Thursday, October 10, 2013

LAWATAN KERJA KE KAWASAN KLEDANG SAYONG...

Rangka lawatan kerja aku pada kali ini ialah ke Kawasan Kledang Sayong, yang terletak di Kuala Kangsar, Perak. Jaraknya dari Kuala Lumpur lebih kurang 260 km melalui Lebuhraya Utara Selatan dan akan mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan untuk tiba di lokasi..

Misi lawatan ialah untuk mengenalpasti permasalahan Tenaga Kerja Asing (TKA) terutama dari segi kemudahan tempat tinggal (rumah kongsi) serta kemudahan asas yang lain seperti bekalan air bersih dan bekalan tenaga elektrik.

Turut sama dalam lawatan ini ialah En Razilah Abu Bakar, Pengurus Perladangan Bahagian Inspektorat yang baru bertukar ke Bahagian ini dari FElCRA Niaga Sdn. Bhd. kira-kira 3 bulan yang lalu.

Kami memulakan perjalanan dari Ibu Pejabat pada Isnin (8/10/2013) Jam 8 pagi dan singgah di Pejabat Wilayah Perak yang terletak di Ipoh untuk menjemput Tn. Hj. Saidin yang akan bertindak sebagai penunjuk arah ke Kawasan tersebut.

Ketibaan kami di Pejabat Kawasan di sambut oleh En. Hafis b. Mudasir dan dan En. Mohd Rafizol b. Saidin berjawatan Penolong Eksekutif Kanan (Ladang) dan Penolong Eksekutif (ladang). Pengurus Kawasan pada hari lawatan tiada di pejabat kerana terlibat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Projek (JKKP).

Secara ringkasnya, FELCRA Berhad Kawasan Kledang Sayong mempunyai 18 buah projek. Luas keseluruhan ladang 1,656.98 hektar iaitu 950.36 hektar tanaman kelapa sawit manakala seluas 706.62 hektar lagi dengan tanaman getah.
 
Jumlah staf seramai 17 orang iaitu 8 orang staf  ladang termasuk Pengurus Kawasan, 2 orang staf sosial manakala selebihnya 7 orang adalah staf pentadbiran iaitu perkeranian dan pemandu.

Bagi menjamin prestasi ladang sentiasa di dalam keadaan baik, pihak Syarikat telah berusaha sedaya upaya untuk memenuhi kehendak Pihak Kawasan dalam membantu mereka terutama dari segi penjagaan ladang dan penghasilan. Untuk itu, tenaga buruh amat diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut dan oleh kerana buruh tempatan tidak berminat,  maka pihak Syarikat telah membawa masuk Tenaga Kerja Asing dari Indonesia dan Bangladesh.

Pada ketika ini Jumlah Tenaga Kerja Asing yang terdapat di Kawasan adalah seramai 73 orang di mana 42 orang ditugaskan untuk kerja-kerja penuaian dan seramai 31untuk kerja-kerja penorehan.

Bagi tahun 2013 sahaja, Pihak Syarikat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM21,035,881.00 untuk aktiviti Tenaga Kerja Asing dengan pecahan seperti berikut:
  • Kemasukan baru TKA                             - RM7,800,000.00
  • Lanjutan Permit TKA                               - RM3,159,635.00
  • Pembinaan baru rumah kongsi                  - RM5,750,000.00
  • Pembaikan rumah kongsi + Air + Api       - RM4,326,246.00 
Untuk Kawasan Kledang Sayong sahaja, Syarikat meluluskan peruntukan pembinaan baru rumah kongsi berjumlah RM70,000 dan pembaikan berjumlah RM22,556.00. Pembinaan rumah kongsi baru telahpun siap dibina dan kini telahpun diduduki.  

Adalah di harapkan dengan kemudahan tempat tinggal yang selesa di lengkapi prasarana yang secukupnya akan dapat menambat hati pekerja-pekerja terutamanya TKA Indonesia supaya dapat kekal lama di kawasan dan seterusnya membantu menjana pendapatan melalui pengeluaran hasil sawit dan getah yang pada masa ini sedang meningkat hasilnya.  
                                         


Pejabat Kawasan Kledang Sayong pandangan dari sisi kiri...

Pejabat Kawasan Kledang Sayong dari pandangan hadapan...


Pejabat Kawasan yang lama dan masih dikekalkan...

Kawasan Roll Call yang terletak di hadapan surau Kawasan ...

Dari kiri: En. Razilah, Mohd Rafizol, Mohd Hafis 
sedang diberi penerangan oleh salah seorang buruh...


Rumah TKA yang lama...

Gelanggang badminton untuk TKA bersukan jika ada kelapangan...



Bangsal tempat TKA berehat...


ayam dan itik turut diternak bagi menambah pendapatan mereka...




Rumah baru TKA yang sudah siap dibina dan telah diduduki...
Bangunan yang di tengah itu ialah dapur untuk memasak...

Kipas angin turut di pasang di ruang legar untuk keselesaan TKA...



Bangunan ini ialah dapur untuk memasak...


TKA turut dibekalkan motosikal untuk memudahkan mereka
 berulang alik dari rumah ke ladang sahaja...

Salah satu ejen pembekal TKA iaitu PT. Bina Kridatama Lestari...




Pandangan dalam bilik TKA...

Dapur TKA...


Gambar-gambar di bawah ini ialah ladang Jeruai Senggang...











Sebahagian TKA Indonesia yang di bawa masuk dari Pulau Lombok...
Kebanyakan mereka berumur 19 ke 20 tahun dan memerlukan bimbingan...


Kad Pekerja (i kad)...




Sebuah lori treler sudah bersedia untuk membawa hasil sawit ke kilang...



Buah sawit yang telah dituai dan menunggu untuk diangkut ke kilang...


Jalan ke ladang perlu sentiasa dijaga dengan baik .
Kelihatan longgokan batu yang sudah disediakan dan 
akan segera diturap jika jalan di dapati rosak...




Stor baja...



Pondok kawalan di ladang...


Kantin di ladang...

Sebuah lagi bangsal dibina untuk berehat...


En. Razilah (depan sekali) sedang meninjau 
persekitaran ladang sawit dan berpuashati dengan kebersihannya...


Papantanda menunjukkan nama ladang-ladang yang terletak 
di bawah pentadbiran Kawasan Kledang Sayong...



Rumah staf Kawasan Kledang Sayong yang baru siap dibina
dan belum diduduki kerana air dan elektrik belum dibekalkan...

Rumah staf yang lama dan menunggu masa untuk berpindah ke rumah baru...

Pintu masuk ke Pejabat Kawasan Kledang Sayong...

1 comment:

  1. AJ, terbaik.tapi bukan certain-certain belanja tu dianggap sulit ker bang. Huhuhu

    ReplyDelete