Friday, May 21, 2021

MEKANISASI LADANG DI FELCRA BERHAD SEBERANG PERAK 10 BHG 2...

Pada artikel yang lepas, Tn. Ramlan Morad telah memberikan tutorial tentang kutipan buah relai melalui klip video yang dirakam. Kepada pelayar blog yang belum mengikuti tutorial tersebut mereka boleh klik di sini supaya mereka tidak terlepas maklumat-maklumat yang telah disampaikan oleh beliau berkaitan dengan Pengurusan Ladang Sawitnya di FELCRA Seberang Perak 10. 

Untuk artikel kali ini, aku telah memuat naik 5 lagi klip video ke dalam blog iaitu tutorial tentang tatacara Komposing, Langkah-langkah untuk mengawal kelembapan tanah, Plot Contoh (Kawasan Tumpuan), Infrastuktur ladang (Penyelenggaraan jalan pertanian serta jalan utama) dan Pengurusan hasil yang berkesan...  

Sepatutnya ada lagi beberapa video yang Tn Ramlan hendak membuat tutorial tetapi oleh kerana memori kad kamera aku dah penuh dan aku pulak tak bawak spare maka setakat ini sahajalah video yang boleh aku kongsikan di dalam blog... 

Video 1 : Tatacara komposing...

Video 2 : Langkah2 utk mengawal 
kelembapan tanah...

Video 3 : Plot contoh (Kawasan tumpuan)...

Video 4 : Infrastruktur ladang dengan memberi penekanan 
tentang penyelenggaraan jalan pertanian di ladang
 dan jalan utama.... 

Video 5 : Pengurusan hasil yang berkesan...

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tn Ramlan b. Morad, Pengurus Kawasan (ketika rakaman dibuat) dan teamnya yang gigih berusaha tanpa mengenal erti penat dan lelah  dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada beliau dalam menguruskan ladang sawit FELCRA Berhad Seberang Perak 10.

Kini Tn Ramlan Morad dan aku yang bertindak sebagai pelapor telahpun bersara dari perkhidmatan. Kenangan semasa melaksanakan tugas hingga terhasilnya video ini akan menjadi satu kenangan manis sepanjang perkhidmatan kami berdua.

Adalah diharapkan semoga FELCRA Berhad Seberang Perak 10 khasnya dan FELCRA Berhad amnya terus maju dalam misi dan visinya sebagai Plantation House No. 1 dalam negara. In Shaa Allah. 

CERITA ORANG TEPEN : KISAH BURUNG HUDHUD DI TAMAN TASIK TAIPING...

Aku terima satu wassap dari Tn. Hj. Ismail b. Hussin yang merupakan seorang sahabat dan juga seorang boss yang sangat baik hati dan sangat perihatin terhadap staf-staf di bawah seliaan beliau di Kumpulan Perladangan, Ibu Pejabat, Kuala Lumpur.  

Kisahnya mengenai sepasang Burung Hudhud yang teruja menerima 3 ekor anak dari telor yang baru menetas di sebatang dahan pohon Jemerlang @ Batai Laut yang terdapat di Taman Tasik Taiping.

Kata Tn. Hj. Ismail, aku sebagai anak jati Taiping (Tepen) sepatutnya gembira dengan perkembangan terkini di Taman Tasik tersebut dan oleh kerana aku mempunyai blog maka wajarlah kisah ini diwar-warkan di dalam blog supaya pengikut blog tidak terlepas pandang akan kisah yang sangat menakjubkan ini.  

Bagi memenuhi permintaan beliau, aku memohon izin dari wartawan yang melaporkan dan juga kepada jurufoto-jurufoto yang terlibat dalam program pemantauan ini untuk aku berkongsi kisah yang sangat menarik minat dan mengujakan seluruh warga Tepen  di dalam blog.

Disajikan juga beberapa foto detik terakhir anak-anak burung Hudhud sebelum terbang keluar sarang dan ketika bersama-sama belajar mencari makanan dengan ibubapa.

Ikuti kisahnya...

PENANTIAN YANG BERAKHIR DENGAN KENANGAN PALING INDAH

Hampir 42 hari sebatang dahan pohon Jemerlang @ Batai Laut di satu sudut terpencil di Taman Tasik Taiping menjadi tumpuan orang ramai, terutama jurufoto burung. 

Sejak sepasang burung Hudhud, iaitu spesis burung hijrah ini dilihat bersarang di pohon tersebut pada 5 April 2021 dan kemudiannya semakin hari semakin sibuk dengan rutin harian sehingga menarik perhatian ramai. Bertolak dari situ, Majlis Perbandaran Taiping menerusi Jabatan Zoo telah menyelaras satu program pemantauan ke atas pasangan burung ini secara 24 jam dengan melibatkan kira-kira 30 ke 35 orang petugas, termasuk 'photographer' dan 'resercher' mulai 10 April 2021. Agensi, NGO dan kumpulan yang turut terlibat dalam projek ini ialah Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia, NEST dan Taiping Birding Communiti.

Unik dan menariknya dunia haiwan ini ialah kita perlu memerhati tingkahlaku dan perlu mengkaji untuk memahami apa yang tersirat dan tersurat di sebalik sebuah lubang yang dipilih menjadi sarang. 

Setelah lima hari memantau pergerakkan pasangan ini, jelas menunjukkan bahawa pasangan ini sedang sibuk membina sebuah keluarga!! Cuma tidak diketahui berapa biji telur yang bakal ditetas.

Berdasarkan catatan harian, kekerapan serta bilangan perjalanan kedua-dua burung yang berulang alik ke sarang dengan membawa pulang pelbagai jenis makanan, dapat ditelah ada beberapa ekor anak yang sedang membesar di sarang tersebut. Kegigihan kedua ibu dan bapa burung Hudhud ini benar-benar membuatkan orang ramai rasa teruja dan kagum. Masakan tidak. Adakalanya pasangan ini terbang lebih 200 kali sehari untuk membawa pulang pelbagai 'juadah' bagi memastikan anak-anak mendapat sumber protin yang mencukupi untuk membesar dengan cepat.

Burung Hud-Hud jantan terbang 200 kali sehari 
untuk mencari makanan untuk anak-anaknya💪.... 

Tuah ayam nampak di kaki, tuah Hudhud terserlah pada jambulnya. Beberapa hari sebelum menjelang Hari Raya Aidil Fitri, dua ekor anak Hudhud telah mula 'berani' melonjakkan diri untuk mempamerkan keberadaan mereka di mulut lubang sarang. Tingkah laku ini telah membuatkan ramai petugas tidak senang duduk kerana masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk merakam detik terindah iaitu apabila anak burung Hudhud terbang keluar buat pertama kali.

Dua ekor anak Burung Hudhud buat pertama kali 
terbang keluar dari sarang dan hinggap 
di dahan pokok berhampiran👍...

Detik yang ditunggu-tunggu telah tiba seperti yang dijangka. Pada 14 Mei (2 Syawal) jam 8.06 pagi, seekor anak telah memberanikan diri terbang keluar lalu hinggap di dahan berdekatan sarang. Hari berikutnya, anak kedua menyahut cabaran yang sama dan terbang keluar untuk menyertai keluarga yang sedia menunggu pada 15 Mei (3 Syawal), jam 10.30 pagi. Kelihatan anak ketiga masih lagi berada di pintu lubang sarang, kelihatan agak resah. Sesekali ia menghilangkan diri masuk ke dalam sarang dan ada masa menjengok keluar lubang.

Anak ketiga masih belum berani keluar dan 
apa yang boleh dibuat olehnya hanyalah 
keluar masuk di pintu lubang sarang😆..

Hudhud jantan meneruskan rutin membawa balik makanan untuk anak ketiga namun tidak sekerap seperti sebelum ini. Ia seolah-olah sengaja membiarkan keadaan ini bagi mengalakkan sang anak terbang keluar. Sementara itu, ibu Hudhud dilihat begitu akrab dengan kedua-dua anak yang telah cekap terbang bersama-samanya. Ia sentiasa berada berdekatan bagi memastikan keselamatan anak-anaknya dan untuk mengajar cara-cara mencari makanan.

Hari ini, 17 Mei (5 Syawal) tepat jam 11.20 pagi, anak yang terakhir mengambil keputusan untuk tidak tinggal bersendirian di dalam sarang. Dengan penuh tekad dan sekuat tenaga, ia melonjakkan diri dan mengibarkan sayap laju lalu hinggap di dahan berdekatan. Melihat anak terakhir ini berjaya mendarat dengan cekap dan selamat di ranting pokok, membuatkan hati berbunga-bunga, bercampur aduk antara puas, gembira dan sedikit sedih.

Akhirnya anak yang ketiga memberanikan diri 
untuk terbang keluar dari sarang dan
 berjaya hinggap di dahan pokok🙋...

Selama lebih 40 hari memerhati keluarga Hudhud ini sehingga ke detik terakhir melihat satu demi satu meninggalkan sarang, terbit rasa kagum terhadap haiwan sekecil ini. Ibubapa Hudhud yang gigih menjaga dan membesarkan anak-anaknya dalam tempoh kira-kira enam minggu dan kemampuan anak-anak burung terbang buat pertama kali tanpa dilatih dan mendarat tanpa gagal adalah merupakan anugerah Yang Maha Esa yang tidak ternilai.

Akhirnya ketiga-tiga anak burung Hud terbang bersama
 tanpa dilatih dan mendarat tanpa gagal😍...

Tugasan memantau di tapak akan diteruskan untuk beberapa hari lagi bagi mengumpul lebih banyak maklumat untuk penyediaan laporan lengkap berkaitan burung ini. Memandangkan ini adalah kali pertama spesis burung ini dilihat bersarang dan berjaya membiak di negara kita maka laporan lengkap tentangnya diharapkan berupaya memberi manfaat kepada semua pihak, khususnya kepada ekopelancongan di Taiping.

Alhamdulilah syukur kehadrat Yang Maha Esa.Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan projek ini. Terima kasih juga kepada orang ramai serta netizen yang tidak putus-putus memberikan sokongan sehingga projek pembiakkan ini berjalan lancar.

Artikel mengenai keindahan Taman Tasik Taiping pernah aku siarkan di dalam blog dan boleh diikuti dengan klik Di sini...

Kredit Foto :
Sulaiman Salikan
Jamil Mat Isa
Shaiful Azhar Abu Bakar
Sidek Sigaragar


Gambar kenangan Di Taman Tasik Taiping 
bersama family ketika pulang bercuti
sebelum PKP 1.0...


Monday, May 17, 2021

FIELD DAY WITH EU AMBASSADORS...


Saya mulakan laporan ini dengan tatacara dan kaedah yang digunakan dalam mengawal dan mencegah makhkuk perosak di ladang sawit kemudian diikuti dengan mengapa kita menjemput pegawai-pegawai dari EU untuk melawat ladang kita dan diakhiri dengan gambar-gambar menarik semasa lawatan ke ladang.    

1. PERANAN BURUNG HANTU DI LADANG SAWIT...

Ladang sawit FELCRA Cht Sulaiman...
En Fairus, Sekarang Timbalan Pengurus Besar 
FELCRA Seberang Perak 
sedang memberikan taklimat tentang 
pengurusan ladang sawit di kawasan tersebut 
semasa lawatan EU tempohari...

Hasil penyelidikan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berjaya membuktikan penggunaan burung hantu sebagai amalan kawalan biologi terbaik bagi menangani ancaman tikus perosak di ladang-ladang sawit berbanding ular dan monyet.

Buktinya, banyak syarikat-syarikat perladangan seperti Sime Darby Plantation, FELDA, Kulim, United Plantations, IOI, Kuala Lumpur Kepong (KLK), Borneo Samudra di Sabah dan tidak ketinggalan juga FELCRA Berhad telah melaksanakan kawalan biologi menggunakan burung hantu di ladang masing-masing.


Khidmat burung hantu diperlukan 
di ladang sawit FELCRA Changkat Sulaiman...

penggunaan burung hantu sebagai kawalan biologi tikus dalam kawasan ladang sawit terbukti berkesan berbanding haiwan lain seperti ular kerana burung hantu misalnya mampu memakan sehingga dua ekor tikus sehari berbanding seekor ular yang cuma makan seekor tikus seminggu.

Pelawat EU membuka sangkar untuk 
melepaskan burung hantu yang dikurung... 

Burung hantu yang telah dilepaskan 
untuk memakan tikus di ladang sawit...  


Rumah burung hantu di dalam ladang...

Penggunaan haiwan seperti kucing pula kurang wajar memandangkan ciri-cirinya sebagai binatang peliharaan dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran ladang sawit. 

Selain kucing penggunaan monyet di ladang-ladang sawit juga tidak sesuai dan tidak praktikal ini kerana monyet merupakan haiwan yang hidup secara berkumpulan dan amat aktif pada siang hari dan boleh menjejaskan aktiviti pengurusan ladang kerana pertembungan dengan aktiviti manusia. 

Monyet juga dilaporkan menyebabkan kerosakan pada bunga sawit dan dedaun selain beg khusus bagi tujuan pendebungaan kerana monyet berpotensi ganas dan boleh mengancam pekerja bagi aktiviti memetik buah, pembajaan dan menjejaskan kelancaran pengurusan ladang.

2. MENGAPA KITA MENJEMPUT MEREKA...

Pengurusan FELCRA Berhad telah menjemput Pegawai-pegawai Kesatuan Eropah (EU) datang melihat sendiri ladang sawit FELCRA bagi memberikan penjelasan bahawa ladang kelapa sawit kita diurus tadbir dengan baik dan tidak menjejaskan alam sekitar seperti yang didakwa. Penjelasan juga diberi tentang kebaikan penggunaan minyak sawit dalam kehidupan seharian serta tidak menjejaskan kesihatan.

Tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh mereka itu sebenarnya ada agenda di sebaliknya dan sebab itulah mereka bercadang untuk menyekat kemasukan minyak sawit dari Malaysia untuk menjaga kepentingan mereka.

3.GAMBAR-GAMBAR KETIKA LAWATAN DI LADANG...

Kelihatan pengurusan tertinggi FELCRA
 diketuai oleh Chairman, CEO serta pegawai2 tinggi
 turut berada di ladang semasa taklimat dibuat...



























4. TAKLIMAT DI LADANG...


































































5. KE GERAI JUALAN MAKANAN DAN MINUMAN BERASASKAN SAWIT...


















6. JAMUAN MAKAN TENGAHARI...































































7. BERANGKAT PULANG...










8. SIDANG AKHBAR...