Thursday, May 28, 2015

MAJLIS PELANCARAN MENARA FELCRA...

Majlis Pelancaran Menara FELCRA telah selamat disempurnakan petang tadi 28 Mei 2015 jam 5 petang oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato' Seri Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak di tapaknya di Jalan Sultan Yahya Petra (Jalan Semarak), Kuala Lumpur.

Kehadiran beliau telah disambut oleh warga FELCRA Berhad serta masyarakat peserta seramai 5,000 orang yang datang dari seluruh Negara dan para tetamu jemputan yang menunggu sejak dari jam 2 petang tadi.

Turut mengiringi Y.A.B. Dato' Seri Najib sehingga ke pentas utama ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Y.B. Dato' Seri Hj. Mohd Shafie b. Hj. Apdal, Menteri Wilayah Persekutuan, Y.B. Dato' Tengku Adnan b. Tengku Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.B. Dato' Seri Shahidan b. Kassim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan bekas Pengerusi FELCRA Berhad, Dato' Seri Haji Tajuddin b. Abdul Rahman, Pengerusi FELCRA Berhad, Y.B. Datuk Bung Mokhtar b. Radin, CEO FELCRA Berhad, Dato' Haji Ramlee b. Abu Bakar dan semua Ahli-Ahli Lembaga Pengarah . 

Sebelum ketibaan Perdana Menteri, para tetamu dihiburkan oleh artis terkenal tanah air iaitu Ramlah Ram dan Datuk M. Daud Kilau dan ianya diacarakan oleh bekas penyampai radio Hot FM saudara Faizal Ismail.

Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Bung Moktar Radin berkata, pembinaan bangunan korporat baharu yang dianggarkan menelan belanja RM650 juta itu adalah lambang kepada kejayaan syarikat milik kerajaan (GLC) itu yang telah berkembang pesat sejak 49 tahun penubuhannya.

“Menara FELCRA yang dibina di atas tanah seluas 1.73 hektar dengan ketinggian 35 tingkat apabila siap dibina dalam tempoh tiga tahun nanti bukan sahaja akan menempatkan pejabat pentadbiran dan anak syarikatnya malah bakal mempunyai sebuah dewan bankuet yang boleh memuatkan kira-kira 2,000 orang pada satu-satu masa.

Sesunguhnya kami Warga FELCRA Berhad amat berbangga dengan pembinaan Menara FELCRA ini dan ia merupakan satu kejayaan yang tidak akan dicapai tanpa pengorbanan dan airmata dari semua Pegawai dan staf yang terdahulu serta mereka-mereka yang memikul amanah dan tanggungjawab pada hari ini.

Saksikan gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis ini berlangsung dan sila klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas.

Model Menara FELCRA yang akan dilancarkan oleh 
Y.A.B Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebentar nanti.

 
















































5






































































































































































Terima kasih dan salam hormat dari saya 
AJ601...