Saturday, March 1, 2014

KURSUS PENYEDIAAN BQ DI TEMERLOH, PAHANG...

Program kerja aku pada kali ini ialah sama-sama menyertai Pegawai-Pegawai Kumpulan Perladangan Ibu Pejabat, semua Pengurus Perladangan dan Pegawai Pertanian seluruh Negara untuk mengikuti lawatan ke FELCRA Berhad Kawasan Pesagi, Chenor, Pahang dari 24 hingga 26 Feb. 2014.

Tujuannya ialah untuk membuat latihan dan kursus asas dalam penyediaan BQ (Bill of Quantity) bagi kerja-kerja Pertanian Am kerana pada tahun 2014 ini, seluas 5,000 hektar ladang-ladang Syarikat akan terlibat dalam program Tanam Semula. Salah satu projek yang terlibat ialah projek Pesagi 1.   

Dalam masa yang sama, bagi melengkapkan program, pegawa-pegawai ini juga dikehendaki mengikuti satu kursus yang telah siap diatur di mana kursus yang diikuti merangkumi aspek Perancangan Pertanian Am, Dasar Bayaran dan Penyediaan Sijil, Pengurusan Kontrak dan Kursus Advance Excel. Tempat kursus ialah di Green Park Garden, Temerloh, Pahang.

Pengurusan Syarikat berharap dengan adanya kursus dan latihan seperti ini akan dapat meningkatkan lagi  mutu perkhidmatan mereka dan seterusnya dapat menyumbang kepada kecemerlangan Organisasi dan Syarikat.

Program dan Jadual Kursus

Signboard Pejabat FELCRA Berhad Kawasan Pesagi...

Projek yang akan ditanam semula yang telah siap
kerja pembinaan infra (teres dan jalan)...


"Apa-apa pun, sebelum berpeluh, kami nak bergambar dulu..." 
Itulah kata-kata salah seorang Pengurus Pertanian Wanita yang turut serta...




Sebelum lawatan semua peserta diberi gambaran
 tentang keadaan ladang melalui peta topo...




Megat, baju oren (Wilayah Pahang) dan Anuar, baju merah (HQ)...

Projek Pesagi 1...

Hidayah (bertopi), Wilayah Timur, dan Malik (baju oren) Wilayah Johor.
Mereka sedang memberikan perhatian terhadap taklimat yang disampaikan...  

Pegawai-pegawai Ibu Pejabat. Dari kiri : Rashid, Siva, 
Hj. Saifuddin dan Ridhuan Nor...


Rohana Jamil, dari Wilayah Johor...

En. Shaharin Omar, Pengurus Kawasan Pesagi 
memberi penerangan kepada peserta...

Hj. Saifudin meninjau keadaan jalan ladang...


AJ dan Halim (KPFB)...

Azman (baju merah) dan Ridhuan...

Alat GPS digunakan...


Walau di mana kita berada, kempen gaya hidup sihat mesti diamalkan...

Tn. Hj. Ismail Hussin, Pengurus Kanan Penghasilan, HQ...

Dari kiri : Kamarol (PLF), AJ, Fendi (PLF) dan
Anuar berada di ladang Pesagi 1....

Susu getah yang belum dikutip...



Di projek Pesagi 1, terdapat banyak pokok Tongkat Ali...
Azman sedang menerangkan keadaan fizikal dan khasiat Tongkat Ali 
kerana beliau merupakan salah seorang pengamalnya... 

Pokok Tongkat Ali yang amat simbolik...
'Terpacak berdiri tegak'

Daun pokok Tongkat Ali, walaupun di lumat-lumat dengan jari 
tetapi ia tidak akan koyak dan boleh dibuka semula tanpa sebarang kecacatan...

"Ai....minat nampak..." tak takut ke?
"Kalau tak takut bawak la balik Tongkat Ali tu...."

"Ini bukan Pokok Tongkat Ali, Haji Din, 
Jangan salah bawak balik pulak, takut tak berkesan nanti..."

"Pokok Tongkat Ali ni, sampai kesudah tak dapat dicabut 
sebab akarnya sangat kukuh mencengkam ke dalam tanah."



Sarang semut...

Ini sebatang lagi pokok Tongkat Ali yang saiznya kecil sikit. 
Sebab tu dapat dicabut...

Walaupun Pengurus-Pengurus Perladangan ni dah biasa dengan 
pokok-pokok di ladang dan di hutan, tapi mereka
tetap teruja dengan Pokok Tongkat Ali....

Huzaifah (FUESB)...


Semua peserta telah selesai di ladang dan kini telah balik 
ke perkarangan pejabat Kawasan Pesagi untuk sessi penggulungan...
En. Md. Yid (MD Plantation) sedang membuat rumusan hasil dari latihan tadi...












Tn. Hj. Rahman Ahmad (tengah) Pengurus Besar Khidmat Ladang...

Gerak kerja berkumpulan di ketuai oleh Lela (PBW Tengah)...

Menu utama makan tengahari kami pada hari ini ialah
'Gulai Tempoyak Ikan Patin'


GAMBAR-GAMBAR DI BILIK KULIAH....






Ketibaan Tn. Majid (kopiah) dari HQ, kami sambut dengan meriah dan lepas tu 
kami bawa dia lepak di kedai mamak di bandar Temerloh....(gambar bawah)...

Dari kiri : Ashraf, Razlan dan Tn. Majid, 
manakala yang membelakangkan kamera ialah Tn. Siva...


HOTEL GREEN PARK, TEMERLOH
LOKASI TEMPAT PENGINAPAN DAN PERSIDANGAN
PEGAWAI-PEGAWAI KUMPULAN PERLADANGAN...












Hotel Green Park Garden...

Tn. Hj. Othman (2 kiri) dan Nadia (2 kanan) tiba
dari Bhg. Perolehan, HQ untuk mengajar tajuk
yang diberi iaitu Pengurusan Kontrak.
Mereka berdua disambut oleh Rafia Ol Husni (kiri)
 dan Yasmin (3 dari kiri)

Hidangan makan malam...














 

Program terakhir kami ialah Kursus Excell Advance (Pivort Table). 
Tn. Azli dijemput khas dari Kumpulan Perladangan HQ 
untuk mengajar Pengurus-Pengurus ni...

En. Azli sedang memberi penerangan tentang kursus yang akan diajar olehnya...
Semua diminta beri perhatian...






Ridhuan membantu Md. Zin (Utara)...

Yasmin membantu Zainin (Timur)...

Dari kiri : Hj. Saifuddin (Penghasilan), 
Rashid (FUESB), Razilah (Inspektorat)...



Azli membantu studentnya...
 

Sharifah (Khidmat Ladang HQ), membantu Azman (Perak)...
 

Kiri :Anuar Marican (Sarawak) dan Huzaifah (FUESB)...
 

Kiri : Jamil (Perak), Iqbal (FUESB) dan Akram (Pahang)
 

Sharifah membantu Malik (Johor)...
 

1 comment:

  1. Mr. Bloger...pokok tongkat ali banyak di dalam ladang, kenapa Felcra tak buka ladang tongkat ali secara besar besaran...bole diekspot keluar negara..

    ReplyDelete