-cara mencari makanan.

Hari ini, 17 Mei (5 Syawal) tepat jam 11.20 pagi, anak yang terakhir mengambil keputusan untuk tidak tinggal bersendirian di dalam sarang. Dengan penuh tekad dan sekuat tenaga, ia melonjakkan diri dan mengibarkan sayap laju lalu hinggap di dahan berdekatan. Melihat anak terakhir ini berjaya mendarat dengan cekap dan selamat di ranting pokok, membuatkan hati berbunga-bunga, bercampur aduk antara puas, gembira dan sedikit sedih.

Akhirnya anak yang ketiga memberanikan diri 
untuk terbang keluar dari sarang dan
 berjaya hinggap di dahan pokok๐Ÿ™‹...

Selama lebih 40 hari memerhati keluarga Hudhud ini sehingga ke detik terakhir melihat satu demi satu meninggalkan sarang, terbit rasa kagum terhadap haiwan sekecil ini. Ibubapa Hudhud yang gigih menjaga dan membesarkan anak-anaknya dalam tempoh kira-kira enam minggu dan kemampuan anak-anak burung terbang buat pertama kali tanpa dilatih dan mendarat tanpa gagal adalah merupakan anugerah Yang Maha Esa yang tidak ternilai.

Akhirnya ketiga-tiga anak burung Hud terbang bersama
 tanpa dilatih dan mendarat tanpa gagal๐Ÿ˜...

Tugasan memantau di tapak akan diteruskan untuk beberapa hari lagi bagi mengumpul lebih banyak maklumat untuk penyediaan laporan lengkap berkaitan burung ini. Memandangkan ini adalah kali pertama spesis burung ini dilihat bersarang dan berjaya membiak di negara kita maka laporan lengkap tentangnya diharapkan berupaya memberi manfaat kepada semua pihak, khususnya kepada ekopelancongan di Taiping.

Alhamdulilah syukur kehadrat Yang Maha Esa.Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan projek ini. Terima kasih juga kepada orang ramai serta netizen yang tidak putus-putus memberikan sokongan sehingga projek pembiakkan ini berjalan lancar.

Artikel mengenai keindahan Taman Tasik Taiping pernah aku siarkan di dalam blog dan boleh diikuti dengan klik Di sini...

Kredit Foto :
Sulaiman Salikan
Jamil Mat Isa
Shaiful Azhar Abu Bakar
Sidek Sigaragar


Gambar kenangan Di Taman Tasik Taiping 
bersama family ketika pulang bercuti
sebelum PKP 1.0...