Sunday, March 2, 2014

SEPETANG DI MELAKA, BANDARAYA BERSEJARAH...

Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada bapa dan ibu pengantin yang kami hadiri majlis perkahwinan anak lelaki mereka di Muar, Johor pada minggu lepas, kami sekeluargapun meneruskan perjalanan ke negeri Melaka sebuah negeri yang sangat terkenal dengan sejarah Kesultanannya. 

Aku ingin menghabiskan masa di negeri ini dengan mengunjungi beberapa tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancung di dalam dan luar Negara. Oleh kerana aku sukakan pantai-pantai peranginan. maka sudah tentulah aku memilih Tanjung Kling kerana di situ terdapat sebuah pantai peranginan yang mempunyai pemandangan yang sangat menarik terutama di waktu senja. Di tahun-tahun 60 dan 70an dahulu, pantai ini dijadikan tempat bermandi manda oleh mereka-mereka yang ingin menolak bala yang lebih di kenali sebagai Mandi Safar. Namun ianya telah diharamkan oleh Jabatan Agama Islam kerana perbuatan itu adalah perbuatan syirik.     

Sebelum tiba di Tanjung Kling, ketika melalui pantai di Klebang, kami berkesempatan singgah di Klebang Coconut Shake yang menjadi satu lagi lokasi menarik untuk dikunjungi kerana di situ kita boleh menikmati air coconut shake yang sangat lazat. Ketika kami sampai, kami dapati orang terlalu ramai dan suasananya sangat meriah seperti sebuah pesta atau karnival membeli belah layaknya.

Kepada mereka-mereka yang belum pernah sampai dan ingin mengunjunginya, di bawah ini aku berikan info mengenainya yang aku search di dalam internet.

Pemilik gerai Klebang Coconut Shake ini ialah Shafie Ahmad. Beliau merupakan seorang pesara tentera dan mula menjual air kelapa serta tebu secara kecil-kecilan sejak hampir lapan tahun yang lalu.

Pernah mendapat keuntungan hasil dari jualannya sebanyak RM5.00 dan melalui pelbagai detik sukar sebelum gerainya dikenali ramai. Atas dorongan keluarga dan beberapa kali percubaan untuk mendapatkan rasa yang sesuai, akhirnya beliau berjaya mencipta coconut shake yang lazat dan membangkitkan selera sesiapa yang merasainya. 

Menurut Shafie, tiada resepi rahsia di dalam pembuatan coconut shakenya. Beliau hanya menggunakan isi dan air kelapa yang segar serta aiskrim berjenama. Malah beliau sentiasa mengingatkan ahli keluarganya supaya rajin bersedekah, mesra pelanggan dan tidak berkira dengan pelanggan. Selain itu, beliau amat menitikberatkan mengenai kebersihan gerainya supaya pelanggan berasa selesa untuk terus datang ke gerainya.

Alamat Klebang Original Coconut Shake ialah :-

231-1, Batu 3 3/4
75250 Klebang
Melaka
(Tepi Jalan Pantai Klebang, bersebelahan Stesyen Minyak Caltex)

Koordinat GPS : 2.21551, 102.206132

No. Telefon :- 013- 3994061 - Shafie


Waktu operasi : Hari Isnin hingga Ahad dibuka dari pukul 12:30 hingga 6:30 petang, manakala untuk hari Jumaat pula, dari pukul 2:00 hingga 6:30 petang (cuti bila perlu).

Senarai harga minuman dan makanan di Klebang Original Coconut Shake

Coconut Shake Biasa : RM1.50 (minum) dan RM1.80 (bungkus)
Coconut Shake Special : RM2.00 (minum) dan RM2.20 (bungkus)
Air Kelapa / Tebu 1 Gelas : RM1.00 (minum) dan RM1.20 (bungkus)
Air Tebu 1 Jug : RM5.00 (bungkus)
Air Tebu Tanpa Ais : RM1.20 (minum) dan RM1.50 (bungkus)

Nasi Lemak / Mee Goreng : RM1.20
Kuih 3 biji : RM1.00
Kuih 1 biji : RM0.40
Pulut Kuning : RM2.50

Sumber Utusan...

COCONUT SHAKE

Kelihatan orang ramai beratur menanti giliran...

Air Coconut Shake yang sudah siap untuk dihidangkan...


Menu lain yang disediakan ialah nasi lemak, kuih muih, 
mee goreng, pulut kuning dan jagung rebus... 

Pelanggan yang datang sentiasa bertambah dari semasa ke semasa....

Nasi lemak yang membangkitkan selera sesiapa yang memandangnya...

Suasana di dalam gerai....

TANJUNG KLING.

Selepas selesai menikmati coconut shake, kamipun meneruskan perjalanan ke pantai peranginan Tanjung Kling untuk berehat dan bersantai sepertimana yang aku ceritakan di atas.   

Lepak di atas batu untuk cari ilham...

Amsyar sedang mengikat benang untuk menerbangkan layang-layangnya
sambil diperhatikan oleh abangnya Afif...Layang-layang yang dibeli 
semasa bercuti di Cherating dulu masih lagi berada dalam keadaan baik...

Layang-layang yang telah diterbangkan...


Alia, Lina dan Rini...

Anak-anak bermain di pantai...

Pemandangan di langit yang begitu indah...





MELAKA RIVER CRUISE


Berkunjung ke Melaka tidak akan lengkap sekiranya tidak menaiki river cruise. Melaka River Cruise merupakan perkhidmatan bot yang membawa pengunjung-pengunjung menyusuri Sungai Melaka dari Taman Rempah, Pangkalan Rama hingga ke Muara Sungai Melaka dan kembali semula ke Taman Rempah.

Bot akan melalui kawasan-kawasan Sungai Melaka yang indah dan menarik termasuklah kawasan Bandaraya Warisan Dunia yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh pelusuk dunia. Dianggarkan lebih daripada setengah juta orang telah menaiki bot ini dalam masa setahun.

Ramai pengunjung menaiki bot menyusuri Sungai Melaka pada waktu malam kerana pemandangan di sepanjang Sungai Melaka sangat menarik dengan keindahan lampu-lampu yang pelbagai jenis dan warna. Di samping bangunan-bangunan lama yang indah di sepanjang sungai, jambatan-jambatan indah yang merentasi sungai. Sungai Melaka adalah salah satu sungai yang terindah di dunia. 



Melaka River Cruise...

bot-bot yang sudah sedia menanti mereka-mereka
yang ingin belayar menyusuri Sungai Melaka...



Kami sudahpun berada di dalam bot dan sebentar lagi akan belayar
yang akan mengambil masa selama 45 minit (pergi dan balik)...



Ferris Wheel yang lebih dikenali sebagai Eye On Melaka...


Jambatan Old Bus Station...









2 comments:

  1. dato idris harun kena beri penghargaan kepada blooger ni sebab beri info dan promo negeri melaka

    ReplyDelete
  2. oh.... sungguh cantik bandar Melaka di waktu malam..... selama ini jalan2 di waktu siang, sebagai anak Melaka aku sungguh berbangga dengan....... Tahniah kepada ketua menteri Melaka yang baru......

    ReplyDelete