Thursday, May 14, 2015

PERASMIAN GIMNASIUM FELCRA BERHAD...

En. Mior Jamaluddin bin Mior Hamzah, Pengurus Besar Sumber Manusia 
sedang memberikan kata-kata ucapan sebelum perasmian....

Keadaan kesihatan staf Syarikat terutamanya yang bertugas di Ibu Pejabat pada masa ini sangat membimbangkan. Rata-ratanya kebanyakan dari mereka mempunyai berat badan tidak kurang dari 80 kilogram. Keadaan ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan prestasi kerja terutama bagi mereka-mereka yang berada di Bahagian-bahagian penting Syarikat yang memerlukan komitmen yang tinggi semasa bertugas.

Kita sediamaklum bahawa budaya hidup masyarakat kita terutamanya di kalangan anak-anak muda dari segi amalan pemakanan yang tidak sihat menyumbang kepada masalah kesihatan. Makanan-makanan segera yang diambil seperti junk food, minuman bergas, merokok dan susah tidor di waktu malam adalah menjadi punca kepada semua masalah tersebut.

Kebanyakan staf Syarikat yang ada kini boleh dikatakan berada ditahap kesihatan yang kurang memuaskan. Sebahagian dari mereka adalah pengidap penyakit jantung, kencing manis, gout, obesiti, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah dan lain-lain. Sebab itu tidak hairanlah jika kita mendapat berita yang mengatakan bahawa, seseorang staf itu telah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan penyakitnya atau mendengar pengumuman yang dibuat memaklumkan bahawa, si folan atau si folan yang bertugas di sesuatu bahagian itu telah meninggal dunia pada hari dan sekian jam akibat penyakit yang dideritainya.

Memang kita mengakui bahawa penyakit yang ditimpakan oleh Allah kepada umatnya adalah merupakan satu ujian keimanan kita kepada-Nya. Selain dari itu, penyakit juga merupakan satu kifarah bagi menghapuskan dosa-dosa yang telah kita lakukan samada secara sedar atau tidak sebelum nyawa diambil. Namun begitu, kita tidak boleh menyerah kepada takdir sahaja akan perkara yang telah ditentukan tetapi sebaliknya kita boleh menghindarkannya dengan cara mengamalkan cara hidup sihat bermula sejak usia muda sehingga meningkat tua.

Atas kesedaran itu, Pengurusan Tertinggi Syarikat telah memikirkan satu mekanisma bagaimana untuk mengekang masalah kesihatan staf yang tidak pernah berakhir. Walaupun berbagai aktiviti sukan dan riadah dianjurkan oleh Kelab Sukan dari masa kesemasa tetapi kehadiran staf kurang menggalakkan terutama bagi mereka yang telah berumur 40 tahun ke atas.

Walaupun begitu, pihak pengurusan tidak pernah berputus asa dan sentiasa memikirkan akan kehendak dan keperluan staf dari semasa kesemasa. Setelah difikirkan, maka satu kaedah telah ditemui iaitu Pengurusan Tertinggi hendak membina sebuah gimnasium dengan peralatannya yang canggih bagi menarik dan menggalakkan staf bersukan dan beriadah.  

Beberapa perbincangan telah dibuat dan hasil dari perbincangan tersebut maka Syarikat FELCRA Bina Sdn. Berhad iaitu salah salah sebuah anak syarikat yang ada telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja menyiapkan gimnasium tersebut dalam tempoh empat bulan bermula pada Januari sehingga April 2015. Kos untuk menyiapkan gimnasium ini adalah berjumlah sebanyak RM1 juta.

Atas komitmen kerja yang tinggi dengan peruntukkan kewangan yang mencukupi maka kerja-kerja menyiapkan gimnasium tersebut telah sempurna dan ianya siap dua minggu lebih awal dari tarikh jangkaannya iaitu pada 30 April 2015.

Pada hari Jumaat 8 Mei, 2015, jam 5.30 petang, Dato' Ramlee Abu Bakar, selaku CEO FELCRA Berhad telah berkenan untuk merasmikan gimnasium ini yang terletak bersebelahan dengan Auditorium. Turut hadir semasa upacara ini ialah Pengurus-Pengurus Besar Kumpulan, Pengurus-pengurus Besar, Pengurus-pengurus Kanan dan semua staf di Ibu Pejabat. 

Dalam ucapannya, CEO mengharapkan supaya semua staf dapat menggunakan kemudahan yang ada ini dengan sebaik-baiknya dan rajin-rajinlah mengunjungi gimnasium ini supaya ia tidak menjadi satu projek pembaziran atau seperti kata perumpamaan yang selalu kita dengar iaitu 'projek gajah putih'.

Insya Allah semua staf boleh menggunakan gimnasium ini seawal-awalnya pada Jun 2015 nanti setelah perlantikan seorang Instruktur telah dibuat dan gimnasium ini akan diletakkan dibawah pentadbiran Kelab Sukan dan Rekreasi Ibu Pejabat FELCRA Berhad (KESURA).

Saksikan pemandangan di dalam gimnasium yang telah dirakam semasa upacara perasmiannya baru-baru ini. 

Pn. Dina Alpha Arund, Pengurus Kanan Pentadbiran dan
En. Mior Jamaluddin Mior Hamzah, Pengurus Besar Sumber Manusia
bergambar berlatarbelakang peralatan yang ada di dalam gimnasium...

Salah seorang staf sedang mencuba peralatan yang ada...


Deretan Dumbell telah siap sedia untuk digunakan...


14 comments:

  1. Tahniah kpd FB atas kjyaan membina sbh gym yg sgguh canggih...

    ReplyDelete
  2. Tq admint atas info ini. Hrp semua pjbt pbw pun ade gym...kamipun nak sihat jugak....

    ReplyDelete
  3. Best. Boleh la menyadokan diri
    Takde la lagi staf HQ yang boroi, sakit dan tak sihat
    jangan duk main gym waktu kerja...
    nanti ada yang kena amik nama..
    Keep it Up...AJ & Team KESURA
    Warga FELCRA sihat, FELCRA bertambah Gemilang

    ReplyDelete
  4. Aku takut jdi projek gajah putih jer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon takut jugak... takut badan sado habis semua pompuan nak kapel dgn aku. hadoiii pening aaaa

      Delete
  5. Bilik karaoke kat sblah tu ape citer...dah xdgar memekak lagi...

    ReplyDelete
  6. Rasenye tmpt gym yg paling sesuai di Kantin. Kantin plak pndah ke tpt gym, baru le sng kami nak lepak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang jgn nak buat main. Malaikat kiri kanan tu hang x tkot ke?

      Delete
    2. Malaikat Kanan dan Kiri pencatit saja, Yang kita perlu takut hanya dengan Allah S.W.t. Haaaaa...org mcm ni perlu sangat bersenam di Gym supaya badan sihat lantas sel sel otak berhubung sentiasa. :-D

      Delete
  7. Mcmmana kaedah penggunaannya. Campur lelaki/pmpuan ke nak ikut giliran...Sekadar tanye jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaedahnya belum tahu lagi tn anoy...

      Delete
    2. Nampak dah macam nak jadi projek gajah putih. FAsiliti dah siap cantik tapi kaedah penggunaan tak tahu lagi. Takpa lah, kami angkat dulu lah mana mana batu besar tepi jalan sementara pihak berwajib memikior kan cemane kaedah penggunaan gym Felcra ni.

      Delete
  8. Tahniah FELCRA Bina kerna dpt siapkan gym 2 minggu lebih awal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diharap pihak Felcra Bina dapat membina badan pula selepas ini...sebab nampok gayee perut juga semakin membina kedepan

      Delete