Tuesday, December 24, 2013

SEKERANJANG ANGGUR DAN HAMBA ALLAH FAKIR...


Gambar hiasan...

ADA seorang hamba Allah menyapa Jaafar As Shadiq: "Wahai Jaafar, tuan memakai pakaian yang mahal-mahal!"

Jaafar tersenyum lalu menjawab: "Lihatlah pakaian dalamku ini!"

Hamba Allah itu pun meraba-raba pakaian dalam beliau. Alangkah terperanjatnya apabila dirasainya pakaian itu terlalu kasar sehinggakan jari jemarinya terhiris disebabkan terlalu kasar benangnya.

Hamba Allah itu bertanya lagi: "Apakah maksud di sebalik dua jenis pakaian yang tuan pakai ini?"

Jaafar menjawab: "Pakaian luar ini untuk dunia, untuk menyembunyikan pengabdianku dan meng- elakkan daripada diketahui orang ramai. Pakaian dalam ini pula untuk keredhaan Allah yang menghormati kefakiran kita dan memuliakan penyerahan diri kita kepada-Nya.

Lalu beliau ditanya, siapakah yang lebih baik di antara kedua- dua orang ini, orang kaya yang bersyukur ke hadrat Allah kerana kurniaan-Nya atau orang fakir yang redha dengan kurniaan nikmat- Nya?

Jaafar menjawab: "Orang fakir yang redha itu adalah lebih baik berbanding orang kaya. Sebabnya orang kaya sentiasa teringatkan harta-hartanya tetapi si fakir itu sentiasa bulat ingatannya kepada Allah.

"Allah sendiri memuji orang- orang yang bertaubat lebih baik daripada ahli-ahli ibadat. Orang yang selalu berzikir boleh membuang segala ingatan pada dunia dan mendekatkan diri kepada Allah!"

Suatu hari Jaafar telah dipanggil oleh Khalifah Al Mansur menghadap baginda. Sebaik tiba, beliau lalu dianugerahkan pelbagai hadiah berupa emas oleh khalifah.

Tetapi Jaafar enggan menerima pemberian baginda. Lalu Khalifah Al Mansur menyuruh agar Jaafar meminta apa saja yang beliau suka.

Jaafar berkata: "Jika tuan redha, kurniakan pada saya satu hadiah, jangan panggil lagi saya bertemu dengan tuan kerana itu mengganggu ibadat saya!" khalifah bersetuju dengan permintaan Jaafar.

Sebelum menjawat jawatan khalifah,  Al Mansur pernah dibaiah oleh Jaafar sedangkan pada masa yang sama keluarga Bani Hasyim hendak membaiah Muhamad dan Ibrahim bin Abdullah bin Hassan bin Ali bin Abi Talib menjadi khalifah.

Jaafar berkata: "Khalifah ini tidak akan diperolehi olehku dan tidak pula untuk kedua-dua orang itu (Muhammad dan Ibrahim bin Abdullah). Sesungguhnya kekhalifahan ini akan diperolehi oleh orang yang memakai baju kuning itu!"

Setelah mengucapkan kata-kata itu Jaafar meninggalkan majlis berkenaan. Memang benar, waktu itu Al Mansor turut hadir di majlis tersebut sedang memakai jubah berwarna kuning. Ucapan keramat Jaafar As Shadiq itu selalu menjadi sebutan Al Mansur setelah beliau diangkat menjadi khalifah sehingga mendorong baginda mengurniakan apa saja bagi memuliakan wali Allah itu.

Imam Al Laitsi ibnu Saad pernah bercerita selepas sembahyang Asar beliau naik ke bukit Jabal Abu Qubais. Tiba-tiba beliau terdengar seseorang sedang duduk berdoa: "Ya Allah, ya Allah, ya Hayu, ya Hayu!" Kemudian orang itu berdoa lagi: "Ya Allah, sesungguhnya aku ingin makan buah anggur, kumo- hon kurniakanlah padaku, ya Allah sesungguhnya kain bajuku koyak rabak, aku memohon berikan padaku kain baju!"


 
Gambar hiasan...

Imam Al Laitsi turut mengaminkan doa orang itu. Tiba-tiba imam itu melihat sekeranjang buah anggur muncul di hadapan abid berkenaan sedangkan waktu itu bukan musim anggur. Imam itu juga melihat ada dua helai kain yang serba mahal yang belum pernah dilihatnya tiba- tiba berada di hadapan abid itu.

"Datanglah ke mari!" panggil si abid itu. Rupa-rupanya itulah Jaafar As Shadiq yang sedang mengasingkan diri di situ mengabdi untuk mendapat keredhaan Allah.

Kemudian Jaafar memberikan sebahagian buah anggur itu kepada Imam Al Laitsi. Rasa buah anggur itu sungguh lazat, belum pernah dirasainya sesedap itu. Anehnya isi keranjang itu langsung tidak ber- kurang biarpun mereka berdua memakannya sehingga kenyang.

Monday, December 23, 2013

HARTA KARUN NAZI MASIH TERBENAM DI TASIK TOPLITZ...


SUATU pagi dalam bulan Februari tahun 1945, Ida Weisenbacher, gadis berusia 21 tahun daripada golongan petani masih lena dibuai mimpi. Tidurnya dikejutkan dengan ketukan pintu bertalu-talu pada pukul 5.00 pagi.

Bila pintu dibuka, sekumpulan tentera Nazi sudah tercegat di depan rumahnya di kawasan terpencil berdekatan pergunungan Alpien di Austria."Sediakan kereta kudamu. Bawa kami ke tasik!" arah tentera itu.

Tidak berani membantah, gadis itu menurut saja arahan. Setelah kereta kuda disediakan, para tentera itu memindahkan puluhan kotak dari trak mereka ke atas kereta kuda tersebut. Diiringi tentera, Weisenbacher diarah membawa kereta kudanya yang sudah penuh muatan ke arah sebuah tasik tidak jauh dari rumahnya. Jalannya kecil dan berliku. Trak besar tidak muat untuk memasuki jalan itu. Hanya kereta kuda yang boleh melaluinya.

Bukan sekali, tetapi tiga kali gadis itu ulang alik dari tasik ke rumahnya bagi membawa puluhan kotak-kotak rahsia tersebut. Weisenbacher juga menyaksikan bagaimana tentera Nazi membuang kotak-kotak itu ke dalam tasik, tenggelam dan lenyap daripada pandangan.

Ingin ditanyakan apakah isinya, tetapi dia tidak berani. Sejak itulah bermula spekulasi mengatakan tasik itu menyimpan harta karun yang disembunyikan oleh pihak Nazi.

Di manakah tasik rahsia Nazi itu?

Tasik Toplitz...

Lokasinya agak terpencil. Jauh ke dalam hutan di bahagian barat Austria. Disebut sebagai Tasik Toplitz, ia dikelilingi hutan tebal berserta cenuram dan gunung mati. Sewaktu Perang Dunia Kedua, tasik ini dijadikan markas untuk menjalankan pelbagai ujian ketenteraan oleh tentera Nazi.. Di kawasan tasik sepanjang dua kilometer dengan lebar 400 meter ini, para saintis melakukan pelbagai ujian dan eksperimen melibatkan bahan letupan.

Sewaktu perang meletus, pihak Nazi berjaya menguasai sebahagian negara Eropah. Mereka merampas segala harta seperti wang dan emas kepunyaan bank-bank negara dan membawanya pulang ke Jerman.

Kononnya, segala barangan berharga seperti emas telah dileburkan, lalu dibentuk menjadi jongkong. Dikatakan harta rampasan inilah yang digunakan Nazi untuk membiayai perang yang dilancarnya.

Apabila tentera Nazi dipimpin diktator Adolf Hitler mula mengalami kekalahan, pihak tentera diarah untuk memindahkan sisa harta-harta Nazi ke serata tempat.

Justeru tidak hairanlah apabila Hitler berjaya dikalahkan tentera Berikat dan Soviet, hanya sebahagian kecil harta Nazi yang berjaya ditemui. Jutaan harta rampasan yang lain tidak dapat dikesan.

Usaha mencari harta karun Nazi tidak pernah padam...

Lalu bermulalah pelbagai pencarian harta karun Nazi. Salah satu lokasi yang menjadi tumpuan adalah Tasik Toplitz. 

PADA tahun 1959, sebuah penerbitan majalah di Jerman menghantar penyelam ke tasik ini. Mereka temui peti, namun bukan berisi emas. Hanya mata wang paun tetapi wang palsu! Turut ditemui beberapa dokumen penting. Salah satunya berkaitan 'Operasi Bernhard' yang dirancang Hitler. la adalah operasi untuk melemahkan ekonomi pihak musuh dengan memalsukan mata wang mereka. Dan wang palsu inilah digunakan untuk membiayai perang. 

Dikatakan, lebih kurang hampir lima bilion paun berjaya dipalsukan melalui operasi ini. Rancangan Hitler berjaya apabila bank Inggeris ketika itu terpaksa menarik mata wangnya daripada pasaran dan terpaksa mereka bentuk mata wang baru. 

Selain itu, beberapa pencarian lain turut pernah mengorbankan para penyelam di tasik yang berkedalaman lebih 100 meter itu. Setelah seorang penyelam terkorban di dasar tasik itu pada tahun 1969, kerajaan Austria telah melarang segala aktiviti carian harta karun di sekitar Tasik Toplitz. 

Larangan itu sebenarnya ada maksud tersirat. Austria kemudian melancarkan operasi 'Camouflage Curtain', iaitu pencarian besar-besaran di dasar tasik untuk mencari harta karun Nazi yang tersembunyi. 

Ratusan tentera mengawal ketat kawasan itu agar tidak dicerobohi sewaktu pencarian dijalankan. Ditemui 18 peti berisi wang paun palsu bersama plat logam yang digunakan untuk mencetak wang tersebut. 

Selebihnya, yang dijumpai adalah sisa-sisa roket dan senjata. la tidak menghairankan kerana tasik itu pernah menjadi markas ujian tentera Nazi dulu. 

Akhirnya, operasi itu dihentikan pada Disember 1983. Menurut pihak kerajaan Austria, seluruh tasik itu telah diteroka dan disahkan sudah 'kosong'. Oleh itu, segala pencarian lain adalah dilarang sama sekali. Tetapi, siapa peduli? 

Seorang pakar biologi pernah meneroka tasik ini untuk menjalankan kajian hidupan di dasarnya. la turut menemui beberapa peti yang juga berisi wang palsu berserta peralatan ketenteraan. 

Sebuah perusahaan terkenal yang pernah melakukan pencarian artifak di kapal Titanic juga pernah melakukan pencarian di Tasik Toplitz pada tahun 2000. Menggunakan teknologi moden, sebuah kapal selam dihantar menjelajah dasar tasik. Pun sama, hanya peti berisi wang palsu ditemui. 

Penemuan wang palsu itu sedikit pun tidak pernah meluputkan kepercayaan bahawa ada harta karun Nazi di tasik tersebut. Apatah lagi apabila seorang penyelam menemui teko daripada emas di tasik itu pada tahun 2003. Teko dengan lambang Jerman itu dikatakan bernilai 100 ribu dolar. la menguatkan lagi dak waan kisah harta karun yang terbenam di situ. 

Sebenarnya, tiada siapa yang tahu jumlah sebenar harta Nazi yang hilang. Sekadar anggaran, mungkin ia bernilai 25 trilion dolar. Agak luar biasa untuk jumlah harta rampasan yang hilang.

Tetapi, ia bagaikan satu impian yang tidak pernah pudar buat pencari harta karun Nazi. Walaupun kebanyakan carian menemui kegagalan, mereka tidak pernah putus asa. Masih setia mengejar misteri harta karun tersebut. 

Apa yang pasti, hanya Hitler yang lebih mengetahui tentang harta-harta yang dikumpulkan semasa kekuasaannya. Dan rahsia itu berkubur apabila pemimpin diktator itu bertindak membunuh diri pada 30 April 1945.
Dipetik dari Mastika 9/2013

NABI IDRIS DIANGKAT KE LANGIT...

"Dan ceritakanlah wahai Muhammad kepada mereka kisah Idris yang tersebut di dalam al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke darjat yang tinggi." - Surah Maryam ayat 56 dan 57.

Nama Nabi Idris yang sebenarnya adalah 'Akhnukh'. Sebab dinamakan Idris, kerana beliau banyak membaca dan tekun mempelajari kitab Allah. Hobi Nabi Idris ialah suka menjahit baju. Acap kali beliau memasukkan jarum untuk menjahit pakaiannya, Nabi Idris mengucapkan tasbih. Jika pekerjaannya sudah selesai, kemudian pakaian itu diserahkannya kepada orang yang menempahnya dengan tanpa meminta upah.

Walaupun demikian, Nabi Idris masih sanggup beribadah dengan amalan yang sukar untuk digambarkan sehingga malaikat Izrail sangat rindu berjumpa dengan beliau. Kemudian malaikat Izrail memohon kepada Allah s.w.t., agar diizinkan untuk pergi menemui Nabi Idris. Setelah memberi salam, malaikat Izrail pun duduk.

Nabi Idris gemar berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah tiba, maka datanglah malaikat dari syurga membawa makanan kepada Nabi Idris. Kemudian baginda beribadah sepanjang malam. Pada suatu malam malaikat Izrail datang menemuinya, sambil membawa makanan dari syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu. Kemudian Nabi Idris berkata kepada malaikat Izrail. "Wahai tuan, marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama," tetapi malaikat Izrail menolaknya.

Nabi Idris terus melanjutkan ibadahnya, sedangkan malaikat Izrail terus menunggu di tempatnya sampai terbit matahari. Nabi Idris berasa hairan melihat sikap malaikat itu. Kemudian baginda berkata: "Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama saya untuk melihat keindahan alam persekitaran?"

Malaikat Izrail menjawab: "Baik-lah wahai Nabi Allah Idris!"

Bergandinglah Nabi Idris dengan malaikat Izrail melihat alam persekitaran dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup di situ. Akhirnya ketika mereka sampai pada suatu kebun, maka malaikat Izrail berkata kepada Nabi Idris.

Sudah ernpat hari mereka berjalan bersama-sama. Selama mereka bersahabat, Nabi Idris menemui beberapa keanehan pada diri temannya itu. Segala tindak tanduknya berbeza dengan sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi Idris tidak dapat menahan hasrat ingin tahunya itu.

"Tuankah yang bertugas mencabut semua nyawa makhluk?" soal Nabi Idris.

"Benar wahai Idris!" jawab Izrail.

"Sedangkan tuan bersama saya selama empat hari, adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa makhluk?" soal Idris hairan.

"Wahai Idris, selama empat hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh makhluk-makhluk itu bagaikan hidangan di hadapanku, aku ambil mereka bagaikan seseorang sedang menyuap makanan!" kata Izrail.

"Wahai Izrail, apakah tujuan tuan datang? Apakah untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku?" tanya Nabi Idris.

"Saya datang untuk menziarahimu dan Allah s.w.t. telah mengizinkan niatku itu," kata Izrail.

"Wahai Izrail, kabulkanlah satu permintaanku kepadamu, iaitu agar tuan mencabut nyawaku, kemudian tuan mohonkan kepada Allah agar Allah menghidupkan saya kembali, supaya aku dapat menyembah Allah setelah aku merasakan dahsyatnya sakaratulmaut itu," kata Nabi Idris.

Malaikat Izrail pun menjawab: "Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun, melainkan hanya dengan keizinan Allah!"

Lalu Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat Izrail agar mencabut nyawa Nabi Idris. Tanpa berlengah lagi malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris saat itu juga.

Sewaktu malaikat Izrail melihat kematian Nabi Idris itu, maka menangislah ia. Dengan perasaan hiba dan sedih malaikat Izrail bermohon kepada Allah supaya menghidupkan kembali sahabatnya itu. Allah mengabulkan permohonannya, dan Nabi Idris pun dihidupkan oleh Allah s.w.t. kembali.

Kemudian malaikat Izrail memeluk Nabi Idris seraya bertanya: "Wahai saudaraku, bagaimanakah tuan merasakan kesakitan maut itu? Bila seekor binatang dilapah kulitnya ketika ia masih hidup, maka sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit daripadanya. Padahal kelembutan yang saya lakukan terhadap tuan, ketika saya mencabut nyawa tuan itu, belum pernah saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan."

"Wahai Izrail! Saya mempunyai permintaan lagi kepada tuan, iaitu saya sungguh-sungguh berhasrat untuk melihat neraka, supaya saya dapat beribadah kepada Allah s.w.t. lebih banyak lagi, setelah saya menyaksikan dahsyatnya api neraka itu.

"Wahai Idris saya tidak dapat pergi ke neraka jika tanpa izin daripada Allah s.w.t.," jawab Izrail.

Akhirnya Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat Izrail supaya membawa Nabi Idris ke dalam neraka. Maka pergilah mereka berdua ke neraka. Di Neraka itu, Nabi Idris dapat melihat semua bahan dan alat yang telah diciptakan Allah s.w.t. untuk menyeksa musuh-musuh-Nya seperti rantai-rantai yang panas, ular yang berbisa, kala, api yang membara, timah yang mendidih, pokok-pokok yang penuh berduri, air panas yang mendidih dan Iain-Iain.

Setelah berasa puas melihat keadaan neraka itu, maka mereka pun pulang. Kemudian Nabi Idris berkata kepada malaikat Izrail: "Wahai malaikat maut, saya mempunyai hajat yang lain, iaitu agar tuan dapat menolong saya membawa masuk ke dalam syurga. Sehingga saya dapat melihat apa-apa yang telah disediakan oleh Allah bagi kekasih-kekasih-Nya. Setelah itu saya pun dapat meningkatkan lagi ibadah saya kepada Allah s.w.t."

"Saya tidak dapat membawa tuan masuk ke dalam syurga, tanpa perintah daripada Allah s.w.t.!" jawab malaikat Izrail.

Lalu Allah s.w.t. pun memerintahkan malaikat Izrail membawa Nabi Idris masuk ke dalam syurga.

Kemudian pergilah mereka berdua, sehingga mereka sampai di pintu syurga dan mereka berhenti di pintu tersebut. Dari situ Nabi Idris dapat melihat pemandangan di dalam syurga.

Nabi Idris dapat melihat segala macam kenikmatan yang disediakan oleh Allah s.w.t. untuk para ahli ibadah dan wali-wali-Nya berupa buahbuahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang mengalir serta Iain-Iain kelazatan.

Kemudian Nabi Idris a.s berkata: "Wahai saudaraku Izrail! Saya telah merasakan sakitnya maut dan saya telah melihat dahsyatnya api neraka. Maka mahukah tuan memohonkan kepada Allah untukku, agar Allah mengizinkan aku memasuki syurga untuk dapat meminum airnya, untuk menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api neraka?"

Kemudian Allah memberi izin kepadanya untuk memasuki syurga. Nabi Idris pun masuk ke dalam syurga dan Nabi Idris meletakkan kasutnya di bawah salah satu pohon syurga, lalu ia keluar kembali dari syurga.

Setelah beliau berada di luar, Nabi Idris berkata kepada malaikat Izrail: "Wahai malaikat maut, aku telah meninggalkan kasutku di dalam syurga.

Malaikat Izrail pun berkata: "Masuklah ke dalam syurga dan ambil kasut tuan!"

Maka masuklah Nabi Idris, namun beliau tidak keluar lagi, sehingga malaikat Izrail memanggilnya: "Wahai Idris, keluarlah!"

"Tidak, wahai malaikat Izrail. Ini kerana Allah s.w.t. telah berfirman bermaksud, setiap yang berjiwa akan merasakan mati. Sedangkan saya telah merasakan kematian. Dan Allah berfirman yang bermaksud: "Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi neraka itu." .

Dan saya pun telah mendatangi neraka itu. Dan firman Allah lagi yang bermaksud: "... Dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan dari syurga.

Maka Allah menurunkan wahyu kepada malaikat Izrail.

"Biarkanlah hambaku itu! Aku telah menetapkan di azali, bahawa Idris akan tinggal di Syurga!"

Allah menceritakan tentang kisah Nabi Idris ini kepada Rasulullah s.a.w. dengan firman-Nya bermaksud:

"Dan ceritakanlah wahai Muhammad kepada mereka, kisah Idris yang tersebut di dalam al- Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan kami telah mengangkatnya ke darjat yang tinggi."

Friday, December 20, 2013

PERTANIAN MENURUT PANDANGAN ISLAM...


 
Gambar hiasan...

"Kami menjadikan (di atas muka bumi ini tempat yang sesuai untuk dibuat) ladang-ladang kurma dan anggur. Kami pancarkan banyak mata air (di situ). Tujuannya supaya mereka boleh mendapat rezeki daripada hasil tanaman tersebut dan tanaman-tanaman lain yang mereka usahakan. Adakah mereka berasa tidak perlu bersyukur?" (Yasin: 34-35)


Di dalam Islam, pertanian merupakan salah satu daripada pekerjaan yang mulia dan amat digalakkan oleh Allah swt dan Rasulullah saw. Banyak ayat al-Quran yang menyebut tentang hasil tanaman dan buah buahan yang pelbagai. Dari segi akidah pula, bidang pertanian dapat mendekatkan diri seseorang hamba kepada Allah swt. Ini kerana tanda kebesaran Allah swt dapat dilihat dengah jelas dalam proses kejadian tumbuh-tumbuhan atau tanaman. Apabila seseorang itu melakukan aktiviti pertanian, ia akan lebih membuatkan seseorang itu memahami hakikat sebenar bertawakkal kepada Allah swt yang berkuasa menghidup dan mematikan. Jika Allah swt takdirkan sesuatu tanaman itu hidup, tanaman itu akan hidup dan tidak mengecewakan petani. Namun jika Allah menginginkan sebaliknya maka itulah ketetapan takdir Allah swt terhadap si petani itu. ltulah kekuasaan Allah swt seperti Firmannya yang bermaksud:

"Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-­tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah-buahan) yang bergugus-­gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dan mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berubah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman " (AI-Ana'am: 99).

Hukum pertanian mengikut pandangan Islam...

 
Gambar hiasan...

 Jika dengan pertanian sahaja seseorang itu mampu lakukan untuk mencari nafkah bagi dirinya dan keluarganya maka hukumnya adalah fardhu ain baginya menceburi pertanian. Jika seseorang itu ada kepakaran dalam salah satu bidang pertanian dan tiada seorang pun yang pandai maka hukum dia menceburi bidang pertanian adalah wajib kerana untuk kepentingan orang awam. Tetapi apabila ada ramai petani yang mampu melakukan usaha demikian maka menjadi fardhu kifayah kepada sesiapa sahaja yang melakukannya untuk kepentingan orang awam, petani tersebut perlu mengeluarkan bekalan yang mencukupi untuk semua.

Bidang pertanian menjadi fardhu kifayah kepada seseorang kerana manafaatnya lebih besar daripada manafaat oeribadi. Kebanyakan fuqaha' Islam berpendapat bahawa bidang pertanian adalah lebih afdal atau utama di sisi agama Islam berbanding perniagaan dan perusahaan atau perkilangan. Keadaan ini kerana manfaat pertanian lebih meluas da kepentingannya tidak dapat dinafikan sebagai bidang yang terpenting kerana tanpanya atau tidak mencukupi akan huru hara dunia.

Rasulullah saw menjelaskan kepentingan pertanian di dalam sabdanya yang bermaksud:

"Andainya kiamat tiba dan pada seseorang daripadanya kamu ada sebatang anak kurma, maka hendaklah dia tanpa berlengah-lengah lagi menanamnya". (Hadith riwayat Imam Ahmad)


 
Hadith ini menggambarkan kepada kita terlalu pentingnya bidang pertanian sehinggakan hampir kiamat pun digalakkan lagi bercucuk tanam oleh Rasulullah saw. Ini menunjukkan bidang ini tidak boleh diabaikan sama sekali kerana ia adalah penyumbang utama kepada kehidupan manusia.
Pertanian merupakan satu ibadah

 

Gambar hiasan...

Bidang pertanian adalah salah satu jalan untuk mendekatkan diri seseorang hamba itu dengan Allah swt. Bagi mereka yang menceburi bidang ini, disamping mendapat pendapatan yang halal lagi mulia, Allah swt juga menjanjikan ganjaran pahala kepada golongan yang mengusahakannya di atas setiap satu tanaman yang ditanam. Setiap satu tanaman yang ditanam seseorang itu akan semakin dekat dengan Allah swt seperti sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Tiada seorang muslim pun yang bertani lalu hasil pertaniannya dimakan oleh burung atau manusia atau binatang, melainkan dia akan menerima pahala di atas hal itu" (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

 
Dalam hadith lain pula Rasulullah saw bersabda:

"Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah swt menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan" (Hadith riwayat Imam Ahmad)

Galakkan tanah terbiar diusahakan

Setelah berhijrah ke Madinah, Rasulullah saw menggalakkan sahabat‑sahabatnya mengusahakan bidang pertanian. Bumi Madinah yang Sememangnya subur perlu diusahakan dengan lebih bersungguh-sungguh. Kaum muhajirin yang berhijrah bersama-sama dengan Baginda diaturkan agar bersatu dengan kaum Ansar iaitu penduduk asal Madinah supaya dapat berganding bahu dalam pelbagai urusan lebih-lebih lagi dalam mengusahakan kegiatan pertanian terhadap tanah terbiar.

Dalam sebuah hadith, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang memiliki tanah hen­daklah dia mengusahakannya, namun jika dia tidak berupaya melakukannya, maka hendaklah diberikan kepada saudaranya (supaya diusahakan) dan janganlah dia menyewakannya" (Hadith riwayat Abu Daud)

Hadith ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya kegiatan pertanian dalam Islam sehingga banyak dalil dari Al-Quran dan Hadith membicarakannya. Mengikut syariat Islam, sesiapa sahaja yang mengusahakan tanah terbiar milik Kerajaan dengan berjaya akan mendapat hak milik kekal terhadap tanah berkenaan. Hal ini berdasarkan kepada pendapat kebanyakan ulama'. 

Gambar hiasan...

 Berdasarkan pendapat Mazhab Maliki, hak milik yang diperolehi itu adalah hak milik sementara sahaja, jika setelah mendapat hak milik tanah itu tetapi selepas itu dibiarkan semula terbiar dan orang lain pula mengusahakannya, maka hak milk tanah itu akan berubah kepada si pengusaha tanah baru itu. Hukum ini berdasarkan kepada hadith Rasulullah saw yang bermaksud:

"Sesiapa yang menjayakan tanah yang tidak oleh sesiapa (yakni tanah kerajaan), maka dia lebih berhak terhadapnya" (Hadith riwayat Imam Ahmad, Malik dan Bukhari).

Hadith ini menggalakkan umat manusia supaya memanfatkan tanah supaya tidak begitu terbiar sahaja.

Seseorang yang ingin menjayakan tanah terbiar, dibenarkan menanda atau memagar tanah tersebut bagi menjalankan pertaniannya. Bagaima­napun tanah yang ditanda dan diteroka itu tidak harus dibiarkan lebih daripada tiga tahun tanpa diusahakan. Jika dibiarkan begitu orang lain berhak mengusahakannya. lanya berdasarkan amalan yang dijalankan oleh Saidina Umar ketika pemerintahannya, tanah dianggap terbiar atau mati jika ia gersang 'yakni tiada pengairan, berpaya atau ditenggelami air, tidak sesuai untuk tumbuhan, tidak boleh digunakan bagi tujuan lain selain pertanian, terletak jauh daripada penempatan penduduk, tidak termasuk dalam kawasan simpanan penempatan bagi kegunaan masyarakat setempat seperti bagi tujuan padang ragut, tempat mencari kayu api dan tempat melakukan riadah'.

Bagaimanpun ada perselisihan pendapat dalam undang-undang Islam sama ada keizinan pemerintah diperlukan sebelum seseorang itu memulakan penerokaan. Pendapat imam Abu Hanifah pengasas mazhab Hanafi menyatakan keizinan diperlukan. Dua ulama utama mazhab Hanafi iaitu Abu Yusof dan Hasan Al-Syaibani serta mazhab al Shafie berpendapat sebaliknya. Pendapat ketiga yang juga pendapat mazhab Maliki menyatakan izin diperlukan jika tanah itu terletak hampir dengan kawasan penempatan. Hal ini kerana tanah itu ditakuti termasuk dalam kawasan simpanan awam.

Kesimpulan

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Carilah rezeki dari khazanah bumi" (Hadith at-Tobrani). Rasulullah saw amat me­nitik beratkan umat-umatnya supaya menceburi bidang pertanian dan penternakan dan Baginda sendiri sebagai contoh bagi umatnya dalam bidang ini. Baginda teribat dengan aktiviti penternakan sejak kecil lagi di mana baginda adalah seorang pengembala kambing. Beliau pernah menyebut saat-saat yang dialaminya sewaktu mengembala karnbing itu, iaitu: "Nabi-Nabi yang diutuskan Allah itu gembala kambing". Dan sabda Baginda lagi: "Musa diutus dia gembala kambing, Daud diutus dia gembala kambing, aku diutus juga gembala kambing keluargaku di Ajyad". 


 
 Gambar hiasan...

Begitulah betapa pentingnya bidang pertanian dan peternakan kepada diri sendiri„ keluarga dan masyarakat untuk peroleh rezeki yang halal serta sebagai satu jalan ibadah yang;terpuji disisi Allah swt.

Dipetik dari Majalah Agro Malaysia.

Artikel oleh : Ahmad Anwar Ismail
Felo Utama, Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli 
Universiti Malaysia Kelantan. 

dan

Benyamin Che Yaakob
Unit Islam dan Pendidikan Insaniah (UNIPEN)
Universiti Malaysia Kelantan.

Thursday, December 19, 2013

Tuesday, December 17, 2013

KEJOHANAN KAROM TERBUKA DBKL 2013...

Satu Pertandingan Karom Terbuka anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah diadakan pada 7 hingga 8 Disember 2013 bertempat di Stadium Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Sebanyak 260 penyertaan telah diterima dari seluruh negara. Salah satu pasukan yang menyertainya ialah Syarikat FELCRA Berhad yang diwakili oleh pasukan bergunya En. Noslan bin Ahmad (Bhg. Ukur) dan Ihsan Ashraf b. Ahmad (Pejabat Penasihat Undang-Undang). 

Di akhir pertandingan, pasukan bergu FELCRA Berhad telah menduduki tempat ke lima dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500.00.

Berikut ialah keputusan yang dicapai oleh pasukan bergu FELCRA Berhad.

FELCRA Berhad 2, PKNK 0
FELCRA Berhad 2, SBU.Com 0
FELCRA Berhad 2, JUPEM 1
FELCRA Berhad 2, MPJBT 1  

Tahniah diucapkan kepada En. Noslan Ahmad dan En. Ihsan Ashraf kerana mengharumkan nama Syarikat dan adalah diharapkan supaya mereka tidak berputus asa dan cuba lagi di tahun hadapan.

En. Ihsan Ashraf... 

En. Noslan Ahmad...

Wednesday, December 11, 2013

BERTEMU KAWAN LAMA DAN KISAH PENDERITAAN BELIAU AKIBAT DIABETES...


Aku dan Tn. Syed Othman belajar satu kelas dari tingkatan 2 hingga tingkatan 5 di sebuah Sekolah Menengah di Taiping. Selepas menamatkan persekolahan pada tahun 1978, kami berdua membawa haluan masing-masing dan tidak lagi bertemu.

Awal tahun 2013, iaitu selepas 35 tahun tidak bertemu, aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari Tn. Syed Othman yang ingin bertemu. Ia memaklumkan bahawa nombor handphone aku ia perolehi dari abang iparku yang memang ia kenali dan juga sudah lama terpisah seperti aku. Abang ipar aku juga bersekolah yang sama dengan kami dan ini menyebabkan kami saling mengenali. 

Satu pertemuan telah diatur di sebuah restoran di Kg. Baru, Kuala Lumpur. Aku hampir tidak mengenali beliau kerana maklumlah dah lama tak jumpa, dulu beliau berkulit putih, tapi kini gelap sedikit akibat peredaran masa dan mungkin itu yang menyebabkan aku tidak mengecam beliau lagi. 

Menurut beliau, selepas tamat sekolah ia diterima bertugas sebagai anggota Polis Trafik di Ipoh dan kini setelah hampir 25 tahun bertugas ia telah meletakkan jawatan kerana lebih berminat dalam penulisan skrip filem dan drama yang telah banyak ditayangkan di TV.

Selepas beberapa kali bertemu, aku tidak lagi mendapat khabar berita darinya, aku cuba menelefon tetapi tidak berjawab dan akibat kesibukan tugas, aku pun terlupa dan tidak lagi menghubunginya. setelah empat bulan berlalu, semalam (10/12/2013) ia tiba-tiba menghubungi aku memaklumkan ingin bertemu. Dalam pertemuan semalam, ia memaklumkan bahawa ia terlantar di hospital di Kota Tinggi, Johor hampir empat bulan iaitu semenjak bulan Ogos lagi kerana menjalani rawatan kencing manis yang teruk. 

Punca ia tidak dapat menghubungiku kerana katanya ia kehilangan telefon dan telah menukar nombor yang baru dan tidak ingat nombor handphone aku. 

Untuk mengetahui kisah penderitaan beliau akibat kencing manis, ikutilah rakaman diatas.