Friday, July 15, 2011

LIVERPOOL ASIA TOUR 2011

Malam tadi aku menyaksikan sessi latihan pasukan bolasepak Liverpool yang kini sedang membuat lawatan ke Asia bagi mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan negara atau kelab terpilih.

Latihan yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, telah mengundang ribuan peminat untuk menyaksikannya dimana kehadiran yang sebegitu ramai seolah-olah mereka sedang menyaksikan perlawanan yang sebenarnya.

Selepas mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Kelab China Guandong Sunray Cave dengan kemenangan 4 - 3, pada 13 Julai, 2011, kini tiba pula giliran mereka untuk menentang Pasukan bolasepak Harimau Malaya, jam 5.45 petang esok di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Liverpool yang dalam siri Jelajah EPL Asia 2011 mengharapkan kunjungan ke China dan Malaysia mampu menyiapkan kelab itu untuk mengharungi musim Liga Perdana Inggeris lebih memberangsangkan musim depan.

Saksikan gambar-gambar dan rakaman video yang sempat diambil ketika pasukan Bolasepak Liverpool mengadakan latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.



Jurulatih Malaysia, Dato' K. Rajagobal sedang
berjabat tangan dengan Pengurus Pasukan The Reds, Kenny Daglish

Dirk Kuyt (kiri), salah seorang bintang Liverpool sedang membuat latihan
bersama pasukannya dengan disaksikan ribuan peminat tempatan.

Pemain Liverpool, Daniel Agger sedang
melayan peminat selepas sidang media semalam
































Saudara Afdlin sauki juga peminat Liverpool



GAMBAR VIDEO...












No comments:

Post a Comment