Sebut sahaja negeri Sabah kita semua akan terbayang akan Gunung Kinabalu yang berketinggian 4,095 meter dan diiktiraf sebagai gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara selepas Hkakabo Razi di Myanmar (5,881 meter), Puncak Jaya (4,884 meter), Puncak Trikora (4,730 meter) dan Puncak Mandala (4,700 meter) yang kesemuanya terletak di Indonesia.
Dalam bahasa Kadazandusun, ia dikenali sebagai Aki Nabalu yang bermaksud Gunung Nenek Moyang. Ia menyimpan seribu satu misteri dan pelbagai kisah mistik serta lagenda tempatan yang terus diceritakan dari satu generasi ke satu generasi sehingga kehari ini.
Saban hari dan tahun, Gunung Kinabalu tidak pernah sunyi menerima pengunjung dan pendaki samada dari dalam dan luar negara yang ingin menawan puncaknya. Keindahan flora dan faunanya terus terpelihara dan menjadi salah satu tarikan kepada sesiapa sahaja yang pernah menyaksikannya ketika melakukan pendakian.
Berdasarkan kepada fakta-fakta diatas, tidak hairanlah apabila Kelab Sukan dan Rekreasi kakitangan Ibu Pejabat FELCRA Berhad (KESURA) sekali lagi memilih Gunung Kinabalu untuk ahli-ahlinya melakukan XPDC bagi menawan puncaknya selepas para pendakinya yang pertama berbuat demikian pada tahun 2002 dahulu.
Pada kali ini, KESURA telah memberi peluang lagi kepada ahli-ahlinya seramai 52 orang (40 lelaki) dan (12 wanita) untuk melakukan pendakian. Selepas nama-nama ahli diumumkan maka bermulalah latihan secara intensif selama tiga bulan bagi persediaan untuk menghadapinya. Latihan-latihan yang dibuat telahpun di dipaparkan didalam blog ini dari masa kesemasa.
Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, penerbangan kami telah dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza waktunya dimana penerbangan pertama pada jam 9.30 pagi, penerbangan kedua pada jam 10.30 pagi dan penerbangan ketiga pada jam 11.05 pagi. Selepas kami semua tiba di lapangan terbang Kota Kinabalu pada jam 3 petang, bas yang telah sedia menanti terus membawa kami untuk makan tengahari di sebuah restoran yang ditempah khas dan seterusnya membawa kami ke Kundasang untuk kami check in di Kinabalu Park Hostel, Rock & Camp, dan Grace Hostel bagi melepaskan penat.
Makan malam kami pada hari ini ialah di Balsam Buffet Restaurant yang terletak berhampiran chalet dan selepas itu satu taklimat ringkas dan soal jawab telah dibuat sehingga jam 10 malam.
Keesokan harinya selepas bersarapan dan bacaan doa pada jam 8 pagi, kami semua berkumpul di Timpohon Gate yang merupakan laluan utama ke Gunung Kinabalu untuk kami semua mendaki sejauh enam kilometer yang mengambil masa antara 5 ke 6 jam untuk tiba di Laban Rata dan seterusnya Check In di Domitory Non Heated at Mountain, Gunting Lagadan, Waras Hut dan Panar Laban Hut.
Selesai membaca dan mengaminkan doa, kesemua peserta memulakan pendakian dengan semangat yang membara. Selepas mendaki beberapa kilometer dan melalui laluan yang curam, berliku-liku dan memanjat, kami mula merasa letih, mujurlah terdapat beberapa pondok yang disediakan di setiap satu kilometer bagi membolehkan kami semua berehat dan 'melepaskan hajat' kerana kemudahan tandas dan paip air ada disediakan disitu.
Antara nama-nama yang diberi kepada pondok-pondok rehat itu ialah Pondok Kandis, Pondok Ubah, Pondok Lowii, Pondok Villosa dan Pondok Paka.
Sepanjang pendakian dalam jarak 2 kilometer ke Laban Rata, kami semua boleh saksikan pemandangan yang indah dengan hiasan pokok bonzai dan renek yang tumbuh dikiri kanan jalan kerana sebelum ini kami melalui hutan yang agak tebal.
Selepas melalui pendakian yang panjang, kami semua akhirnya tiba di Laban Rata sekitar jam 4 petang dan kesempatan diambil untuk berehat dan makan tengahari serta malam sekaligus. Selepas itu semua peserta menuju ke bilik masing-masing untuk bermalam dan akan bangun semula jam satu pagi esok untuk bersiap-siap dan seterusnya akan mula mendaki ke Low's Peak pada jam 2 pagi nanti.
PENDAKIAN KE LABAN RATA (16 OKT. 012).
Selesai membaca dan mengaminkan doa, kesemua peserta memulakan pendakian dengan semangat yang membara. Selepas mendaki beberapa kilometer dan melalui laluan yang curam, berliku-liku dan memanjat, kami mula merasa letih, mujurlah terdapat beberapa pondok yang disediakan di setiap satu kilometer bagi membolehkan kami semua berehat dan 'melepaskan hajat' kerana kemudahan tandas dan paip air ada disediakan disitu.
Antara nama-nama yang diberi kepada pondok-pondok rehat itu ialah Pondok Kandis, Pondok Ubah, Pondok Lowii, Pondok Villosa dan Pondok Paka.
Sepanjang pendakian dalam jarak 2 kilometer ke Laban Rata, kami semua boleh saksikan pemandangan yang indah dengan hiasan pokok bonzai dan renek yang tumbuh dikiri kanan jalan kerana sebelum ini kami melalui hutan yang agak tebal.
Selepas melalui pendakian yang panjang, kami semua akhirnya tiba di Laban Rata sekitar jam 4 petang dan kesempatan diambil untuk berehat dan makan tengahari serta malam sekaligus. Selepas itu semua peserta menuju ke bilik masing-masing untuk bermalam dan akan bangun semula jam satu pagi esok untuk bersiap-siap dan seterusnya akan mula mendaki ke Low's Peak pada jam 2 pagi nanti.
Wartawan bebas merangkap jurukamera
yang akan membuat liputan penuh semasa
pendakian Gunung Kinabalu nanti...
Kini beliau berada didalam pesawat penerbangan
menuju ke Kota Kinabalu..
Kini beliau berada didalam pesawat penerbangan
menuju ke Kota Kinabalu..
Gunung Kinabalu di rakam dari tempat penginapan... |
Para pendaki bergambar sebelum bersarapan pagi....
Dari kiri: Suhaimi, Rafia Olhusni, Ealias,
Mat Isa, Azuan, Khairil dan Azmir...
Zita, AJ dan Zainol bergambar berlatarbelakangkan
Gunung Kinabalu selepas sarapan pagi...
Berdiri depan dari kiri: Azmir, Ealias, Azuan, Khairil dan Imran..
Berdiri belakang dari kiri: Jaafar, Najib dan Awie...
Bacaan doa telah dimulakan dan dipimpin oleh Olhusni...
"Ya Allah ya Tuhan kami, pada hari ini kami datang kesini
untuk menikmati keindahan ciptaanMU, Berilah kami
perlindungan dan hindarilah kami dari sebarang bencana.
Ya Allah ya Tuhan kami, jika sekiranya kami berjaya
sampai kepuncak, peliharalah hati kami dari perasaan
riak dan takabur dan jika ada diantara kami yang gagal,
Kau teguhkan hati mereka dan jauhkan dari sifat
dan perasaan putus asa...Amin Ya Rabbal Alamin...
untuk menikmati keindahan ciptaanMU, Berilah kami
perlindungan dan hindarilah kami dari sebarang bencana.
Ya Allah ya Tuhan kami, jika sekiranya kami berjaya
sampai kepuncak, peliharalah hati kami dari perasaan
riak dan takabur dan jika ada diantara kami yang gagal,
Kau teguhkan hati mereka dan jauhkan dari sifat
dan perasaan putus asa...Amin Ya Rabbal Alamin...
Para pendaki mengaminkan doa yang
dibaca dengan penuh khusyuk...
Bergambar ramai sebelum pendakian dimulakan...
Nurul (kiri) hampir tidak dapat mendaki kerana kehilangan
beg pakaian dan semua peralatan mendakinya...
Artikel khas mengenainya akan diterbitkan kemudian...
(Artikel berbayar)...
Kami semua rasa bertuah kerana turut sama dalam
pendakian ke puncak ialah Tn. Hj. Ramlee Abu Bakar (tengah),
Pengurus Besar Kumpulan Kewangan....
Safwan mengambil kesempatan untuk
bergambar bersama Tn. Hj. Ramlee...
Dari kiri: Awie, Safwan, Zulkifli dan Ikram...
Oleh kerana namanya Safwan, (saf pertama di hadapan)
maka kami semua berharap supaya ia menjadi
orang pertama sampai ke puncak...
Norizam tak nak mendaki sebaliknya nak terbang ke puncak....
Kepada pendaki yang membawa muatan,
khidmat porter amat diperlukan dan caj yang dikenakan
adalah sebanyak RM8 sekilo (pergi/balik)....
Kami semua nak ucapkan terima kasih kepada
Saudara Rahman Isa (baju oren) kerana bermurah hati
menyumbang 2 botol air jenama Tupperware kepada setiap pendaki ...
Inilah bunga-bunga yang akan memberi semangat
kepada kami kaum lelaki semasa mendaki.
Dari kiri: Siti Hajar, Nor Afizah, Norli, Nurul, Azie,
Norafiza dan Ida...
Faisal Mustafa Kamal, orang kuat disebalik program ini...
Premarajan (kanan sekali) adalah satu-satunya
pendaki berbangsa India yang menyertai XPDC pada kali ini,
seorang lagi darinya juga berbangsa India iaitu Mr. Ragu pula
lebih berminat dalam permainan kapal terbang remote control...
Betullah kata pepatah "kulit sama tapi minat lain-lain"...
Abg. Kem (2 kiri) merupakan EXCO rekreasi didalam KESURA
dan orang yang bertanggungjawab menguruskan XPDC ini..
Semua beg pakaian yang tidak dibawa ke gunung
akan disimpan didalam satu bilik yang disewa khas
Para pendaki sudah mula berkumpul di Timpohon Gate
iaitu laluan utama ke Gunung Kinabalu...
Jangan seronok sangat!!!!
Para pendaki wajib mendaftar sebelum mendaki...
Kami merekodkan pendakian pada jam 8.34 pagi 16 Okt. 2012
sepertimana yang dirakamkam di dalam gambar. ..
Bergambar di Air terjun.....
Setiap 10 atau 15 langkah, kita berhenti sekejap untuk
melepaskan penat...Kesempatan diambil untuk bergambar..
Dalam hutan yang sunyi macam ni, sangat bahaya
kalau Kem follow dari belakang. "Hati-hati sikit Zie"
Zaimee follow belakang Helmi selamat kot?
Rahman Yaakob mendaki dengan satu suit pakaian berwarna biru.
Norizam sudah mula bercekak pinggang...Tandanya dah penat la tu...
Yang tengah tu dari air mukanya
dah nampak macam nak tarik diri jer...
Jangan pandang belakang...
Zainol tak nak jadi guide kawan-kawannya
tapi lebih rela guide Minah Salleh ni...
Di sepanjang jalan yang berliku dan tinggi....
cabaran kepada setiap pendaki...
cabaran kepada setiap pendaki...
Perjalanan masih jauh.."Aku yang masih... diperhentian... hidup ini,
Begitu lama berlegar dipersimpangan dunia, menempuh jarak dan titian,
rimba dan lautan, mencari sesuatu yang abadi "
begitulah lirik lagu Ramli Sarip yang sesuai untuk gambar ini...
Pendaki dari Eropah...
Pendaki digalakkan mendaki secara berkumpulan
supaya senang kerja aku nak ambik gambar
Norli (kiri) dan Fiza di pondok Kandis...
Rahman tadi pakai baju satu suite biru, bila pula dia tukar baju lain?
hebat Raman ni, mendaki pun boleh bertukar-tukar baju
macam artis la pulak...
Gadis comel yang dah nak turun kebawah,
"katanya ia dah sampai puncak semalam
kalau aku tau semalam aku dah mendaki"...
Azmir adalah salah seorang pencinta alam,
kelihatan seekor tupai yang jinak sedang makan ditangannya...
"Nasib baik tupai tu di larang tangkap, kalau tidak
dah lama Azmir bawa balik rumah"...
dah lama Azmir bawa balik rumah"...
Dua orang porter yang membawa muatan
lebih dari 30 kilo sedang berehat...
Aku nak bawak kamera tak sampai sekilo pun dah beban...
Zainol dan kawan-kawan bergambar bersama
pendaki wanita dari Findland...
"Bolehkah aku masukkan gambar Mek Salleh
pakai seluar pendek dalam blog aku
'Cinta Pada Yang Satu' ni...
Ziela macam mana, OK ke?
Jauhnya Laban Rata dari bawah ialah 6 km,
Sekarang baru 1 km...
"Jauh lagi Nal"
Aduh!!! mati aku kena bom siar gambar ni....
Ya ampuuuun!!! Ya ampunnnnn...
"Nak ukur ape tu Boss?"...
Hujan lebat semasa pendakian
memaksa Tn. Hj. Ramlee memakai rain coat...
Semasa mendaki, kalau bertembung dengan
rain coat warna oren itu menandakan
pendaki FELCRA Berhad...
Nurul pakai warna kuning mesti dia
dah tukar dengan pendaki lain....
Bagi porter, membawa beban berat
seperti tong gas adalah perkara biasa...
Kebanyakan porter hanya memakai selipar sedagkan kami
mengenakan kasut yang berharga antara
RM200 ke RM300 sepasang...
Ya ampuuuun!!! Ya ampunnnnn...
"Nak ukur ape tu Boss?"...
Hujan lebat semasa pendakian
memaksa Tn. Hj. Ramlee memakai rain coat...
Semasa mendaki, kalau bertembung dengan
rain coat warna oren itu menandakan
pendaki FELCRA Berhad...
Nurul pakai warna kuning mesti dia
dah tukar dengan pendaki lain....
Bagi porter, membawa beban berat
seperti tong gas adalah perkara biasa...
Kebanyakan porter hanya memakai selipar sedagkan kami
mengenakan kasut yang berharga antara
RM200 ke RM300 sepasang...
Pemancar RTM...
Kebanyakan pendaki Eropah tidak menggunakan
khidmat porter kerana mereka lebih suka kepada cabaran..
Dimana ada Mek Salleh, disitu ada Zainol,
kali ni dengan Mek Salleh dari USA pulak...
Julia, Azah dan Nurul sudahpun mendaki sejauh 3 km,
mereka ada 3 km lagi untuk sampai di Laban Rata...
Akhirnya ada juga gambar kau Fiza....
Mek Salleh dari Kanada...
Zulkifli Ariffin ada lagi 2 km nak sampai Laban Rata....
kalau mendaki lebih kurang 2 jam jugak tu...
Mek Salleh juga dari Kanada...
Walaupun letih, keayuan tetap terpelihara....
"What is your name, how old are you, where you come from?"
Skrip yang sudah dihapal dari bawah bila jumpa
dengan pendaki asing nanti...
dengan pendaki asing nanti...
Salah seorang porter dengan beban yang dibawa...
Sekarang aku pulak nak bergambar dengan Minah Salleh
dari Findland ni..Soalan aku kat mereka lagi power
"Are you married? I am not yet"...
Aku tipu pun dia orang bukan tau..he..he..he
Olhusni dan Ida...
Berehat dan membasah tekak di pondok Ubah...
"I am alone"
Olhusni bergambar bersama pendaki dari Hong Kong...
"Wa ai te nee" kata Ol kepadanya membuatkan gadis ni tersipu malu...
Mereka-mereka ni semua student dari Hong Kong
Puncak Gunung Kinabalu sudahpun diliputi kabus
"I am also alone " kata Ida...
Rosli dan Ajoi sebenarnya boleh sampai cepat ke puncak
tapi mereka sanggup mengorbankan masa mereka untuk
mengawasi dan mengikut dari belakang pendaki-pendaki
yang lewat...Sikap yang harus dipuji...
Calon Ketua Pemuda....
Pokok-pokok bonzai dan renek tumbuh dikiri kanan
sepanjang 2 km nak sampai ke Laban Rata...
Johan tak kisah, sampai lambat pun dia tetap Johan....
Kalau lirik lagu Sudirman "Pakai baju bunga-bunga,
tulis nama atas batuuuu".Bagi Johan pulak liriknya,
"Pakai baju belang-belang, duduk-duduk atas batuuu.
Mendaki pukul 8.34 pagi tadi pukul 4.40 ptg baru sampai di Laban Rata...
"Aku sampai lambat sebab banyak gambar nak kena rakam"
Terima kasih kepada kawan-kawan yang sanggup mengiringi...
Tempat penginapan di Laban Rata....
Aku dah penat, tapi porter siap boleh main bola lagi kat atas tu...
Bergambar kejap untuk membuktikan aku dah sampai di Laban Rata,
takut nanti ada yang tak percaya pulak...
Sampai awal pun tak guna jugak sebab makan lambat
Baik macam aku, sampai lambat tapi terus makan..
Fiza, Fahmi , Najib dan Awie menunggu giliran
untuk makan tengahari walaupun dah petang...
Ihsan dan pendaki dari Hong Kong...
Faizal, Azman dan Ikram menikmati jamuan makan tengahari/petang...
Ikut Suka Aku (ISA) dan Kem...
2 Rahman, satu Rahman Yaakob (kiri) dan satu lagi Rahman Isa...
Dari kiri:Premarajan, Azman dan Zaimee...
Dari kiri: Zie, Zita, Nurul dan Norli....
Bertuah aku, walaupun sampai lewat
tapi Nurain Suhaida (Ain) sanggup tunggu
tapi Nurain Suhaida (Ain) sanggup tunggu
untuk makan bersama...
Jangan marah ye Mudin....kita kawan...
Najib Miswan berposing di beranda tempat penginapannya....
Faisal sampai awal di Laban Rata sekarang dah masuk sarang...
Jaafar (kiri) dan Raman Yaakob tak nampak pun
wajah yang letih, walaupun mendaki hampir 4 jam...
Azmir dan Ajoi dah chek in dan makan,
sekarang mereka nak masuk bilik untuk berehat...
**************************************************
17 OKT. 2012, MENUJU KE PUNCAK...
**************************************************
17 OKT. 2012, MENUJU KE PUNCAK...
Sebaik-baik sahaja badan yang penat direbahkan, maka matapun terus terlelap sehinggalah kami semua dikejutkan kira-kira jam 1 pagi untuk mempersiapkan diri bagi meneruskan cabaran mendaki hingga ke Low's Peak yang tingginya sejauh 2.7 km. lagi.
Setelah mengalas perut secara ala kadar, kami semua diminta berkumpul untuk satu sessi penerangan yang akan disampaikan oleh mountain guide. Beberapa panduan, nasihat serta pantang larang yang perlu dijaga telah diberikan dan perkara-perkara ini perlu diberi perhatian agar semua peserta selamat mendaki dan menuruninya kelak.
Keadaan gelap gelita yang hanya disinari cahaya lampu suluh di kepala setiap peserta sedikit sebanyak dapat membantu kami dalam permulaan pendakian merempuh ratusan anak tangga yang sangat meletihkan. Suasana dingin dan laluan berbatu yang basah dan licin juga menyebabkan kesemua pendaki lebih berhati-hati. Mujurlah ada tali keselamatan disediakan untuk berpaut yang memudahkan sedikit pendakian.
Semua pendaki yang tiba di Sayat-Sayat iaitu pusat pemeriksaan terakhir, telah diambil semua butiran melalui tanda nama yang dipakai.
Sebenarnya di paras ini adalah amat sukar untuk berjalan dengan pantas dan selesa kerana ketepuan oksigen atmosfera hanya 70 peratus dan pendakian terakhir sejauh 1.6 km itu disifatkan sebagai amat mencabar.
Akhirnya pendaki pertama iaitu Safwan dan Ealias yang tiba secara
serentak di Low's Peak pada jam 4.45 pagi dengan
meninggalkan 198 peserta lain di belakang termasuklah pendaki-pendaki
dari Amerika, Belanda, Findland, Kanada, Australia, Turki, Jepun, Hong
Kong selain pendaki dari rakyat tempatan yang lain telah mencatatkan satu rekod bagi
syarikat kami dan ianya bolehlah dikatakan satu kejayaan yang luarbiasa
kerana mendahului pendaki dari Eropah yang biasanya memonopoli pada
setiap pertandingan sukan yang dianjurkan.
Tahniah juga diucapkan kepada Nurain Suhaida (Ain) dan Puan Zita Suradi kerana menjadi peserta wanita pertama dan kedua dari pendaki wanita dalam pasukan kami yang tiba dahulu di Low's Peak.
Biarpun jari dan bibir merasa kebas berikutan suhu yang mencecah sehingga 2 darjah Celcius di bawah paras beku namun kepuasan menakluk Gunung Kinabalu itu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
"Saya hampir menangis sebaik sahaja tiba di puncaknya. Pengalaman melihat matahari menyingsing di ufuk timur lalu menyinari permukaan gunung ternyata terlalu indah dan telah membuktikan kehebatan Penciptanya," jelas Nurain Suhaida (Ain) tatkala menceritakan pengalamannya mendaki dan perkara itu di iyakan oleh Pn. Zita Suradi sambil merakamkan gambar-gambar mereka dan persekitarannya.
Diatas itu juga semua pendaki boleh melihat puncak lain di sekitarnya seperti South Peak, St. John Peak, Ugly Sister Peak dan Oyayu Peak.
"Saya pula, sebaik-baik tiba di puncak terus menelefon ibu yang sabar menunggu berita dari saya di Kuala Lumpur. Doa ibu adalah faktor utama kejayaan saya menawan puncak Kinabalu dan di samping itu motivasi dari rakan-rakan yang lain menjadi pendorong dan membakar semangat saya untuk terus mendaki walaupun pada satu peringkat saya sudahpun berputus asa." kata Sa'idah (Ida) sambil tersenyum girang.
"Bagi saya pula, sebaik tiba di puncak dan sebagai mensyukuri nikmatNya terus saja menunaikan solat Subuh dimana wuduknya telahpun saya ambil sebelum pendakian bermula." Kata Olhusni sebaik-baik sahaja soalan diajukan kepadanya.
"Sebelum pendakian bermula, badan saya tak sihat, kepala pening dan berdenyut, tapi bila mengenangkan harapan yang terlalu tinggi diletak dibahu saya bagi mewakili peserta veteran maka saya gagahkan juga untuk mendaki dan akhirnya saya berjaya kepuncak dan menawan Gunung Kinabalu." Kata Mat Ros Kamat yang sinonim dengan tag linenya iaitu "Kotengooook" (engkau tengok) !!!!, Di pejabat jika ia mengucapkan kata-kata itu, kami semua akan ketawa berdekah-dekah kerana bunyinya yang sedikit lucah.
Sementara itu Zulkifli Mohd Noor (Ajoi) pula berkata, "Walaupun saya sudah mendaki pada kali pertama pada tahun 2002 dahulu dan sampai ke puncaknya, tapi saya tetap juga mahu mencuba lagi pada kali ini, berbanding kawan-kawan lain, kebanyakan dari mereka sudahpun serik untuk mendaki lagi. Saya amat bersyukur kerana umur yang telah meningkat selepas 10 tahun, saya berjaya juga menawan Gunung Kinabalu untuk kali kedua."
Untuk pengetahuan semua bahawa dari 52 peserta yang mendaki, 46 orang darinya telah berjaya sampai ke puncak manakala 6 orang lagi gagal atas berbagai faktor dan diharapkan mereka tidak berputus asa dan terus mencuba lagi pada masa-masa akan datang.....
SESUNGGUHNYA KAMI WARGA FELCRA BERHAD AMAT BERBANGGA DIATAS KEJAYAAN PARA PENDAKINYA DAPAT MENAWAN PUNCAK KINABALU.
KEJAYAAN INI AKAN MENJADI PENDORONG KEPADA KAMI SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIGIH DALAM MENINGKATKAN PRESTASI SYARIKAT AGAR IANYA SETANDING DENGAN SYARIKAT SWASTA DAN KORPORAT YANG LAIN KHUSUSNYA DALAM BIDANG PLANTATION.
GAMBAR-GAMBAR SEBELUM MENDAKI
KE LOW'S PEAK PADA 17 OKT. 2012.
SEKITAR JAM 2 PAGI.
Seperti harapan pada gambar diawal artikel,
Akhirnya Safwan (FELCRA Bekalan & Perkhidmatan)
dapat membuktikan bahawa namanya telah memainkan
peranan penting untuk berjaya mendahului pendaki-pendaki lain
dalam menawan puncak Kinabalu.
Saudara Ealias, pendaki yang sampai
waktu yang sama dengan Safwan..
(Tarikh & Masa di kamera tidak disetting pada tarikh sebenar)
Inilah Nurain Suhaida, pendaki wanita pertama
sampai kepuncak...
"Syabas Ain"...
Pn. Zita Suradi (kanan), pendaki wanita kedua
sampai ke puncak gunung...
"Syabas Zita"...
Bergambar megah bersama banner FELCRA Berhad
di puncak gunung....
pendaki FELCRA Berhad sedang berehat
selepas melakukan pendakian yang panjang dan mencabar...
Tahniah untuk Tn. Hj. Ramlee Abu Bakar
(Pengurus Besar Kumpulan Kewangan)
kerana berjaya menawan puncak Kinabalu...
Turut kelihatan ialah salah seorang mountain guide
Tahniah untuk Faisal (bawah sekali),
diikuti Zita Suradi (FELCRA Plantation Sevicess Sdn. Bhd) ,
Zulkifli Ariffin (Audit Dalam) dan
Mohd Jaafar Abdul Malim (Akaun Kilang)
kerana sampai ke puncak Kinabalu...
Tahniah untuk Najib Miswan dari Akaun Projek...
Tahniah untuk Rosli, (kiri) dari Trading CPO,
Ida (Inspektorat), Olhusni (Inspektorat),
Azman Yasak (Audit Dalam) dan
Rahman Yaakob (belakang) Inspektorat...
Blogger yang juga dari Inspektorat dikecualikan
kerana mempunyai misi dan tugas yang lebih besar
iaitu melapur dari Satelit...
Gambar-Gambar Personal
Tahniah untuk Rahman Yaakob
(Bhg. Inspektorat)...
Tahniah untuk Rafia Olhusni
(Bhg. Inspektorat)...
Tahniah untuk Sa'idah Sa'diar (Ida)
(Bhg. Inspektorat)
Tahniah untuk Ihsan Ashraf dari
(Pejabat Penasihat Undang-Undang)..
Tahniah untuk Norizam Baharuddin (FELCRA Plantation)
Tahniah untuk Najib Adnan
(Cawangan Perolehan)
Tahniah untuk Rosli Mat Waris
dari Trading CPO...
Tahniah untuk Rahman Isa (Yayasan FELCRA)
dan Mohd Alwi Abd. Rahman (Awie) (duduk)
dari Pejabat Setiausaha Syarikat...
Tahniah untuk Nurul Munirah Abu Bakar (Nurul)
dari Pembangunan Sumber Manusia (PSM)
Tahniah untuk Azman Yasak (Audit Dalam)
dan Zainol Abidin Sabli (berdiri) dari Khidmat Teknikal)
Tahniah untuk Norazah Anas (Azah) kiri dan Julia Abdul Rahman,
kedua-duanya dari Pengurusan Projek 1 & 2
Tahniah untuk Azmir dari
FELCRA Urus Estet Sdn. Bhd (FUESB)
Ketika menuruni gunung untuk kembali ke Timpohon Gate,
kami semua rasa amat bertuah kerana bertemu
dengan Badang Kinabalu (baju jalur) yang kisah
mengenainya telah tersiar didalam Majalah 3 (TV3)
beberapa bulan lalu...
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL OLEH CEO FELCRA BERHAD
DATO' JUZILMAN BASIR, BERTEMPAT DI HOTEL PROMENADE,
KOTA KINABALU, SABAH, PADA 17 OKT. 2012 JAM 8 MALAM....
Penghormatan untuk Safwan sebagai
pendaki pertama sampai ke puncak bersama Ealias...
Saudara Ealias...
Penghormatan untuk Nurain Suhaida (Ain)
pendaki wanita pertama sampai ke puncak...
Penghormatan untuk Pn. Zita Suradi
pendaki wanita kedua sampai ke puncak...
Tn. Hj. Ramlee Abu Bakar menerima sijilnya (semestinya bercolour)
yang disampaikan oleh CEO FELCRA Berhad
Dato' Hj. Juzilman Basir...
Turut kelihatan ialah En. Zulkhairi Abd. Rahim
(Pengurus Besar Pengurusan Sumber Manusia)
Bergambar ramai di akhir majlis....
Tahniah untuk Najib Miswan dari Akaun Projek...
Ida (Inspektorat), Olhusni (Inspektorat),
Azman Yasak (Audit Dalam) dan
Rahman Yaakob (belakang) Inspektorat...
Blogger yang juga dari Inspektorat dikecualikan
kerana mempunyai misi dan tugas yang lebih besar
iaitu melapur dari Satelit...
Gambar-Gambar Personal
Tahniah untuk Rahman Yaakob
(Bhg. Inspektorat)...
Tahniah untuk Rafia Olhusni
(Bhg. Inspektorat)...
Tahniah untuk Sa'idah Sa'diar (Ida)
(Bhg. Inspektorat)
Tahniah untuk Ihsan Ashraf dari
(Pejabat Penasihat Undang-Undang)..
Tahniah untuk Norizam Baharuddin (FELCRA Plantation)
Tahniah untuk Najib Adnan
(Cawangan Perolehan)
Tahniah untuk Siti Hajar dari
FELCRA Training & Consultancy (FTC)...
dari Trading CPO...
Tahniah untuk Rahman Isa (Yayasan FELCRA)
dan Mohd Alwi Abd. Rahman (Awie) (duduk)
dari Pejabat Setiausaha Syarikat...
Juga Tahniah untuk Suhezren Shah (tengah)
dan Mohd Imran (kiri) kedua-duanya dari Akaun Kilang.
Rahman Isa (berdiri) telahpun diperkenalkan....
dari Pembangunan Sumber Manusia (PSM)
Tahniah untuk Azman Yasak (Audit Dalam)
dan Zainol Abidin Sabli (berdiri) dari Khidmat Teknikal)
Tahniah untuk Norazah Anas (Azah) kiri dan Julia Abdul Rahman,
kedua-duanya dari Pengurusan Projek 1 & 2
Tahniah untuk Azmir dari
FELCRA Urus Estet Sdn. Bhd (FUESB)
Ketika menuruni gunung untuk kembali ke Timpohon Gate,
kami semua rasa amat bertuah kerana bertemu
dengan Badang Kinabalu (baju jalur) yang kisah
mengenainya telah tersiar didalam Majalah 3 (TV3)
beberapa bulan lalu...
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL OLEH CEO FELCRA BERHAD
DATO' JUZILMAN BASIR, BERTEMPAT DI HOTEL PROMENADE,
KOTA KINABALU, SABAH, PADA 17 OKT. 2012 JAM 8 MALAM....
Penghormatan untuk Safwan sebagai
pendaki pertama sampai ke puncak bersama Ealias...
Saudara Ealias...
Penghormatan untuk Nurain Suhaida (Ain)
pendaki wanita pertama sampai ke puncak...
Penghormatan untuk Pn. Zita Suradi
pendaki wanita kedua sampai ke puncak...
Tn. Hj. Ramlee Abu Bakar menerima sijilnya (semestinya bercolour)
yang disampaikan oleh CEO FELCRA Berhad
Dato' Hj. Juzilman Basir...
Turut kelihatan ialah En. Zulkhairi Abd. Rahim
(Pengurus Besar Pengurusan Sumber Manusia)
Bergambar ramai di akhir majlis....
Tahniah kpd smua yang berjaya mendaki dan juga menawan puncak..pengalaman yg sgt berharga.Fiza Inspektorat
ReplyDeleteBloggers terbaik. Minta maaf pada Bloggers sebab gambar ari tuh tak sempat nak masuk dalam netbook blogger masa dinner kat KK. Muntah2 terus masuk bilik. hahaha..Apa pun terbaik....daripada MR AJ
ReplyDeletetahniah utk semua pendaki ;) sangat bertuah sebab dapat join disaat-saat akhir. this is the best hiking & climbing ever. harap-harap lepas ni akan ada pendakian lain di tempat yang lain ;D terima kasih untuk jawatankuasa KESURA dan mereka yg terlibat baik secara langsung atau pun tidak langsung.
ReplyDeletepembetulan bang, gambar mat isa tu sebenarnya rosli mat waris jugak.
ReplyDeletejanagan marah tawwww...
- kawan micheal
Sudahpun dibuat pembetulan kepada semua caption yang didapati salah. Terima kasih kepada yang memberi respond terhadap artikel ini....
ReplyDeleteArnab? Tupai kan?? Arnab tu macam pelik je -.-"
ReplyDeleteTahniah....bukan semua org berpeluang seperti ini.kecekalan,ketabahan dan keberanian pembekal semangat untuk menawan Gunung Kinabalu.Kalian semua membuatkan kami bangga sebagai warga FELCRA Bhd.
ReplyDelete