Saturday, January 25, 2014

LAWATAN KERJA KE FELCRA BERHAD KAWASAN SG. CHOH, RAWANG, SELANGOR...

Lawatan kerja aku kali ini ialah bersama-sama Pengurus-Pengurus Perladangan Ibu Pejabat dan semua Pengurus-Pengurus Kawasan Wilayah Tengah ke projek Bukit Mancung yang terletak di bawah Pentadbiran FELCRA Berhad Kawasan Sg. Choh, Rawang, Selangor untuk melihat satu demonstrasi merawat pokok getah yang ditimpa penyakit kering kulit menggunakan satu produk baru yang dikenali sebagai Gudbark. 

Lawatan telah dibuat pada hari Khamis, 23 Januari 2014 jam 9 pagi. Perjalanan dari Ibu Pejabat melalui Lebuhraya Utara Selatan sejauh 46 km. mengambil masa hanya kira-kira satu jam sahaja untuk tiba di lokasi.

Selepas menikmati minum pagi yang disediakan, En. Malik b. Mohamad, Pengurus Kawasan FELCRA Berhad Sg. Choh telah membawa pasukan kami yang di ketuai oleh En . Mutalib Tais, Pengurus Kanan Khidmat Ladang, diikuti oleh Tn. Hj. Hassan Hilmi, Pengurus Kanan Pengawasan 1, Bahagian Inspektorat, Pengurus-Pengurus Pertanian Ibu Pejabat terdiri dari En. Mohd Ridhuan Noor, Pn Sharifah Noor Irma Syed Ahmad, Pn. Fazlina Yasmin Suhailin dan wakil dari FELCRA Plantation Services Sdn. Bhd. iaitu Eksekutif Kanan Ladangnya En. Azman Abdullah.

Pn. Norlela Hamid dan En. Juzaili, Pengurus Pertanian Wilayah Tengah pula telah mengetuai pasukannya yang terdiri dari 22 orang Pengurus Kawasan dari seluruh Wilayah Tengah dan beberapa orang lagi Penolong Eksekutif Ladang Kawasan yang terlibat secara langsung dalam menguruskan projek getah di Kawasan masing-masing.

Tujuan lawatan ini ialah untuk mengenalpasti dan mencuba satu produk baru yang diperkenalkan oleh Syarikat Gudbark Latex Specialist Sdn. Bhd. yang berpengkalan di Puchong, Selangor itu dikenali sebagai Gudbark. Fungsinya ialah untuk merawat pokok-pokok getah yang mengalami penyakit kering kulit yang pada masa ini telah menyerang banyak pokok-pokok getah di ladang-ladang getah milik Syarikat di seluruh Negara menyebabkan pihak Syarikat telah menanggung kerugian kerana pokok-pokok getah yang diserang tidak dapat mengeluarkan hasil walaupun kebanyakan pokok-pokok itu usianya masih muda. 
 
Pihak Syarikat telah memberi perhatian yang serius akan perkara ini dan telah berusaha sedaya upaya untuk memulihkannya dengan mencuba beberapa kaedah serta produk-produk perubatan yang banyak dijual di pasaran, namun sehingga ini masih gagal untuk mengatasinya, sehinggalah pada suatu hari, tiga orang pegawai dari Syarikat tersebut datang bertemu dengan pegawai Syarikat dan memperkenal serta mengesyurkan supaya produk itu dicuba kerana ia dikatakan mampu merawat, memulih dan menyihatkan pokok-pokok getah yang ditimpa penyakit Kering Kulit dalam jangkamasa yang singkat.

Di antara projek-projek getah yang diserang penyakit Kering Kulit yang serius ialah di projek Bukit Mancung yang terletak di dalam Kawasan Sg. Choh. En. Malek Mohamed, Pengurus Kawasan yang bertanggungjawab terhadap projek tersebut telah mengesyurkan supaya produk baru yang diperkenalkan itu dapat dicuba di ladang Bukit Mancung dengan kadar segera. 

Setelah perbincangan dibuat dengan Kumpulan Perladangan di Ibu Pejabat dengan Syarikat tersebut, akhirnya persetujuan telah dicapai dan Kumpulan Perladangan bersetuju supaya Syarikat tersebut membuat satu demonstrasi di projek berkenaan dengan disaksikan oleh semua Pengurus-Pengurus Kawasan yang terlibat. Jika sekiranya produk ini berjaya memulihkan pokok-pokok getah tersebut, Kumpulan Perladangan tidak teragak-agak untuk mengesyurkan kepada Pengurusan Tertinggi supaya membeli produk yang diperkenalkan itu dan dibekalkan di semua ladang-ladang Kawasan di seluruh Negara yang mengalami Penyakit Kering Kulit ini. 

Adalah diharapkan dengan usaha-usaha yang dibuat ini, ladang-ladang getah yang ditimpa penyakit kering kulit dapat dipulihkan dan hasilnya dapat dipertingkatkan. Dengan itu, Syarikat akan mendapat keuntungan yang akan dinikmati oleh semua golongan sasarnya terdiri dari peserta-pesertanya, pegawai, staf Syarikat dan sekaligus juga dapat menyumbang kepada pendapatan Negara di bidang pertanian. 

Saksikan Video dan gambar-gambar yang telah dirakam sepanjang program ini berlangsung.

Video Rakaman Demonstrasi produk Gudbark di projek Bukit Manchung...


Pejabat Pentadbiran Kawasan FELCRA Berhad Sg. Choh,
yang terletak di Rawang, Selangor...

Tn. Hj. Hassan Hilmi (baju putih) sedang berbincang
 dengan Pegawai dari Syarikat Gudbark Latex Specialist Sdn. Bhd....

Ladang getah Bukit Mancung akan dijadikan bahan ujikaji 
produk Gudbark yang dikatakan mampu merawat penyakit Kering Kulit...

Sebatang pokok getah yang mengalami penyakit Kering Kulit...

Kelihatan Pengurus-Pengurus Kawasan telah berkumpul 
untuk menyaksikan demonstrasi yang akan dibuat...


En. Ridhuan Noor (no. 2 kiri), Tn. Hj. Hassan Hilmi (bertopi) 
dan En. Juzaili (baju merah) sedang mendengar penerangan yang
diberikan oleh Mr. Christ sebelum memulakan demo...

Pn. syarifah Noor Irma, Pengurus Pertanian Bhg. Khidmat Ladang, Ibu Pejabat
sedang melayan beberapa orang Pengurus Kawasan dari Wilayah Tengah.



En. Ridhuan Noor, Pengurus Pertanian Bhg. Inspektorat, Ibu Pejabat
telahpun mengenalpasti pokok getah yang akan dirawat...

Pamplet telah diedarkan kepada
Pengurus-Pengurus Kawasan sebelum demo bermula...



Beginilah keadaan pokok getah yang 
mengalami penyakit Kering Kulit...


Mr. Christ, Pegawai dari Gudbark Latex Specialist Sdn. Bhd.
diberi tanggungjawab untuk membuat demonstration...


Ia akan dibantu oleh Mr. Ajit Singh (baju putih)
 dan P. Kavitha (baju kuning)...



Turut kelihatan ialah En.Mutalib Tais (baju kotak), 
Pengurus Kanan Penghasilan, Bhg. Khidmat Ladang, Ibu Pejabat...
 






Pn. Norlela Hamid, Pengurus Pertanian Wilayah Tengah 
sedang diberi penerangan oleh P. Kavitha...


Pokok getah perlu dibuat sedikit torehan 
sebelum ubat disapu kedalamnya...






 
En. Azman, Eksekutif Kanan FELCRA Plantation (baju hitam) 
sedang memerhatikan seorang Pengurus Kawasan 
bertanyakan sesuatu kepada En. Ajit Singh...
 
Pokok getah yang telah disapu
dengan produk Gudbark yang disyurkan...



Sebatang pokok getah Kering Kulit yang telah dirawat...



En. Malik Mohamad, Pengurus Kawasan Sg. Choh
sedang menoreh sebatang lagi pokok getah yang
diserang penyakit Kering Kulit untuk disapu ubat...

Pn. Norlela Hamid memerhati dengan tekun 
kerja-kerja penorehan yang dibuat oleh En. Malik...

Mr. Christ sedang menyapu produk Gudbark
di torehan yang telah dibuat oleh En. Malik...



Pn. Norlela menunjukkan isyarat bagus terhadap produk yang 
diperkenalkan walaupun belum terbukti keberkesanannya...

Sebatang pokok yang sihat dan tidak terlibat 
dengan serangan penyakit Kering Kulit...


 Seorang Pen. Eksekutif Ladang 
menunjukkan produk yang diperkenalkan...
Satu botol Gudbark ini boleh merawat sehingga 
200 batang pokok sekaligus 
dan harga sebotol ialah RM35.00...

6 comments:

  1. Satu usha yg baik untuk peningkatan basil kpd syarikat....nampak pokok getah tu...belum la tua...tapi dah teruk kena serang penyakit kulit...apa pun tahniah blogger info....

    ReplyDelete
  2. syok buat hands on macam ni...banyak pengetahuan boleh di kongsikan

    ReplyDelete
  3. Ia boleh di pulihkan dengan semboran 'Rejevunator' dan bila di toreh boleh keluarkan lateks semula dan tingkat hasil ladang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di mana boleh beli produk Rejuvenator?..WA 0198609019

      Delete
  4. No telefon syarikat pengeluar gudbark...di kedah agen jual produk ini...tq

    ReplyDelete
  5. Masih digunakan lg kah rejuvenator yg dikatakan boleh merawat pokok kering cara semburan?..

    ReplyDelete