Thursday, March 15, 2012

PROGRAM KESIHATAN...

Aku terima satu email, email tu bagitahu, esok, 14 Mac 2012, Yayasan Buah Pinggang Malaysia dengan kerjasama Kelab Sukan akan mengadakan pemeriksaan kesihatan khusus untuk staf Syarikat sahaja yang bertempat di lantai biru, Aras 1.

Selain itu, program kesihatan kali ni juga adalah khusus untuk pasukan pendaki Gunung Kinabalu yang dijangka akan mendaki pada 1 hingga 4 Jun 2012 nanti. Semasa saringan dibuat di Gunung Angsi, Kuala Pilah baru-baru ni, semua peserta berjaya melepasinya dan ini telah memeningkan kepala Jawatankuasa Pemilihan untuk menyingkirkan 20 orang staf kerana semua mereka berjaya dalam ujian tersebut. Penyingkiran terpaksa dibuat juga kerana bajet yang diluluskan adalah hanya untuk 40 orang sahaja manakala yang memohon untuk menyertainya amat memberangsangkan iaitu seramai 60 orang. Jadi, sebagai jalan untuk mengatasinya, maka laporan kesihatan amat diperlukan untuk menentukan samada mereka layak atau tidak untuk mendaki gunung tersebut.

Aku yang termasuk di dalam salah seorang calun ke Gunung Kinabalu telah mengambil pendekatan dengan berazam untuk berpuasa supaya darah dan air kencing yang akan diambil untuk ujian nanti akan memberikan satu bacaan yang baik apabila keputusannya dikeluarkan nanti. Kali terakhir aku bersarapan adalah pada tengahari 13 Mac 2012 iaitu semalam dengan menunya 'nasi ayam dara' yang diambil pada jam 2 petang. Selepas itu aku tidak lagi makan sehinggalah keesokan harinya. Pemeriksaan kesihatan akan dibuat pada jam 9.00 pagi ini.

Sepertimana biasa, sudah menjadi rutin harianku akan singgah setiap pagi di warung mamak untuk membeli sebungkus nescaffee tarik, tapi sebelum itu sempat juga aku singgah di Kg. Baru untuk membeli kueh karipap sebagai sarapan pagi aku sebelum memulakan tugas pada jam 8.

Aku keluar rumah seawal jam 6.30 pagi dengan berkereta bersama isteriku, selepas menurunkannya di Kg. Baru, aku meneruskan perjalanan di pejabatku yang terletak di Wangsa Maju. Aku tiba di pejabat jam 7.30 pagi dan masa setengah jam itulah aku gunakan untuk bersarapan 'di pantry'.

Setelah menghidupkan komputer dan sebagainya, akupun masuk ke pantry dan melabuhkan punggung di sofa yang ada disitu dan mula membuka bungkusan makanan ku tadi . Dengan menggunakan straw, aku pun mula menyedut nescaffee tarik dari dalam bungkusan plastik itu. "Sruuuuuuup.....sruuuuup....sruuuuuup," aku menghirup nescaffee tarik ku dengan penuh perasaan dan diikuti dengan sebiji karipap...sambil melayan perasaan, aku terus menyedut lagi sehinggalah habis. Karipap yang berlebihan, aku tinggalkan di atas meja untuk kawan-kawan ku jika ada yang sudi memakannya.

Pukul 8 pagi, aku pun mula membelek-belek kerja-kerja yang akan dibuat pada hari itu sepertimana biasa. Tiba-tiba aku tergamam dan terkejut, tanpa disedari aku berkata: "Ya Allah, pagi ni aku akan membuat pemeriksaan kesihatan. Darah perlu diambil untuk ujian, begitu juga dengan urin test, kalau aku dah makan habislah, bacaannya nanti tentulah tidak tepat lagi, patutnya aku hanya boleh bersarapan selepas pemeriksaan, tapi aku dah 'bedal' karipap dan nescaffe tarik tadi, macammana ni?" aku terus merungut dan menyesali akan sikap gelojoh ku tadi, maklumlah dah hampir 13 jam aku tak makan. Sia-sia saja aku berpuasa, aku terus merungut dan mengomel-ngomel sendirian sebagai tanda tidak puas hati. Tapi apa nak buat lagi, benda dah berlaku, terima sajalah apa-apa keputusannya nanti.

Jam 9 pagi, kami semua dah berkumpul di lantai biru sepertimana yang dimaklumkan dalam email tersebut, ramai yang telah hadir tapi Pegawai-Pegawai Perubatan dari Yayasan Buah Pinggang masih belum sampai. Ramai juga yang dah mengeluh kerana tidak boleh bersarapan lagi sedangkan jam sudahpun melewati 9.30 pagi.

Kira-kira jam 10 pagi baru lah Pegawai-pegawai perubatan sampai dan tanpa membuang masa kami pun berbaris untuk mendaftar dan seterusnya menyerahkan borang yang telah siap di isi yang dicetak melalui email semalam. Aku mendapat giliran no. 24 walaupun semasa aku sampai di lantai biru tadi, staf belum lah ada seramai itu.

"Nasib baik aku dah sarapan, kalau tidak, dengan nombor aku yang ke 24 ni, mau pukul 11 pagi baru selesai dan baru boleh bersarapan. Ada juga kebaikan dengan kealpaanku tadi" kataku didalam hati.

Giliran aku untuk ujian tekanan darah pun tiba, nurse yang bertugas mula membalut lenganku untuk ujian tersebut dan selepas itu lalu berkata...

"Bacaan encik ni tinggi 132/90. Encik jangan tension, relax dulu, saya ambil sekali lagi, harap encik bertenang." Nurse yang bertugas terus membalut lengan aku sekali lagi dan aku pula menarik dan melepaskan nafas perlahan-lahan untuk melegakan perasaanku.

"Ok, kali ni tekanan darah encik turun sikit iaitu 138/86, tapi masih tinggi lagi, nanti boleh ambil sekali lagi selepas pemeriksaan darah dan air kencing dibuat, tapi sebelum tu pergi ambil ukuran tinggi, ukuran pinggang dan berat badan di kaunter sebelah." Nurse tersebut terus memberi arahan kepada ku.

Selepas menunggu hampir 10 minit, maka giliran aku untuk step seterusnya pun sampai dan aku terus mendapatkan nurse yang bertugas iaitu seorang wanita berbangsa India. Semasa melilit pinggangku, dia terus berkata "Ini dia punya problem, macammana perut boleh buncit, you punya badan kurus saja. You banyak tidor ka atau lepas makan you pakai sarung lepas tu relax baca newspaper lepas tu tengok TV tadak bikin exercise?" katanya lagi.

Aku tidaklah merasa kecil hati dengan leteran nurse itu tapi mengakui itulah tabiat ku sekarang ini, kurang melakukan exercise. Kalau dulu, pukul 5.30 petang aku dah sampai di Taman Tasik Keramat untuk berjoging sebelum menjemput isteriku jam 6.30 petang. Tapi semuanya dah aku tinggalkan kerana masa yang selalu tidak mengizinkan.

"Tengok, you punya pinggang (Ukur lilit Pinggang) 89 cm, lemak banyak, angin pun banyak. sudah mau sampai border bagi orang lelaki iaitu < 90 cm manakala perempuan pula < 80 cm." katanya lagi. Aku hanya diam dan hanya mampu mengelip-ngelipkan mata apabila nurse tu terus berkata.

Sementara menunggu step yang lain, aku mula merakamkan gambar-gambar menarik dalam program ini supaya ianya boleh di paparkan di dalam blog aku nanti dan dapat di lihat oleh kawan-kawan yang tidak hadir.

Tiba-tiba nama aku di panggil untuk diserahkan sebotol plastik kosong untuk aku mengisi air kencing bagi ujian seterusnya. "Encik isi air kencing yang ada di pertengahan dan jangan ambil yang mula-mula." kata pula Nurse yang bertugas di kaunter tersebut seorang gadis Melayu. Walaupun ia memakai 'mask' tapi aku masih boleh gambarkan yang ianya seorang yang ayu , lembut dan cantik orangnya. Aku tiada masalah untuk mengisi air yang dikehendakinya kerana sejak dari tadi aku telah menahannya walaupun ada terasa untuk membuangnya.

Setelah menyerahkan botol air tersebut, aku tunggu pula untuk ujian darah yang akan diambil oleh nurse berbangsa Cina....."Wah!!! ini betul-betul dah 1 Malaysia ni, semua bangsa ada.." kataku kepada kawan disebelah sambil ketawa.

"Encik last makan pukul berapa?" soalan yang tiba-tiba diajukan kepadaku semasa aku duduk di kerusi di sebelah kirinya. "Tadi saya minum nescaffee pukul 8 pagi dan makan satu biji karipap, saya lupa lah ada blood test hari ni. tapi semalam saya last makan pukul 2 petang ." aku terus menerangkan kepadanya dengan panjang lebar. Aku lihat dia mencatatkan di dalam borang angka 3.0 yang menandakan aku telah bersarapan kira-kira 3 jam tadi.

"Sekarang saya nak ambil darah, jarum yang saya pakai ni jarum baru ye..." terang nurse tersebut sambil menyediakan peralatan-peralatan yang perlu semasa ujian darah dibuat. Nampaknya setiap apa yang perlu dilakukan, nurse akan memberikan penerangan, itu mungkin salah satu prosedurenya supaya pelanggan tidak merasa curiga.

Semua ujian aku dah buat, sekarang aku akan tunggu pula keputusannya yang akan dimaklumkan oleh salah seorang dari 3 orang doktor yang bertugas iaitu 2 orang wanita berbangsa Cina dan seorang lelaki berbangsa India.

Aku akhirnya dipanggil dan Doktor yang akan memberikan keputusan kepadaku iaitu seorang doktor perempuan. Sebelum itu katanya ia akan mengambil tekanan darahku sekali lagi dan setelah diambil, bacaannya pada kali ketiga ialah 132/81. Syukur Alhamdulillah tekanan darahku semakin normal.

"Encik punya Indeks Jisim Tubuh: 21.4, Tinggi 1.66cm dan berat 59 kg. So, encik mempunyai berat badan yang unggul dan perlu mengekalkan antara 51 ke 63 kg. Tapi ukur lilit pinggang perlu di kawal kerana dah 89 cm, lemak encik kat perut banyak dan perlu exercise. Dari ujian darah dan air kencing pula, glukos encik di catat -ve, protin -ve dan darah -ve (ve tu negative la kot, aku agak la sebab dia kata ok semua). Bacaan pada Glukos Darah Rambang: 4.8 mmol/L iaitu tidak melebihi 5.6." Ok jugak.

Baru nak lega dengar keputusan yang agak memuaskan, tiba-tiba Doktor beritahu yang aku punya kolestrol sangat tinggi iaitu 7.76 mmol/L. "Encik punya kolestrol tinggi, encik kena kawal pemakanan, kena kurangkan garam, minyak dan elakkan memakan makanan laut, jangan makan organ dalaman binatang ternakan dan elakkan makan telor yang kuning. Kolestrol yang tinggi boleh menyebabkan sakit jantung dan stroke. Encik juga tidak digalakkan makan kicap, sos tomato dan kena kurangkan minum minuman yang ada kafein seperti kopi dan teh (termasuklah nescaffee tarik, minuman kegemaranku) dan mesti banyak minum air kosong, banyakkan makan sayur-sayuran hijau serta buah-buahan. Berkenaan dengan kolestrol yang tinggi tadi, encik kena buat ujian semula terhadap kolestrol dan tekanan darah dalam tempoh satu bulan dari sekarang." katanya mengakhiri perbualan.

Aku pun mengucapkan terima kasih kepadanya dan kepada semua petugas pasukan perubatan dari Yayasan Buah Pinggang Malaysia diatas penerangan yang panjang lebar dan nasihat-nasihat yang diberikan.

Nampaknya, aku kenalah ubah cara hidup dan mengawal pemakananku, tak boleh lagi nak malas-malas bersenam dan nak menghirup nescaffee tarik, nak makan sup ekor, sup tulang, sup gearbox, kari kambing dengan nasi beryani, nasi paprik, sambal udang dan sotong, begitu jugak dengan 'muthek rendek' (telor setengah masak 2 biji la tuu...), roti canai, roti jantan (roti canai taruh telor 2 biji) pun dah tak boleh dah.

Tapi bolehkah aku meninggalkan semua makanan kegemaranku itu. "tepuk dada tanyalah iman" kata pepatah pula "Semua penyakit bermula di perut" Wallahuaklamabissawab...

"Nak pegi Gunung Kinabalu ke tak nak?, kalau nak, jaga lah kesihatan dari sekarang dan exercise serta latihan fizikal jangan lupa buat selalu"

Jam dah pukul 12.30 tengahari, perut dah lapar, dengan melupakan (buat-buat lupa pulak...) tentang semua nasihat tadi, aku, Olhusni dan Azizi menaiki kereta menuju ke pasar keramat kerana nak makan tengahari iaitu kami makan nasi goreng kampung sorang sepinggan dengan telor mata sorang sebijik serta minuman sirap, teh o ais limau dan diringi air suam (cover line la konon dengan air suam tue....), sebelum balik pejabat singgah pula beli goreng pisang dan kueh kasturi (dibuat dari tepong dan kacang hijau) berhampiran tasik di Taman Sri Rampai.

Saksikan gambar-gambar yang sempat dirakam...


Kaunter untuk ujian tekanan darah...

2 petugas dari Yayasan Buah Pinggang Malaysia
sedang menjalankan tugas...

En. Hamzah diberi arahan oleh nurse yang comel
dan ayu untuk mengambil air kencing...

Pn. Saleha sedang menanti giliran untuk mengambil
ukur lilit pinggangnya yang ramping...

Kaunter Urine dan blood test...

Pn. Saleha sedang diukur ketinggiannya
sambil diperhatikan oleh Datin Roba'aishah dan Pn.Maria...

Pn. Zura mengambil ujian tekanan darah...
Perasaan happynya tentu boleh mempengaruhi bacaannya yang baik...

Nurse berbangsa India sedang mencatatkan
data yang diambil kedalam borang ujian kesihatan...

2 orang Doktor yang bertugas telah bersedia untuk
memberikan penerangan selepas semua ujian selesai dibuat...

Nadia dari Bahagian MIS sedang diuji tekanan darahnya...

Diantara staf yang berminat untuk membuat ujian kesihatan...

Azizi diambil ukuran ketinggiannya...

Ita ok punya...maintain je, walaupun tak lama lagi nak dapat menantu...

Semua menanti keputusan dengan penuh debaran...

En. Hafiz dari FELCRA Plantation Sevicess Sdn. Bhd.

En. Hamzah di berikan nasihat
tentang kesihatannya oleh Doktor yang bertugas...

En. Badri diambil tekanan darah untuk
bacaan kali ke 2 sebelum blood test...

Dari kiri : Pn. Ain (Kewangan), Datin Roba'aishah,
Saleha dan Putrisal. Semua mereka dari Bahagian MIS...

Pn. Rapiah sedang khusyuk mendengar penerangan
yang diberikan tentang keputusan ujian kesihatannya...


Staf yang datang sedang melakukan pendaftaran...



Intan ditemani kakaknya Zetti sedang diambil ukuran ketinggiannya...

En. Anis Abdol Rahman juga sedang melakukan ujian tekanan darah



Syuhada dan Shahira, pelajar praktikal dari
Universiti Malaysia Kelantan juga mengambil kesempatan
dalam program ini. Mereka berdua sedang membuat praktikal
di Bahagian Inspektorat dalam bidang pertanian selama 4 bulan.
Sekarang baru 3 minggu..............


En. Nizam dan Pn. Siti Ezah menunggu untuk ujian.




Olhusni menjalani ujian darah...

Pn. Zalifah menunggu giliran...

Setelah selesai mereka balik ketingkat masing-masing
dengan membawa keputusan ada yang puashati dan ada yang tidak...

Azizi merenung keputusannya dan bertaubat untuk
tidak lagi mengambil makanan yang menyumbang kepada penyakit.
Dia lalu berkata didalam hatinya: ......

"nampak gayanya ni lah makanan yang sesuai untuk aku selepas ini...."
Roti jagung tanpa lemak...

1 comment:

  1. wahhh, lepas ni mesti MR. AJ rase mcm org mude pasal dah buat bekam setelah sekian lama menyimpan darah kotor dlm bdn. hehe, tahniah la tuan...

    ReplyDelete