Tuesday, September 3, 2013

LAWATAN KE RUMAH KEBAJIKAN NUR HATI, AMPANG...

Hampir sebulan tak update blog. Cerita aku pada kali ini ialah lawatan ke Rumah Kebajikan Nur Hati, Ampang, Selangor. 

Ikuti kisahnya...

Ketika di pelawa untuk mengikuti lawatan Biro Agama ke Rumah Kebajikan Nur Hati di Ampang, Selangor, pada hari Rabu 28 Ogos 2013, jam 12 tengahari, aku sangat teruja kerana inilah pertama kalinya aku melawat sebuah rumah kebajikan yang menempatkan anak-anak yang dibuang oleh ibu bapa samada terhasil daripada hubungan terlarang atau ditinggalkan begitu sahaja akibat tidak mahu bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka yang baru dilahirkan.

Sebelum itu aku pernah juga melawat rumah anak-anak yatim dan rumah orang-orang tua, tetapi lawatan pada kali ini adalah kemuncak kepada lawatan-lawatan yang sebelumnya kerana aku dapat menjejakkan kaki ke sebuah rumah di mana di dalamnya ditempatkan bayi-bayi yang baru lahir dan anak-anak kecil yang dibuang yang akan mengalami masa depan yang gelap jika tiada sesiapa yang memperdulikan nasib mereka.

Lebih malang lagi jika bayi-bayi dan anak-anak kecil ini terjatuh ke tangan sindiket yang memperdagangkan mereka atau diseludup ke luar negara demi kesenangan hidup di dunia yang sementara. 

Saat melangkah masuk ke rumah perlindungan dan kebajikan Nur Hati, kami disambut dengan suara-suara rengekan dari anak-anak kecil yang malang seolah-olah menyambut ketibaan kami supaya dapat melihat dan menyelami nasib mereka yang ditinggalkan tanpa mendapat belaian kasih sayang sepertimana yang sepatutnya di terima oleh seorang anak kecil dari ibu bapa masing-masing. Suasana sayu dan sedih telah menyentuh hati kaum wanita yang turut serta dalam lawatan kami dan ada di antara mereka yang tanpa segan silu telah menitiskan air mata ketika menatap wajah anak-anak yang sayu. Ada sebahagian darinya ingin memiliki anak-anak kecil ini untuk dijadikan anak angkat dan berjanji untuk memberikan pendidikan yang sepenuhnya supaya apabila dewasa nanti akan menjadi insan yang berguna dan dapat berbakti kepada negara dan masyarakat.

Setelah keadaan dapat ditenangkan, barulah kami diberi taklimat tentang sejarah penubuhan dan bagaimana bermulanya rumah kebajikan Nur Hati ini oleh Encik Zaid yang merupakan anak kepada Pengasas rumah kebajikan Nur Hati iaitu Pn. Noor Jamaliah bt. Sharifudin.

Menurut En Zaid, rumah kebajikan Nur Hati pada mulanya beroperasi di flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul, pada ketika itu mereka tidak mempunyai apa-apa kemudahan. Dan sebenarnya, ibunya tidak terfikir untuk memelihara anak-anak terbuang atau tidak dikehendaki ini, tetapi Allah mentakdirkan ramai pasangan terlanjur dan telah melahirkan anak telah menjadi hilang punca dan secara tidak sengaja telah bertemu ibunya yang diketahui memang mempunyai sifat penyayang terutama apabila menatap wajah bayi-bayi yang tidak berdosa.

Atas rasa tanggungjawab dan memang Allah telah memilih ibunya untuk melaksanakan tugas yang diserahkan maka episod baru dalam hidup Puan Noor Jamaliah telah bermula dan dari saat itulah ia mula gigih mencari pendapatan bagi menampung perbelanjaan dan kelangsungan hidup keluarga serta anak-anak terbuang yang diserahkan untuk dipelihara.

Untuk itu, ibunya telah membuat kuih muih dan meminta bantuan anak-anaknya untuk menjaja dari rumah ke rumah di sekitar flat Sri Perak, di mana hasil pendapatan dari jualan kuih dapatlah menampung perbelanjaan hidup mereka semua walaupun tidak seberapa.

Ada ketikanya, ibu-ibu yang terlanjur datang ke rumah Pn. Noor Jamaliah hanyalah semata-mata untuk melahirkan anak dan En. Zaid sendiri telah menjadi bidan terjun untuk menyambut anak yang akan dilahirkan dan seterusnya beliau jugalah yang akan membersihkan urinya. Jika bernasib baik dapatlah ia sedikit upah yang diberi oleh ibu-ibu tersebut dan jika tiada, hanya Allah sahajalah yang akan membalasnya nanti.

Pada tahun 2004, apabila kehadiran anak-anak terbuang semakin bertambah, Pn. Noor Jamaliah telah mendaftarkan pertubuhan kebajikan ini dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi mengelakkan isu dan cakap-cakap yang tidak sedap didengar apatah lagi apabila jiran-jiran sekeliling melihat kehadiran ramai orang di rumahnya dan juga melihat kelibat anak-anak yang berlainan rupa di persekitaran rumah mereka.

Setelah pendaftaran diluluskan, mereka lalu berpindah di Taman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor sehinggalah ke hari ini. Walaupun pada asalnya rumah kebajikan Nur Hati dikhaskan untuk anak-anak terbuang sahaja, tetapi mereka juga menerima kehadiran remaja bermasalah dan juga akhlaknya. Turut diterima ialah anak-anak yatim, orang-orang tua dan orang-orang kurang upaya. Bagi anak-anak terbuang, setakat ini jumlah mereka hampir 40 ke 50 orang dan semasa kunjungan kami, anak-anak yang telah memasuki alam persekolahan berada di sekolah yang berhampiran untuk mengikuti sessi pembelajaran supaya mereka mendapat pendidikan yang sempurna dan tidak tercicir. Perjalanan pergi dan balik dari sekolah, mereka disediakan perkhidmatan bas sekolah. Bagi kita yang berfikiran waras, cubalah bayangkan berapakah perbelanjaan yang harus ditanggung dalam menguruskan sesebuah rumah pertubuhan dan kebajikan anak-anak yatim dan terbuang ini.    

Bagi mendapatkan keterangan lebih lanjut dan terperinci mengenai Rumah Kebajikan Nur Hati, maka aku telah menguploadkan video taklimat yang disampaikan oleh En. Zaid dan juga ucapan dari En. Eisa bin Mohamed, yang mengetuai lawatan kami dari Biro Agama FELCRA Berhad untuk kita sama-sama merenung dan mengambil iktibar ke atas setiap patah perkataan yang disampaikan semoga kita semua dipelihara dan dilindungi oleh Allah Subhanahuwataala. Amin. Kita juga sepatutnya bersyukur di atas nikmat yang telah diberikan dan mempunyai nasib yang lebih baik dari penghuni-penghuni Rumah Kebajikan Nur Hati ini.   

Kepada mereka-mereka yang berminat untuk membuat lawatan, silalah kunjungi Rumah Kebajikan Nur Hati yang terletak di No. 2, Jalan Rasmi 11, Taman Rasmi Jaya, 68000 Ampang, Selangor. Email: noor_nurhati@yahoo.com

 Nombor telefon : 0133547403 / 0122255842.

Bagi yang ingin menyumbang dalam bentuk kewangan pula, nombor akaun Rumah Kebajikan Nur Hati ialah  CIMB 1252-000012210-9  

Akhir kata, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Noor Jamaliah bt Sharifudin serta keluarga kerana sudi menerima kunjungan kami. Adalah diharapkan semoga usaha-usaha murni yang dibuat, di redhai Allah dan mendapat ganjaran yang setimpal di akhirat nanti.......Amin....

Tontoni video dan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang lawatan selama 2 jam di Rumah Kebajikan Nur Hati, Ampang, Selangor dan jangan lupa untuk menghulurkan bantuan. Terima kasih...



Video ini telah diupload ke dalam Youtube 
dan di copy dalam blog ini...


Banner yang di pasang di hadapan rumah Kebajikan Nur Hati...


Suasana di dalam Rumah Kebajikan Nur Hati 
semasa lawatan dibuat...

Dua kanak-kanak yang ditinggalkan oleh ibu bapa 
dan ditempatkan di dalam rumah Kebajikan Nur Hati...

En. Zaid sedang menyampaikan taklimat tentang sejarah 
dan aktiviti Rumah Kebajikan Nur Hati...

En. Eisa b. Mohamed, yang mengetuai lawatan 
dari Biro Agama FELCRA Berhad sedang menyampaikan 
sumbangan  wang tunai untuk rumah kebajikan  dan 'Duit Raya' 
kepada setiap penghuni Rumah Kebajikan Nur Hati.
Sumbangan disampaikan kepada En. Shaharudin
iaitu suami Puan Noor Jamaliah...

Semoga nasib anak-anak terbuang mendapat 
pembelaan dari insan-insan yang perihatin...

Dari kiri: En. Rafia Ol Husni, Ali sidek, Rudzelan, 
En. Shaharudin dan Pn. Noor Jamaliah yang merupakan
Pengasas Rumah Kebajikan Nur Hati...



Walaupun suasana agak bising dengan kehadiran ramai pelawat, 
anak kecil ini tidur dengan nyenyaknya tanpa sedikitpun rasa terganggu...

En. Zulkifli menunjukkan minat untuk
memelihara anak yang sedang dipangkunya...


Kakak ini adalah orang kurang upaya dan merupakan
 salah seorang penghuni di Rumah Kebajikan Nur Hati...

Frame gambar tentang aktiviti yang di jalankan 
di gantung di dinding rumah untuk tatapan pengunjung...






Turut kelihatan ialah kaum wanita yang mengikuti lawatan. 
Barisan belakang dari kiri : Pn. Rapiah Khusnan, Pn. Esah Abas, 
Pn. Zawiyah Hamdan, Pn. Latifah Mahmud dan Pn. Diana.
Manakala di barisan hadapan dari kiri: Anak Pn. Rapiah 
dan Pn. Hamidah Kassim...



Pn. Ain juga berminat untuk mendapatkan anak angkat...


Tn. Hj. Zainuddin Muhamat mendukung anak lelaki ini 
yang bapanya berketurunan Pakistan manakala ibunya 
seorang wanita Melayu...

Wanita ini dan anaknya turut mendapat perlindungan di rumah
 Kebajikan Nur Hati kerana tidak tahan selalu dipukul suaminya..
"Itulah pengakuan beliau kepadaku ketika diinterview"

Yang bertudung merah tu adalah salah seorang anak Pn. Noor Jamaliah.
Beliau bersama kawan-kawannya yang bertugas di RHB bank
turut serta semasa lawatan dibuat... 

Pn. Diana bersama salah seorang anak kecil
yang menghuni di Rumah Kebajikan Nur Hati...
Berita yang baru diterima..Pn. Diana yang mendukung kanak-kanak ini
telah meninggal dunia pada Disember 2013 kerana kemalangan 
di bilik air di rumahnya. Marilah kita bersama-sama membaca surah al Fatihah 
untuk disedekahkan kepadanya dan semoga rohnya 
ditempatkan bersama-sama para solehin...Amin...  


Bagi menampung perbelanjaan rumah kebajikan ini. 
Pn. Noor Jamaliah turut meletakkan balang-balang kuih 
dan air botol untuk dijual...


Gadis bermata bulat dengan jelingan tajam, 
menawan hati setiap pengunjung yang datang...
Mulut merah kerana minum air sirap yang disediakan...



 
En. Shafie sedang melayan seorang 
kanak-kanak perempuan yang menghuni
Rumah Kebajikan Nur Hati makan tengahari...

Boleh dikatakan semua kanak-kanak 
yang menghuni rumah ini, comel-comel belaka...



Biro Agama FELCRA Berhad turut menyumbangkan 
makan tengahari untuk para pelawat pada hari lawatan...

En. Eisa Mohamed berbual sambil
menjamu selera  bersama En. Shaharudin...






Dua budak lelaki berbaju merah di belakang itu adalah
 penguni rumah Kebajikan Nur Hati yang baru pulang dari sekolah...

Di samping wang tunai, Biro Agama juga turut menyumbang 
barang-barang keperluan diri untuk Rumah Kebajikan Nur Hati...


 
Anak kecil ini merenung masa depannya dan berharap 
semoga beliau mendapat sinar kebahagiaan...


Siapa yang tidak tersentuh hati apabila 
menatap wajah comel anak-anak yang dibuang.
Ayuh!!!..marilah kita menghulur bantuan untuk mereka...


Bergambar ramai di akhir lawatan dan diharapkan
 ini bukanlah kali terakhir lawatan kami...

Ucapan penghargaan dan terima kasih 
oleh En. Zaid kepada kami semua...




Bersalam-salaman sebelum meninggalkan 
Rumah Kebajikan Nur Hati...
Insya Allah kami akan datang lagi...

Pn. Sawiyah mendukung anak kecil yang tidak berdosa...

Gadis manis ini adalah salah seorang anak yatim  yang menghuni
Rumah Kebajikan Nur Hati. Di samping penghuni,
beliau juga turut membantu menjaga
anak-anak terbuang ini... 

"
"Kawan-kawanku!!! tiadakah yang sanggup untuk membela
nasib wanita dan anaknya ini?




Tersentuh hati ketika aku merakam gambar anak kecil ini...




.
En. Ali Sidek dan Pn. Esah Abas meninggalkan 
Rumah Kebajikan Nur Hati pada jam 1.53 minit petang 
untuk pulang ke pejabat yang terletak di Jalan Rejang, 
Setapak, Kuala Lumpur bagi menyambung tugas-tugas yang belum selesai...

26 comments:

  1. Ralat - En Eisa Mohamed bukan Ketua Biro Agama , hanya mewakili warga FELCRA menyampaikan sumbangan dan kata-kata penghargaan.

    ReplyDelete
  2. Sayunya...........

    ReplyDelete
  3. insyaallah saya akan datang menziarahi....

    ReplyDelete
  4. saya nak ambil anak ankat bayi yang kecil yang di pegang oleh puan sawiyah boleh tak

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Pn. Amnah.
    Terima kasih kerana berhajat untuk membela nasib anak2 yatim ini.

    Pn. Amnah boleh menghubungi Pn. Jamaliah, pengasas rumah kebajikan ini di no. telefon yg diberikan diatas untuk bertanyakan tentang bagaimana untuk mendapatkan anak angkat yg dipegang oleh Pn. Sawiyah itu...

    Terima kasih...

    ReplyDelete
  6. No akaun sini salah tulis..sila menderma ke Cimb 12520000122109

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Pn. Suziani Aris....
      Terima kasih atas keperihatinan puan diatas kesalahan no. akaun...
      Sebenarnya saya salin dari kain rentang no. akaun tu..(lihat gambar).
      Saya sudahpun buat pembetulan no akaun sepertimana yang puan berikan dan berharap semoga ada insan2 berhati mulia yang sudi untuk menderma...

      Semoga Allah mengampuni dosa saya dan keluarga...Amin....

      Delete
  7. Salam,kalau nak ambil mereka untuk dijadikan sebagai anak angkat boleh tak? Anak lelaki,tak kisah status,0-6 tahun.saya dah ada seorg anak angkat lelaki,3 tahun..rasa seronok jaga anak ni..mudah2an dapat mendidik mereka menjadi anak2 yg soleh..-pn siti,0142263033-

    ReplyDelete
  8. saya hanya sekadar melawat dan bermain dgn mereka. boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Difahamkan bahawa anak2 ini tidak boleh diambil tapi boleh sponsor untuk perbelanjaan mereka...

      Kita memang digalakkan utk dtg menjenguk dan bermain2 dgn mereka kerana mereka semua ini memerlukan belaian dan kasih sayang kita.

      Delete
  9. asslmlkm..ingin tanya..memandangkan ..artikel ini di tulis pada 2013..nombor akaun Cimb yg di beri di atas masih boleh digunakan untuk memberi derma ke? Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. asslmlkm..ingin tanya..memandangkan ..artikel ini di tulis pada 2013..nombor akaun Cimb yg di beri di atas masih boleh digunakan untuk memberi derma ke? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Zurin...
      No. Akaun tetap sama...
      kalau key no tu mesti keluar nama rumah kebajikan nurhati...kalau keluar nama lain maknanya salah la tu.....

      Delete
  11. Assalamualaikum..
    Saya berminat nak mengambil anak angkat di tempat ini... Sekiranya Ada baby yg tidak mempunyai ibu bapa... Saya dan suami sedia menjadi ibu dan bapa kepada baby ini.... Saya dah lama ingin kan Anak

    ReplyDelete
  12. Difahamkan bahawa anak2 ini tidak boleh diambil tapi boleh sponsor untuk perbelanjaan mereka... Kita memang digalakkan utk dtg menjenguk dan bermain2 dgn mereka kerana mereka semua ini memerlukan belaian dan kasih sayang kita.

    ReplyDelete
  13. As salam..maaf..tumpang tanya..kenapa tak boleh ambil sebagai anak angkat..
    ingin mencari anak angkat..terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Airin....Saya difahamkan bahawa ini adalah procedure Rumah Kebajikan Nur Hati...

      Untuk pertanyaan lanjut, sila call no. yg diberikan di atas, Tq.

      Delete
  14. Salam. Semlm sy ada ke sana membawa sedikit sumbangn brg2 keperluan hasil drp pemberian rakan dan guru2 di sekolah sy. Boleh tgk FB sy malina dahli utk further details.

    ReplyDelete
  15. Assalam Pn. Malina. Tkasih kerana sudi singgah ke blog saya. Tkasih juga kerana bermurah hati menyumbang utk rumah kebajikan nurhati & tkasih juga sbb add saya sbgai friend. Semoga pn & keluarga diberi rahmat & diberkati Allah swt. Aaaamiiiin....

    ReplyDelete
  16. Hanya mereka2 yg berjiwa pengasih & penyayang shj yg sanggup menyantuni anak2 ini. Perbuatan ini adalah salah satu dari sunnah Rasulullah saw juga.

    ReplyDelete
  17. seronok baca pengalaman macam ni...doakan saya juga akan sampai ke rumah kebajikan ni bila berkelapangan nanti....insyaAllah...

    ReplyDelete
  18. Salam... saya ingin mengambil anak angkat... sila hubungi saya... 0179558917

    ReplyDelete
  19. saya mencari kanak kanak yatim piatu @ ditinggalkan umur 2 hingga 6 tahun kerana tuntutan agama.saya sudah ada 3 anak dan ingin mebantu kanak2 lain menjalani kehidupan.0139080129 hubungi saya segera

    ReplyDelete
  20. Zalina Hadi .. Salam... boleh ke saya singgah ke sana dengan menghulurkan bantuan seperti baju atau barangan lain untuk anak-anak di sana? Tq

    ReplyDelete
  21. As Salam.. Saya azli, seorang guru, lokasi Perak. Kami suami isteri ingin mencari anak angkat jantina perempuan berumur 1-5 tahun. Boleh wass app saya, 011-52841565 atau sms 019-5037452

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum encik.. saya Puan Ila dari Ampang.. boleh saya tau berapa orang penghuni rumah tersebut? Adakah menjadi kesalahan jika saya ingin menyambut hari kelahiran anak saya di sana? Saya ingin meraikan anak2 tersebut

    ReplyDelete